Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 19, 2013

ARQAM, PAS & UMNO: Antara Yang Karam Dan Tenggelam



Sabtu 13 hb Julai 2013 bersamaan 4 hb Ramadhan 1413. Saya duduk seorang diri di tepi Sungai Wadi Hussein Janda Baik sambil berfikir “sampai bila kita mesti mendiamkan diri bila mendengar hampir setiap pagi menjelang Hari Raya, mesti ada cerita ramainya orang kita mati dan cedera parah akibat kemalangan di jalan raya?” Ops Sedar dan macam macam Ops diadakan tapi tak berkesan, kenapa? di mana silapnya apakah berpunca dari pendidikan atau rosaknya sebuah negara berpunca dari pemimpin ulama dan wanita yang rosak akhlaknya? Berita anak anak orang kita yang putus tangan dan cacat akibat bermain mercun dan bunga api dan mati di lebuhraya. Apakah kerana Qada’ dan Qadar terjadinya semua ini? Atau orang kita leka berpolitik hingga tak memikirkan bagaimana melahirkan bangsa Melayu yang bijak sana, cemerlang akal budinya dan hidupnya bermasyarakat dengan membudayakan konsep berkasih sayang, hormat menghormati sesama insan yang dianjurkan oleh Islam. 


Kita berpuasa dengan tujuan mengawal nafsu, tidak mengikut emosi supaya diri Aqliah kita bebas dari cengkaman nafsu amarah dan mampu bertafaur dan mengenal Tuhannya? Inilah silapnya bila berikan sesuatu jawatan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggu akibatnya, seperti maksud hadith.

Air yang keruh di hulu mustahil boleh jernih dihilir, fikir, Think, Tafakkur. Bukankah kita makhluk yang ada akal dan al Quran itu untuk mereka yang berakal? Di bulan puasa di sana sini kita dengar orang membaca Al Quran tetapi berlakukah penghayatan akan makna-makna yang terkandung di dalamnya?. Untuk apa? Bukankah Al Quran itu untuk membawa rahmat untuk sekian alam?

Pesan orang tua-tua, ‘melentur buluh semasa rebungnya’tetapi apa akan berlaku kalau pelenturnya yang bermasalah? Kemana perginya para pendidik, guru, ustaz , ulama serta  ibu bapa serta pemimpin dan ketua-ketua agama? Apakah amanah dakwah dan tarbiyah sudah tidak terbayang lagi oleh ulama yang gilakan kuasa dan nak jadi selebriti?

Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi  bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.

Ramai yang lupa, budi bahasa bukanlah sekadar lemah lembut dan sopan santun dalam pergaulan, tetapi budi bahasa bererti penggunaan akal budi agar supaya perbuatan kita sesuai dengan identiti kita sebagai khalifah.

Adab sopan  bukan sekadar ungkapan tetapi ianya merupakan satu tatacara hidup orang Islam yang membezakan dengan bukan Islam. Bila lagi kita mahu menyemarakkan dan menyemaikan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa orang Melayu kerana satunya bangsa yang jiwanya Islam, yang mana bila hilang unsur Islam, hilang pula keMelayuannya.

Berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam hidup bermasyarakat. Di mana Melayu itu Islam, tapi apa jadi pada bangsa Melayu bila sebuah pertubuhan politik membuang Melayu, Cuma mahukan Islam sahaja tanpa Melayu. Bolehkah kita pergi ke kedai mamak meminta teh tarik tapi kita tak mahu cawan dan gelas. Lu fikirlah Bro! Jika Hang Tuah hidup semula tentu dia marah gila. Hang Tuah kata Melayu Tak Hilang Di Dunia. Bila Melayu dibuang dari Islam, Hilanglah Melayu di Dunia. Kalau Upin dan Ipin dengar tentu dia akan kata Betul! BetulBetul!

Bolehkah Melayu dibuang macam itu saja  oleh mereka yang  berjuang menggunakan Islam? Seperti irama dan lagu, ombak dan pantai begitulah Melayu dan Islam. Sebab itu ramai yang malu jadi Melayu bila Roh Islam, jiwa Islam, hati Islam dimatikan dengan kejam oleh mereka yang yang tidak bertanggung jawab.

Berjubah berserban besar. Sedangkan pakaian bukan tanda keimanan dan sifat taqwa, Mungkin ada gunting dalam serban? Ada agenda tersembunyi.

Amalan dan penerapan budi bahasa dan  nlai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam empat institusi iaitu Institusi Kekeluargaan, Institusi Kemasyarakatan, Institusi Pembelajaran dan Institusi Perkhidmatan.Yang terpenting dalam Institusi Kekeluargaan. Semuanya bermula dalam rumah. Hendak kenal ibu tengok perangai anaknya, like father like son. Son of the Gun.

“Saya pelik wajarkah Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang, sanggup meninggalkan negara untuk berkunjung ke Turki dan menyerahkan pentadbiran kepada Dato Husam Musa yang dikalahkan oleh Tengku Adnan di Putrajaya dan lain-lain pemimpin Pas yang terpaksa bertungkus lumus di Kuala Besut. Apakah pucuk pimpinan PAS tak tahu apa yang PAS Kelantan sudah lakukan terhadap Husam Musa, Exco Kanan PAS. Bayangkan, beliau tak dilantik sebagai EXCO, kononnya Sultan tak berkanan, apa agenda mereka? Apakah tujuannya untuk kuburkan politik Husam kerana mereka tahu sukar bagi PAS untuk merebut kerusi di kubu kuat UMNO di bawah pimpinan Dato idris Jusoh. Menteri Pendidikan Tinggi.

Kebetulan Pilihanraya di Kuala Besut berlaku dalam bulan Ramadhan, saya ke Kuala Besut kerana ibu kepada emak saya, Shariffah Zainah Al Attas binti Dato Syed Hasan Al Attas, isterinya  arwah Nik Khadijah, dilahirkan di Kampung Raja, waris-waris saya masih ramai di Terengganu.

Bulan yang dikatakan syaitan-syaitan semua kena rantai, apa perlu P.D.R.M hantar 30,000 polis menjaga kawasan pilihanraya, di mana hampir semua penduduk berbangsa Melayu beragama Islam. Pelik, di bulan Ramadhan nak berperang seperti di Syria?

Bila lagi mereka yang mengaku sebagai pemimpin Islam mahu bertanggung jawab menghindarkan diri dari nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, kotor, yang melangggar bahasa dan yang tidak mengendahkan tatasusila yang beradab? Idris Jusoh sudah mengingatkan tak payah bertanding “menghabiskan duit, waktu yang sepatutnya digunakan untuk beribadat, pucuk pimpinan PAS lupa ke?

Sibuk hendak berebut kerusi orang mati milik UMNO tak ada pengetahuan farahid ke?

Setiausaha Agong Pas Mustafa yang videoskandalnya tersebar di media massa. Masih hidup dalam ingatan mereka yang mula sangsi dengan sikap pucuk pimpinan PAS yang tak Islamik. Macam mana ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus.

Pendidikan Tauhid penting supaya mereka diajar dari kecil lagi  tanggung jawab sebagai seorang khalifah. Ini lah yang lakukan oleh  pemimpin UMNO di bawah pimpinan YAB Ahmad Said, MB Trengganu. Memberikan keutamaan kepada Pendidikan selain Pembangunan jasad.

Jelas rakyat Terengganu tak mahu Haji Hadi, pemimpin PAS selaku Perdana Menteri Malaysia sebab itu beliau dikalahkan di PRU 13. Antara sebab BN menang di Terengganu, Dato Ahmad Said bertungkus lumus semasa PRU 13 dan beliau telah membawa pembangunan di Terengganu. Janganlah kerana panas setahun hujan sehari, jasa baik orang kita lupakan.

Ramai orang  bila berada di atas jalan raya lupa diri. Begitu juga Pemimpin bila berada di puncak kuasa kerana lupa diri, tak kenal diri, tak sedar diri , ego, ujub, takabbur, yang berlebih-lebihan terlupa Islam selaku Addin, adlah cara hidup yang paling sempurna.

Orang tua-tua dulu pesan ‘ingat’, ingat siapa? Kalau bukan ingatkan Allah, tanggung jawab terhadap Allah S.W.T. ‘Habluminallah’ dan di waktu yang sama tanggung jawab terhadap sesama manusia. ‘Habluminannas’ .Ramai yang sudah tidak pakai pertimbangan akal tetapi dipengaruhi oleh emosi lupa apa yang diajar oleh Allah dalam hadith, Sesungguhnya aku menerima solat hambaku:
1 Yang tawadhu’ dengan keagunganku
2 Tidak berterusan dalam bermaksiat padaku
3 Yang menghabiskan harinya mengingatiku
4 Yang tidak menghina dan merendahkan ciptaanku
5 Yang menjaga orang fakir miskin dan anak yatim

Banyak kaum Muslimin yang mengulang ulangi kalimat “Laa ilaaha ilallah Muhamadur Rasulullah” lebih dari dua puluh kali dalam satu hari, tidak mengetahui esensi makna yang terkandung di dalamnya. Kebanyakan mereka mengulang-ulangi kalimat tersebut tanpa merenungi maknanya. Banyak pula yang belum mengenal agamanya sendiri.

Yang menimpa minoriti umat Islam adalah fenomena yang wajar terjadi kerana tidak adanya khilafah kaum Muslim. Sementara orang-orang non-Muslin mempunyai semacam kekhalifahan yang mampu menyusun dan mempersatukan semua barisan mereka. Orang-orang Yahudi punya kekhalifahan, yakni zionisme. Orang-orang nasrani juga punya khalifah, yakni Pope Vatikan, Zionis mendukung dan membela kaum Yahudi menuntut hak-hak mereka yang tidak sah. Selama bertahun-tahun mereka mencari lalu mengumpulkan sisa-sisa bangsa Yahudi untuk memelihara eksistensi Yahudi.

Hidup mesti ‘mati’ bila mati yang kita tinggalkan nama baik dan nama buruk. Berapa ramai Tok Guru dan ustaz atau ulama yang namanya seperti Tok Kenali, Tok Ku Paluh, Tok Ku Pulau Besar dan Tok Ku Pulau Manis di Terengganu?

Siapa ‘champion’ Mat Rempit di atas jalanraya? Siapa pemegang trophy buang anak dan mangsa dadah, rasuah dan bercerai  kalau bukan orang kita? Alangkah baiknya jika mereka yang bernama pemimpin terutama mereka yang melaungkan Islam dari berperang merebut kerusi- setiap masa sepanjang tahun.

Kita nampak dengan mata kepala bagaimana UMNO (BN) telah menjadikan Malaysia dalam infrastuktur, bertaraf world class mereka yang mempejuangkan Islam buat apa di bidang kerohanian dan membangunkan modal insan untuk mengangkat manusia Islam ketaraf Insanul Kamil? Berjayakah melahirkan seorang wali Allah. Keramat Pulau Besar Melaka, Sheikh Ismail Sultan Ariffin Billah.

Kekuatan sebenar sesebuah Jemaah Islamiah ialah bila mendapat bantuan Allah seperti apa yang berlaku semasa ‘Perang Badar’ di bulan Ramadhan. Mengalahkan tentera ‘kafir’ musuh yang jauh lebih besar. Sedangkan tentera Badar sekadar 313 orang. Tidak ada musuh yang dapat menghalang bila Allah memberi pembelaan dan pertolongan. Kenapa di Myanmar , umat islam menjadi mangsa? Di mana di dunia ini umat Islam tak menjadi mangsa? Bantuan Allah hanya akan diberikan kepada pejuang Islam yang bertaqwa, Firman Allah: ‘Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa’  al Jatsiyah:19.

Untuk mendapat taqwa, hati mesti kena dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah (keji) dan bina kekuatan aqliyah dengan ilmu yang benar. Setelah itu barulah ia mempunyai kekuatan untuk melawan nafsu dan syaitan  dua musuh batin yang sangat berbahaya. Tanpa hati yang bersih, cita-cita untuk menegakkan Islam tidak akan tercapai. Islam tidak boleh dihidupkan dengan politik tetapi dengan ilmu dan amal mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Pejuang Islam selalu dikalahkan oleh musuh lahirnya (orang kafir) akibat mereka menduakan Allah, luaran Islam, hati dan perbuatan menentang apa yang ada di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Salah satu cara yang paling berkesan untuk membersihkan hati ialah melalui zikrullah (ingatan Allah) Zikir yang paling berkesan ialah yang dilakukan secara istiqamah, berdisiplin dan dijazahkan oleh guru mursyid yang bersambung salasilahnya kepada Rasulullah s.a.w. menerusi zikir mengikut syarat-syarat itu dinamakan tareqat. Ia merupakahn kaedah latihan rohani yang cukup berdisiplin dan sistematik. Kita tengok betapa berdisiplinnya ahli Arqam.

Jiwa sufi melalui Darul Arqam, yang diperkenalkan oleh Ustaz Ashaari satu pembaharuan yang melibatkan kekuatan lahiriah dan  kerohanian. Selain membangunkan ekonomi ahli. Beliau telah menggabungkan pendekatan sufi dan kekuatan lahiriah dan zikir , tapi bila tanpa zikir tanpa fikir telah melahirkan ribuan pengikut Yes Men yang tak mempunyai minda kreatif dan jiwa yang tidak bebas terbelenggu dengan pertubuhan, hanya taat pada ketua. Aku dengar dan aku taat hanya pada guru semata-mata, bagaimana dengan Allah dan Rasulullah?

Bolehkah Insan yang tercipta selaku Haiwanunnatik hidup yakni haiwan yang berkata-kata, tanpa boleh menggunakan akal? Setelah Nabi wafat, para pewarisnya merupakan alim ulama yang menguasai pelbagai bidang ilmu, termasuklah Tasawuf, kalam dan falsafah. Peradaban Islam telah melahirkan ilmuwan seperti Ibnu Sina, Farabi, Ibn Arabi dan Al Ghazali, termsuklah yang dari Tanah Melayu seperti Nuruddin, Raniri dan Hamzah Fansuri.

Darul Arqam mati beragan kerana Ashaari tak meninggalkan buah fikiran yang mampu mencabar dan merubah bangsa Melayu. Tidak juga dia meninggalkan surat-menyurat, ijtihad ekonomi melawan kuasa dunia seperti Dr. Mahathir, mungkin kerana itu tak adaorang yang menulis mengenai The Mind of Ashaariseperti mereka membuat kajian mengenai ‘The Mind of Mahathir’. Dalam PAS tak ada pemimpin yang mindanya boleh diagung bernilai falsafah seperti Hassan Al Bana, Syed Qutb di Mesir, Syed Mursi di Turki, Syed Muhammad Naquib Al Attas di negara kita.

Pas menang bukan kerana pengaruh dan akhlak pemimpin tapi kerana mereka bekerja keras mengikut era manusia yang mahukan Islam dan mereka punya penceramah yang  tak kenal penat akibat terlah menjadi selebriti, macam artis yang tak ada pada pemimpin UMNO.

Pemimpin UMNO telah mengamalkan politik chah keting, PAS menang kerana bergabung dengan PKR dan DAP yang mendapat banyak keuntungan seperti sistem Ali Baba.

Berita terbaru saya terima tengok apa jadi pada Kerajaan PAS Kelantan yang dikuasai oleh tiga J, bermula dengan M.B. nya. Orang menyampaikan berita itu tanya saya boleh kah kambing yang cacat disembelih untuk korban dan akikah. Bolehkah mereka yang adakecacatan dijadikan pemimpin?

 Alim ulama di Tanah Melayu seperti Raniri dan Abdul Samad di Palembang di samping ulama di Hadramaut yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu, yang bermazhab Shafie dan menyokong alim tasawuf Imam Al Ghazali, semua mengajar bahawa seorang sufi boleh menjadi pemimpin, ahli ekonomi, pakar teknologi, doktor atau apa saja tugas dalam masyarakat. Yang penting dia perlu ada sifat kenabian Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah. Dia berani mengamalkan amar maaruf nahi munkar, apakah dalam PAS, ada seorang ahli sufi seperti Tok Kenali yang terkemuka sebagai seorang ahli fikir dan seorang ahli falsafah? Dan mengutamakan pendidikan Syariat Hakikat, Tareat dn makrifat.

Sudikah mereka menuntut ilmu dengan Syed Naquib atau hadir pada majlis Ilmu Habib Ali?

Bagi yang kenal akan Arqam, yang menjadi tanda soal mengapa Arqam terkubur bila hilang pucuk pimpinan tidak seperti UMNO? Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn tiada, Presiden UMNO tinggalkan UMNO, UMNO terus hidup biarpun Dr. Mahathir berhenti menjadi ahli UMNO kerana murka pada Pak Lah. 

BN menang juga. Begitu juga bila Hussien Onn, Ku Li, Tunku Abdul Rahman, tubuh Semangat 46, Anwar tubuh Parti Keadilan. namun UMNO tak mati kerana UMNO adalah satu institusi yang telah menyelamatkan Melayu. Ketika peristiwa Malayan Union menyatukan Melayu dan terlalu besar jasa UMNO bukan saja pada bangsa Melayu tapi kepada rakyat Malaysia. UMNO adalah tulang belakang pada politik Melayu. 

Namun yang mengakibatkan hilangnya kepercayaan kepada UMNO selain pemimpin-pemimpin yang tak layak memegang jawatan adalah apabila PAS mempersoalkan keIslaman UMNO. Hari ini bila timbul isu kalimah Allah dan penolakan terhadap pengajaran Tamaddun Islam, adakah PAS bersuara?

Ketika umat Islam di bahagian dunia yang lain terus dicengkam oleh imperialis Barat, Darul Arqam mengajak umat Islam di sebelah Timur, khususnya di Alam Melayu, bangkit, membina taqwa  kekuatan yang Allah khususkan untuk menenangkan umat Islam terhadap ancaman musuh-musuh lahir dan batin. Itulah sebabnya satu waktu dulu saya minta Ashaari dan ahli-ahlinya menyertai UMNO jika dia ingin jadi Perdana Menteri. Jangan jadi seperti Pas.

Kita boleh bangga ramainya mereka yang pergi solat jumat, solat taraweh. Cuba tanya apakahmereka mengerjakan solat lima waktu yang lain? Alangkah bahayanya kita mengimarahkan surau dan masjid, bila mengerjakan solat tarawih dalam masa yang sama tidak lupa tanggung jawab terhadap Insan yang miskin papa, anak yatim dan orang tua-tua yang memerlukan bantuan. 

Sebagai hamba kita wajib minta pada Allah semua dosa sepanjang tahun diampunkan. Mereka terlupa setiap kali Allah mengingatkan kita tentang solat di mestikan dengan sikap tanggung jawab terhadap sesama insan sama pentingnya dengan tanggung jawab terhadap sesama manusia terutama sesama Islam dan saudara mara kita.

Fikir, Think, Tafakkur, kerana bertafakkur 1 minit sama seperti beribadat setahun.

Kita semua mesti melakukan peperangan. Perang yang paling besar mengikut sabda Rasulullah S.A.W. selepas Perang Badar adalah perang nafsu. Ini bukan berperang sesama sebangsa dan seagama. Ini perang untuk menghancurkan berhala besar yang ada dalam diri kita. 

Berhala yang dimaksudkan itu adalah sikap ego, kesombongan, keangkuhan bila berkuasa, hilang rasa kemanusiaan, sifat bakhil, tamak, leka, lalai terlalu memberi keutamaan kepada diri, (lupa yang kita ini hamba Allah semulia-mulia manusia adalah yang paling bertaqwa), tidak patuh pada undang-undang (akibat ditakuti oleh manusia yang takut pada manusia tidak takut pada Allah) degil dan lain lain sifat ‘mazmumah’ yang dibenci oleh Allah, hidup subur dalam diri mereka yang kaya dan berkuasa dan mereka seakan-akan menjadi ‘sembahan’ umat Islam yang terlupa. Tiadatuhan yang disembah melainkan Allah. 

La illa ha illallah muhammadur rasulullah, diakhiri dengan selawat Allahummasalli ala muhammad waala ali muhammad.

Thursday, July 11, 2013

Rahsia Menjadi Luar Biasa


Tarikh 6 & 7hb Julai semalam adalah dua hari dimana Wadi Hussein Janda Baik begitu ceria dengan berbagai aktiviti yang begitu mengujakan.Dari mula aku tiba awal pagi Sabtu kelihatan begitu banyak kereta yang parkir disetiap ruang yang ada melebihi  jumlah yang biasa aku lihat hujung minggu.Manakan tidak,Uncleseekers dengan aktiviti "robot robot fx"nya,Abah pula dengan majlis perkongsian ilmunya dan ada satu kumpulan lagi yang aku tidak berapa pasti apa aktiviti mereka.

"Kenapa kau tak jawap call Abah...?",tanya Pak Habib bila kami bertemu sewaktu aku baru turun dari Saufiville disebelah petangnya."Hehh...phone saya yang itu saya tak berapa nak gunakan sebab dot dot dot..",jawapku dalam nada melawak sambil mendakap Abah.Walaupun aku dah buat salah tapi Abah tetap mendakap aku mesra dan inilah kelebihan Abah bila melayan kerenah "anak anak"nya saperti aku yang aku tak pasti berapa ramai jumlahnya.Mungkin angkanya sudah mencecah ribuan orang dan mana ada manusia zaman sekarang yang punya anak anak dalam jumlah beribu kecuali Pak Habib.Bukan senang untuk seorang individu untuk mencetuskan kasih sayang dengan begitu iklas sehinggakan semua insan yang berpangkat anak yang bertemu dengannya ingin mengABAHkan beliau.Sebab itu Abah layak memakai title Manusia Luar Biasa dan selayaknya beliau bercakap dan berkongsi ilmu bagaimana untuk menjadi manusia luar biasa.

"Kau tidor sini malam ini..?",tanya Abah lagi dan bila aku mengangguk dia menyambung,"Ok kau teruskan program kau dengan Uncle nanti jangan lupa sms abah phone no baru..",sambil kami berpelukan sekali lagi.

Jadi esuknya bila semua peserta sedang sibuk dengan robot masing masing aku mencuri waktu untuk tidak melepaskan peluang bersama majlis perkongsian ilmu dengan Abah.Sejak beberapa program yang lalu aku lihat Abah menghadkan penyertaan kepada tidak lebih 10 peserta kerana beliau ingin berinteraksi dengan lebih dekat lagi dengan setiap peserta agar apa jua ilmu yang ingin dikongsikan beliau difahami dengan lebih jelas.Saperti biasa Sarah yang begitu setia membantu Abah seketiadaan Oma tidak pernah gagal melaksanakan apa yang diminta.Terima kasih dan tahniah Sarah...

Perkongsian ilmu yang mewajibkan setiap peserta berkongsi pengalaman masing masing hari ini menyaksikan air mata aku buat pertama kalinya menitis dibumi bertuah yang bernama Wadi Hussein ini.Entah mengapa hati terasa sayu dan sebak bila membicarakan tentang DIA Yang Maha Mencipta yang selama ini terasa begitu dekat denganku.Payah nak aku gambarkan perasaan aku bila membicarakan tentang DIA...







Get your Tickets now!