Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 29, 2014

ANJING KUCING DAN MANUSIA


Apa perbezaan di antara ketiga – tiga makhluk Allah Subhana Wa Taala. Anjing, kucing dan manusia, sedangkan ketiga – tiganya adalah haiwan yang hidup di darat, makan dan tidur dan mempunyai nafsu syahwat yang sama, yang satu berjalan menggunakan dua kaki yang dua lagi menggunakan empat kaki. “Hadapkanlah wajahmu kemana saja di situ ada aku.” THINK fikirkan, pesan Allah kepada manusia. Tafakur. Ketiga – tiganya mempunyai otak bezanya manusia adalah ‘Haiwanunatik’, haiwan yang boleh berfikir maka “lu fikirlah bro”. Apa gunanya manusia diberikan akal fikiran kalau tak mahu berfikir di label ‘poyo’ kepala masuk air pasti naik darah. Anjing mempunyai instinct. Binatang yang taat setia tak pernah menggigit tangan anak tuan yang memukulnya.

 Jika kita bercakap dari segi moral dan maruah integriti dan digniti keistimewaan yang sepatutnya ada, manusia kerana ada agama sepatutnya ada adab dan mempunyai maruah dan harga diri, beriman dan bertaqwa, apalagi di peringkat seorang agamawan barulah mulia manusia itu. Jika perangai macam binatang jadilah seperti musang berbulu ayam. Disebabkan The Loss Of Adab. Seperti kata Prof. Naquib Alattas.

Jika ditakdirkan anjing diberi akal fikiran boleh membaca Al – Quran dan boleh pula mengamalkannya, beriman, mungkinkah yang akan memimpin manusia nanti adalah dikalangan anjing bukan lagi species yang lebih hina dari haiwan melata? Banyak perangai anjing yang jauh lebih baik dari manusia yang tanpa kemanusiaan, yang mengikut perangai anjing ketika musim anjing mengawan dan menyalak seperti anjing bila dengar anjing lain menyalak. Itulah pemfitnah namanya. Mengada - adakan cerita yang boleh merosakkan orang lain, suka hati mak dia aje...

Ramai sangat manusia yang bukan saja bodoh sombong, ego, jahatnya nauzubillah. Pembohong, penipu, penyamun tarbus, pendusta, pemfitnah, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, nama saja sama Islam sekali tak boleh dipercaya.

“Nilai daripada seseorang itu ditentukan daripada keberaniannya untuk bertanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya.” – Kahlil Gibran.

Hidup tanpa tanggungjawab memang membosankan. Rasa seronok hanya pada permulaannya sahaja. Selepas itu, diri akan memberontak kerana dalam pembawakan diri atau ‘fitrah’ semula jadi, kita adalah bertanggungjawab. Itulah yang dimaksudkan manusia hidup sebagai ‘khalifah muka bumi’ dan juga sebagai pemimpin yang mentadbir kemakmuran alam.

Perempuan yang tak ada harga diri dipanggil “bitch” anjing betina bertopengkan Islam kosmetik yang dipakai lebih teruk dari botox. Namun kasihan perempuan menjadi mangsa jantan durjana. Tapi lebih memalukan suami yang bacul yang merangkak di telunjuk jari perempuan. Tak mampu untuk berfikir secara logik dan tak percayakan Al – Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Akibat ego yang berlebihan, akibat ada kekebalan dan imuniti. Akhirnya menjadi mangsa sihir.

Bagaimana orang ego boleh memahami diri orang lain sedangkan dia pun tidak memahami dirinya sendiri. Mana lebih teruk antara orang ego dengan anjing? Lu fikirlah bro.

Orang ego tidak mempunyai ramai kawan. Kalau adapun boleh dikira dengan jari berapa orang yang boleh berkawan rapat dengan mereka. Orang ego sebenarnya ramai musuh dari kawan kerana tabiat egonya itu sungguh membosankan dan meluat orang untuk mendekatinya kerana dia telah disihir oleh kesombongan dan keangkuhan, hingga terlupa yang dirinya hamba Tuhan.

Jiwa orang ego tidak pernah tenteram. Gelisah dan perasaan risau sering melanda diri setiap kali berdampingan dengan masyarakat sekeliling kerana khuatir maruah diri tercabar. Padahal anjing lebih mulia dari dirinya yang ego berlebih – lebihan?

Sejauh manakah kita menjaga harga diri atau lebih tepat di sebut maruah diri? Harga diri atau maruah diri dan sanggup mencerminkan keperibadian atau sifat sebenar diri kita dibandingkan dengan anjing?

Memang banyak dari kita yang tidak pernah merompak, tidak juga memberikan kesaksian palsu, tetapi bagaimana dalam kehidupan sehari – hari. Apakah kita tidak ikut sama dalam mengaburkan nilai kejujuran dan bersubahat dengan segala macam kejahatan yang dilakukan oleh mereka yang kita puji puja dan sembah mereka?

We will have to repent in this generation not merely for the hateful words and actions of the bad people but for the appalling silence of the good people.

Martin Luther King Jr. (1926 – 1968)

Hidup tanpa moral dan maruah seakan hal tersebut adalah sesuatu yang paling lumrah, sedangkan masih banyak orang lain yang berpendapat, melakukan sesuatu dan mendapat keuntungan darinya, atas kerugian orang lain adalah tidak jujur. Mereka tahu tapi tak buat tahu aje... Seperti melihat rumah terbakar tak mahu panggil bomba kerana jiran tetangga itu musuh kita. Kita tak ada rasa kepedulian biarpun seagama dengan kita kerana dia telah dilabelkan sesat, khurafat, bidaah atau kafir.



Tidak adanya keberanian moral (moral courage) membawa kerugian untuk diri sendiri dan masyarakat terutama terhadap agama dan anak bangsa kita. Itu yang sedang saya fikirkan semasa menulis kisah budak perempuan pegang anjing di khalayak ramai.

Cukup banyak orang kita para agamawan, dan intelek yang tidak memiliki keberanian moral, kerana takut kehilangan jawatan, rumah, dan entah apalagi yang bila mati tak ikut sama ke dalam kubur. Hatta duit sepuluh sen pun. Mereka sikit pun tak malu dikatakan pengecut, di samping takut kehilangan teman – teman, kerana mereka selalu saja ingin digolongkan dalam satu lingkup pergaulan yang terkenal moden dengan perkembangan libreisme dan golongan athiest.

Seringkali memang keselamatan diri sendiri yang lebih menonjol, dan yang menyedihkan apabila untuk keselamatan diri sendiri langsung tidak peduli apakah yang terjadi pada agama dan bangsa di mana letak semangat nasionalisme dan patriotisme bila tergolong yang utamakan protesime.

Ramai yang pandang hina pada anjing seperti ada yang pandang hina pada janda atau wanita yang berpakaian seksi, rambutnya kuning, merah atau bergincu membuatkan bibir seperti Angelina Jolie, mereka dilabel sebagai seorang yang jahat. Mungkin ada sebab mengapa janda – janda berpakaian seksi, menjolok mata, bagaimana yang berjilbab kain yang melekat ditubuh sekadar menutupi tubuh tapi tubuhnya masih terdedah menarik perhatian lelaki yang tak bermaruah sudah ada dua anak, isteri, cucu masih sanggup berzina? 

Bukan kehendak perempuan yang terpaksa menjadi GRO atau terpaksa melacurkan diri atau berpakaian mendedahkan tubuh untuk mencari rezeki. Mungkin ketika anak dara dulu... mereka tidak pernah berpakaian macam itu atau mereka bertudung kerana di suruh bertudung tapi kenapa perlu menutup aurat mengikut perintah Allah didalam al - Quran. Sebab itu bila terlepas dari ikatan ibubapa terutama hidup bosan boring kerana terpaksa berjilbab. 

Kehormatan wanita adalah hak Allah. Kehormatan wanita dalam Islam tidak tertakluk semata – mata kepada dirinya, suami, saudara, anak – anak atau kaum kerabat tetapi kehormatan itu dimiliki oleh Allah. Jadi wanita Islam mengenakan tudung menutup aurat kerana itu adalah hak Allah, bukan hak peribadinya.

Ukuran barat tentunya lain. Aturan Barat terlepas dari langit, daripada Tuhan. Kehormatan menurut Barat adalah milik individu semata – mata. Kerana itu kita tidak hairan kalau ada sahaja kisah isteri yang berlaku serong kemudiannya dimaafkan oleh suami dan keluarga, kerana kehormatan wanita itu menurut Barat hanya kepunyaannya. Ini berlainan dengan Al – Quran.

Islam tidak akan menyetujui dan merelai pencabulan kehormatan dan maruah wanita seperti itu. Inilah ciri khas dan istimewa Islam yang melihat perlindungan terhadap wanita adalah hak Allah dan bukan hak dirinya semata. Allah memandang wanita sebagai pengembang amanatNya. Ini meletakkan kedudukan kehormatan dan kemuliaan wanita itu sebagai hak Allah yang diberi kepada wanita. Jadi wanita harus menjaganya mengikut kehendak Allah.

Hijab tidak dapat dinilai dan diukur dengan pendapat peribadi kerana kita harus meletakkan hijab sebagai satu sistem nilai. Untuk mereka yang melihat hijab sebagai hak peribadi tidak hairanlah mereka menganggapnya sebagai belenggu, keterbatasan dan sebagainya.

Wanita Islam dan bukan Islam berbeza. Wanita Islam kehormatannya dilindungi Allah. Wanita bukan Islam kehormatannya hak peribadi. Allah berfirman dalam surah an Nur ayat 31 “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain kerudung ke dadanya”. Hah, kemudian Allah menjelaskan hikmahnya pula dalam surah al Ahzabayat 59: “Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana mereka itu tidak diganggu.

Seperti hantu kum kum atau hantu stokin seperti kata orang Johor pada mula jilbab diperkenalkan oleh Al - Arqam atau bukan kehendak dan pilihan hati mereka jadi begitu. Tanya anjing, apakah anjing mahu jadi anjing? Atau kucing mahu jadi kucing? Dan orang Melayu terpaksa jadi Islam? THINK.


Masyarakat hari ini terlalu sensitif jika isu maruah dibangkitkan. Terutama para pemimpin dan agamawan yang sering tersepit dengan persoalan hatta isu remeh temeh. Menyentuh anjing di khalayak ramai oleh anak gadis yang bertudung kerana mencemarkan imej Islam? Bagaimana imej Islam yang dilakukan oleh VIP dan VVIP. Very Irritating Person?

Jika kita percaya pada qada’ dan qadar tanpa berikhtihar dan bermohon pada Allah, Allah tempat meminta Allah maha kaya sampai bila pun begitulah nasib masa depan dalam kehidupan, akibat kita tidak mahu belajar dari ‘University Of Life’.

Sampai bila kita mahu merelakan saja kelahiran, kematian, jodoh pertemuan, nasib, rezeki, sedangkan kita punya akal fikiran, Allah tempat meminta. Kita punya Al – Quran yang boleh menjadi panduan dan Nabi Muhamamd SAW Role Model untuk jadi ikutan dan mentor. Selain penghayatan pancaindra, dan penghayatan alam semesta? Kenapa tidak merenungkan Daulat Manusia yang termakan dengan Rakyat Di Dahulukan. Rakyat mahu Daulat Manusia, seandainya kita tidak memahami sifat alam dalam diri manusia. Kita tertipu dengan kata rakyat didahulukan, tanpa memulangkan balik daulat manusia.

Kebanyakan manusia menerima saja apa yang terbatas oleh kelahirannya. Seandainya dia anak seorang nelayan, petani, penarik beca atau ibunya seorang pelacur dia akan mewarisi kemiskinan dan perwatakan ibubapa atau masyarakat di keliling mereka. Berapa ramai yang berani menempuh ombak seperti Mahathir anak guru sekolah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri atau Tun Mustapha House Boy akhirnya menjadi lagenda. Atau Sarimah seorang gadis kampung dari Pekan, Pahang akhirnya jadi seorang Primadona. Baca buku saya The Lagend.

Air yang keruh dihulu sukar untuk jernih di hilir seperti juga budaya yang telah diwarisi turun temurun yang telah sebati dengan darah daging kita atau yang menjadi pusaka peninggalan keluarganya. Kita terpaksa menobatkan anak pemimpin yang mesti menjadi pemimpin.

Kalau lahir sebagai orang biasa - biasa, everybody, kita tak berani menjadikan diri somebody, kita lebih suka jadi common dari menjadi uncommon seperti gagak yang tak berani jadi helang, apalagi menjadi cendrawasih yang hidupnya tinggi di awan, akhirnya hidup sebagai orang miskin, rakyat marhain, sebagai orang tanpa pendidikan. Biarpun memiliki segulung scroll di dalamnya terkandung kontrak P.T.P.Tipu. Apa lagi tanpa ilmu agama dan punya ulama seperti ular dalam semak, sampai tua macam itulah nasibnya. Bila kita tak sanggup berubah mengikut jejak Abu Yazid Bustami yang boleh sampai ke Sidratul Muntaha. Itulah ruginya manusia yang menolak ilmu tasauf.

Kehidupan masyarakat telah diatur seperti kehidupan di dalam alam maya, matahari dan bulan yang matahari tak boleh jadi bulan, begitu juga ribuan bintang hanya terang di waktu malam yang gelap gelita, seperti tikus tetap tikus, yang emak bapanya kucing tetap kucing, yang kambing tetap kambing. Besar macam mana pun tubuhnya, tetap kambing juga. Kambing dilahirkan berjanggut berbeza seperti lembu dan kerbau, cuma orang tak kata bodoh macam kambing tapi badoh macam lembu. Lu fikirlah bro.

Baru – baru ini kita digemparkan dengan pesta gadis bertudung pegang anjing. Macam dah tak ada cerita lain lagi yang boleh menggemparkan negara. Gadis bertudung pegang anjing, ribut satu negara. Apakah mereka terlupa bahawa “Maha Suci Allah yang menjadikan anjing dan babi.” Anjing ada di syurga, kerana menyelamatkan anjing seorang pelacur dimasukkan ke syurga. Cuba baca kisah pemuda dengan anjing yang terdapat dalam surah Al-Khafi.

Berapa ramai manusia yang mempunyai keberanian moral, berani mempertahankan yang hak, berani menentang kebatilan untuk menimbulkan yang hak, berani berkata benar dihadapan para pemimpin yang zalim bukan hanya berani mengutuk, mengkritik, mengkafirkan, menuduh orang sesat bidaah, khurafat, untuk mengekalkan jawatan sebelah tangan pegang periuk nasi nasional, yang satu pegang al – Quran, sekadar berani lalat kerana kemungkinan besar sekali mengundang risiko! Berapa ramai agamawan kita yang memiliki keberanian moral hingga kita sanggup dicemoh, menjadi tidak popular, hilang jawatan seperti Dato Onn bin Jaafar. Semasa menjadi Menteri Besar Johor menegur Sultan Ibrahim atau Habib Alwee bin Abdullah Al Haddad mufti besar Johor yang menentang loteri kebajikan masyarakat itu haram di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.



Pelik tapi benar ramai yang takut kehilangan pengundi takut nanti parti politik yang dipimpin tak mandapat undi. Merupakan dua hal yang amat berbeda. Berapa ramai para agamawan dan pemimpin juga pendidik yang menyedari akan kewajiban terhadap sesama manusia dan sense of responsibility mempraktikkannya dalam kehidupan sehari – hari? THINK.

Cukup banyak dari kita yang tidak berani (takut) mengeluarkan pendapat, tidak berani membela seseorang kerana “takut” tidak disenangi. Hal serupa bukan hanya terjadi pada orang biasa – biasa tetapi juga kepada pemimpin di peringkat tertinggi yang punya imuniti.

Mengikut hukum jika kedua – dua pihak sama ada anjing ataupun manusia bersentuhan dalam keadaan yang kering ianya tidaklah haram. Yang ini ramai yang tahu dan berani bertengkar dengan ego. Kalau nak di buat perbandingan diantara anjing dan kucing tidak banyak bezanya. Apakah kerana kucing tidak dikategorikan najis? Ada cerita betapa kasihnya nabi Muhammad SAW dan kucing binatang istimewa. Peliharaan kunci murah rezeki. Ada kucing bertuah. Kucing pun makan najis juga, emak kucing akan menjilat punggung anaknya untuk membersihkan najis anaknya, makan bangkai tidak kira apa bangkai sekalipun, sama juga seperti anjing, kucing makan cicak, tikus, kenapa tak ada agamawan membicarakan najisnya kucing berada di atas sejadah? Kenapa double standard? Sedangkan kedua – duanya tidak mempunyai akal fikiran. Tetapi anjing lebih pembersih. Anjing tidak akan kencing atau pun membuang najis di dalam rumah tuannya kalau tuannya tak beri dia makan. 

Tak ada peribahasa malu – malu anjing, hanya malu – malu kucing. Tidak seperti kucing yang akan kencing dikeliling rumah tuannya ketika datang musim mengawan untuk menandakan itu adalah kawasannya. Kadang – kadang tuannya sendiri pun di gigit hingga membawa maut. Lu fikirlah Bro.

Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelacur yang masuk ke syurga kerana memberi anjing yang hampir mati kehausan, mulianya hati seorang pelacur. Moral dari cerita ini “hati mesti baik” ada belas ikhsan. Tuhan tengok hati bro. Tuhan tak tengok besar mana serban dan gaun putih (jubah) yang kau pakai, dahi lebam digosok di lantai sedangkan hatimu hitam kering kontang tanpa belas ikhsan.

Allah masukkan manusia ke syurga atas rahmatNya atau syafaat nabi Muhammad SAW. Selawat. Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana membiarkan kucingnya mati kelaparan berhari – hari tak makan dalam kurungan, ketika dia menunaikan haji dan mengurung kucingnya dirumah. Hendak selamat hidup kena belajar. Perlu ada ilmu. Belajar dari Universiti Kehidupan. Hati itu apa benda dari pandangan tasauf yang terdapat dalam ihya ulumuddin kitab imam al - Ghazali. Nak baca buku tasauf dan sufi pun takut di tuduh sesat. Sampai tualah lu kena bidaah degan agamawan fikah. Ritual yang menolak spiritual.

Apakah tak mustahil demi menjamin keegoannya ada di antara para agamawan sanggup mengada – adakan cerita sekadar untuk menarik minat orang lain agar mengetahui kehebatan diri, menggunakan bahasa Arab untuk Al – quran dan Hadith, selaku agamawan salebriti pantang ada isu tapi tak menemukan cara penyelesaian yang muktamad. Sudah 57 tahun kita merdeka masih di takuk lama akibat mata hati kita buta.

Peribahasa Inggeris ada mengatakan anjing adalah sahabat manusia yang terbaik. Man’s best friend. Dalam persahabatan misalnya, berapa ramai manusia yang berkongsi suka duka ketika menghadapi masalah, tetapi bagi orang yang ego tidak. Mereka ini lebih gemar menyakiti dan membenci sahabat sesama sendiri. Dia saja yang maha hebat, kerana dia Maha Kaya, Maha Berkuasa, titahNya undang – undang.

Memfitnah dengki hasad yang tak ada pada anjing. Apa lagi ego. Biarpun dia super star seperti Rin Tin Tin anjing pelakon utama filem Hollywood atau pun keturunan Alsation, German Shepherd, Chihuahua atau Doberman.  Cuma bahaya anjing bila terkena penyakit anjing gila. Itu saja. Ada kita dengar manusia yang jadi gila kerana digigit anjing? Ramai yang gila jawatan, gila duit, gila betina, terpengaruh oleh Boss Bos yang menggigit jiwa raga jadi buas, rakus seperti mereka makhluk perosak seperti inilah yang perlu dijauhi.

Yang paling merbahaya adalah bila jiwa raga dan hati nurani selain minda telah digigit oleh virus Vampire moden yang namanya Black Metal, liberisme, LGBT yang telah menggigit minda anak Melayu supaya menukar penyembahan, penyerahan diri terhadap Allah SWT langsung menyembah syaitan. seperti mereka yang lebih percaya pada sihir bomoh dan kuasa supernatural dari kuasa Tuhan. Kenapa tak percaya ke?

Ada di kalangan masyarakat Melayu Islam menyatakan bahawa membela anjing malaikat tidak akan masuk ke rumah. Kalau macam itu ramai yang berzina, minum arak, berjudi, bunuh orang, mereka simpan anjing dalam rumah kerana malaikat tak ikut sama masuk dalam rumah. Anjing mana satu yang dimaksudkan? Ada juga orang yang dilabel sebagai anjing kerana tabiat suka menjilat kaki tuan.

Apa punya fatwa yang dipakai oleh mereka ini, dari Al – Quran mana dan Hadith mana sanadnya? Sedangkan dalam diri kita sendiri ada Allah. Allah lebih dekat dari urat leher. Apakah Allah berada di Makkah saja baru doa boleh terkabul? Inilah susahnya bila beramal, berpandukan pada fekah semata – mata menolak tasauf, ritual tanpa spiritual, tarikat, hakikat dan makrifat diharamkan menyebabkan jiwa jadi gersang bila dalam dada umat Islam, akibat tasauf dianggap bidaah khurafat dan sesat bila isi dalam diri kosong jadilah sarang setan dan puaka. Ada yang mengatakan bila anjing menyalak terasa pelik kerana anjing nampak setan. Kenapa bangang sangat? Macam mana kita tak boleh nampak setan yang bertopengkan manusia di depan mata kita mereka yang buta di dunia akan buta juga diakhirat. 

Pelik tapi benar, sama ada anda suka atau pun tidak, segala – galanya terpaksa diketepi demi memastikan kejayaan dan mengekalkan daulat pemimpin yang diidamkannya itu menjadi milik untuknya sendiri secara mutlak dan menghapuskan daulat rakyat dan daulat alam.

Untuk memperolehinya, kuasa imuniti dan baju kebal ia memerlukan waktu yang panjang yakni bergantung kepada kecekapan seseorang itu yang telah menjualkan rohnya kepada syaitan. Justeru itu, tidak hairanlah jika ramai kalangan mereka menggunakan pelbagai alternatif sama ada dalam bentuk positif atau negatif untuk memperkekalkan kuasa. Bila lagi para agamawan bangun dengan keberanian daulat manusia untuk mempertahankan haknya sebagai kalifah Allah? Melepaskan diri dari sihir dajjal durjana yang bertopengkan manusia.

Zaman nabi Noh as dahulu anjing dan babi yang berada di dalam bahtera tersebut memakan najis. Jika anjing dan babi diharamkan kenapa ramai manusia yang mengambil rasuah, minum arak tidak memakan babi? Kerana geli yang menjadi budaya dari kecik lagi tak diharamkan juga dan di tolak oleh masyarakat? Apa beza arak, rasuah dan babi? Sama saja ketiga – tiganya haram atau kerana mentaliti orang kita yang telah disetkan bahawa anjing dan babi sahaja yang haram? Rasuah dan minum arak menipu, membazir menzalimi orang bukan satu dosa yang besar?



Adakah si penyentuh anjing tersebut mencuri, si penyentuh tak mengambil wang rasuah apa lagi rasuah berjemaah, makan harta anak yatim, duit zakat fitrah menyamun duit rakyat yang diamanahkan pada pihak berkuasa yang menggunakannya untuk hidup bermewah – mewahan. Apakah nak dibandingkan dosa budak perempuan bertudung pegang anjing jika dibandingkan dengan pemimpin yang pergi pada bomoh dalam dan luar negeri menggunakan sihir oleh isteri untuk memerbodohkan suami yang termakan nasi kangkang? Sampai bila nak bercakap tentang perkara remeh-temeh begini. Nasib orang Melayu seperti telur dihujung tanduk, bangsa kita hidup celaru, haru – biru, berpecah belah, yang kaya tambah kaya, Melayu yang miskin tetap hidup jadi gelandangan bawah jambatan.

Ada segolongan orang – orang Islam mengatakan bahawa Allah Ta’ala mendatangkkan Al – Quran ialah hanya untuk mengajar orang – orang Islam akan hukum – hukum Syariat dan mengurniakan pahala kepada sesiapa yang membacanya. Apakah itu sahaja faedah Al – Quran. Mungkin itu terjadi pada manusia yang mindanya tertutup dan matahatinya buta, atau di dalam dadanya tak ada ‘Hardware’ yang mengandungi Al – Quran yang akan hidup bila di satukan dengan ‘software’. Al – Quran di sampaikan untuk ulil Albab, untuk mereka yang berfikir. Kerana manusia sudah boleh mendengar semasa dalam rahim ibu lagi, sudah boleh berinteraksi dengan ilahi melupakan janji bagaimana bila Allah menuntut janji? Akibat lupa janji dengan Allah yang patut disembah, lain pula yang disembah. Munafik tu... Lu fikirlah bro.

Al – Quran merupakan kitab suci yang memberikan petunjuk kepada manusia ke jalan yang lurus siratul mustaqim dan diredhai Allah SWT. Tiada keburukan dan cacat cela di dalamnya. Sampai bila Al – Quran digunakan untuk tilawah al – Quran dan menjadikan anak – anak Al – Hafiz tapi tidak ulil Albab. Oleh sebab itu, sebaik – baik manusia ialah mereka yang mempelajari al – Quran dan mengajarkannya. Tapi bukan yang menterjemahkannya ikut cara puak liberal dan mazhab yang menolak kitab ihya ulumuddin imam al Ghazali, menolak kitab Syeikh Abdul Qadir Jailani dan golongan tarikat dilabel sebagai sesat.

Daripada sibuk untuk menjatuhkan hukum halal dan haram kepada seseorang, lebih baik sekiranya ulama dan agamawan ini menjelaskan bagaimana hendak menyelamatkan anak – anak yang terkena P.T.P.Tipu cara membantu mereka menggunakan ribuan juta wang zakat fitrah yang dikuasai oleh mereka yang ada imuniti.


Saya tidak tahu atau tidak nampak bagaimana kalau dengan menyentuh anjing, akhlak atau iman akan tergugat. Masyarakat Melayu memang sensitif pasal anjing dan babi. Tapi tidak ambil tahu dan tak berani mengamalkan Nahi Mungkar terhadap mereka yang ego. Terutama agamawan dan pemimpin yang berbaju kebal dan ada imuniti.

Nampaknya ulama dan agamawan kita lebih takut apabila Melayu menyentuh anjing, bila berbuat demikian tandanya kita tidak berakhlak atau sudah mencemari kesucian agama Islam.

Pihak penguasa mengambil keputusan untuk menyiasat program mesra anjing yang dianjurkan Syed Azmi Alhabsi. Antara sebab siasatan ini perlu dilakukan ialah program tersebut menyentuh sensitiviti orang Melayu.

Wahai orang Melayu, sampai bila harus kita kurung diri kita dalam tempurung sensitiviti? Dengan mindanya yang tertawan “the captive mind” seperti kata Almarhum Professor Syed Hussein Alattas. Sampai bila kita mahu membiarkan mereka yang diberi amanah selaku ketua agama, menteri agama buat bodoh tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara?

“Tidak kami dapatkan kebaikan itu kecuali dalam ilmu, tanpa ilmu seseorang tidak akan dapat mengenal Tuhannya, dan tidak akan mengetahui bagaimana cara menyembahNya.”
Dari Buku
Bisikan – Bisikan Ilahi
Idrus Abdullah Al – Kaf

Sampai bila kita mahu mengikut dan terpengaruh tentang apa yang diperkatakan oleh orang lain semata kerana ianya isu sensitif. Kita mempunyai satu kelebihan yang tidak ada pada haiwan – haiwan yang lain. Akal fikiran kita adalah khalifah Allah. Master Of the Universe maka  gunakanlah kelebihan itu sebaik – baiknya sebelum ianya ditarik balik oleh sang pencipta. Berfikirlah secara kritis dan bijak. Jangan dibazirkan nikmat yang telah diberi percuma kepada kita. Sampai bila hidup mesti seperti siri pementasan dan drama minggu ini di T.V?. Lu fikirlah bro.




Get your Tickets now!