Namaku Munah Musa, tapi Abah panggil aku Mona atau kadang-kadang Cikgu Mona
(biasalah...sukahati dia je...Abah..jangan
marah ye pinjam ayat Abah).
Bekerja
di sebuah instituisi yang mendidik bakal-bakal guru di Cheras, Kuala Lumpur. Berkunjung ke Taman Hana, Wadi Hussein
sudah menjadi rutin kehidupan aku sejak tahun 2001.
Tahun pertama aku
melangkahkan kaki ke tempat ini tanpa sebarang tujuan tapi yang aku tahu ketika
itu…keinginan aku untuk melihat lanskap yang dikatakan paling cantik di
Malaysia yang telah beberapa kali memenangi Pertandingan Lanskap Negara.

Aku sukakan penulisan beliau yang
bersahaja dan “daring”...tapi
tersirat dengan pelbagai makna. Hanya jauhari yang mengenal manikam.Kalau anda
membaca dengan minda yang terbuka di situ anda akan mengenali diri anda tetapi
jika anda membaca penulisan beliau dengan minda yang tertutup...sesen habuk pun
anda tak akan dapat menilai apa yang tersirat.


what to write???...cari idea..cari
idea...apa pun
Abah, thank you kerana memberi ruang dan kesempatan untuk ku coretkan sedikit pengalaman
bagaimana aku mengenali Taman Hana, Wadi Hussein.

Pada pertemuan pertama 2001, aku
dibawa berjalan mengelilingi Taman Hana. Melangkah dari pintu gerbang aku sudah
dapat merasakan kelainan suasana, gerak dan rasa. Melangkah terus ke kawasan
lapang dan perkataan pertama yang keluar
dari mulut aku.....subahanalah..this is
great heaven!....
Ya Allah aku dapat merasakan seperti dalam ALAM
BUANA....syurga...tak pernah aku lihat lanskap yang tersusun dengan tanaman
yang indah berwarna-warni, wangian asli dari pokok-pokok dengan deruan air
sungai yang mengalir...apa lagi yang harus aku katakan...satu kenikmatan deria
yang sangat indah, damai dan tenang. Dalam hati terdetik...siapa orang tua
ni...pandai pulak mencipta lanskap seindah ini.
Pasti Pak Habib ini seorang lanscaper or an architect produk dari
mana-mana universiti terkenal. Itu lah yang terlintas difikiran aku pada ketika
itu. Dalam aku mengagumi kreativitinya, beliau rupanya hanyalah orang biasa
yang bukan pun graduan akitektur atau pereka lanskap dari mana-mana universiti.
He is really an architect without a plan...apa
lagi yang boleh aku katakan. He is a
planner with his own minds (bukan nak jet Abah). Orang kata seni itu begitu halus, kaya dengan kreativiti dan
keindahannya.Ada juga orang yang
bukan orang seni tetapi hatinya penuh dengan kesenian. Begitulah uniknya
seni...
Taman Hana tercipta dari tangan dan minda seorang yang bukannya terdidik
secara formal dalam bidang senibina dan taman tetapi hati seni yang unik itu
telah merealisasikan lanskap minda seni yang sangat mengagumkan.
Sejak dari hari itu, aku menanam azam
untuk berkongsi keindahan dan keunikan Taman Hana, Wadi Hussein bersama dengan
seberapa ramai rakan dan anak didikku. Sesuatu yang baik adalah afdal untuk
dikongsikan supaya keindahan ini akan dapat mendidik hati dan minda manusia
kearah yang lebih
baik.
Aku selalu
ingat kata-kata Abah, banyak yang
kita boleh pelajari dari alam dan sebenarnya dengan melihat kepada alam dan
mempelajari rasmi alam, hati akan terdidik secara alamiah (back to nature).
Alam yang tersedia dengan kelembutan, keindahan,
keceraian warna-warninya, keharuaman bauan, ketenangan dan kedamaian akan
menjuruskan naluri manusia kearah kebaikan. Jadilah seperti buah rambutan bila
dibuka isinya adalah rambutan.
A simple
words, tapi tersirat dengan makna yang mendalam. Bila berdiri di depan
pokok kenanga, biarlah baunya juga kenanga bukan mawar atau melor. Hampir
setiap tahun aku akan membawa pelajar untuk program-program yang mendekatkan
mereka kepada alam.



No comments:
Post a Comment