Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 14, 2012

Sultan Mahmud dan Laksamana Bentan HIDUP SEMULA!




“Sejarah akan berulang”. Sejauh mana benar kata-kata tersebut hanya dapat dikatakan sesudah kita membaca menafsir dan mengingati sejarah itu sendiri.


            Sejarah boleh ditafsir mengikut peredaran zaman, namun cara dan gaya ianya ditafsirkan tidak ada lain kecuali memaparkan kebenaran dengan tidak berselindung –selindung tentang kesombongan dan kebongkakan serta kesilapan manusia yang berkuasa dan telah salah mempergunakan kuasa kerana mengikut hawa nafsunya hasil mendengar kata-kata orang di sekeliling  mereka tanpa mengingati kekuasaan Tuhan.



            Al-Quran sendiri menukilkan sejarah silam untuk manfaat manusia yang membacanya dan berfikir. Allah berulang kali mengigatkan manusia supaya berfikir. Berkali-kali ayat yang mengandungi ungkapan ‘berfikirlah’, diulang-ulangkan di dalam Al-Quran.

            Sejarah adalah satu perkara yang penting. Semoga dengan mengingati sejarah bangsa kita segala rahsia disebalik kejadian yang menyayat hati dimasa-masa yang silam terserlah. Sejarah tidak boleh diubah-ubah dan ditulis semula. Sejarah adalah sejarah.

            19 November tahun 1985 bersamaan dengan 6 Rabiulawal 1406 adalah satu tarikh yang sukar untuk dilupakan oleh umat Islam yang kasihkan saudara-saudara mereka yang telah terkorban sebagai Assyahid.


            Tiga tahun yang lampau, satu peristiwa yang amat tragis berlaku di Memali Kedah. Almarhum Ibrahim Libya Alsyahid telah pergi atas panggilan Ilahi. Banyak perkara yang boleh membawa kesedaran dan contoh tauladan yang patut dipelajari oleh orang Melayu, tidak kira mereka ahli UMNO atau PAS atau yang tidak pernah berparti sekalipun.

            “Mintalah, (berdoa) minta padaku doamu akan ku perkenankan.” Begitulah Tuhan berfirman melalui nabiNya Muhammad S.A.W, supaya kita sentiasa bermohon dan berdoa pada Allah S.W.T untuk mendapatkan sesuatu, kerana sifat Tuhan itu amat pemurah lagi amat pengasihani. Baik yang kita minta, maka baiklah yang kita akan terima, begitu jugalah sebaliknya.

            Mahsuri sebelum mati telah meminta sesuatu, telah bermohon sesuatu pada Tuhan. Beliau berdoa semoga kezaliman Sultan yang menganyaikan dirinya yang tidak berdosa akan dibalas oleh Tuhan. Doa Mahsuri berbentuk sumpah. Sumpah supaya Pulau Langkawi menjadi padang jarak, padang terkukur selama tujuh keturunan.

            Sejauh mana sumpah itu benar, Walla hu Alam. Tetapi lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi sudah menjadi sejarah. Apakah Langkawi mundur kerana disumpah oleh Mahsuri? Bukan itu pokok persoalan yang kita nak katakana disini, hakikatnya ialah Mahsuri teranai seorang diri, tapi tujuh keturunan orang Melayu di pulau itu hidup terseksa akibat sumpahannya. Itulah mengikut cerita sejarah.

            Mahsuri mempunyai sebabnya yang tersendiri atas apa yang dilakukannya, mungkin manusia dipulau itu tidak berani menegakkan kebenaran, tidak berani berkata benar, tidak berani menentang kemungkaran, membiarkan orang yang berkuasa berbuat apa saja yang mereka suka, fitnah menfitnah, dendam mendendam, hasad dan dengki berleluasa.
           
            Sejarah Laksamana Bentan di Kota Tinggi, Johor juga berakhir dengan sumpah seorang raja. Satu lagenda yang kekal hingga hari ini. Makan Sultan Mahmud dan Laksamana Bentan masih berada di Kota Tinggi Johor. Apakah tidak berlaku perkara dendam, fitnah dan hasad dengki yang berleluasa terhadap orang yang berkuasa hingga kehari ini. Kesaat ini?

            Sebelum Sultan Mahmud menghembuskan nafas yang terakhir, Almarhum menyumpah agar tujuh keturunan orang bentan kalau menjejakkan kaki kebumi Kota tinggi akan muntah darah. Sultan Mahmud marahkan Laksamana kerana menikamnya, kerana menderhaka kepada Sultan.

            Kenapa tujuh keturunan orang Bentan yang mesti menerima padahnya? Sedangkan yang menikam Sultan hanyalah Laksamana, seorang diri. Itupun dilakukan kerana kezaliman, kekejaman sultan yang tidak berperikemanusiaan yang telah tanpa usul periksa menjatuhkan hukuman mati pada isterinya yang sedang hamil. Isterinya dibelah perut kerana mengidam seulas nagka. Sultan Mahmud yang telah dipengaruhi oleh fitnah lupa pada jasa-jasa bakti Laksamana terhadap baginda dan bangsanya. Sultan telah lupa diri, sultan sudah dipengaruhi oleh syaitan.

            ‘Sultan beraja dimata bersultan dihati’. Ada akal fikiran tak digunakan. Taka da belas ikhsan, tidak ada perrikemasuniaan. Apakah pemerintah dan pucuk pimpinan kita hari ini macam perangai Sultan Mahmud? Dan apakah perlunya lahr seorang lagi Laksamana Bentan?

            Singapura kalah diserang oleh Majapahit, juga disebabkan dendam terhadap sultan yang telah menyula anak Sang Rajuna Tapa tanpa usul periksa. Marahkan sultan, kerana menyula anaknya yang kebetulan jadi isteri sultan. Satu negeri manusia menjadi huru hara menderita dan tersiksa. Akhirnya raja yang zalim hilang takhta. Orang melayu kehilangan Singapura.

            Hari ini Ku Li dan Musa sudah diberi peluang untuk jadi menteri semula tetapi kerana marah dan dendam peribadi golongan mereka yang tak berapa orang, orang Melayu yang tak berdosa akan jadi mangsa. Kenapa? Mahukah kita sejarah silam berulang semula?

            Orang yang beriman mesti tabah menerima ujian Tuhan. Sekiranya manusia sedar bahawa segala-gala yang berlaku keatas diri mereka adalah kehendak kadak dan kadar maka manusia tak jadi pendendam dan ikutkan hati yang marah menjadi sombong dan bongkak. Nabi Muhamad dan Nabi Musa menerima dengan redha menjadi gembala kambing sebelum dilantik menjadi Rasul. Apa nak dimalukan jadi menteri tak berportfolio?



            Sekiranya Mahsuri, Sang Rajuna Tapa dan Sultan Mahmud hidup semula, tentulah mereka akan menyesal kerana betapa nipisnya iman dan kurangnya pengetahuan mereka mengenai agama. Mereka akan bertaubat kerana kesilapan tidak berfikir dengan betul mengikut jalan Allah dan Rasul. Katakanlah ketika itu kiranya ada para ulamak yang menjadi penasihat para Sultan menjalankan tugasnya dengan amanah. Dan mereka telah katakana dengan berani megenai yang hak dan yang batil mereka berkatakan benar, walaupun pahit untuk didengar seperti yang telah diajarkan oleh Junjungan Nabi S.A.W, mungkin umat Melayu hari ini tak macam ini.

            Sultan Mahmud yang mangkat dijulang, Sang Rajuna Tapa dengan kisah derhaka dan Mahsuri tinggal nama dan sejarahnya saja. Tapi bagi kita yang masih ada peluang, mahukah kita membiarkan cerita, kejadian Musa dan Ku Li serta golongan serpihan yang sedang menentang pemerintah ini dijadikan satu lagenda untuk tatapan manusia di hari muka?

            Semoga sejarah buruk menyumpah bangsa dan negeri disebabkan marah dan dendam pada orang tertentu tidak akan berulang. Semoga pihak serpihan yang mahu membalas dendam mahu membakar kelambu kerana marahkan pepijat berfikir panjang-panjang. Kenapa keinginan dan cita-cita peribadi mereka dilibatkan dengan bangsa dan negara?

            Sejarah Laksamana telah mereka lupakan, namun kisah Ibrahim Libya di Memali masih menghantui pemikiran mereka yang bersalah dan berdosa kerana terlibat sama.


            Sepatutnya Musa Hitam dan Rais Yatim pergi memohon maaf secara terbuka, dan kemudiannya menghulurkan bantuan atau paling kurang bertanyakan khabar dan berita serta nasib para keluarga syuhada yang masih tinggal. Bagaimanakah isteri-isteri yang telah kehilangan suami-suaminya, anak-anak yang telah menjadi yatim? Kerana ketika kejadian itu Musa menjadi Menteri Dalam Negeri dan Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan yang menyampaikan berita kepada seluruh dunia. Datuk Rais Yatim bertangungjawab mengenai segala berita yang tersiar mengenai kejadian berdarah di Memali.

            Musa ketika itu dengan sombong dan bongkaknya menyifatkan pelampau agama musuh utama Negara. Tidak ada sedikitpun baying garis-garis penyesalan di wajahnya. Tidak ada sedikitpun rasa resah mengenangkan nasib keluarga syuhada dan mangsa-mangsa yang ditembak dan dipukul. Datuk Musa Hitam yang ketika itu menjadi Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat bagaimana anggota polis melayan para syuhada itu seperti bukan melayan manusia.

            Peristiwa Memali adalah satu perkara yang mustahil untuk dilupakan dan memang tidak mungkin dilupakan. Namun kita sama sekali jangan lupa pada pemimpin dan ahli UMNO yang kini sebahagiannya menjadi serpihan kerana kita tahu dalam hati kecil mereka tidak semua yang suka pemimpin UMNO mengambil tindakan demikian. Namun disebabkan ramai pengikut yang mendesak dan pemimpin tidak menggunakan pertimbangan akal yang berpandukan ajaran Islam yang sebenarnya maka terjebaklah mereka dalam satu kancah dosa dan dusta. Saya percaya keluarga Ibrahim Libya tidak menaruh dendam kepada ahli-ahli UMNO kerana mereka tahu dalam orang UMNO tidak semuanya suka tragedy ini berlaku dan dengan pergi beramai-ramai bermaaf-maafan mungin dapat mententeramkan jiwa-jiwa para pemimpin serpihan yang resah gelisah kerana mahu berkuasa kembali.

            Politik seperti ini akan membawa padah dan kebinasaan. Yang menentukan sesuatu ialah suara ramai bukannya kebenaran dan keadilan. Pemimpin akan merasa kedudukannya tergugat sekirannya tidak memenuhi citarasa pengikutnya. Pengikut kata hapuskan Dr.Mahathir , tentang Dr. Mahathir, pemimpin ikut saja. Dan pemimpin yang begini dinamakan pemimpin yang Berjaya kerana mereka ikut saja kehendak pengikutnya.

            Sumpahan Mahsuri, peristiwa anak Sang Rajuna Tapa di sula dan peristiwa perut isteri Laksamana Bentan dibelah adalah angkara yang dilakukan kerana mendengar apa saja desakan orang-orang dikeliling yang sanggup melihat pembunuhan dilakukan. Begitu juga seorang ulama muda boleh dibunuh bersama pengikut dan anak muridnya hanya kerana desakan dari para ahli UMNO yang tahunya mendesak tetapi tidak tahu kenapa mereka mesti mendesak dan permainkan media-media massa yang membesar-besarkan perkara yang kecil untuk kepentingan peribadi dan melakukan akhbar menjadi minyak kepada api yang sedang membakar.

Tidak timbul penentangan Ustaz Ibrahim terhadap kerajaan disebabkan semangat semata-mata atau penentangan tanpa sas. Hujahnya mantap, keyakinannya teguh dan tidak bergoncang, -bahawa yang layak didaulatkan hanyalah Hukum Allah. Cuba kita menungkan ucapan terakhir Asyahid.
Marilah kira bersumpah dan berikrar dengan laungan Allahu Akbar dengan erti dalam perjuangan Islam ini mati kita hidup kita, jiwa raga kita, harta benda dan nyawa kita korbankan demi menegak kalimah Allah Yang Maha Tinggi… Mudah-Mudahan kita dapat mengukuhkan aqidah dan keimanan kit. Oleh itu tinggalkanlah kemungkaran dan kefahaman-kefahaman karut yang kita amalkan sebelum ini dengan kita berkata: Aku bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah.”
Ibrahim Libya tidak pernah mengutuk atau menyumpah seperti yang dilakukan oleh Mahsuri dan Sultan Mahmud. Beliau mati dalam iman. Beliau tida mewasiatkan murid dan pengikutnya suruh balas dendam tentang ISA seperti mana yang dilakukan oleh PAS hari ini.

Pemimpin Pas menganggap Ibrahim Libya adalah seorang yang syahid dan tempatnya di syurga disisi para ambiah dan awlia Allah kerana perjuangannya adalah kerana Allah. Dari itu perlu apa mereka menyumpah pemimpin kerajaan apabila mereka ditahan dibawah I.S.A.  Saidina Hussien dan keluarganya tidak bangun menuntut bela atas kematian ayahandanya Ali. Mereka berjuang dan berjihad kerana Allah bukan kerana membalas dendam. Perbuatan PAS yang takut dan benci pada I.S.A adalah satu perjuangan yang tidak ikhlas dan tidak dituntut oleh landasan PAS itu sendiri.

Ibrahim Libya mati dan antara lain sebabnya ialah bahawa beliau dan rakan-rakannya ditomah dan dituduh sebagai penjenayah. Alhamdulillah hari ini terbukti yang tiduhan itu palsu, dusta yag sengaja diada-adakan. Kenyataan Datuk Musa Hitam yang mempergunakan kuasa yang ada padanya ketika itu ternyata telah disalah gunakan. Nah apa bezanya tomahan dan tuduhan Musa, ahli-ahli PAS dan kumpulan serpihan terhadap Dr.Mahathir? Apakah kita tidak patut mempersoalkan perilaku Musa dan kumpulan serpihannya menuduh Mahathir seorang dictator, komunis, Mahathir rasuah, apakah tuduhan itu mempunyai asas? Nampaknya tujuannya semata-mata untuk menjatuhkan Dr.Mahathir pemimpin melayu yang sah untuk digantikan dengan kumpulan serpihan yang haram dan ramai yang bersubahat menerimanya tanpa berfikir.

Tidak ada tuduhan rasmi keatas Ibrahim Libya dan tidak disabitkan di mana-mana mahkamah pun sampai hari ini. Beliau ditahan dibawah undang-undang jenayah. Dan kemudian banyak lagi tipu helah dibuat keatasnya. Tetapi orang PAS memperjuankan peribadi bukan perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Jika benar mereka memperjuangkan kebenaran mereka akan memperjuangkan siapa saja yang ditohmah tanpa bukti seperti yang berlaku pada Dr.Mahathir hari ini.

Saya bukan orang PAS yang mahu mengeksploitasikan kematian Ibrahim Libya dalam tragedi memali yang diaangap sensitif. Apakah umat Islam tidak patut sensitif dengan apa saja perkembangan yang berlaku? Umat Islam bukan pemerhati pasif pada tragedi demi tragedi tetapi kalau kita tidak ingatkan ia akan berlaku keatas siapa saja yang berjuang atas landasan Islam. Lihatlah bagaimana akhbar utusan melayu dan segelintir pemimpin UMNO sedang lakukan keatas ustaz Ashaari dan Darul Arqam. Mereka mencari dan terus mencari kesalahan yang kecil tetapi menyembunyikan kebaikan dan kebajikan yang telah diusahakan oleh Ashaari dan Arqam.

Mahukah kita melihat Ustaz Ashaari dan pengikutnya jadi seperti Almarhum Ibrahim Libya Asyahid. PAS sendiri pun sedang merancang untuk menjahanamkan Arqam dengan mengadakan forum bersama mereka yang telah menjadi serpihan Al-Arqam. Nampaknya PAS yang kononya memperjuangkan Islam telah mengambil kesempatan memperniagakan darah para syuhada di memali dan mengumpul serpihan UMNO dan arqam untuk terus memecahbelahkan ummah. Inikah gaya dan cara PAS mahu menyatukan ummah?

“ Sesiapa yang menyakiti seorang dari waliKu (kekasihKu-yang cintakan Allah dan RasulNya) maka sesungguhnya aku (Allah) dan RasulNya telah mengishtiharkan perang atasnya.”
                                                                                    Sanbda Rasulullah S.W.A

Menggunakan kebencian dan tindakan diluar undang-undang terhadap orang yang mahu membawa perbaharuan yang baik terhadap bangsa dan Negara kita kerana kita rasa kita teranaiya dan dizalimi bukanlah sifat perjuangan yang sebenarnya seperti apa yang dilakukan oleh tiga manusia dalam sejarah tragis melayu. Kalau kita perlu ajar bangsa kita, kaum kita marilah kita ajar mereka dengan cara mengunakan pendidikan terlebih dahulu sebelum kita mengunakan hukuman.

Rakyat mesti tahu siapa yang salah, siapa yang benar. Kemudian tinggalkan yang salah dan ikutlah yang benar. Cakap pasal slah benar ini saya teringat di Johor Kadi dan Imam serta orang yang ada pengetahuan agama pun memehak kepada Musa kerana semangat kenegerian. Apa nak jadi pada Tok Kadi yang makan gaji dengan kerajaan, tapi gunakan kemudahan kerajaan dibulan Maulud Nabi untuk memburuk-burukkan dan menahbahkan kekeruhan dalam politik? Dimana mereka letakkan iman dan pengetahuan agama mereka?

Apa bezanya di Kelantan, Ku Li orang Kelantan, salah betul mereka mesti sokong dan bantu Ku Li kerana sifat kenegerian. Bukankan ini yang dinamakan asabiah dan siapakah yang bersubahat menghidupkan asabiah dinegeri ini kalau bukan mereka yang cakap tak serupa bikin.

Jaganlah apa yang kita pandang semua betul kerana kita suka, sedangkan kita tahu kita tidak boleh percaya mata kita sendiri. Mata adalah alat yang suka menipu manusia. Kalau dalam ketakutan tunggul kita kata hantu, ditengah padang pasir kilau panas kita sangka air. Orang yang buruk wajahnya kerana hati kita berkenan kita pandang cantik. Benda yang indah kita Nampak buruk kerana kita benci.

Orang yang beriman tidak beraja dihati. Orang yang mengikutkan kata hati akhirnya mati. Tengok sajalah golongan serpihan yang mengikutkan kata hati, berapa ramai dari mereka yang politiknya sudah mati dan mahu matikan politik orang lain pula.


Petikan daripa buku:
Perang di Parit Raja 1991



No comments:

Get your Tickets now!