ANTARA JANDA BAIK DAN JANDA JAHAT

Kenapa
bila disebut Kampung Janda Baik, ramai yang beranggapan tidak baik terhadap
janda; apakah tidak ada isteri orang yang curang atau anak dara yang macam
jalang?Mana ada manusia yang sempurna ‘maksum’ melainkan Nabi Muhammad
SAW.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.
“Ada ke
janda baik?” mereka bertanya.Pelik tapi benar, kenapa tidak boleh berbaik
sangka dengan janda?Apakah semua janda jahat? Apakah kita lupa bahawa Khadijah
r.a. isteri pertama Nabi Muhammad SAW, adalah seorang janda; antara 4 wanita
terbaik yang dipilih oleh Allah SWT?
Rosmah
bini Najib, ‘first lady’, selepas bercerai dengan lakinya, sementara hendak
berkahwin dengan Najib anak Tun Razak, dia pun sempat bergelar janda.Bila
Rosmah jadi isteri kedua Najib dan Najib terpaksa menceraikan isteri
pertamanya, Tengku Puteri pula jadi janda kerana Najib kahwin dengan Rosmah.
Mula saya
kenal Najib semasa menulis buku Pemuda Di Zaman Mahathir, 1982, masa itu
Najib baru jadi MB Pahang, kemudian menjadi Menteri Belia dan Sukan.Adakah
cerita-cerita ini dimuatkan di dalam Biografi Rosmah; di mana, bila, dan siapa
yang memperkenalkan macam mana boleh jatuh cinta dengan Najib?
Apakah antara
isi biografi Rosmah yang heboh diperkatakan kerana Tun Mahathir buat komen
mengandungi soalan, menjawab cerita dalam buku saya Memo Untuk Najib, Pak
Habib Perang Big Mama atau menjawab tuduhan Deepak yang akan menerbitkan
buku Kontroversi Najib, Rosmah,
Altantuya, Bala dan adik Najib? Lu fikirlah bro.
Soal
ramai tidak senang bila Rosmah menjadi ‘first lady’ dan cerita dalam
buku biografinya, itu cerita lain. Suka hati dialah dia nak tulis buku, yang
Hang nak kepochi pasal apa dia first lady?Jangan kata RM150, USD1500 pun
ramai yang sanggup beli.Hendak hidup kena pandai ambil hati Rosmah.
Rosmah
terkenal sebagai “Big Mommah”, wanita yang paling banyak dapat publisiti
jika dibandingkan dengan semua Menteri terutama benda yang buruk.Kasihan.
Peduli apa orang ramai nak benci? Rosmah wanita yang paling boros selain
kerabat di Raja Johor yang punya ratusan kereta, ‘private jet’ yang
kisahnya ada dalam buku 3S.Siapa berani kata ‘no’ kepada
perbuatan membazir; bersaudara dengan setan?Cincin bini Perdana Menteri harga
berpuluh juta ringgit, di ketika rakyat dalam keadaan miskin terutama orang
Melayu.Rosmah disamakan seperti Imelda Marcos di Filipina dan Ibu Tien di
Indonesia. Wanita paling berkuasa ketika suami mereka menjadi pemimpin
Negara.Rakyat sekadar boleh cakap macam anjing menyalak gunung.Kasihan
rakyat.

Ada yang
beri senyum sinis bila dengar nama Janda Baik? Apa yang baik? Ke lain pula
imaginasi lelaki 3T, Teringin Tapi Takut Bini, ada yang kata, “Saya
bukan takut bini. Bini yang takut saya.Syurga antara dua kaki isteri bukan di
bawah tapak kaki suami.”Kasihan.

Rosmah
yang berasal dari kampung ketika itu belum dilabel sebagai ‘puaka’ dan
macam- macam lagi kata nesta dan sumpah seranah semasa dia berkerja dengan Island
and Peninsular; tidak ada jenama yang dilekatkan ke tubuh bini Najib. Kalau
tidak percaya cuba baca tulisan oleh Hishamuddin Rais di blognya untuk Autobiography
Rosmah. Wanita Pertama Malaysia pasti boleh jadi hebat dari filem
James Bond 007?
Kerana ramai wanita yang ingin menjadi Rich and Famous
dan ramai yang nak tahu rahsia bagaimana ramai sangat orang yang takut padanya
hingga Rosmah boleh sampai ke kemuncak kuasa. Rahsia kerajaan yang belum pernah
dicapai oleh Wanita Pertama Malaysia sebelumnya; betul ke Rosmah guna bomoh,
guna cirik berandang atau nasi kang kang kang
atau semua itu fitnah, tuduhan tanpa bukti?
Sour grapes, memang
ramai mereka yang iri hati, ‘orang kita’ kalau tidak ada sifat PHD,
bukan lah orang kita namanya. PHD, Perangai Hasad Dengki, terhadap Najib yang
sayang bini. Lu fikirlah bro. Kalau tak ada beruk, masakan pokok bergoyang,
pinjam kata Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO menantu mantan PM yang sangat
kontroversi semasa Pak Lah jadi PM. Kasihan KJ pertama kali dalam sejarah UMNO,
Ketua Pemuda tidak diberi jawatan. Bila Pak Lah dah jadi botol kosong.
‘Janda’
dalam bahasa Parsi, bermaksud ‘pelacur’, ‘sundal’ ada juga bahasa Inggeris
yang menggelar betina murahan sebagai ‘bitch’; anjing betina. Orang kita
yang jumud pemikirannya pandang hina dan jijik pada ‘Anak Sun’ yang
tidak berdosa terhadap perempuan yang tidak minta jadi GRO dalam keadaan begitu
seperti pandang terhadap penagih dadah, ‘bohsia’ dan Mat
Rempit.Begitu juga anggapan mereka terhadap anjing.Apakah kerana anjing
dianggap najis, fahaman ini dipegang oleh mazhab Shafie tapi tidak pada mazhab
Hanafi; maka tidak ada kebaikan pada anjing?Tafakur, apakah kucing tak
bawa najis yang dipijak di luar rumah atau binatang dan bangkai yang dimakan,
sedangkan najis kucing terlalu busuk.Bila lagi mahu melihat muslihat kebaikan
dalam yang kita benci kerana sayangkan mereka yang buruk?

Pernah
kah kita bertanya, “kenapa ramai yang kaya tapi bakhil tapi bermurah hati
berlebih-lebihan pada ramai wanita kita yang tidak ada pilihan jadi GRO; “penyedap”
bagi para VIP yang bila nak memuaskan nafsu ‘boss’, suruh bawa pelacur
terhormat yang dilabel sebagai ‘nasi lemak’?” Nak tahu lebih lanjut baca
semula buku saya Nasi Lemak For VIP. Ramai VIP dan VVIP yang buat kerja
terkutuk tanpa memikir dosa kerana mereka seolah-olah mereka maha berkuasa,
boleh perkosa seramai mana wanita yang mereka suka; bangsa berani buat dosa.Yang
mereka takut hanya sakit dan mati.
Berapa
ramai yang sanggup membantu, melihat wanita bangsanya jadi bohsiah GRO dengan
wang puluh atau ratusan juta yang di dapati tanpa titik peluh hanya dengan
kuasa? Tanpa memikirkan bila Tuhan tanya dari mana dapat wang berjuta sedangkan
kita lahir terlanjang dan tidak bawa apa-apa? Kebanyakkan ulama yang berkuasa
pandai menghukum tapi tak bersifat loving, giving, caring, sharing dan
forgiving; tidak beradab seperti akhlaq Rasulullah SAW.Islam
mengutamakan keadilan, menentang kemungkaran. Islam bukan sekadar agama ‘ritual’
seperti agama-agama yang lain.Sampai bila hukuman mesti bergantung pada kitab
fekah tanpa menggunakan common sense, tanpa conscience?Inilah
akibat bila tidak ada ilmu tasauf; ilmu hakikat, tarikat, dan ma’rifat - hati
sekeras batu.Ilmu yang menjadi teras yang di ajar di University Of
Life.Mendidik roh dan hati manusia supaya mempunyai kemanusiaan.
“Dalam
diri manusia ada seketul daging jika baik daging itu baiklah manusia begitu
juga sebaliknya.”
Hadith


2 comments:
Hmm....susah gak nak beri komentar bila setiap patah perkataan menggambarkan banyak sifat2 mazmunah rakyat jelata yang dikhianati. Apa yang saya boleh katakan ialah, "I feel those feelings every step of the way". Inilah sahaja senjata yang ada untuk menyedarkan orang ramai tentang kepincangan pemimpin UMNO sekarang ini serta ketidakadilan yang mereka tampilkan. Selain daripada itu, senjata yang lebih tajam ialah DOA; lebih2 lagi bila ia dipanjatkan oleh orang yang benar ikhlas dalam keimanannya kepada Allah swt dan orang2 yang teraniaya. Janji Allah tetap akan sampai bagi mereka2 yang berilmu dan takut kepada Allah. Tapi bagi mereka2 yang bertuhankan syaitan dan nafsu; mereka jadi buta, pekak dan bisu terhadap apa yang dilaungkan. Yang sedihnya, mereka yang mengaku ulama bisu seribu bahasa - tenggelam dalam rakusan duniawi ataupun takut kepada pemimpin. Ular dalam semak ini yang patut dicantas dahulu - bila diikutkan keadilan Allah, sememangnya mereka ini dahulu yang akan di panggil kemuka keadilan dan di cantas oleh Allah kerana mereka berilmu dan sepatutnya mencegah kemungkaran. Walau apa pun, perasaan mazmumah itu akan terus menular dalam diri setiap rakyat marhain selagi keadilan dan demokrasi tidak dikembalikan. Untuk mencapai saat itu, marilah kita sama2 perbaiki dan perkukuhkan iman kita agar menjadi orang yang betul2 tabah menghadapi dugaan dan kezaliman ini. Apa2 hal, jangan sampai azab Allah datang dan kita tidak berupaya menangkisnya.
Ya Allah..
Engkau bantu lah kami yang lemah ini...
Khas buat Pak Habib & Uncle Seekers & keluarga & teman sahabat handai semua..
Yang HAK pasti akan menumpaskan yang BATHIL...
Wassalam
Post a Comment