THE UGLY MUSLIM
VS.
THE
INNOCENT MUSLIM
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia.
Sembahan manusia”
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada pesuruhMu Muhammad
serta keluarga dan anugerahkanlah akan dia dengan makam terpuji sebagaimana
yang Kau janjikan.”
Pukul 10 pagi, Sabtu 29/9/2012, sewaktu sedang duduk minum kopi di
tepi kolam berhampiran dengan rumah, yang berisi pelbagai jenis ikan saya
perhatikan, tulisan pada pasu besar “Fikir, THINK, Tafakur”. Fikir
dan tafakur adalah perkara terpenting dalam hidup manusia. Saya selalu
mengingatkan mereka yang singgah ke Alattas University of Life, ketika
mereka masuk melalui gerbang tanpa pintu Taman Hana, Wadi Hussien. Kita perlu “baca”
setiap yang kita lihat, bermula dengan ‘anak tangga’. Setiap benda yang
anda perhatikan dengan “mata hati”, fikir, tentu ada falsafahnya dan
dalam perjalanan pulang sesudah mengingatkan sesuatu yang anda baca. Sebelum
keluar, ingat apa yang anda telah pelajari, berfikir dan bertafakur? Kerana
bertafakur seminit, serupa beribadat 100 tahun.
Penghujung bulan September 2012 adalah hari yang bersejarah.
Sebentar lagi, hampir 50 bloggers dan facebookers dari seluruh Malaysia akan
hadir. Apakah yang akan saya sampaikan di pertemuan dengan mereka selaku orang
Melayu yang mempunyai pendekatan melalui dua kedaulatan yang terdiri “kedaulatan
alami” dan “daulat manusia” bagi mereka yang kenal siapa diri dan
siapa Tuhannya, dan faham maksud yang tersirat di sebalik apa yang disampaikan
kepada mereka para pembaca.
Sama ada kita faham atau tidak, percaya atau tidak, Tuhan tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya
(Al-Quran). Dalam abad 18 ke 19, dan pertengahan abad 20, kalau dia tikus,
dia tetap tikus, yang kucing tetap kucing, yang macam kambing tetap macam
kambing, yang macam harimau tetap macam harimau melainkan mereka dapat
membezakan manusia yang pandai berkata-kata “haiwan nun natik” atau
seperti Beruk Rantai Pendek (BRP) biarpun kita sudah hidup di era dunia tanpa
sempadan. Di era langit terbuka tapi pemikiran dalam kotak, masih hidup macam
katak bawah tempurung. Mahu jadi terkenal, terkemuka. Tapi, tak mempunyai ilmu
dan adab.
Bermula dari hari Sabtu, pukul 12.30 tengahari, ada lebih kurang
20 kereta membawa hampir 60 penggiat media baru (bloggers/facebookers)
berkampung di Wadi Hussien, Janda Baik. Program yang sepatutnya mengumpulkan
penggiat media baru pelbagai aliran dan ideologi politik menyaksikan hanya 3 orang
peserta dari bloggers pro-kerajaan yang berani menghadirkan diri dan selebihnya
adalah dari kalangan penggiat media Pakatan Rakyat. Cerita mengenai kehadiran
para bloggers dan gambar-gambar tersiar dalam http://aku-tak-peduli.blogspot.com
Program interaksi secara langsung dan perkongsian ilmu penulisan
politik ini tetap berlangsung meriah seperti yang dirancang oleh penganjur,
Uncleseekers dan Media Perak. Saya hanya menjadi tetamu khasnya. Suasana mesra
dengan semangat persaudaraan tetap dirasakan di akhir program. Atas semangat
persaudaraan sesama Islam, kami semua tetap berpelukan mesra sebelum berpisah.
Saya mengucapkan syukur kepada Allah subhana wa taala kerana dalam
pertemuan ini muncul beberapa watak penting dalam siri ini di mana buat pertama
kalinya, Tengku Amran dipertemukan secara terbuka. Tetamu yang tak diundang ini
muncul ketika majlis sedang berjalan, YAM Raja Sharuzzaman Idris atau Ku Shah,
waris Kesultanan Perak sudah bermukim bersama UncleSeekers beberapa hari
sebelumnya. Mudah-mudahan saya tidak dituduh bersekongkol dengan Tengku Amran
untuk menjatuhkan Sultan Azlan Shah dari takhta selaku Sultan Perak.
Jangan sembunyikan sampah sarap di bawah permaidani, kata Tun
Razak. Sebelum ini, hanya dokumen-dokumen yang tersiar di blog perlu diteliti.
Dalam majlis tersebut, Tengku Amran menunjukkan keris “Taming Sari” yang
dikatakan milik mereka yang benar-benar waris Kesultanan Perak. Betulkah
“Taming Sari” asli yang ditunjukkannya itu? Saya cium keris itu berkali-kali,
tapi bila malam, tak mimpi apa-apa pun. Lu fikirlah Bro! Betul atau tidak,
terserah pada pakar untuk menyahihkan atau menyangkalnya. Bagi saya, siapa juga
yang hendak jadi ‘Ketua Agama’ di Malaysia, caranya sudah ditunjukkan oleh
Sultan Kelantan yang boleh jadi imam. Macam mana hendak jadi sultan, bila
diajak solat berjemaah di surau, dia menolak.
Saya tak pasti sama ada Ku
Amran ini sudah baca buku saya “Lima Raja Terakhir” (1990). Saya
memuatkan kata-kata Raja Mesir yang terakhir, seorang raja playboy, King
Farouk, “Di satu masa nanti, yang tinggal hanyalah Raja Sekopong, Raja
Retin, Raja Lekuk, Raja Kelawar dan Raja England.”
Pelik Ku Amran ini, mahu menuntut kerusi raja. Nabi Muhammad s.a.w
adalah penutup para rasul. Orang yang mewariskan kerusi khalifah kepada anaknya
ialah Muawiyah bila anak si Abu Sufian ini mengangkat dirinya menjadi ‘Raja’
dan Yazid, anaknya pula dinobatkan selaku ‘Tengku Mahkota’. Bermulalah Dinasti
Muawiyah dan terhapuslah sistem bai’at dan demokrasi musyawarah Daulah
Islamiah.
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman,
ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah
naungan pohon; maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang
(kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu
Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka
dengan kemenangan yang dekat masa datangnya
(Al-Fath: 18)
Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia
kepadamu (Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada
Allah. Allah mengawasi keadaan mereka yang memberikan taat setia itu. Oleh itu,
sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak
menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang
menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan
memberi kepadanya pahala yang besar.
(Al-Fath: 10)
Saya tahu apa yang saya tulis ini memang berat dan sakit bagi Ku
Amran nak terima. Sometimes one has to be cruel in order to be kind. The
truth is always bitter to swallow.
Untuk mewujudkan perubahan menyeluruh pada suatu keadaan ataupun
sistem yang sudah establish adalah merupakan ciri Islam yang asasi; dan itulah
tujuan utama Islam. Islam merubah semua hubungan yang sedia ada kepada
rangkaian hubungan baru.
Issues In The Islamic Movement
Dr.Kalim Siddiqui
Pengarah Muslim Institute, London
Setiap yang bermula pasti berakhir seperti
juga pertemuan antara saya dengan kerabat diraja Perak dan para bloggers
sebelum ia berada di ambang penutup seperti tamatnya serangan penceroboh
Amerika terhadap Libya dan kini sedang membuat rancangan untuk menyerang Iran,
tapi siapa pun tak boleh berbuat apa-apa akibat ramainya umat Islam yang
cintakan dunia, takut mati.
Sesudah anda semua baca tulisan saya, anda nak buat apa? Ada mata,
pandang. Ada telinga, dengar. Ada mulut, tutup. Ada kepala, geleng-geleng? Lu
fikirlah Bro. Kata Imam Khomeini, Amerika ini “Setan Besar”? Saya
teringat kata-kata Ku Shah, “Raja-raja hanya takut sakit dan mati.” Apakah
mereka terlupa bahawa mereka juga akhirnya akan menjadi ketulan-ketulan daging
untuk santapan segala cacing dan ulat tanah? Mereka takut kerana mungkin susah
nak jawab bila ditanya “Ma Rabbuka”, siapa Tuhan kamu? Hanya
Allah, Raja Sekalian Alam Yang Hidup dan siapa pun tak boleh mengambilnya,
malaikat maut pun tak boleh.
Berakhirnya pencerobohan Amerika terhadap Iraq ini bermakna
berakhirnya kemuncak keagungan Amerika selama ini sebagai ‘superpower’ kerana
kehebatan “Kepala Setan”, Presiden Amerika tidak sampai ke mana, tidak
sehebat mana pun kerana Allah Yang Maha Kuasa. Ke mana perginya Empayar Rome,
Parsi dan Great Britain sendiri?
Britain’s proud boast that “Britannia rules the waves and that
Britain shall never, never be slaves” is not true anymore for, alas, Britain
today has become the unions’ slave. Where kings once ruled with the power has
been taken over by the people who act through their elected representatives.
The divine right of kings has given way to the democratic right of the people
so kings have become the spiritual and symbolic Heads of State while the people
rule.
Tunku Abdul Rahman
“Something To Remember”
(1983)
USA jadi super power kerana umat Islam hilang keimanan dan
ketakwaan, tidak lagi menjadikan Islam sebagai “ad-din” cara hidup yang
paling sempurna. Islam disamakan dengan agama lain, cinta dunia takut mati,
pemimpin Islam telah menjadi manusia-manusia yang tidak dapat mengawal nafsunya
sendiri. Ramai yang menjual roh kepada setan. Akhirnya, diri dan nafsu dikuasai
oleh syaitan akibat tidak mendapat hidayah dari Tuhan.
Kita bersyukur di Malaysia dengan adanya kebebasan media baru, apa
yang tersembunyi di sebalik tembok istana dengan sendiri boleh terbongkar bila
kerabat diraja bersama dengan bloggers sedia melakukan ketelusan. Mereka datang
ke Alattas University of Life tanpa diundang. Saya yakin bila timbul
yang haq, yang batil akan lenyap dengan sendirinya.
Apabila pemimpin dan Raja ingin sangat menunjukkan diri
berkuasa seperti pemimpin Amerika, mereka terlupa hanya Allah yang Maha
Kuasa. Bila mereka angkuh, mereka hilang ‘character’, hilang kehormatan
dan kepercayaan dunia terhadap kepimpinan kuasa besar yang diharapkan untuk
membela nasib manusia yang tertindas dan teraniaya bila mereka bertukar menjadi
dajjal. Apa bezanya dengan negara
bersekutu yang menyembah Amerika sebagai Berhala dan turut membiarkan
dirinya dikuasai oleh nafsu haiwaniyah. Akhirnya, nasib pemimpin muslim
yang angkuh di depan rakyatnya jadi seperti kambing yang disembelih beribu
ekor, setiap hari siapa pun tak peduli? Ketua yang sepatutnya menjadi
‘payung pelindung’ kepada rakyat marhaen bertukar menjadi raksasa dan ‘buragas’
seperti dinasor dalam filem Jurassic Park. Sudahlah angkuh, kejam, zalim,
gelojoh, mentekedarah, cekik, bedal, sapu bersih apa yang nampak. Tak percaya,
tanya rakyat Johor atau cari blog di internet yang mendedahkan kerakusan sultan
yang seperti raksasa, ‘menyapu bersih’ peluang perniagaan. Kepada siapa mereka
nak mengadu? Siapa berani tegur? Tengok apa jadi pada UncleSeekers, IR Nizar
dan Kamal Hisham. Nampaknya Sultan Ibrahim ini macam datuknya, Sultan Ibrahim
bin Abu Bakar.
Imej pemimpin Amerika kini berada di tahap yang paling rendah,
seperti pemimpin muslim yang berlagak macam Firaun yang mewarisi sifat Kabil,
yang membiarkan diri dikuasai syaitan. Tunggu masa kebangkitan, setiap yang
bermula mesti berakhir. Bila pemimpin yang dipilih rakyat dalam negara
demokrasi lebih hina dari binatang, saya terpaksalah tulis buku “Setan,
Syaitan, Sultan”. Mereka terlupa rakyat yang mengundi mereka,
sepatutnya mereka berkhidmat untuk rakyat. Tapi malangnya, mereka rela jadi
hamba kepada ‘boneka-boneka’ yang mereka sembah.
Amerika sudah tidak layak lagi bercakap tentang ‘Human Right’, sama
seperti pemimpin yang telah membunuh demokrasi seperti kata Nietzsche, ahli
falsafah German; “Tuhan sudah mati” biarpun kulitnya Islam, tetap
mendewa-dewakan Setan Besar berkiblat ke Rumah Putih di negara di mana
kebanyakan rakyat di dalam negara super power itu miskin, ramai yang papa
kedana seperti juga majoriti rakyat kita. Yang kaya raya minoriti yang berkuasa
saja. Siapa kalau bukan para bloggers yang kini perlu membangkitkan mereka
yang selama ini tertidur. Kita sedang mengalami kiamat kecil. Inilah hari
kebangkitan bila mereka yang tertidur dibangkitkan oleh kebangkitan rakyat,
tersedar tak ada yang kekal.
Nothing is lost
When money is lost
Something is lost
When health is lost
When character is lost
Everything is lost
(William Shakespeare)
Pelik tapi benar, cuba berhenti membaca dan mari kita ‘bertafakur’
di negeri kita yang agama rasminya Islam. Sembilan Raja, Perdana Menteri, Ketua
Hakim, polis, tentera, Menteri dalam Negeri, muslim. Majoriti rakyat Malaysia
pada MyKadnya Islam, baguslah. Sebahagian dari mereka sekadar berani tunjuk
perasaan marah terhadap Amerika apabila isu menghina Nabi Muhamad s.a.w yang
terbaru “The Innocent Islam”, kita wajib marah bila Nabi kita dicela
begitu rupa melainkan mereka tak ada rasa cinta pada Nabi Muhammad s.a.w
sedangkan cinta kepada Rasulullah s.a.w mengatasi cinta ibu bapa, anak, isteri,
harta dan segala-galanya.
Biarpun yang kita tunjukkan dianggap oleh kuasa besar dan
konco-konco mereka seperti anjing menyalak gunung, namun mereka jangan
lupa kucing yang dikejar ke dinding, bila berpatah balik ibarat seekor
harimau. Ramai yang cuba sabotaj McDonald dan lain-lain produk
Yahudi dianggap hangat-hangat tahi ayam. Mereka tahu, Melayu mudah lupa.
Tak ramai yang kental jiwanya, tak ramai. Biar menyeluk pekasam sampai ke
pangkal lengan. Bila berdakwat sampai hitam. Mandi biar basah. Apa lagi
sanggup berjihad. Antara jihad terbesar ialah berani berkata benar di hadapan
pemimpin yang zalim. Akibat tak punya isi di dada, ada ilmu syariat tanpa ilmu
hakikat, tarikat, dan makrifat. Biar apa pun orang nak kata. Namun, kita patut
bangga semangat yang ditunjukkan oleh mereka yang menghantar memo ke Kedutaan
Amerika, selagi hidup selagi melawan. Sabar umat Islam ada batasnya.
Mereka yang terus menerus kurang ajar dan bersifat biadab terhadap Nabi
Muhammad s.a.w patut diajar. Orang yang menunjukkan keberanian, pasti mereka
akan mendapat ganjaran dari Tuhan apalagi bila kita sanggup sabung nyawa
membela nubuwat Muhammad s.a.w, kekasih Allah.
Ingat Abu Jahal? Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang memusuhi
Islam. Tapi, setiap hari Isnin dia dikatakan terlepas dari seksa kubur kerana
gembira di hari keputeraan Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan Uwais Al-Qarni
yang mencabut gigi gerahamnya ketika tragedi Nabi di Perang Uhud, Allah beri
dia kemuliaan dan karamah yang luar biasa.
Macam mana orang hendak hormat umat Islam, cuba perhati bini
Perdana Menteri, bini-bini Menteri dan Raja-raja tidak menutup aurat sedangkan
itu perintah dari Allah. Berapa orang yang berani tegur suruh mereka bertaubat
dan kembali ke pangkal jalan. Dalam buku saya, ‘Wanita, Takhta dan Kuasa’,
saya mengingatkan Tun Asmah supaya menutup aurat, itu tanggungjawab fardu
kifayah.
Islam adalah ‘din’, cara hidup yang paling sempurna. Macam
mana Tuhan nak tolong kita, kalau Tuhan dan agama kita pun, kita permainkan?
Ramai yang nama saja Islam, bagaimana dengan amalan dan cara hidup kita? Sampai
bila kita nak tipu Tuhan? Guna nama Islam, berpura-pura Islam sebenarnya
seorang yang fasik. Sempurna ke kehidupan kerabat diraja serta para ulama yang
berdiam diri bila melihat kemungkaran berlaku di depan mata ibarat hama
di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak. Ulama, polis,
raja berdiam diri bila tersebar luas berita ada umat Islam yang menerima ugutan
bunuh dari seorang kerabat diraja Johor. Itulah sebabnya saya gunakan tangan
menulis buku untuk mengingatkan mereka yang berkuasa jangan lupa Tuhan.
Untung, selain dari cerita dari Kamal, saya dapat cerita dari Ku
Shah, anakanda Sultan Idris yang mengatakan kerabat diraja pandang rakyat
jelata sebagai ‘hamba’, rakyat macam ‘kucing kurap’. Patutlah ikut cerita Kamal
Hisham semasa mengadakan Kembara Motor Besar, Sultan Ibrahim berhenti tepi
hutan, kencing berdiri. Kamal beri air dalam botol mineral, suruh cebok. Yem
kata, “jangan sibuk”. Sultan tak cebok pun, rakyat cium juga tangan
sultan.
Kasihan rakyat yang tak kenal diri, yang tak tahu Tuhan berada
lebih dekat dari urat leher dalam diri sanggup merendahkan diri setaraf debu,
minta ampun tanpa dosa, guna bahasa “patik” yang ertinya ‘anak
anjing’ akibat terlupa janji dengan Tuhan, tiada yang disembah selain
Allah.
Amerika menjadi tambah kejam mencengkam rakyat Libya yang bunuh
seorang rakyatnya kerana marah akibat filem “The Innocent Islam”. Macam
mana Raja tak mahu berkuasa, tak mahu menguasai semua jenis perniagaan? Bila
ada yang menegur, mereka dilabel “menderhaka”,
siapa tok dalang yang menyuruh Nizar minta ampun kepada rakyat Johor? Maka,
raja tambah bermaharajalela, terus bersultan di mata, beraja di hati.. Rakyat
sekadar tengok, terutama Melayu yang bergantung hidup pada Sultan. Kita hendak
jawab apa dengan Tuhan nanti? Melihat kekejaman dan keangkuhan serta kezaliman
Raja sedangkan mereka itu sekadar lambang. Jembalang.
Cuba kita tengok bagaimana kehidupan wanita Islam di Malaysia,
ramai yang bertudung kerana fesyen nak tutup aurat. Tapi dedah yang lainnya,
yang lebih menjolok mata. LGBT berleluasa dalam negara sebab itu Amerika
berani buat kacau nak menguji iman umat Islam. Cuba kita punya semangat seperti
tentera Badar yang berperang di bulan Ramadan, boleh mengalahkan ribuan musuh.
Tentu musuh Islam berfikir dua kali atau adanya Melayu macam Panglima Saleh di
Batu Pahat berjuang, rijalul ghaib turut bersama.
Raja boleh buat sesuka hati merampas harta pusaka yang sepatutnya
dibahagi mengikut faraid. Mufti dan the so called “ulama” diam. Tak
takut dosa bersubahat ke? Korupsi berjemaah berleluasa. Siapa pun tak boleh
buat apa-apa bila yang tertangkap ‘ikan bilis’, jerung dan paus terlepas depan
mata. Agama itu nasihat menasihati. Ulama yang bangga dengan gelaran, buat apa?
Kita tengok orang yang berkuasa dan raja tak adil, pemimpin
angkuh, sombong, zalim, saudara kita main judi, minum arak, terlibat dengan
LGBT, kita diam. Ada yang buat bising bila orang hina Nabi, itu sangat bagus.
Apakah perangai kita tidak memalukan Nabi Muhammad s.a.w? Terutamanya mereka
yang layak digelar “the ugly muslim”. Kita duduk sebelah mereka yang
melakukan kemungkaran, kita tengok saja, bersubahat namanya, dosa sama. Tuhan
kalau turunkan bala, semua rakyat dalam negara terkena seperti petir, puting
beliung, banjir dan macam-macam malapetaka yang menimpa Amerika, dan tsunami di
Acheh dan Jepun.
Kita tengok sultan guna kuasa rampas kerusi MB, dan beri pada
orang yang tidak berhak, menyamun namanya itu. Bolehkah kita membisu, jadikan
lidah kita lidah syaitan? Sedangkan Sultan Azlan mantan Ketua Hakim Negara,
anaknya pula berkelulusan dari Harvard. Cuba baca apa kata Nazrin berkaitan
undang-undang.
“Keamanan dan kerukunan negara tidak harus dikorbankan kerana
kepentingan atau matlamat perjuangan jangka pendek mana-mana kumpulan. Untuk
itu, warga Malaysia wajib menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh
negara.”
Utusan
Malaysia
30
Disember 2007
Raja
Muda Perak, Raja Nazrin bertitah ketika menyampaikan ucapan persembahan sempena
Istiadat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah
yang ke-75 di Balairong Seri, Istana Iskandariah;
“Secara
tradisi, fungsi raja dan pengharapan rakyat terhadap raja serta hubungan timbal
balas antara institusi raja dan rakyat berlandaskan perjanjian dan
permuafakatan antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Perjanjian yang segar
sepanjang masa dan permuafakatan yang subur sepanjang waktu - bahawa rakyat
akan kasih dan setia kepada raja yang adil kerana sumpah rakyat berlandaskan
semangat Raja Adil raja disembah”.
Dari buku
“April Fool” (2003)
Apa guna jadi ulama jika lidah kita lidah syaitan, tak berani
menegur saudara kita yang suka membazir. Bakhil, segala harta yang diamanahkan
oleh Allah dijadikan miliknya. Sama sekali tak mahu pulangkan hak Allah, yang
ada padanya milik anak yatim, mereka yang mahu menuntut ilmu, musafir, orang
berhutang tak mampu bayar hutang. Orang bakhil jadi musuh Allah. Banyak sangat
kemungkaran yang berlaku, saya takut bersubahat. Saya minta Tuhan ampunkan
dosa-dosa mereka yang leka dan lalai kerana tak ada yang berani menegur.
Pada mulanya, saya hanya mahu membuka kisah Kamal dan Ku Yem.
Tiba-tiba muncul kisah rampasan kuasa di Perak. Ianya adalah satu krisis
perlembagaan. Nizar menghantar surat kepada Sultan Azlan pada 4 Februari 2009
memohon bubar DUN Perak oleh kerana suasana politik yang tak menentu. Azlan tak
perkenan, sebaliknya menitah Nizar letak jawatan pada 5 Februari 2009. Mungkin
Azlan Shah terlupa atau terpaksa langgar undang-undang kerana agenda
tersendiri.
Mengikut cerita Nizar, selepas mengungkapkan 12 perkara di hadapan
Sultan Azlan pada 5 Februari 2009, sultan tunduk. Habis Nizar berkata, Azlan
bertitah, “MB mesti letak jawatan”. Dia sudah hilang akal agaknya. Lu
fikirlah Bro. Anak cina makan pengat, sendiri punya diri, sendiri mahu
ingatlah.
Tanpa pilihan, Nizar menyatakan ungkapan masyhur, “Ampun tuanku
beribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik pohon sembah derhaka tuanku.” Dengan
wajah berkerut, sultan bangun dan beredar!
Mulalah krisis kerana keesokannya sultan melantik Zambry Kadir
jadi MB ke-11 tanpa membatalkan surat perisytiharan yang sultan tandatangani
sewaktu melantik Nizar sebagai MB ke-10. Bayangkan bila ‘MB haram’ jadi
‘boneka’ Sultan. Apakah ini tidak bererti membunuh demokrasi? Sultan jadi
boneka siapa pula?
Memohon Semakan Kehakiman (Judicial Review) di bawah Quo
Waranto di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Februari 2009. Setelah 3 bulan
perbicaraan, maka pada 11 Mei 2009, hakim Dato’ Abd Aziz Rahim memutuskan Nizar
sebagai MB yang sah. Nizar terus menuju Istana Kinta di Ipoh pada jam 10.45
malam membawa sepucuk surat memohon perkenan Sultan Azlan untuk bubarkan DUN
Perak. Satu mesyuarat Exco PR diadakan pada jam 11.30 malam. Keesokannya, semua
Exco PR dan Nizar hadir semula ke pejabat. Nizar terus ke Istana Iskandariah di
Kuala Kangsar. Pada pukul 2 petang, tanggal 12 Februari 2009, Nizar dan semua
Exco dihalau keluar oleh SS (Setiausaha Negeri) kerana Zambry mengambil
perintah Mahkamah Rayuan (dengan hanya seorang hakim, Dato’ Hamid) bagi
mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Inilah hebatnya
UMNO! Nizar membawa sampai ke Mahkamah Persekutuan. Namun, dengan 5 hakim
mereka memutuskan Zambry MB sah Perak pada 22 Mei 2009. Lu fikirlah Bro. THINK,
tafakur.
Dalam keadaan terdesak, Tun Mahathir menggunakan bidalan Inggeris
bagi menyuruh rakyat menyokong BN, “It is better to support the devil that
you know than the angels you do not know.” Bila ditanya wartawan, siapa “the
devil that you know?”, jawab Tun Mahathir, “It is BN”
Tunku Abdul Rahman pernah menulis dalam kolum “As I See It” dalam
akhbar The Star sekitar 1981 yang juga dikumpulkan dan diterbitkan dalam bentuk
buku berjudul “Something To Remember” (1983) di mana beliau
menyatakan:
1. The ruler, therefore, cannot sack the Menteri Besar who can
only be ousted from office by the majority vote of members of the assembly.
(Oleh itu, Raja tidak berhak membuang Menteri Besar yang mana
beliau hanya boleh digugurkan dari jawatan itu melalui undi tidak percaya yang
dibuat oleh Dewan Undangan Negeri)
2. By the same token, a ruler cannot refuse to accept a Menteri
Besar proposed by the people. What would happen if he does and the legislative
council of the state sends in the same man again as Menteri Besar?
(Begitu juga, raja tidak boleh enggan menerima perlantikan
seseorang Menteri Besar)
3. He can only give assent but has no right to choose a Menteri
Besar after his own heart.
(Raja hanya boleh mempersetujui tapi tidak berhak untuk memilih
Menteri Besar yang disukainya)
4. This is so because the Menteri Besar is the man of the people
and if the ruler is given the right to choose him, the Menteri Besar would be
the ruler’s man and subservient to his will. This will turn democracy upside
down.
(Ini kerana Menteri Besar itu milik rakyat dan kalau raja
diberikan hak itu, maka Menteri Besar sudah menjadi hak raja dan mesti akur
kepada kemahuannya. Ini akan mengakibatkan demokrasi jadi tunggang-langgang)
(petikan buku “Lima Raja
Terakhir”, 1990)
Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada seorang pelajar yang mengatakan
bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, sudah pasti dia akan gagal dalam
peperiksaan. Tetapi, sekarang orang yang mengatakan Malaysia tidak pernah
dijajah diangkat sebagai ‘Profesor’.
Sepuluh tahun lalu, sekiranya ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah
tidak wujud, sudah pasti dia akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
Tetapi, sekarang bila ada Profesor yang mengatakan Hang Tuah tidak wujud, tidak
ada siapa yang peduli.
Mungkin sepuluh tahun lagi, sesiapa yang mengatakan Altantuya
dibunuh di Malaysia, sudah pasti orang akan mentertawakan mereka kerana
bagaimana Altantuya boleh dibunuh sedangkan tidak ada rekod menunjukkan bahawa
dia pernah memasuki Malaysia. Dan bagaimanakah anak Altantuya mahu membuktikan
bahawa ibunya memang pernah dibunuh di sini?
Fakta boleh diselewengkan oleh siapa sahaja yang mempunyai
kepentingan dan agenda tersendiri. Namun, hakikat kebenaran ternyata bersifat
universal.
Sudah pasti, anak Altantuya akan membuat laporan polis. Tetapi, bagaimana
kalau polis terus saja menolak laporan tersebut dan menganggap tindakan anak
Alatantuya itu ibarat tindakan orang gila? Di mana buktinya? Di mana kuburnya?
Di mana rekodnya? Fakta bergantung kepada masa, tempat dan keadaan. Dan sejarah
boleh diselewengkan untuk memastikan yang berkuasa terus berkuasa.
Fakta dan kebenaran adalah dua hal yang berbeza, serupa halnya
dengan peristiwa yang menimpa Galileo. Semasa riwayatnya, Galileo pernal
mengusulkan ideanya bahawa bumi ini berbentuk sfera. Bagaimanapun,
masyarakat pada zamannya masih lagi berpegang kepada kepercayaan fakta bahawa bumi
ini rata. Kebanyakan mereka bermati-matian menentang penemuan Galileo itu.
Kerana dipandang sesat oleh kelompok berpengaruh, akhirnnya Galileo dipancung
oleh oleh pemerintah di negerinya yang dikuasai oleh kelompok gereja.
Hari ini, fakta yang diusulkan Galileo telah pun diterima oleh
masyarakat antarabangsa.
Sasterawan Eropah dan Amerika banyak yang berani berkarya.
Dr.Zhivago muncul menerusi manusia Boris Pasternak yang berani
berkomunikasi intelek dengan audien pembacanya. Begitu juga Dr.Gustave
Flaubert, DH Lawrence, Thomas Mann dan Goethe di Jerman. Shakespeare pula
berani mengenengahkan kritik terhadap individu dalam istana Britain yang pada
anggapannya mewah dan boros berbelanja, sedangkan rakyat jelata yang miskin
pula terpaksa menanggung si kaya. Walaupun sesudah King James murka dan
Shakespeare pulang ke Stratford-in Avon, King James adalah King James yang
dikenali oleh generasi berikutnya. Puteri dan putera baginda sendiri rasa malu.
Sebaliknya, di atas keberanian Shakespeare, namanya harum hingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment