Sebaik sahaja melangkah di perkarangan ‘istana
hinggap’ milik penulis terkenal di Janda Biak, hati terbuai dengan keindahan
alam. Dada terasa lapang dan tenang.
Udara disekitar yang belum tersemar terasa sejuk dan nyaman.


‘Istana hinggap’ ini sering dikunjung oleh
pelawat yang ingin melihat dengna lebih dekat seni taman ilham pencinta
kedamaian. Pokok-pokok liar seperti bunga jejarum berbunga lebat sebagai
penambah seri laman, manakala pokok bougainvilla ynag menjalar dibiarkan dan
diolah membentuk pintu gerbang.
Tambah menarik perhatian, pokok-pokok hutan
tumbuh subur seakan melambai penulis untuk terus mendekati keunikan alam
anugerah Tuhan. Bunyi deruman air mengalir di anak sungai bersebelahan taman
dan decipan unggas yang ebrterbangan hinggap dari dahan ke dahan bagaikan irama
merdu yang membuai perasaan.
Kolam buatan dibina untuk lebih menyejukkan
suasana yang sedia nyaman. Pokok tempat bersantai terletak berhampiran dan
jambatan mini yang menghubungkan dua halaman membolehkan sesiapa sahaja yang
datang melihat sendiri ikan-ikan peliharaan berkejaran riang.
No comments:
Post a Comment