Bismillahirohmanirohim,
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
(Ad-Dzariyat: 56)
Sedutan ucapan Willam Wallace daripada filem "Braveheart", lakonan Mel Gibson. Jika anda berani, barulah anda mendapat kebebasan di dunia ini dan boleh membebaskan mereka yang dizalimi. Inilah sebesar-besar jihad!
Saudara,
Sorrylah,
kalau saya tak panggil saudara dengan panggilan yang ‘Duli Maha Mulia Tuanku’
atau ‘Tunku’. Saya kenal diri dan Tuhan saya. Saya tahu asal tok nenek saudara
dan asal usul saya, lagipun kita umat Islam hanya Allah saja yang layak
menggunakan perkataan “Maha”, hanya Allah subhana wa taala dengan sifat dan zatNya
yang berhak menggunakan perkataan “Maha”, kerana Dia Raja Sekalian Alam. Tun Dr.Mahathir memang nama dia macam
tu, Mahathir begitu juga dengan motor Yamaha. Dia Yang Maha Kuasa, itu pun kita
bercakap dengan Tuhan kita guna perkataan “Aku” dalam niat solat. “Sahaja
aku sembahyang Subuh dua rakaat kerana Allah taala”. Tak ada pun
berpatik-patik dengan Tuhan yang disembah. Aku aje. So, no big deal Bro. Saya
guna perkataan kawan, awak, I, me dengan you.
Sultan Ibrahim |
Awak bukannya ‘Tuan kawan’. ‘Kawan’ dan awak selaku makhluk yang diciptakanNya hanya bertuhankan Allah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan kita perlu takut hanya pada Allah yang menjadikan kita. Kerana Dia, kita berada di dunia ini dan kepada Dia kita akan kembali. Hanya Allah yang Maha Agung, tak ada manusia agung melainkan dia sudah sampai ke peringkat insanul kamil, bertaraf ‘ahsanu taqwim’ seindah-indah dan semulia-mulia kejadian.
"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," titah Sultan Ahmad Shah (Utusan Malaysia, 30 Mac 2012) |
La illa ha illaha illallah Muhammad Rasulullah. Itulah syahadat yang kita ucapkan sebagai hamba Allah, maka kawan hanya takut pada Allah. Hanya Allah yang Maha Kuasa. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak Allah. Awak tak boleh marah “aku” guna perkataan “kawan” sebagai ganti nama ‘aku’, suka hati akulah kerana aku orang Johor, dan awak pun orang Johor juga. Bahasa “kawan awak” ini, bahasa orang Johor. Kalau Tok awak dulu, “Wak Neyeh Sultan Ismail menggunakan bahasa “me, you” bahasa elit Johor.
Almarhum Al Habib Hassan bin Ahmad Alattas, Darjah Kerabat Johor (Pengasas dan Nazir Pertama) Madrasah Alattas Alarabiah Johor & Pahang |
Saudara,
Allah
Tuhan kita. Nabi Muhammad Rasul dan Nabi kita, Al-Quran imam kita, Kaabah
kiblat kita dan orang Islam adalah saudara kita. Sejak bila dalam Islam ada
kasta? Ada manusia yang dipuji macam dewa? Berada di atas undang-undang.
Apakah
saudara sudah lupa bahawa Saidina Bilal bin Raba muazzin terbilang asalnya
seorang hamba abdi berkulit hitam, akhirnya dia menjadi sahabat. Tahu kenapa?
Sedutan filem "The Message", detik-detik Bilal bin Rabah dibantai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab
Ingat
saudara, Allah murka pada manusia yang angkuh, kejam dan tidak adil. Kalau tak
dengar cakap Tuhan, itu tanda nak meredum. Tugas Nabi Muhammad s.a.w ialah
meruntuhkan berhala yang disembah oleh Arab Jahiliyah, baginda menyambung tugas
Nabi Ibrahim a.s. selaku pesuruh Allah, akhirnya hiduplah Daulah Islamiah.
Selain membebaskan hamba abdi dan menghidupkan keadilan, kita perlu menentang
kekejaman, kezaliman dan keangkuhan dan kembalikan manusia ke fitrah asalnya.
Baginda Rasulullah s.a.w seorang yang zuhud. Ingat! Selagi tidak ada keadilan
selama itu tidak akan ada kedamaian. Islam itu peace, mahukan kedamaian
perlu bersikap toleransi. Loving, giving, caring, sharing and forgiving.
Sifat
inilah mahmudah. Sifat terpuji, bukan kekal dengan sifat mazmumah, sifat
terkeji, riak, takabur, pemarah, dendam, hasad dengki, gila harta, bakhil,
penakut, gila pangkat dan gelaran.
Negara
kita hari ini dalam keadaan yang tidak aman dan tenteram terutama dalam jiwa
rakyat yang merasakan demokrasi sudah mati, dimatikan oleh mereka yang ‘berbaju
kebal’ dengan sifat mazmumah mereka. Boleh melanggar undang-undang suka hati
mak bapak dia aje. dan ramai yang
terpengaruh dengan dongeng falsafah Nietzsche Tuhan sudah mati yang
dipopularkan oleh Kassim Ahmad dalam sajaknya Sidang Roh.
Bila
mereka fikir TUHAN sudah mati mereka pun jadi FIRAUN merasakan diri Tuhan.
Akhirnya jadi macam Firaun Moden di Timur Tengah.
Negara
kita sudah merdeka hampir 55 tahun, nampaknya yang betul-betul merdeka di
negeri Johor adalah saudara dan kerabat diraja Johor boleh bermaharajalela di
atas jalan raya, ada askar sendiri, apa polis yang ikut saja perintah kerabat
diraja. Perangai macam itu amat tidak disenangi oleh penduduk negeri Johor.
Awak jangan lupa bahawa sudah tidak ada lagi status “rakyat Johor” seperti di
zaman Tok awak, Sultan Ibrahim ketika menjadi sultan. Akibat mengkritik Sultan
dalam Sunday Mirror, Dato’ Onn dibuang negeri ke Singapura. Onn Jaafar
dan keluarga terpaksa hidup sebagai nelayan di Singapura. Sedangkan Dato’ Onn
bin Jaafar adalah adik ipar sultan. Cik Dara, kakak Dato’ Onn adalah isteri
Sultan Ibrahim.
Kawan
tulis surat terbuka pada awak ini bukan semata-mata kerana yang teraniya dan
dizalimi Syed Abdullah bin Hussien Al-Attas, yang lebih dikenali sebagai UncleSeekers itu anak kawan yang ditangkap dengan macam-macam tuduhan oleh polis
Johor di Senawang mengikut cerita kerana kehendak awak juga. Betul ke? Kalau
betul cerita ini, awak telah merosakkan nama baik polis dan kerajaan BN. Jangan
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Seekor kerbau membawa lumpur, semua
kerbau yang memang suka bermain lumpur jadi tambah kotor.
Brother,
Mak awak
orang Inggeris, awak bukanlah anak raja yang pertama berasal dari England.
Helen Bartholomewa adalah wanita Inggeris pertama yang menjadi Permaisuri
Johor, isteri Sultan Ibrahim yang ditabalkan sebagai permaisuri bergelar
Sultanah Helen. Apakah salah kawan panggil awak ‘Brother’ ? Ini
panggilan popular hari ini. Lagipun kita orang Islam ini bersaudara. Tak salah
gua panggil lu Bro kan, baru sama frequency dan wave length.
Bila bercakap dengan bahasa rakyat ini kita lebih mesra, tak ada ‘shoulder length’,
baru hidup silaturrahim, macam kita bercakap dengan Tuhan semasa solat yang
mustahak ‘niat’. Semua amal bermula dengan niat.
Tak ada
bezanya orang Ajam dan orang Arab atau Sultan dengan Rakyat. Sultan itu pun
rakyat juga, tidak akan ada sultan tanpa rakyat. Kenapa bila jadi sultan,
ibarat orang yang sudah menyeberang jambatan, buang tongkat? Tak elok
buat perangai kaduk naik junjung. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa.
Pesan orang tua-tua, “biar mati anak, jangan mati adat”. Orang Melayu
ada adat istiadatnya.
Datuk
awak dulu pun rakyat biasa aje, bermula dengan gelaran “Temenggong”. Kemudian
Che Tun Abu Bakar Maharaja Johor. Semulia-mulia manusia ialah yang paling
taqwa (Al-Quran). Bukan manusia yang diagung-agungkan oleh manusia
kerana pangkat, kemasyhuran, kuasa dan kekayaan. Beristighfar minta keampunan
dari Tuhan.
Almarhum Sultan Abu Bakar |
Waktu
saya menulis, saya berada di dalam dunia saya sendiri, anda juga berada di dalam
dunia anda namun jika kita berani melihat dengan ‘mata hati’ kita tidak
akan kata yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam. Soalan
pertama yang mesti dijawab nanti ‘marabukka?’ siapa Tuhan kamu? Apakah
kita perjuangkan hari ini sama seperti janji kita bahawa Allah Tuhan kita, dan
kita tidak akan menyembah selain Allah?
Keadilan
adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adakah kita nak jawab dengan diri
kita sendiri? Apakah kita telah mengikut Al-Quran dan Sunnah? Atau kita ikut
agama tok nenek kita? Saya tahu bukan mudah hendak berjumpa dengan saudara
kerana terlalu banyak hulubalang-hulubalang di keliling. Sebelum meneruskan
tulisan kepada anda, cuba baca yang tersirat di sebalik surat Abdullah Munshi.
UncleSeekers pun namanya Abdullah. Abdullah itu ertinya hamba Allah. Hamba
Allah tak bertuankan manusia, tak takut dengan manusia bila berkata benar.
"Ingat-ingat Tengku, yang
akan ditanya oleh Allah Ta’ala segala hal rakyat kepada rajanya pada hari
kemudian. Dan siapa lagi kalau bukan Tengku yang mula sekali masuk neraka
adalah segala raja-raja yang zalim ke atas rakyatnya... Maka janganlah Tengku
kira orang yang menjadi raja itu terlebih besar dan terlebih mulia daripada
rakyatnya melainkan orang yang terkecil lagi hina adanya. Iaitu hamba segala
hamba Allah."
(Kisah Pelayaran Abdullah Munshi)
Kafir
Quraisy takut dengan dakwah yang dibawa Rasulullah berkembang pesat dan
pengikut Rasulullah bertambah ramai. Mereka kemudian mengutus Utban bin Rabi’ah
berjumpa Rasulullah dan menawarkan beberapa tawaran supaya baginda dapat
bekerjasama dengan mereka. Namun Rasulullah tetap tegas dengan pendiriannya
menolak tawaran itu dan tidak akan meninggalkan perjuangannya berdakwah
menegakkan syiar Islam. Walaupun dijanjikan dengan harta kekayaan, pangkat dan
kuasa baginda tetap menolak segala tawaran yang diberikan itu.
Saudara,
Rakyat di
Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya telah menempuhi banyak daerah
perubahan di sepanjang sejarahnya. Peri laku dan cara berfikir saudara patut
turut berubah sama, kalau tak berubah nanti rebah. Dulu rakyat tak ada pilihan
melainkan percaya bulat-bulat apa yang tersiar di media massa arus perdana yang
di miliki oleh mereka yang berkuasa. Itu dulu, dulu lain sekarang lain
nyanyian Tan Sri SM.Salim. Anak-anak zaman dulu, takut dengan ibu bapa, takut
dengan guru, dengan perkataan derhaka. Itu dulu. Sebab itu jangan kerana awak
bergelar Sultan awak fikir awak boleh bersultan di mata beraja di hati.
Kita kini
berada di era milenium, anak murid tak takut guru, anak tak pedulikan ibu bapa,
rakyat tidak takut kerajaan. Inikan pula Raja-Raja, anda perlu dikejutkan
supaya tak terus terlena. Di dunia tanpa sempadan di mana media baru yang tak
memerlukan percitakan beritanya tersebar diseluruh dunia dimana ikan kecik
boleh makan ikan besar. Jika anda tak sedar, demi masa sesungguhnya anda
hidup dalam kerugian.
Saudara
selaku seorang sultan yang menjadi Ketua Agama, saudara sepatutnya mengkaji
sejarah. Tahukah saudara punca kenapa Portugis ‘Benggali Putih’ menyerang dan
menawan Melaka pada bulan Ogos 1511? Jika tidak kerana perangai Sultan Mahmud
Shah yang dikenali dengan sikapnya yang terburu-buru, termakan hasutan para
batu api di keliling raja yang mengatakan Panglima Do Deigo De Sequera datang
untuk menyerang Melaka, sedangkan mereka datang untuk berniaga pada tahun 1409.
Ingat apa
yang terjadi pada Sultan Mahmud Shah II (1699) nama Mahmud juga akhirnya mati
dijulang. Raja Adil, Raja disembah, Raja zalim, Raja disanggah akibat
menyalahgunakan kuasa. Sebab itu bapak
saudara menukar nama kepada Sultan Iskandar. Antara sebab Sultan Mahmud dibunuh
oleh Laksamana Bentan kerana sikap terburu-buru tak dapat kawal nafsu, mudah
terpengaruh dengan hasutan. Akhirnya membelah isteri Laksamana kerana termakan
seulas nangka. Itu pun perempuan mengandung mengidam. Kuasa adalah amanah.
Allah boleh menarik balik dalam sekelip mata. Sejarah Kesultanan Johor tamat
bila Sultan Mahmud dibunuh ketika mahu pergi menunaikan solat Jumaat. Dia
seorang homosexual dan bisexual, makamnya di Kampung Marhom Kota
Tinggi.
Dalam
surah An-Naml, Allah s.w.t menyentuh tentang Ratu Saba’ dengan ayat yang
bermaksud:
Raja
perempuan itu berkata; “ Sesungguhnya raja-raja apabila masuk ke
sebuah negara, mereka akan merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang
mulia kepada hina dina, dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.” (An-Naml: 34)
Dan Kami
tujukan perbicaraan kepada apa yang telah mereka kerjakan dari jenis amal yang
mereka pandang baik, lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.(Al-Furqan, ayat 23)
Ayat-ayat
Allah ini menerangkan hakikat amalan-amalan yang dilakukan oleh sesetengah
manusia bagi tujuan dunia semata-mata. Akibatnya semua amalan itu menjadi
sia-sia. Inilah yang telah terjadi kepada sebuah kerajaan yang tidak taat
kepada perintah Allah. Jika sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.
Sakit berubat, berdosa bertaubat. Sifat Tuhan Maha Pengampun.
Saudara
kena ingat, kuasa yang ada setakat ‘amanah’. Sepatutnya Johor sudah tak
ada raja lagi. Sultan Mahmud tak ada keturunan, digantikan oleh Sultan Abdul
Jalil anak Tun Habib, tiba-tiba muncul Raja Kechil yang menjadi anak gundik
berperang dengan Sultan Abdul Jalil, akhirnya anak Bendahara Tun Habib yang
lari dibunuh di Pekan mati dan kuburnya di Kampung Marhom Pekan.
Perbuatan
awak yang angkuh dan sombong menunjuk-nunjuk kuasa dan kekayaan boleh memporak
perandakan institusi Raja-Raja, akibatnya ramai saudara kerabat di negeri yang
boleh sakit jiwa dibuatnya nanti, bila tersedar yang rakyat hari ini ramai
yang tak suka pada raja tetapi suka mahu jadi anak raja, apa lagi boleh jadi
Tengku Mahkota atau Raja Muda macam anak awak, Ismail yang merasakan dirinya
Prince Charles. Orang kampung tahu kerabat diraja Johor buat kesalahan apa saja
dengan mudah terlepas dari undang-undang mereka yang ada kuasa boleh tutup
sebelah mata. Ingat, patience has its limit. Jangan sampai cacing
naik ke mata. Kucing bila terdesak dipersok boleh bertukar menjadi
harimau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya, apa
jadi kepada Institusi Raja jika BN kecundang PRU ke-13 nanti?
Rakyat
mula bertanya sampai bila para VVIP boleh hidup seperti The Rich and Famous
dengan tak payah bekerja tetapi boleh hidup di dalam beberapa buah istana
sedangkan rakyat nak dapat rumah PPRT teramatlah susahnya.
Berimanlah
kamu kepada Allah dan Rasulnya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu yang Allah
telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman diantara kamu
dan menafkahkan (sebahagian) dari hartamu memperolehi pahala yang besar.
( Al Hadid: 7)
Dan
janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan jangan lah
kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka
seseorang yang sombong lagi membanggakan diri.
( Luqman: 18)
Antara sebab lain saya tulis surat terbuka ini, pertama bukan mudah hendak jumpa raja, pencacai di keliling lebih raja dari raja. Merekalah yang jadi Batu Api Barua dan jejalur api parasit yang akhirnya mematikan pohon besar. Contoh Sultan Mahmud di Melaka dan Sultan Mahmud di Kota Tinggi, Johor. Nasib baik bapak awak sudah tukar nama dari Mahmud ke Iskandar kalau tidak..
Pergaduhan
rakyat dengan kerabat diraja bermula awak dengan Kamal Hisham, kemudian dengan
Nizar, lepas itu dengan Uncle Seekers ini tidak patut dibiarkan berlarutan.
Biarpun saya duduk di Wilayah Persekutuan dan ada Alattas University of Life di
Janda Baik (Hantu) Pahang, saya lahir
dan kahwin di Johor masih merasakan diri anak Johor. Pertama, menepuk
air di dulang merecik ke muka sendiri. Kedua, sejak adanya blog, facebook,
twitter, the angry young man the freedom fighter sudah mula naik angin
akibat Yang Maha Halia. Saya bimbang keberanian beberapa blogger yang sudah
jadi kucing yang dihenyak ke dinding bertukar menjadi harimau. Akhirnya Melayu juga yang rugi. Melayu
bergaduh dengan Melayu. Negeri tergadai, Melayu tersadai. Jong pecah, you
kenyang.
Apakah
dengan menangkap dan memenjarakan Syed Abdullah bin Syed Hussien Al-Attas dan
mereka yang dituduh mengaibkan Sultan Johor tidak akan menjadi satu malapetaka
kepada kerabat diraja di seluruh Tanah Melayu seperti bola hoki yang
menghilangkan imuniti Raja-Raja bermula dari Johor? Lu pikir la bro..
Fikirkanlah,
kiranya perang dingin di internet dan di media massa bermula dengan (Kamal
Hisham) yang telah pun membuat laporan Polis terpaksa lari keluar negara akibat
ada ugutan bunuh oleh kerabat diraja Johor sudah merebak antara Uncle Seekers
dan kerabat diraja Johor. Kisah Uncle Seekers di tahan reman sudah tersebar
luas di seluruh dunia. Mereka mempersoalkan hak asasi manusia.
Sepatutunya awak selaku Sultan, panggil dia cakap baik-baik. Pasal apa nak guna
polis. “Kechik punya hal”. Sudah timbulkan masalah yang besar.
“Sehari
yang dihabiskan oleh seorang raja yang taqwa untuk menyelenggarakan keadilan,
setara dengan enam puluh tahun yang dihabiskan oleh seorang suci untuk ibadah
dan solat”
Sabda Rasulullah
Sebab itu
alangkah baiknya jika saudara dapat menerima apa yang berlaku dengan tenang dan
penuh rasional. Tak ada untung bergaduh dengan mereka yang ada
media. Pena itu lebih berbahaya dari
peluru berpandu. Jangan nak marah tidak tentu pasal dan libatkan polis. Kita
hidup dalam negara demokrasi, Sultan sekadar lambang, Sultan tidak ada hak
rasmi kerajaan. Awak tak ada apa-apa kuasa sekadar lambang sahaja. Yang penting
kesultanan bukan Sultan, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga.
Bawa bertenang, jika kepala panas biarkan dada dingin, jika hati panas, kepala
perlu dingin. Marah adalah musuh manusia terbesar yang ada didalam manusia.
Betul ke
kerabat Diraja saudara suruh polis tangkap blogger ikut suka hati, seperti apa
yang terjadi pada dua orang polis yang terpaksa menerima hukuman gantung akibat
pembunuhan Altantuya?
Bapa
Altantuya Saaribuu perempuan dari Mongolia yang mati ditembak kemudian
diletupkan dengan C4 itu datang ke Parlimen Kuala Lumpur nak jumpa Najib (PM)
nak tahu kenapa kezaliman yang seperti
itu boleh berlaku ke atas anaknya? Saya sudah dokumentasikan dalam buku saya Memo
Untuk Najib. Dunia pun hendak tahu betul ke kerabat diraja Johor ugut
nak bunuh Kamal Hisham? Dia sudah buat aduan pada polis, tapi kenapa tak ada
tindakan? Salah faham macam inilah. Selalu ia merosakkan imej Polis, Mahkamah
dan Kerajaan Barisan Nasional dimana Najib menjadi Perdana Menteri dan
Hishammudin, sepupunya menjadi Menteri Dalam Negeri (Bapa Polis). Pelik apa
sudah jadi pada Negara kita? Ke mana perginya demokrasi?
Tangan kanan Joe Biden merangkul tengkuk Najib |
Mata dan jari telunjuk Najib yang tidak selari, sedangkan mulutnya sedang berkata-kata. |
Pergaduhan
dan peperangan tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih-lebih lagi yang
berkaitan harta benda, mati satu sen tak boleh di bawa ke kubur. Tengok apa
sudah jadi bukan mudah mahu membersihkan nama yang sudah rosak akibat menerima
nasihat orang keliling yang jadi parasit, yang cinta dunia takut mati.
Sepatutnya
saudara sebagai Ketua Agama menjadikan diri kamu sebagai ikon pada
rakyat. Apakah satu hari nanti kita cuma sanggup berkata;
“Bahawa
pada satu masa dahulu negara kita ini adalah sebuah negara yang indah, permai,
aman dan damai tetapi akibat kelalaian, kesombongan dan kezaliman
Raja kita, negara ini sudah bertukar menjadi padang jarak padang terkukur”.
Seperti apa yang berlaku di Iraq. Kesombongan, kekejaman Saddam Hussien dan
Muamar Gaddafi.
Inilah
kebimbangan saya yang menyebabkan saya terpaksa sekali lagi menulis Surat
terbuka kepada saudara dan saya bertawakal kepada Allah kerana saya
sedar sebesar-besar jihad ialah berani berkata benar di hadapan pemimpin
yang zalim.
(dipetik dari buku SETAN, SYAITAN, SULTAN)
"FREEEEDOOOMMM..!!!"
kalau nak baca lebih lanjut sambungan "Surat Terbuka Untuk Sultan Ibrahim", silakan beli buku melalui email kepada