Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 26 - Kuyah Lawan Mike Tyson (1993)






















BEKAS ISTERI MENTERI NAFI TAK SIUMAN

Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.

"Tuduhan-tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebagai salah seorang isteri saya telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya," katanya.

Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.

"Bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara saya dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987 yang lalu," tambahnya

Menurut Tengku Puteri Zainah, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

Beliau melahirkan rasa sedih beliau kerana setelah menjalinkan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.

"Apa yang saya sedari selepas dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel," jelas Tengku Puteri.

Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar 10 tahun, Puteri Nerlisa 7 tahun dan Mohd. Naziffuddin 4 tahun.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini minggu lalu, Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu.

Tengku Puteri Zainah dan anak-anak. Walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987

Pada malam menjelang Hari Raya itu Najib dan Rosmah pergi 'honeymoon' (berbulan madu) di Eropah. Kali pertama Nizar, puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka.

Hari ini mereka hidup menderita tanpa kasih sayang dan kemanjaan seorang ayah, mengikut cerita Tengku Puteri sampai hari ini masalah mu'taah mereka masih belum dibereskan oleh Majlis Agama Islam. Apakah mereka takut nak buka kisah ini kerana Datuk Najib seorang menteri? Apa akan jadi pada anak-anak, wanita dan para ulama dinegara ini kalau Najib jadi Perdana Menteri nanti?



PEJABAT AGAMA ISLAM,
SHAH ALAM,
TINGKAT 4, PODIUM UTARA,
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40676 SHAH ALAM

Ruj. Tuan: -
Ruj. Kami: (5)dlm.PAID.S/A. K/S 109/
Tarikh: 16hb. zulkaedah, 1411
30hb. Mei, 1991

Assalamualaikum wr. wb.

Kepada,
Y.A.M Tengku Puteri Zahariah bte. Tengku Abdul Aziz Shah,
No: 29, ss 19/4G,
40000 Shah Alam.

Y.A.M./ Tan Sri Dato'

Per: Kes Sivil Bil. 109/91 Mahkamah
Rendah Shah Alam (Di Petaling Jaya)

Adalah dengan hormatnya bahawa kes ini yang telah ditetapkan untuk sebutan pada 10hb. Jun, 1991 ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

2. Bersama-sama ini dilampirkan salinan surat Bil.(111)dlm. Pej. D.Y.M.M Sul. Sel. 11/78 Bhg. 3 bertarikh 25hb. Mei, 1991 untuk maklumat dan perhatian Y.A.M/Tan Sri Dato'.

Sekian terima kasih.

"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"

Saya yang jujur,

(Haji Mokhtar Bin Janet)
Pegawai Tadbir Agama/Kadi)
Shah Alam.

s.k.
-Setiausaha Sulit,
Kepada D.Y.M.M Sultan Selangor,
Darul Ehsan.
Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan,
Istana Alam Shah,
41500 Klang.


ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR
No.4 TAHUN 1984
Borang 6/Form 6
(Seksyen/Section 47)

PERMOHONAN UNTUK PENCERAIAN

1. Saya Tengku Zahariah binti Tengku Abdul Aziz Shah
No. Kad Pengenalan 4282070 Tarikh Lahir 20hb. Jun 1951
Alamat(Rumah) No. 29,ss 19/4G, Subang Jaya, 47000 Petaling Jaya.
.....................memohon bercerai dengan suami saya yang bernama Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, No. Kad Pengenalan: 2693999 Tarikh Lahir: 29.6.1945, Alamat(Rumah)Kediaman Rasmi YAB. Menteri Besar Selangor D. Ehsan,
Alamat(pejabat):Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Pekerjaan :Menteri Besar, Pendapatan sebulan : 312,000.00

2. Tarikh H/M 22hb. Zulhijjah, 1407(17hb. Julai, 1987)
Bilangan Daftar(jika ada)1112530
Tempat Kahwin Takbai Negeri Thailand
Cara perkahwinan Wali Hakim

3. Kami ada mempunyai anak seramai satu orang
(1) Muhammad Faez, Tarikh Lahir: 18hb Jul. 1989(lelaki)

5.Dia adalah suami saya yang ke-empat



7. Sebab-sebab hendak bercerai: kerana tidak dapat keadilan dan hak-hak sebagai
seorang isteri.

8. Langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian(jika ada):-ada-

9. Perjanjian(jika ada): ingin berdamai jika suami mengubah sikap

10. Jika berlaku penceraian saya sanggup menuntut bayaran seperti di bawah ini:

1. Nafkah iddah sebulan : $ 15,000, bulan; jumlah $ 45,000,00
2. Nafkah anak seorang : $ 2,500
3. Mut'ah : $16,000,000 (16 juta)

11. Nyatakan harta benda sepencarian yang akan diserahkan kepada/dituntut oleh isteri/suami : rumah satu buah, kereta dua buah, perkakas dan perabot rumah.

12. Peruntukan bagi pemelihara dan penjagaan anak-anak : isteri

13. Butir-butir perintah yang diminta : Mohon keputusan suami

Tarikh: 9/5/1991


Tan Sri Muhammad bersama Puan Sri Asbi Rohani dan anak-anak mereka dari kanan Fansurina, Noor Aini dan kiri Noor Diyana serta Karimy. Apakah dosa Faez sehingga tidak dapat bergambar sama? Faez pun anak juga?

Ku Yah seorang ibu yang penyayang. Inilah seorang ibu contoh sentiasa mendampingi putera dan puterinya dari 3 orang bekas suaminya. Syed Budriz Putera, Sharifah Rima Irwani, Sharifah Emellia Shafina, Shina Farida dan Muhammad Faez. Anak-anak boleh bergambar dengan emaknya tapi tang bapak budak, itu kena tanya emak budak, boleh Ku Yah?








Masjid Ihsan Tabal Kilir
Takbai, Narathiwat
S. Thailand
21 September 1989

AKUAN PERKAHWINAN

Adalah saya Hj. Ismail bin Hj. Yusof Imam Masjid Ihsan Tabal Hilir Amphor.... Changwat Narathiwat adalah yang berpangkat wali aam telah pun mengakad nikah di-.... Muhammad bin Muhammad Tayib. IC No. 2693999 Umur 45 Tahun. Tinggal di-kampung..... Alam Syah Selangor dengan tengku Zahriah binti Sultan Solahuddin Abdul Aziz Syah....Alam Syah Selangor, pada 22 Zulkaedah 1407 H. bersamaan 17 Julai 1987 M.... Rumah saya sendiri di-kampung Takbai, wilayah Narathiwat Selatan Thailand.

.......

Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama
WIlayah narathiwat S. Thailand

DISAHKAN BETUL

KETUA PENYELIA AGAMA KELANTAN

Yang benar
Hj. Ismail Hj. Yusof
Imam Masjid Ihsan Hilir
Amphor Takbai Changwat Narathiwat
S.Thailand


Tengku Puteri pernah gagal di dalam perkahwinannya yang pertama,kedua dan ketiga sesudah kali ke-empat berkahwin tiba-tiba bercerai dan menjanda lagi. Siapakah yang menjadi dalang dalam penceraian mereka?

Apakah setiap janda mesti menerima cemuhan, kata nista, dicemburui dan iri hati oleh masyarakat seperti wanita yang mengahwini suami orang? Liku-luki hidup anak raja Selangor ini penuh dengan onak dan duri. Apakah salah ibu mengandung atau angkara sendiri akibat menjadi madu kepada Mak Datin isteri Pak Menteri?

Perkahwinan Ku Yahyang lebih dikenali sebagai Joan Collins Malaysia dengan Tan Sri Muhammad Taib yang juga mempunyai nama jolokan Mike Tyson telah menimbulkan kontroversi. 

Perkahwinan dan penceraian mereka mendapat liputan media seluruh negara. Kini dibukukan dengan izin Ku Yah sendiri oleh S.H. Alattas yang menjadi jirannya di Kampung Janda Baik.

Penceraian mereka menjadi lebih kontroversi akibat wang Mu'Taah sebanyak RM16 juta yang diberikan pada Ku Yah. Siapakah yang telah memberi wang sebanyak itu? Jika benar dari Mat Taib, dari mana dia mendapat wang itu? Apakah dia akan selamat sebagai Menteri Besar sesudah ini? Atau karier politiknya akan berakhir seperti Datuk Musa Hitam?

Kisah 'Cinta Tiga Segi' Ku Yah dengan seorang Putera Diraja dari Perlis dan berakhir dengan seorang Menteri Besar boleh menjadi teladan kepada wanita yang sanggup dimadukan dan para pemimpin yang takut jatuh akibat wanita yang menjadi madu dan racun kepada kaum lelaki.

Bacalah segala-galanya didalam buku ini. Tapi awas, kene cepat sebelum sesuatu berlaku kepada buku ini seperti yang pernah terjadi kepada CHALLENGER 'SIAPA LAWN SIAPA'?

ISI KANDUNGAN

1. Tan Sri Takut Bini
2. Cucu Raja Anak Menteri
3. Wanita UMNO Terima Poligami
4. Antata Ummu Jah Dan Datuk Paduka Rafidah Aziz

ISBN : 983 - 99792 - 4 - 8

No comments:

Get your Tickets now!