Amerika sebagai kuasa
besar tunggal dunia, percaya amalan demokrasi akan membawa proses ke arah
matlamat ‘pemerintahan rakyat, oleh
rakyat dan untuk rakyat’ seperti yang diterapkan oleh Presiden Abraham Lincoln di Gettysburg selepas tamatnya Perang
Saudara AS dalam tahun 1865.
Amerika percaya
demokrasi boleh membawa segala sumber pengetahuan, ilmu kekayaan, seni, budaya
dan kuasa politik ke dalam tangan rakyat, iaitu pihak yang merestui segala
sumber itu. Bekas Perdana Menteri Britain, Benjamin
Disraeli berkata, “There is no act
or treachery or meanness of which a political party is not capable, for, in
politics there is no honour”.
Betapa gah dan
kuatnya seseorang presiden, dia boleh digantikan oleh rakyatnya selepas empat
tahun atau paling lama lapan tahun, menurut peruntukan perlembagaan Amerika.Apa
lagi bila dia sudah hilang kehormatannya. Tapi sebagaimana yang dikatakan tadi
demokrasi dan pemerintahan Amerika serta Presidennya tidak lebih dari puppet-puppet yang tali-talinya dikuasai
dan digunakan oleh Yahudi di sebalik tabir begitu juga pemerintahan absolute monarchy yang menjadi milik
raja-raja Arab. Filem John F.Kennedy
(JFK) arahan Oliver Stone menggambarkan kekuatan “invisible government” yang mampu menyingkirkan JFK, gara-gara mahu
menghentikan Perang Vietnam, pada hal, perang itu membawa keuntungan sekitar 80 billion USD bagi Amerika. Apakah
Bush juga takut senasib seperti JFK?
Abraham Lincoln |
Oliver Stone |
Perang ke atas Iraq
kali ini merupakan tahap akhir dari American
Civilizations? Kesombongan dan keangkuhan mereka sudah sampai ke kemuncak
dan sedang dalam proses menurun dengan hancurnya moral Amerika di mata dunia
dan rakyatnya sendiri.
Setiap yang naik ke
atas pasti akan turun seperti belon,
jika tidak meletup pasti kempis perlahan-lahan, mengikut teori Hegel – yang dipakai oleh Fukuyama
dalam tesisnya The End of History – dunia hari ini sudah sampai pada tahap akhir sejarahnya, iaitu kemenangan di
pihak Kapitalis – Liberalis. Dalam
keghairahan memuji Amerika, Fukuyama terlupa punca Rom dan empayar-empayar lain
yang terpaksa mengakhiri sejarah kegemilangan mereka bermula dari dalam diri ‘Nafs’.
Kini, dunia sedang
menunggu kebangkitan umat Islam yang
bertaraf ‘The Universal Master’ mengikut
perancangan Tuhan.Apabila umat Islam teringat pesan Rasulullah s.a.w supaya
mereka memerangi ‘Nafs’.Nafs adalah
musuh utama manusia.Kuasa yang ada pada manusia ialah menguasai
dirinya.Tumpasnya Islam adalah disebabkan ’nafs’
sendiri pun tidak terkawal, macam mana mahu memerangi kebatilan?
Disebabkan kita tidak
berjaya menguasai diri itulah ‘clash of civilition’ yang
dimaksudkan oleh Alvin Toffler. Manusia berperang dengan dirinya sendiri kerana
tidak tahu tujuan dihidupkan, akibat tidak kenal dirinya sendiri, disebabkan
para ulama suk yang cinta dunia takut
mati.Disebabkan umat Islam tidak mempunyai sifat fatanah, kita terpaksa bersetuju dengan penulis upahan dari
Amerika.
Jika kita lihat
kepada sejarah lampau, kewujudan Amerika bukan sudah beribu-ribu tahun lamanya
tetapi pada 1776 setelah mereka bebas daripada belenggu British. Begitulah juga
dengan penduduk asal tanah AS yang bukannya manusia berkulit putih seperti hari
ini.Ini bermakna Amerika tidak meninggalkan warisan tamdun yang perlu
dibanggakan jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Rom dan Iraq
yang mempunyai warisan tamadun dunia.
Jika diperhatikan
idea yang dicetuskan oleh Plato, George W. Bush bukanlah Presiden Amerika yang ‘qualified’. Bush gagal dalam mentadbir
dasar luar Amerika dengan baik. Bush menjadi presiden kerana dia mewarisi
keturunan presiden. Beliau kaya dan disokong oleh pendukung-pendukung yang
berduit dan para pelobi yang berpengaruh.Disamping itu.kemenangan Bush disokong
oleh Mahkamah Agung. Mengikut undi popular, Bush sebenarnya tewas kepada
Al-Gore. Rata-rata rakyat Amerika tidak kisah sesiapa pun yang memegang tampuk
kuasa. Mereka tidak peduli siapa yang akan menjadi Presiden. Begitu rendahnya sensitivity pengundi Amerika dalam
pemilihan Presidennya sekadar 50 persen
saja.Jadi kita tidak sepatutnya marah kepada semua rakyat Amerika. Yang buat tahi Presiden dan konco-konconya
saja!
Akhlak penting.Akhlak
mesti diberikan keutamaan.Jika kita tersalah pilih pemimpin.maka tunggulah saat
kehancuran bagi sesebuah negara itu. Dr. Mahathir pernah menyatakan dalam
ucapannya di Persidangan NAM di Kuala
Lumpur pada 23 Februari 2003 bahawa dunia ini kini telah kembali ke
peradaban “zaman batu” kerana
menjadikan “perang” sebagai jalan
penyelesaian masalah. Yang benar adalah yang kuat.Might is right. Kita beruntung disebabkan cara hidup pemimpin kita
seperti Dr. Mahathir yang bukan saja kreatif tetapi berwawasan. Ini membuatkan
kehidupan rakyat dan negara ini terus makmur. Tapi dalam masa yang sama nasib
dunia kita masih ditentukan oleh Yahudi yang menggunakan Amerika untuk memenuhi
impiannya menguasai dunia.
Penilaian ini
berpijak kepada kenyataan bahawa orang-orang yang hidupnya rosak di masa
sekarang terdiri dari orang-orang masa kanak-kanak atau remajanya hidup dalam
kekacauan dan selalu membuat masalah. Mereka adalah orang-orang yang dahulunya
sukar dikendalikan, liar, bergaul dengan budak-budak nakal, gemar mencuri,
berkelahi dan sering menimbulkan masalah kerana pemikiran mereka telah
dirosakkan oleh media massa terutama iklan yang menguasai pemikiran anak-anak kita
hingga terpengaruh dengan kehidupan gaya
‘Ala Amerika’.
Di dalam ucapan
pembukaan Persidangan NAM di Stadium Bukit Jalil pada 23hb. Feb 2003, Dr.
Mahathir menyebutkan pentingnya penyelesaian masalah Palestin, beliau berkata, “If
we care to think back, there was no systematic campaign of terror outside
Europe until the Europeans and the Jews created a Jewish state out of Palestine
Land”. Kerana itu Mahathir menegaskan ‘Palestine is KEY to peace’.
Tanpa disedari di
kalangan ahli politik di Barat ada yang mudah menggunakan sentimen “anti Islam” yang sudah berakar umbi
pada masyarakat Kristian Barat. Pada Februari 2001, Pengarah CIA, George Tenet mengumumkan bahawa musuh utama Amerika adalah Osama bin Laden. Untuk memburu Osama, AS
menghalalkan segala cara, termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak, mengenakan
sekatan PBB ke atas Afghanistan. Dengan alasan negara tersebut menolak
menyerahkan Osama ke Amerika.Langkah itu menyebabkan kesengsaraan rakyat
Afghanistan.Begitu juga di Iraq, jutaan bayi Iraq mati akibat sekatan ekonomi selama 10 tahun ke atas
negara tersebut.Selepas ini siapa pula?
Amerika telah memutuskan semua hubungan dengan Iran dan menghalang rakyatnya ke
Sabah, tentu ada apa..apa!
Bukan Saddam saja
yang berperangai macam Firaun, boleh dikatakan kebanyakan pemimpin-pemimpin
Arab berperangai macam Saddam. Mereka akan ditelanjangkan
macam Saddam apabila timbulnya nanti revolusi rakyat ke atas pentadbiran
mereka. Mereka inilah pemimpin yang bertopengkan
Islam, tetapi dalam waktu yang sama menjadi badut kepada Amerika dan
Yahudi. Dunia Islam akan tahu nanti
siapa yang menjadi dalang dan tali barut Amerika selama ini! Amerika
berjaya melakukan huru-hara di Filipina.
Di Malaysia campur
tangan Amerika untuk cuba menjatuhkan Dr. Mahathir dengan memberi sokongan terbuka kepada gerakan reformasi sedikit masa lalu
telah gagal berikutan tindakan tegas kerajaan terhadap kumpulan tersebut.
Ketika mengulas tindakan Al-Gore pada 1998, Dr. Mahathir berkata “Kekuatan negara sebenarnya terletak di
tangan rakyat biasa yang berani menyuarakan pendirian, termasuk membantah
kebiadaban orang luar.”
Hampir seluruh rakyat
telah mengutuk Mahathir ketika itu dengan menggunakan media dan dalang yang
berada di belakang parti politik pembangkang.Apakah tidak mungkin ada ulangan? Sekarang ini rakyat telah diracun oleh
pemikiran bahawa Pak Lah tidak layak ganti Mahathir manjadi PM! Najib jauh
lebih popular tetapi segala kelemahan
Najib akan ditonjolkan sekiranya Pak Lah memilih Najib sebagai Timbalannya.
Apakah tidak mungkin kita akan menjadi macam Indonesia? Jika kita tidak
bersatu, besar kemungkinan bangsa dan negara kita yang dalam bahaya akan hancur
binasa. Itulah rakyat takut Mahathir berhenti kerana mereka masih tidak yakin
dengan kemampuan Pak Lah.
Rakyat tidak akan
lupa peristiwa tahun 1998 semasa
majlis makan malam sempena Persidangan
Kerjasama Ekonomi Asia – Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur. Naib Presiden
Amerika ketika itu Al-Gore telah
mengkritik Malaysia di depan PM dan perwakilan asing. Gore menyatakan sokongan terbuka terhadap gerakan reformasi dan demonstrasi jalanan.
Al Gore |
Beliau menganggap
penunjuk perasaan tersebut sebagai ‘suara
rakyat Malaysia yang berani’. Tindakan Al Gore
meninggalkan majlis itu sebaik membuat kenyataan turut dicemuh sebagai tidak
menghormati tuan rumah. Noordin Sopiee
orang kuat ISIS pernah mngeluarkan iklannya sendiri pada 1998 dan berkata “Semangat kebangsaan adalah sesuatu yang
amat berkuasa. Mereka yang bercakap mengenai globalisasi dan pergolakan dalaman
sesebuah negara perlu sedar mengenainya…”
Noordin Sopiee |
Beliau mahu
mengingatkan kita semua betapa semangat seperti itu adalah perlu.Noordin cuma
tidak sebut tentang bagaimana kita harus terlebih dahulu menentang nafsu
sebelum kita boleh kembali menghayati semangat kebangsaan itu.Tahun 1946, bila
kita melawan Malayan Union, tidak ada sesiapa pun yang menonjol-nonjolkan diri
nak jadi pemimpin UMNO.Para sahabat
bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w, “Selepas
umat Islam menang bertempur di Perang Badar.Apakah akan ada lagi perang yang
terbesar dalam sejarah Islam?”“Ada”, jawab baginda Rasulullah s.a.w.
Sahabat bertanya, “Perang apakah
itu?”“Perang melawan nafsu.”
Ketika majlis
menandatangani perjanjian khas bagi merujuk Pulau Batu Putih ke Mahkamah Dunia antara Malaysia dan Singapura di
Putrajaya, perkara yang sama juga
berlaku. Bila Jayakumar memberi
analogi bahawa pulau itu sebagai rumah yang didiami bergenerasi lamanya (lebih
150 tahun).Justeru kerana itu Singapura bertegas pulau tersebut hak sah
mereka.Inilah dasar orang tamak dan juga dasar penyamun.Adakah ini bermakna 150
tahun dulu Singapura sudah meronda perairan dan mengawal ruang udara kawasan
itu dan menghalau para nelayan?
Singapura dulu
merdeka dalam Malaysia.Apakah Jayakumar
mahu jadi macam cowboy America yang
menyerang tanah Red Indian?
Jayakumar bukan Red Indian, bukan White Indian, Jayakumar juga bukan White Man. Kena sindir dengan Menteri
Luar Syed Hamid Albar, padan muka!
Nafsu adalah musuh manusia
yang terbesar.Seorang hero yang menang taklah sehebat ‘hero’ yang dapat melawan nafsu.Apa lagi jika mereka berperang
kerana mengikut kemahuan rasa tamak seperti yang dilakukan oleh Amerika dan
Britain. Seorang pahlawan mestilah mempunyai jiwa yang dapat mengikis segala
sifat-sifat mazmumah, seperti sifat-sifat keji, tamak, haloba, dengki, riak,
takbur dan sebagainya dari sanubarinya. Orang sebegini tidak mementingkan
dirinya sendiri, sanggup meninggalkan kesenangan , sanggup meletak jawatan,
sanggup mengalah asal saja orang ramai mendapat kesejahteraan seperti yang
pernah dilakukan oelh Imam Hassan r.a yang melepaskan jawatan khalifahnya
kepada Muawiyah untuk mengelakkan perang saudara berterusan. Imam Hassan anak Imam Ali cucu kepada Rasulullah s.a.w tidak mahu umat Islam
berpecah-belah dan rakyat terus sengsara kerana kerusi khalifah.
Inilah contoh ‘role model’ bagi orang Islam yang
cintakan kedamaian. Orang sebegini mempunyai sifat ‘noble’ atau mulia, sanggup memaafkan musuh dan orang yang pernah
menganiayanya. Hendak tahu lebih lanjut mengenai ahlul bait Rasulullah tanyalah
kepada pencinta ‘ahlul bait’ AB,
jangan tanya orang wahabi.
Nabi memberi
keutamaan pada kaum kerabat, tidak pada puaknya Bani Hasyim.Abu Lahab dan Abu
Jahal adalah bapa saudaranya. Abu Suffian dan Bani Umaiyah yang diperangi oleh
Muhammad s.a.w adalah bangsa Arab dan Quraisy pula satu keturunan dengan Nabi
s.a.w. Sebaik saja baginda wafat, para sahabat yang kononnya sayangkan baginda,
sayangkan Islam telah berperang merebut ‘kuasa’,
merebut harta, memberi keutamaan kepad puak. Jasad Nabi belum sempat
dikebumikan, kerusi khalifah yang diberi keutamaan.Kerana mahukan kedudukan,
akhirnya umat Islam berperang berbunuhan sesama sendiri, hingga ke hari
ini.Tanggungjawab pemimpin Islam yang utama dan pertama mesti taat pada
perintah Allah dan rasul berpandukan Al-Quran dan baginda Rasul dijadikan
contoh teladan Al-Quran yang hidup.
Di negara kita dulu
ada seorang pahlawan Islam yang tersohor dan terbilang, Tok Ku Paloh. Biar pun jasanya pada bangsa dan negaranya terlalu
besar namun Tok Ku Paloh tidak
diiktiraf untuk dijadikan ‘role model’.Hanya
bangsa-bangsa yang bertamadun sahaja yang tahu menghargai pahlawan mereka.
Sebab itu dalam buku “Mereka Yang Hilang
Akal” saya bawa cerita Tok KuPaloh untuk
pengetahuan generasi yang akan datang. Mencari seorang pahlawan tidak semudah
mencari seorang pendekar untuk memperbaki keadaan dunia yang sudah berada di
tahap paling buruk.
Pahlawan itu apa bendanya?
Pahlawan itu seorang ‘hero’.Apakah
seorang hero itu seorang yang gagah perkasa, pandai bermain senjata dan berjaya
mengalahkan ribuan musuh? Hendak tengok contoh ‘hero’ seorang wira atau pahlawan, cuba tonton filem Jet Li terbaru, “Hero”.Watak yang dibawa oleh Jet
Li menonjolkan sifat-sifat universal seorang
hero yang pada mulanya mahu membunuh maharaja yang kejam dan diktator tapi bila
dia melihat maharaja dapat menyatukan semua kaum Cina, dia tidak jadi membunuh
maharaja itu.
Mungkin
ahli-ahli MCA telah belajar dari filem "Hero". Semangat perdamaian, perpaduan,
cintakan negara dan cintakan rakyat patut hidup subur dalam diri setiap orang
yang mahu jadi pemimpin di Malaysia yang berbilang kaum, adat resam, budaya dan
agama untuk menjadi contoh pada rakyat mereka. Barulah rakyat tidak takut mati
dan sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi kepentingan ramai. Inilah dia
ciri-ciri taraf pahlawan yang tidak takut mati dan tidak cintakan dunia.
Islam juga mengajar,
apabila telah mati seorang hamba Allah, hanya tiga perkara tidak yang tidak
akan memutuskan dirinya dengan akhirat: pembelaan daripada amalan yang
bermanfaat dengan Allah, hablum minallah,
melakukan kebaikan terhadap sesama manusia dengan ilmu yang boleh dimanfaatkan
dan anak yang ‘soleh’. Ini sahaja yang dapat membela seorang insan di akhirat
nanti kerana setelah meninggalkan dunia, dia tiada peluang lagi untuk
memperbaiki apa-apa kekurangan pada amalannya, apatah lagi dosa-dosanya semasa
hidup di dunia yang kelak akan dihisab di hadapan Allah Yang Maha Adil.
Kenapa Islam tidak
kata harta atau apa bentuk peninggalan material seperti rumah dan kenderaan?
Malah dalam konteks ini, Islam tidak kata membina masjid dan surau sebagai
sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang yang telah mati? Walaupun segala bentuk binaan ini dapat
dimanfaatkan oleh orang lain, lebih-lebih lagi masjid dan surau yang dapat
menjadi tempat bersembahyang orang ramai?
Muawiyah dan
keturunannya telah mendirikan beribu-ribu masjid yang megah dengan
ukiran-ukiran seni khat yang mempesonakan.Tetapi adakah dia berjaya menghidupkan
‘roh Islam’ dalam masyarakat dengan
memberikan keutamaan kepada Makam
Mutmainnah?
“Hai
jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi
diredhai-Nya.”
(Al-Fajr: 27-28)
Agama Islam berbeza
daripada agama lain di segi undang-undang dan peraturannya kerana Islam tidak
hanya menetapkan cara beribadat sebagai syiarnya tetapi panduan hidup manusia
sepanjang zaman. Yang menjadi masalah, kita tidak nampak pemimpin Islam yang
boleh jadi ‘role model’.
Bersandarkan prinsip
dan tujuannya, Islam dapat menjamin kebahagian hidup di dunia dan
akhirat.Lantaran itu, Islam mendorong penganutnya meningkatkan taraf hidup
melalui pelbagai jurusan agar dapat menjadi anggota masyarakat yang boleh
dibanggakan.Bukan sekadar ritual, Islam adalah agama yang zahir dan batin, yang
awal dan akhir.
Nama
itu penting,
sebagai contoh nama para Nabi dan Rasul yang telah membawa kebaikan kepada
manusia. Kenapa nama yang baik? Kenapa
tidak harta?Anak isteri atau sebagainya? Firaun tinggalkan Sphinx dan Piramid, Qarun
tinggalkan harta karun. Kenapa bukan
emas, berlian, gudang perniagaan, kuda dan gajah kalau zaman sekarang, wang
berjuta di bank, empayar korporat berbilion-bilion RM, Mercedes, BMW, Rolls
Royce, Bentley dan sebagainya. Kenapa nama? Di
sini ada suatu hal penting yang perlu difikirkan tentang “kemajuan” yang telah
dikecapi masyarakat Malaysia hari ini.
Sphinx & Piramid |
Kemajuan yang nampak
begitu pesat dengan wujudnya bangunan tertinggi di dunia, lapangan terbang yang
luas dan canggih, masyarakat “progresif”
era langit terbuka yang menyaksikan kemunculan begitu banyak hartawan
bumiputra yang “boleh dibanggakan” tapi penuh dengan dengki, khianat, masalah
pecah amanah dan rasuah di sana-sini menjadikan hidup rakyat resah gelisah, ‘stress’ berada di mana-mana.
Ulama kita sibuk mengajar
supaya ada rasa kesyukuran kepada Allah tetapi jangan berterima kasih pada
kerajaan.Pemimpin politik pula asyik berebut kerusi.Pegawai kerajaan pula salah
guna kuasa, terus menerus menjadi musuh
dalam selimut bertugas dengan ulama dan ahli politik.Tugas siapa
mengembalikan umat Islam ke jalan yang lurus? Ampun Tuanku, tolonglah jawab
selaku ketua-ketua agama Islma seluruh dunia!
Orang yang memilih
ilmu daripada harta memang akan mendapat banyak keuntungan sebenarnya, bukan
keuntungan sementara yang digunakan untuk meraih pengaruh dan menunjuk-nunjuk.
Ilmu tidak pernah habis walaupun disampaikan kepada sebanyak mana umat manusia
pun.Tetapi harta banyak mana pun boleh luput.Sebab itu Saidina Ali ibni Talib Karamallahu wajhah pernah berkata, “Pilihlah ilmu daripada harta, kerana harta
itu perlu dijaga tuan punyanya, sedangkan ilmu itu menjaga tuannya.”
Kita tidak akan jadi
orang yang berilmu jika kita tidak mahu membaca. Allah telah memerintahkan kita
supaya memberikan keutamaan kepada membaca dan menyampaikan ilmu.Tetapi berapa
kerat orang sekarang yang dapat memahami kepentingan ilmu berbanding dengan
harta?Paling teruk orang UMNO, terutama wanita UMNO, yang suka membaca
pembangkang dan mereka yang anti-stablishment.
Berapa ramaikah orang
kita yang bercita-cita hendak menjadi Eistein
atau Profesor Ungku Aziz?Barapa
ramai yang ingin menjadi seperti Ibnu
Arabi, Ibnu Sina, atau Ibnu Khaldun,
Ibnu Rushd, Hamzah Fansuri, Tok Ku Paloh yang disegani dunia hingga
sekarang sebagai pelopor-pelopor ilmu yang tersohor zaman berzaman?
Yang banyak, orang
nak jadi Bill Gates, nak jadi Ananda Krishnan.Hendak kaya macam Daim dan ahli
politik yang menjadi ‘instant
millionaire’.Jadi kaya-raya, jadi Billionaire.Orang-orang
ini sebenarnya naik kerana pandai menjual, tahu marketing diri sendiri pada tokoh-tokoh tertentu yang berkuasa.
Hidup di dunia
sekarang mesti pandai tonjol diri.Kalau “low-profile”
bekerja di sebalik tabir, orang tidak nampak. Susah naik paingkat! Yang pandai
tonjol pulak, bila dah berkuasa kebanyakannya jadi ‘tok pekong’.Mereka diibaratkan pokok yang berdiri gagah di
hutan.Pantang orang nampak, mula letak kemenyan, ayam panggang, pasal nak minta
nombor ekor.Sebab orang sekarang lebih
banyak minta tolong kepada hantu dari minta tolong kepada Tuhan. Mereka
lebih mengamalkan ‘reserve thinking’. Cuba
bandingkan ejaan ‘Hantu’ dan ‘Tuhan’.Tanya diri sendiri, yang anda takut pada
siapa?Hantu atau Tuhan?
Mudah-mudahan Allah
memberikan taufik dan hidayah kepada anda, pembaca yang dikasihi.Terima kasih
kerana telah membeli buku ini.Pastikan yang Ori. Hentikanlah perangai minta
buku free, pinjam buku dari kawan dan menilai buku dengan tengok kulit dan
penulis.
Selamat Berfikir.
No comments:
Post a Comment