Siapakah anda, syaitan, setan atau Sultan?Sudahkah anda kenal
siapa diri anda sebenarnya?Siapa Tuhan anda?Tahukah anda yang anda ialah rahsia
Tuhan dan Tuhan adalah rahsia anda.Apakah anda mahu jadi ‘wali Allah’
atau ‘wali Syaitan’?Dalam diri hanya ada satu Tuhan, Allah.Siapa yang
anda sembah?Wajah siapa yang ada dalam ingatan semasa mengerjakan solat?Hidup
ini menjawab soalan, mati juga nanti kena jawab soalan.Fikirkanlah.Dalam buku
ini ada banyak soalan tentang hidup dan kehidupan, Tuhan dan keTuhanan, manusia
dan kemanusiaan.
Di dalam Al-Quran, perkataan ‘sultan’ boleh membawa
beberapa jenis makna. Sebagai contoh, Nabi Musa a.s diutus dengan ayat-ayat
yang nyata dan bukti (sultan al-mubin) yang nyata (yakni mu’jizat)
bukan raja atau sultan - Surah Hud: 96. Ia juga membawa maksud kesahihan atau perkataan autoriti dalam
bahasa Inggeris seperti yang terdapat dalam Surah Ali Imran ayat 151, dimana Allah
SWT mengisikan perasaan gerun dalam hati mereka yang menyembah sesuatu tanpa
‘kesultanan’ (ayat-ayat yang nyata). Anda sembah apa? Siapa
manusianya?Berapa kali sehari anda minta ampun pada Tuhan?
Perkataan ‘sultan’ boleh membawa maksud pengaruh, seperti
dalam surah Al-Nahal ayat 99 apabila Allah SWT berfirman bahawa ‘syaitan’
itu tidak akan mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang
berserah bulat-bulat pada Tuhan mereka. Maka takut apa pada setan atau
manusia jika anda beriman dan takut pada Tuhan?
‘Iqrak’. Baca, bacalah dengan nama Tuhan. Hanya dengan
membaca, berfikir, bertafakur, untuk
mendapat ilmu tauhid. Sudah kenal Tuhan baru Islam.Islam bermula dengan ilmu,
iman, amal ikhsan, ikhlas.
Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita pandang
dengan ‘mata kepala’, renung dengan ‘mata hati’, sesungguhnya ada
manusia yang menjadi kekasih (wali Allah SWT, dan ada pula yang telah menjadi
kekasihnya syaitan). Selaku manusia yang Tuhan anugerahkan dengan akal,
beranikah kita bertanya, betulkah pemimpin itu bayangan Tuhan di atas muka bumi
atau jelmaan syaitan?Lu fikirlah Bro.
“Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka
berfikir.”
Surah Al-A’raf : 176
“Sesungggunya dalam kisah-kisah mereka adalah bahan peringatan
bagi orang-orang yang berfikir.”
Surah Yusuf : 111
Untuk membezakan antara keduanya ini kita harus berani berkata
benar. Nak Jadi Berani hadirkan diri ke ALXSLife Eent Ilmu Berani Sabtu 22 Disember Ini daftar di sini: http://ilmuberani.eventbrite.com/
Apa nak jadi, jadilah. Jangan peduli, tawakal pada Allah SWT. Hanya bila
kita timbulkan kebenaran (yang haq) yang palsu (batil) akan hilang.
Kerosakan yang berlaku akibat cinta dunia, takut mati, takut berkata benar,
menyembunyikan kebenaran.Allah SWT serta Rasulullah SAW memerintahkan kita, ajarlah
kebaikan dan cegah kemungkaran.Bila lagi kita mahu sekolahkan mereka yang
merasa diri berkuasa, yang egonya terlalu besar?
Macam mana hendak ajar kebaikan dan cegah kemungkaran, sebelah
tangan peluk periuk nasi, sebelah tangan pegang Al-Quran.Macam mana nak ajar
ilmu, iman dan mengharapkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT?Sila lawati ke http://alattas-universityoflife.blogspot.com/ atau layari www.shalattas.blogspot.com.
‘Wali Allah’ itu adalah manusia biasa macam kita juga,
bukan yang menunjuk-nunjukkan keIslaman mereka dengan pakaian luaran, ada
kalanya orang menganggap mereka gila namun mereka adalah orang-orang yang
beriman atau mukmin yang bertaqwa, yang ikhlas kepada Allah SWT dengan penuh
keikhlasan hati serta benar-benar melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasulnya
dengan teguh sebagai contoh Awis Al-Karani ‘wali Allah’ dari Yaman di
zaman Omar ibni Khattab menjadi khalifah, dia hanya seorang gembala unta.
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada
kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”“Mereka
adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.”“Bagi mereka berita
gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.Tidak ada
perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah.Yang demikian itu adalah
kemenangan yang besar.”
Surah Yunus : 62-64
Saya mendapat ilham untuk menulis buku ini ketika berada di Melaka
untuk mencari pewaris Sultan Selangor.Jika UMNO mahukan OKU UMNO yang ‘sakit’
juga sebagai pengganti, nanti ramai yang sakit hati, UMNO mati lagi.Sebagai
penganalisa dan peramal politik saya berhak mengemukakan calon.
Di Barat, nilai kepimpinan di ukur daripada kemampuan dan
kelayakan serta sokongan masyarakat meritokrasi bukan di ukur daripada
keturunan, dipilih dari anak Perdana Menteri dan anak menteri atau orang yang
dikehendaki oleh bini dan menantu Perdana Menteri. Mereka tidak pentingkan soal
keturunan kerana negara mereka banyak anak haram.Jadi ‘soal keturunan bukan
jadi perkara utama tetapi kemampuan yang menjadi perkara yang lebih utama
kerana kita bukan nak pilih pengganti Sultan, tak perlu ada kelulusan. Bodoh,
jahat pun tak apa, anak raja boleh jadi raja’. Ramai yang nak jadi anak
raja biarpun mereka benci raja.
Barat mementingkan kemampuan dan kelayakan kerana di negara mereka
terdapat banyak golongan intelektual yang berani mempersoalkan setiap tindakan
politik.Bukan sebarangan orang yang boleh tabah menghadapi protes dari golongan
intelektual.
“Ajaran yang benar tidak menarik minat orang jika dibawa oleh
orang-orang yang peribadinya tidak bersih”.
Tiba-tiba saya teringat kepada Sheikh Ismail Sultan Al-Ariffin
yang makamnya berada di Pulau Besar. Mari kita bacakan Al-Fatehah untuk
Sheikh Ismail Sultanul Ariffin sebelum kita meneruskan apa yang sedang kita
buat. Sudah menjadi kebiasaan saya bila melalui tanah perkuburan di mana saja
saya akan beri salam kepada ahli kubur dan menghadiahkan Al-Fatehah.
Semasa Dr. Mahathir datang ke Pulau Besar untuk Tapa-Nyai Resort,
ketika itu Tan Sri Rahim masih lagi Ketua Menteri, saya mempelawa mereka supaya
menziarahi makam Ariffin Sultannul Awlia, permintaan saya tidak dilayan. Saya
teringat satu waktu Melaka pernah mengalami kemarau yang teruk. Jangan cuba
memusuhi para ‘wali Allah’, kita akan diperangi Allah.
Keramat Pulau Besar Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid
Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a), adalah keturunan ke-18 dari
Rasullullah SAW.Beliau dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M
di Baghdad. Bapanya As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir, ibunya bernama
Sayyidah Fatimah keturunan dari ‘Sultan Al-Awliya’ Syeikh Abdul
Qadir Al-Jilani, seorang ‘wali Allah’ yang sangat masyhur di seluruh
dunia. Makamnya berada di Baghdad Iraq.Beliau juga dikenali sebagai ‘Wali
Lanang’ di Kepulauan Melayu.
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a meninggalkan dunia pada 17
Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun, jasadnya dikebumikan di Pulau
Besar. Makam ini menjadi tumpuan utama oleh semua agama Hindu dan Islam yang
percaya kepada kuasa mistik. Penganut Wahabi menganggap menziarahi makam para ‘wali’
satu perbuatan ‘syirik’ dan ‘bidaah’, tapi pergi ke tempat
perjudian, cari perempuan untuk dizina, gay cari lelaki, minum alkohol, o.k,
kerana Islam liberal yang bebas mengikut nafsu kehaiwanan.
Menurut riwayat, sewaktu ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau
telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke
Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau
Besar bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M bersamaan 900H, antaranya
guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim r.a. Ajaran
Islam yang dibawa berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat
ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa dan Kelantan.
Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim
(Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri). Jika di Indonesia ada 9 wali yang
tersohor (Wali Songo), di Malaysia juga terdapat Tok Kenali di Kelantan, Tok Ku
Paluh di Terengganu, Tuan Haji Said Linggi di Seremban, Habib Noh Al-Habsyi di
Singapura dan Habib Muhamad bin Salim Alattas.
Bila kita menceritakan mengenai ‘wali Allah’, kita jangan
lupa pada ‘wali syaitan’ yang kerjanya membawa manusia ke lembah
kemaksiatan melalui nafsu ‘amarah’. Manusia yang liberal dengan hak
asasi manusia lebih yakin pada ‘wali syaitan’ dari ‘wali Allah’
yang membawa mereka ke jalan ‘siratul mustaqim’. Mereka yang
bertanggungjawab mengenai agama Islam buat apa? Dalam kehidupan manusia, cuma ada
satu bos, Allah raja sekian alam sebab itu dosa yang paling besar
menduakan Tuhan. Munculnya ramai yang murtad, LGBT, ketua-ketua agama
buat apa? Manusia yang buta didunia akan buta di akhirat - Al-Quran.
Islam di nusantara dimulakan oleh para ahli sufi yang ada ‘karamah’
bukan pedagang dari India yang buta ‘mata hati’. Ini dibuktikan oleh
kajian Prof Naquib Al-Attas dalam bukunya ‘Some of Sufism As Understand and
Practiced Among The Malays’.
Kita hanya ada satu nyawa, satu roh dan satu badan.Bolehkah ada dua
pemandu membawa satu kereta? Lu fikirlah sama ada Tuhan yang kau sembah atau
syaitan?
Syaitan boleh memberikan macam-macam permintaan sebab itu ramai orang
kaya lupa berdoa pada Tuhan.Apa kehendak semua dapat, terlupa diri hamba Allah
akibat telah menjual roh kepada setan. Balasannya bila hampir menemui ajal baru
teringat Tuhan atau ditimpa kesusahan di mana wang dan pengaruh sudah tak
berguna lagi.Jangan sudah terlalu lambat untuk bertaubat baru menyesal.
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan
menarik mereka sedikit demi sedikit (kejurang kebinasaan), menurut cara yang
mereka tidak mengetahuinya. Dan Aku memberi tempoh kepada mereka sesungguhnya
rancangan balasanKu amatlah teguh.”
(Surah Al-A’raf :182-183)
“Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahwa
pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka.Sesungguhnya
Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa
mereka; dan bagi mereka azab yang menghinakan.
(Surah Al-Imran : 178)
Kerana buku yang saya tulis ini mengenai Raja-Raja Melayu maka
mengikut sejarah, Melaka ini diasaskan oleh Parameswara, Sultan Melaka yang
pada asalnya seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang. Diasas antara pada
tahun 1400 hingga 1403.Parameswara ini keturunan ketiga dari Sri Maharaja Sang
Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja
Sriwijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48
tahun.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah berkahwin dengan
Puteri Pasai, Raja yang beragama Islam.Raja yang mendengar cakap isteri kerana
sayangkan isterinya Islam.Itulah sebabnya semasa Parameswara masih berkuasa,
beliau telah berjaya mengIslamkan rakyat Melaka.Hendak tengok rakyat, tengok
Rajanya, kalau Raja ‘wali syaitan’ ramai rakyat yang perangai macam
setan.Jika raja berjaya menanamkan ajaran Islam maka hiduplah ‘Daulah
Islamiah’, maka raja mempunyai ‘daulat’.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Melaka mula menjadi
empayar, melakukan pembesaran jajahan di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai
Timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri).Melihatkan kerajaan Melaka mula agresif,
Raja Siam marah sebab Raja Siam menganggap Melaka sebagai dibawah jajahan
Kedah, yang pada saat itu menjadi sekutu Siam.Siam serang Melaka pada 1455 dan
1456 tetapi tidak dapat dikalahkan.Bila teringat Siam dalam ‘dunia tanpa
sempadan’ saya muatkan cerita Raja Siam kerana dunia hari ini ada dalam
genggaman kita. Kebetulan semasa menulis buku ini saya ke Bangkok dibawa oleh
Boy, anak buah saya untuk bertemu dengan Kamal Hisham, peguam yang mengeluarkan
berita di internet yang dia menerima ancaman bunuh oleh kerabat di raja Johor.
Selaku seorang ‘investigative writer’, saya tidak boleh ambil berita di
internet tanpa membuat penyelidikan punca pergaduhan Kamal Hisham dan ‘Yem’
Sultan Johor.
Bila menulis mengenai Raja kita, adalah tidak adil jika kita tidak
menyampaikan amanat Sultan Ibrahim yang sudah tersiar di media masa arus
perdana kerana isi buku ini ada kaitan dengan Sultan Ibrahim, orang yang
dituduh oleh Kamal Hisham mahu membunuhnya. Yang pelik ‘Yem’ nama
panggilan Sultan Johor berdiam seribu bahasa, disini saya turunkan titah Sultan
kepada anggota Polis DiRaja Malaysia.
“Jangan harapkan pujian yang manis atas segala kejayaan yang
dicapai, tetapi bersedialah untuk menerima cacian atas satu kegagalan yang
kecil. Masyarakat sekarang hanya nampak yang buruk daripada yang baik,” titah
baginda ketika menyempurnakan perasmian Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri
1/2011 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Raja-Raja kita di Malaysia beragama Islam, menjadi tanggungjawab
kita menyampaikan amanat Rasulullah SAW di Haji Wida’.Untuk menyelesaikan
masalah kita harus kembali kepada Al-Quran dan Ahlul Bait Rasulullah SAW.Apakah
tidak boleh menyelesaikan masalah raja dan peguam menggunakan Al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW?
Kebanyakan buku saya mempunyai tajuk yang mencemaskan mereka yang
tidak berilmu dan tidak berfikir, sebagai contoh buku ‘Sunnah Nabi Muhammad
vs Sunnah Mahathir Mohamad’. Kebanyakan ‘orang kita’ nama saja
intelek tetapi tidak berani mengkaji asal usul perkataan. Sebagai contoh buku
saya Tuanku Mahathir Lawan Sultan Mahmud Iskandar.Berapa orang yang
terfikir bahawa YAB Perdana Menteri adalah umara?Umara itulah Tuanku, dialah
lambang ketuanan Melayu kerana kuasa sepenuhnya berada di tangan Perdana
Menteri, Raja sebagai lambang saja.
Tajuk buku ini saya dapat dari filem ‘Seniman Bujang Lapuk’,
bila Sudin yang sepatutnya kata “Sultan Harun Aminul Rashid melawat kebun
limau”.Dia kata “setan Harun Aminul Rashid melawat kebun harimau”.
Tahukah mereka dari mana datangnya perkataan Tuanku? Tuhan dalam
bahasa Melayu yang bermula dengan ‘Tuan’, orang yang disembah masakan
saya mesti taat pada perintah ‘Tuan kau’, ‘Yem’ bukan ‘Tuanku’.
Perkataan Tuanku, yang disembah macam Tuhan bukan Tuanku seperti dalam Surah
Al-Kafirun “Aku tidak sembah apa yang kau sembah, engkau juga tak sembah apa
yang aku sembah”. Tuan kau, Tuan kau, Tuan ku Tuhanku. Dulu orang Melayu
memanggil Tuhan dengan nama ‘Dewata Mulia Raya’.
Apakah kita pernah terfikir tentang ayat-ayat Al-Quran yang
menggunakan perkataan ‘sultan’?Apakah kita selaku manusia bukan
ayat-ayat Tuhan? Sebagai insan yang diberi kuasa untuk mentadbir satu-satu ‘daulah’,
seorang sultan itu hanyalah diberi kekuasaan berdasarkan ketaatannya pada
syariat Allah seperti kata Khalifah Abu Bakar ketika pertama kali naik ke atas
mimbar “aku bukanlah yang terbaik di kalangan kami. Seandainya aku taat pada
perintah Allah dan Rasul kamu taat padaku.Jika tidak kamu berhak meninggalkan
aku”. Perkara yang sama dilakukan oleh Almarhum Sultan Mahmud Iskandar
ketika dilantik menjadi Sultan Johor di dalam Masjid Abu Bakar.
Bukankah kuasanya itu merupakan satu amanah yang akan dipersoalkan? Raja-raja di
negeri-negeri Barat mengakui bahawa mereka mempunyai ‘divine right’
sedangkan hanya Allah SWT saja yang mempunyai kuasa yang sepenuhnya.
1956 ketika Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London,
Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara
merdeka. Kuasa Raja berada di tangan Ketua Menteri, TYT sebagai simbol, hingga
hari ini Melaka sudah bertukar 8 orang Raja yang tak bergelar Tuanku Sultan
yang mana bukan anaknya yang bergelar Tengku Mahkota menggantikan raja.
Setelah melalui pengalaman Islamisasi, yakni proses dimana Tanah
Melayu melalui bahasa, penjernihan pemikiran dan keluhuran kepercayaan, masyarakat
Melayu silam dan bahasanya banyak terkesan dengan konsep-konsep serta
perkataan-perkataan yang dibekalkan oleh pandangan alam Islam.
Perkataan ‘sultan’ ia digunapakai sebagai pemerintah tertinggi
dalam sesebuah kawasan, dan negeri dibawah pemerintahanya ‘Daulat Tuanku’.
Daulat dari perkataan ‘daulah’, negeri yang menjunjung tinggi shariat Allah SWT
‘Daulah Islamiah’.
Raja dimuliakan kerana raja menjadi pewaris Nabi, Allah memberikan
Raja yang bertaraf ‘wali Allah’ dengan ‘karamah’, apabila Sultan
sebagai pewaris Nabi SAW dan menjadikan dirinya Al-Quran yang hidup maka
kata-kata yang terkeluar dari mulut mendapat perkenan Tuhan.
Kita tak nampak Tuhan, Tuhan ada. Kita nampak kebesaran dan
kekuasaan Tuhan dari mukjizat yang Tuhan anugerahkan pada para Nabi dan Rasul
serta ‘karamah’ pada para ‘wali Allah’ walaupun kita tak percaya
pada para ‘wali Allah’ kerana telah terpengaruh oleh fahaman Wahabi.
Batu bersurat Terengganu menunjukkan bahawa sisi undang-undang
Islam sudah pun diterapkan dalam pemerintahan seawal kurun ke 13. Tetapi bila
British menjajah cara mahu menghapuskan Islam dari bumi yang dijajah ditukarnya
undang-undang syariat yang berpandukan Al-Quran kepada undang-undang sivil.
Allah SWT telah menjelaskan bahawa orang yang tunduk pada ajaran
Rasulullah SAW akan dicintai Allah SWT, oleh kerana mereka yang mengaku
mencintai Allah SWT namun sama sekali tidak taat pada Sunnah Rasulullah SAW,
bererti dia tidak beradab maka mereka itu bukanlah ‘wali Allah’. Apa
akan terjadi pada sebuah negara dimana umaranya bukan saja ‘wali Allah’
tetapi memusuhi para ‘wali Allah’?
Siapa pun manusia bila ada kuasa, egonya pasti besar. Di zaman
Abbasiyah, ramai ulama yang mencintai para ahlul bait dibunuh dengan sangat
kejam. Sifat ‘the good, the bad and the ugly’, yang mengaku beriman
namun masih boleh dipengaruhi oleh setan, syaitan, sultan terdapat dalam
dirinya apabila dia bersultan dimata beraja di hati.
Istimewanya Harun Al-Rashid kerana ilmu pengetahuan, mendorongnya
mendirikan universiti memberi pendidikan untuk rakyat dan mengumpulkan bijak
pandai untuk menterjemahkan buku-buku dari berbagai disiplin ilmu pengetahuan
sebab itu namaHarun Aminur Rashid ibarat harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati tinggalkan nama baik atau jahat sepanjang masa disebut orang
seperti nama Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Selepas kematian Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pucuk pimpinan
kerajaan secara tetapnya terlepas ke tangan orang-orang jahil dan kuasa politik
akhirnya dipindahkan kepada Raja Turki melalui kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah.
Secara ringkasnya jasa-jasa yang berjaya disumbangkan oleh kerajaan ini ialah:
Di satu pihak mereka sepenuhnya menerima sistem-sistem falsafah kebendaan yang
dibawakan oleh Yunani, Rom dan lain-lain Negara bukan Islam.
Dengan tiada bersoal
jawab mereka menyebarkan falsafah-falsafah yang merosakkan itu kepada
orang-orang Islam tanpa membuat apa-apa pindaan. Dari segi lain mereka menyebar
segala bentuk kemungkaran yang ditemui daripada masyarakat-masyarakat yang
sesat. Mereka menyebar berdasarkan golongan-golongan ini kemajuan dan kemewahan
kemudian dekad pemerintahan kerajaan Abbasiyyah menambahkan satu lagi
kelemahan. Semakin lama semakin tidak mengenali akan kesenian dan ilmu-ilmu
Islam.
Hasilnya mereka tidak dapat memilih dan melantik orang-orang yang
berkebolehan untuk menjawat jawatan di dalam perundangan dan kehakiman.
Disebabkan kejahilan dan sikap yang sukakan sesuatu yang mudah mereka secara
gopohnya cuba menguatkuasakan hukum-hukum syariah tanpa memikirkan tentang
keperluan-keperluan masyarakat yang sedang berubah serta berkembang itu. Untuk
tujuan ini secara penyelesaian yang kaku telah dijadikan keputusan
mereka.Disamping itu ulamak-ulamak yang mengejar keduniaan telah mengalihkan
perhatian mereka kepada perdebatan-perdebatan agama di mana mereka sendiri
kemudiannya membangunkan pula suatu kecenderungan yang tidak sihat.
Di samping
itu, kecenderungan ini, diberi dorongan oleh golongan raja-raja yang
menyebabkan semakin luaslah perdebatan mereka.Ianya telah menghasilkan banyak
lagi mazhab-mazhab baru dalam Negara-negara Islam.Akhirnya telah menghidupkan
pula berbagai pendapat serta membawa pula kepada pertelingkahan dan kecelakaan
di kalangan orang-orang Islam. Sesungguhnya perbincangan agama seperti ini
adalah tidak lain tidak bukan hanyalah suatu majlis keramaian untuk pemerintah
dan pembesar-pembesarnya,seolah-olah seperti pertandingan laga ayam. Tetapi,
kepada orang-orang Islam hal ini kelihatan seperti gunting yang memecahbelahkan
perpaduan agama Islam.Keadaan-keadaan umum yang berlaku pada abad kelima.
Sebenarnya masalah yang sedang dan akan dihadapi oleh Pak Lah jauh
lebih dasyat lagi. Lebih 90 peratus rakyat Turki beragama Islam.Pak lah
memimpin Negara yang rakyatnya hanya 52 peratus yang beragama Islam.Bayangkan
bagaimana Pak Lah mahu memipin Malaysia dengan menggunakan Islam sebagai
prinsip tanpa perlu membuat dan menimbulkan salah faham dan tentangan dari kaum
lain boleh menjadi ‘study kes’ yang menarik. Biar bagaimana pun ia akan
menyeronokkan jika kita dapat membaca minda Pak Lah sesudah kita mengenali
siapa sebenarnya Al-Ghazali?
Ahli tasauf memandang Al-Ghazali sebagai seorang Sufi dan pengikut ajaran Asy’ariah melihatnya sebagai
Asy’ari, sedangkan ahli falsafah memandangkannya sebagai filosufi dan di mata
ahli didik dia adalah seorang pendidik yang mahir, seterusnya ahli fiqih
mengiktirafnya seorang alim-ulama hukum Islam, dan masyarakat menghormatinya
selaku ahli ilmu batin yang dapat mengenal kata hati (damir). Apalagi sesudah
kita memahami karya terbesarnya ‘Ihya uumuddin’.
Demikianlah peribadi seorang pemimpin yang dibentuk oleh alam
sekitarnya dan mencerminkan suasana alam hidup sekelilingnya yang dicari oleh
Perdana Menteri kita.Bukan sebarang orang yang dicari untuk digambarkan sebagau
watak yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.Dizamannya
dan hingga hari ini belum muncul seorang manusia semacam Al-Ghazali biarpun
Profesor Syed Muhammad Naquib Alattas duduk dikerusi Al-Ghazali. Mari kita baca
dan menungkan apa guru Pak Sheikh Anwar Ibrahim Abul Ala Mududi menulis
mengenai Al-Ghazali:
Penyebaran falsafah Yunani telah menggoncangkan keimanan
orang-orang Islam.Para cerdik pandai hadis dan ilmu hukum yang belum mengenali ilmu-ilmu
‘rasional’ telah kehilangan pedoman untuk menerang dan mentafsirkan sistem
Islam yang berhubung dengan corak pemikiran semasa.Mereka tidak dapat
berbuat apa-apa kecuali dengan menahan kemungkaran-kemungkaran itu melalui
kajian dan celaan.
Sebaliknya orang-orang yang terkenal di dalam ilmu-ilmu
rasional bukan sahaja tidak menguasai cabang-cabang ilmu agama malah tidakpun
mencapai ‘kecekapan kreatif’ dari pemikiran yang diimport itu. Mereka
hanyalah tidak lain dari penumpang yang mengikuti falsafah-falsafah Yunani.
Tiada seorang pun daripada mereka yang berkemampuan mengkaji dan memeriksa
secara kritis akan idea pemikiran Yunani serta falsafah yang diimport itu.
Dengan sebab itu mereka terus mempercayai wahyu Yunani itu dan
sebaliknya, mereka mulai pula menyeleweng wahyu ketuhanan dan tujuan
membentuknya semula mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh orang-orang yang
sebelum mereka.
Dengan kuasa politik yang ada pada Umar bin Abdul Aziz, beliau
telah mencuci bersih pemikiran akhlak dan sosial rakyat daripada segala
pengaruh jahiliah yang telah berakar umbi di dalam kerajaan kira-kira setengah
abad lamanya. Beliau menyelidik segala kepercayaan sesat yang membiak ketika
itu dengan pendidikan Islam.
Disamping itu beliau membuat sesuatu perencanaan
yang luas untuk mendidik masyarakat dan menarik perhatian seluruh cendekiawan
yang ada kearah pengkajian Ilmu Al-Quran, Hadith Fiqh.Dengan demikian itu
beliau telah berjaya menggerakkan pergerakkan intelektual yang berkesan.Hasil
daripada revolusi pemikiran telah melahirkan cendekiawan-cendekiawan besar lagi
berkelibar seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam
Hambali.
Beliau mengembalikan semangat untuk melaksanakan syariah,
menguatkuasakan kesemua larangan-larangan, membuang lukisan-lukisan mengkar dan
mengecam sikap malas yang telah berakar umbi dalam jiwa umat Islam. Dengan
demikian beliau akhirnya berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang telah
disarankan oleh Islam, Allah SWT telah menegaskan di dalam Al-Quran yang mulia
iaitu surah Al-Hajj,ayat 41:
“Bila kami beri mereka kekuatan di atas muka bumi,mereka
berusaha menegakkan solat, mengatur cara memungut zakat, menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran”.
Adalah diriwayatkan bahawa pada masa pemerintahan Al-Walid, rakyat
hanya bertemu untuk berbual tentang bangunan-bangunan indah dan taman-taman
tempat berpeleseran. Pada masa pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik minat
mereka berkisar tentang seks. Tetapi bila Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah,
keadaan telah berubah di mana solat, puasa, dan Al-Quran telah menjadi topik
yang diperbincangkan. Penduduk-penduduk bukan Islam juga turut tertarik dan
kagum dengan cara pemerintahannya. Natijahnya beribu-ribu daripada mereka ini
secara beramai-ramai memeluk agama Islam.
Negara yang diperolehi daripada Jizyah. Sebagai khalifah yang
berpandangan luas Umar bin Abdul Aziz juga menumpukan perhatian kepada
Negara-negara jiran yang belum lagi menyatakan keIslaman mereka. Beliau
menasihati pemimpin Negara-negara tersebut supaya menerimaIslam sebagai cara
hidup mereka. Hasilnya sebahagian daripada mereka telah menerima Islam.
Apabila berita kematian Khalifah Umar sampai kepada Maharaja Rome,
beliau telah berkata:
“Aku tidak hairan jika seorang rahib menjauhi dunia dan
menyibukkan dirinya dengan beribadat di tempat-tempat yang tertutup.Tetapi, aku
benar-benar takjub dengan orang yang memiliki empayar yang luas namun ia
menolak semua kesenangan dunia dan sanggup hidup seperti kehidupan fakir
miskin”.
Mujahid Islam yang pertama ini telah bekerja keras selama dua
setengah tahun. Dalam jangka masa waktu yang singkat, ia telah berupaya merubah
seluruh aspek kehiduoan umat Islam. Malangnya kaum keluarga dari Bani
Umayyah kembali menentang orang yang begitu taat ini.Mereka merasakan
seperti melihat kematian mereka di sebalik kehidupan Islam dan dengan ini
mereka tidak dapat bertolak ansur dengan kegiatan yang dibawa oleh Pemulihan
Islam ini. Mereka bermuafakat menentang beliau dan akhirnya mereka berjaya
meracun beliau sehingga Umar bin Abdul Aziz syahid pada usia 39 tahun yang baru
memerintah 2 tahun setengah.
Sesungguhnya kerja-kerja mencuci karat-karat jahiliah orang Islam
daripada pengaruh kufur kerajaan Umaiyyah amatlah berat. Disamping itu pada
masa yang sama beliau terpaksa bertugas membina kembali akhlak dan pemikiran
umat Islam. Jadi sebagai seorang khalifah Islam adalah satu tugas berat dan
terlalu banyak untuk diselesaikan dalam dua setengah tahun dalam
pemerintahannya yang adil itu.Semoga Allah memberkati usaha-usaha beliau yang
murni itu.
Kegiatan memulihkan Islam yang diusahakan oleh beliau hanya kurang
dari satu segi sahaja iaitu beliau tidak dapat menggantikan sistem pemerintahan
beraja kepada sistem pemerintahan berkhalifah yang dipilih oleh rakyat.Beliau
memang bercadang dan pada satu ketika meluahkan hasratnya untuk mengubah
keadaan tersebut.
Pelik, sudah ada orang kita yang mengaku dirinya Rasul Melayu,
boleh ada ramai pengikut.Apa bezanya dengan mereka yang menjadi pengikut
liberalisme? Apakah kerana tak percaya ada ‘wali Allah’ atau mereka
hanya menganggap Islam satu agama yang ritual serupa dengan agama yang lainnya
kerana tak ternampak teladan yang baik oleh mereka yang menguasai agama?
“Para wali Allah mendengar, melihat, marah, berjalan kerana Aku,
sungguh jika ia mohon pada-Ku, nescaya akan Ku beri, dan jika ia mohon
perlindungan pada-Ku, nescaya Aku akan melindunginya. Dan tidak Aku memusingkan
sesuatu yang harus-Ku kerjakan seperti kebingungan-Ku dalam mencabut roh
hamba-Ku yang mu’min yang enggan mati dan Aku enggan memperlakukan jelek
padanya padahal mati itu pasti menimpa dirinya”
Sultan Ibrahim Adham, Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah
Raja-raja yang bertaraf wali.Para ‘wali Allah’ mengikut
saja segala perintah pemimpin yang taat perintah Allah dan Rasulnya.Rakyat
jelata dinegaranya menjadi rakyat yang taat pada undang-undang kerana mereka
pun taat pada perintah Allah SWT.Adakah ulama kita hari ini yang mempunyai
sifat seorang ‘wali Allah’ seperti Tok Kenali di Kelantan dan Tok
Ku Paluh di Terengganu?
“Dia telah mensyariatkan kepadamu tentang agama apa yang telah di
wasiatkan Allah SWT kepada Nabi Nuh dan apa yang telah Kami Wahyukan kepadamu
dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa a.s iaitu
tegakkanlah Agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya”
Sementara wali syaitan pula menyerah bulat-bulat pada para jin dan
hantu raya peliharaan, mereka akan taat dan akur pada perintah nafsu
haywaninya, dan bila nafsu haywani mengatasi nafsu natiqi, maka insan itu
berada dibawah jajahan, kesultanan syaitan (autoriti syaitan). Dia bangga
dengan segala kejahatan, kekejaman dan keangkuhan untuk menunjuk-nunjuk yang
dia berkuasa. Boleh buat apa saja terhadap rakyat jelata.
Bila terlupa didalam Islam kuasa tidak boleh dipisah dengan amanah
sebab itu mereka perlu membersihkan diri
dari sifat ‘mazmumah’. Tanpa ‘Daulah Islamiah’ mereka bukan
sebagai bayangan Tuhan di muka bumi kerana tidak membawa rahmat bagi sekelian alam.
PengIslaman berlaku pada berbagai aspek, baik dari pengosongan
makna dan pergantian makna lain, contohnya pada perkataan ‘tuan’ yang
dulunya turut dipakai oleh manusia sehingga penggunaan perkataan ‘tuhan’
menjadi hak mutlaq bagi Allah taala. Sementara sesetengah perkataan yang pada
asalnya membawa makna yang tidak Islami seperti dewata mulia raya diganti
tuhan sekalian alam.
Proses Islamisasi yang pernah merubah adat istiadat masyarakat
Melayu mulai terhakis apabila Islam terhakis dari jiwa raga Melayu.Lebih teruk
lagi bila orang Melayu sudah menjadi orang Malaysia. Proses Islamisasi yang
pernah meninggalkan bekas pada sistem pemerintahan Tanah Melayu dulu sayangnya akan terhakis jika kita tidak
berbuat sesuatu ketika timbul liberalisasi dan dengan tercetusnya era global
dan terputusnyasilatulrahim sesama umat Islam akibat umat Islam
yang tidak mempunyai didikan keimanan, tidak tahu adanya ilmu keTuhanan yang
terdapat didalam hakikat, tarikat dan makrifat bermula
dengan terlepas ikatan dari tauhid.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com
Rm60 termasuk Pos.





















