Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 15, 2010

S.H.ALATTAS - 60 - Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya Dunia & Akhirat - 2010

S.H.ALATTAS - 60 - Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya Dunia & Akhirat - 2010













Raja Berjiwa Rakyat, Rakyat Berjiwa Raja

Pukul 10 malam, 21hb. Ogos 2010 bersamaan11 Ramadhan 1431, saya sampai di Mercure
Johor Palm Resort & Golf setelah menyaksikan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Santapan Berbuka Puasa Bersama Rakyat oleh Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Takzim di Plaza Angsana, Johor Bahru. Pada mulanya saya mahu memandu terus ke KL, tiba-tiba badan terasa letih, maklum umur sudah lebih. Setahun dua dulu bolehlah, turun ke JB makan mee rebus Lan Janggut dan pulang ke KL semula. Sehari berpuasa masakan kurang tenaga. Ada juga perasaan mahu berehat sebentar, mandi manda, kena ‘kopi panas’ setelah menunaikan ibadat yang diwajibkan bolehlah meneruskan semula perjalanan. Fikir punya fikir di umur subsidi, tidur ajelah semalam. Siapa tahu malam nanti dapat ilham. Apakah sepuluh malam terakhir saja boleh jumpa ‘lailatulkadar’?


Tulis buku pasal orang-orang kaya dan berjaya masakan hendak tumpang tidur di surau atau pun di rumah saudara mara? Di zaman moden ini mana hendak cari surau yang boleh tumpang tidur, kebanyakannya bila lepas Isyak berkunci. Surau, masjid pandai buat bising sebelum dan sewaktu sembahyang. Kerja-kerja ‘bidaah’ yang tak dibuat di zaman Rasulullah SAW mereka buat sesuka hati sendiri. Para imam dan mereka yang menjaga masjid tak ‘user friendly’, tak macam ‘kuil Sikh’ boleh dapat minum dan makan capati free. Islam apa namanya ini? Lu fikirlah sendiri.



Kopi panas yang dihirup mengingatkan peristiwa sewaktu menunggu ketibaan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar. Ramai betul rakyat Johor yang menunggu untuk melihat wajah Tuanku Sultan mereka. Sebelum Sultan tiba, saya sempat hadiahkan buku Tuhan, Politik dan Seks pada Menteri Besar Johor Datuk Seri Ghani Othman dan Pengerusi UDA Dato Norjazlan anak arwah Tok Mat mantan Menteri Penerangan kawan baik saya. Norjazlan budak baik namun seperti anak-anak mantan menteri yang lain yang dibesarkan dalam kemewahan pakai ‘baju kebal bapak’ belum dapat mensesuaikan diri dengan rakyat.



Tuhan, Politik dan Seks buku yang ditulis setelah mengikuti program Dr. Azizan berbeza dengan buku-buku saya sebelum ini, baik dari segi bahasa, pengisian dan ilmu, kalau tak percaya baca dan beri komen selepas membacanya.


Untung ada anak saya Fuaad Alattas sempat ambil gambar untuk mendokumentasikan apa yang berlaku untuk bacaan cucu cicit saya nanti seperti buku Siapa Selepas Musa tahun 1981 yang mendokumentasikan peristiwa Almarhum Sultan Iskandar ketika menggantikan Almarhum Sultan Ismail sebagai Sultan yang baru. Zaman hari ini tak sama seperti zaman semalam begitulah masa depan mereka nanti. Mana tahu 100 tahun lagi dibaca oleh pengkaji sejarah.

Mahu buku laku jadi ‘best seller’ kena pandai promosi. Susah hendak cari pemimpin UMNO yang mahu beli buku, seperti kebiasaan mereka suka buku free dan benda-benda yang dihadiahkan daripada memberi. Apa pilihan yang kita ada selaku penulis dan pemikir? Menghadiahkan buku pada orang tertentu satu cara promosi, produk yang terbaik adalah sebaran cakap yang bertiti dari mulut ke mulut. Selain iklan di TV, akhbar yang popular dan billboard di lebuh raya, tak percaya tanya Dr. Azizan pakar dan konsultan di bidang pengiklanan.

Terima kasih pada Rashid orang kanan YB Norjazlan yang menjayakan majlis ini. Dia mempelawa saya berbuka puasa bersama Sultan, selaku anak Johor yang tahu adat, saya menolak, pertama saya tak pakai baju Melayu teluk belanga apa lagi bersongkok. Terlanjur menerima jemputan perlulah tulis sesuatu untuk bahan renungan pemimpin dan Sultan yang baru. Ayahandanya dulu bersama keluarga minat baca buku saya.



Saya berdiri jauh ketika Sultan masuk dan duduk. Kalau dia nampak saya mungkin dia kenal. Saya seorang saja anak Johor yang menjadi penulis politik yang kontroversial. Lagipun Almarhum Sultan Iskandar pernah kenalkan saya dengan baginda ketika itu baginda sebagai Tengku Mahkota. Semasa krisis istana melanda saya telah mendokumentasikan dalam buku Tuanku Mahathir vs Sultan Mahmud Iskandar.


Kalau anjing gigit orang, itu bukan berita orang ramai hendak baca. Orang hendak baca berita orang menggigit anjing. Kenapa orang itu gigit anjing? Mati tak anjing yang kena gigit itu? Tuanku Sultan menyampaikan sedekah di bulan puasa kerana Tuanku yang sampaikan terpaksa dijadikan berita. Tapi kalau Sultan Ibrahim buka pintu pagar Istana Bukit Serene untuk semua fakir miskin tak kira agama dan bangsa, membantu dengan wang kekayaannya, ini baru berita kerana belum ada mana-mana raja yang melakukannya.



Biarpun kini saya menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai rumah rehat ‘istana hinggap’ di Janda Baik, Bentong, Pahang, saya bangga saya anak Johor. Masih ada rumah di Johor Bahru, tanah tumpah darah saya, selain dua rumah, satu No.14, Jalan Sekolah Arab, Kampung Wadi Hana, satu lagi banglo No.1, Jalan Bumiputra, Setulang Laut, pesaka peninggalan orang tua saya.
Saya memerhatikan wajah Sultan Ibrahim, saya teringat Almarhum Datuknya Sultan Abu Bakar mengundang Almarhum Dato saya Dato Syed Hassan Alattas D.K. (Darah Kerabat Tertinggi Johor) untuk membuka bandar Johor Bahru. Johor Bahru yang menggantikan Johor Lama kini digantikan dengan Iskandar.

"Apakah mereka hendak membahagi-bahagikan kurnia Tuhan engkau itu, kamilah yang membahagi-bahagikan penghidupan di antara mereka dalam kehidupan di dunia ini, dan Kami tinggikan sebahagiannya dari yang lain dengan beberapa tingkat, supaya sebahagiannya dapat bekerja untuk yang lain, Rahmat Tuhan engkau itu lebih baik dari kekayaan yang kamu kumpul." - Az-Zukhruf 32

Alangkah baiknya jika Baginda Sultan Ibrahim mengundang para pemikir pakar motivasi untuk membuka minda orang Johor yang tertutup, tidak seperti di zaman Almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Johor terkenal sebagai ‘the great’, Johor melahirkan tokoh-tokoh hebat seperti Dato Onn, Ungku Aziz, Tun Dr. Ismail dan ramai lagi.


Kerabat Diraja Johor antara Sultan yang terkaya di Malaysia, siapa tahu Tuanku Sultan Ibrahim boleh tersenarai sebagai seorang lagi billionaire sebaris dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga Tan Sri Robert Kuok.

"Dan carilah dengan kekayaan yang diberikan Tuhan kepada engkau kebahagian kampung Akhirat, dan jangan engkau lupakan bahagian engkau di dunia ini. Dan buatlah kebaikan sebagaimana Tuhan telah membuat kebaikan kepada engkau, dan janganlah engkau membuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Tuhanmu tidak mencintai orang -orang yang membuat bencana." Al-Qasas, ayat 77


Mahu jadi kaya perlu kenal orang kaya, berkawan dengan mereka. Hendak tulis pasal raja mesti tahu adat istiadat dan berkawna dengan raja. Almarhum Sultan Ismail, Datuk Sultan Ibrahim pernah datang ke rumah saya, saya pun pernah ke Istana Bukit Serene. Selain Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Abdul Rahman pernah menghadiri majlis perkahwinan di rumah No.1 Jalan Bumiputra.


Tiba-tiba saya teringat cerita kawan saya, seorang anak muda kerana mahu jadi kaya terpaksa belajar tunggang kuda dan main polo. Di situ dia berkenalan dengan seorang menteri yang memberi dia laluan untuk dapat apa yang dia hajatkan.

Pelik tapi benar. Anak-anak raja dan orang-orang kaya memiliki kuda. Tun Mahathir terkenal sebagai penunggang kuda yang hebat. Kawan saya Uncle Don Medon Tan Sri Taib Andak, teman Mahathir tunggang kuda. Hendak kenal dan berkawan dengan menteri dan orang kaya yang hobinya main kuda.















Bercampur cicak mengkarung, berkawan dengan biawak, macam mana nak jadi kaya dan berjaya? Orang kaya tak mahu kawan dengan orang miskin. Mereka mahu berkawan dengan mereka yang sama status.

"Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." - Albert Einstein

Jika mahu bergaul dengan golongan kaya dan berjaya kena tahu apa yang mereka lakukan di masa lapang selain main kuda, go cart, mereka main golf, memiliki motosikal besar seperti hobi Sultan Johor kembara bersama rakyat guna motor besar. Sekadar naik ‘kapcai’, campur dengan mat rempit ajelah. Untuk mencapai matlamat dan impian sanggupkah anda mengambil risiko berlagak seperti mereka ‘the rich’ bermula sebagai jutawan hutang sedangkan ianya sekadar satu lakonan yang kosmatik untuk menarik perhatian.
















Macam mana Almarhum Dato saya boleh berkawan dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dan adiknya Almarhum Syed Salim Alattas yang diminta oleh Sultan Abu Bakar menjadi mufti. Cuba baca apa yang ditulis oleh cucu Dato Wong Ah Fook dalam buku Johor 1855-1957.

Sultan Abu Bakar had encouraged the development of an Arab community which gradually gathered in Johor Bahru under the leadership of Syed Hassan bin Ahmad Alattas.

Like many Arabs who came to Southeast Asia, his father Syed Ahmad bin Hassan Alattas and his uncle Syed Zain Alattas were traders. They first went to Pahang where Syed Ahmad married a Bugis princess and had a son Syed Hassan, who was born in 1832. Syed Hassan followed in the footsteps of his father as a trader and had business interests in Singapore, Indonesia and Pahang. On one of his business trips, he met Sultan Abu Bakar who persuaded him to visit Johor and to take part in the development of Johor Bahru and Muar.

When Syed Hassan moved to Johor, he first went to Muar, where he planted cloves and coffee, but eventually moved to Johor Bahru in the 1880s. He built a house in Bukit Timbalan which he gave up in 1910 to Sultan Ibrahim to be used as the unit headquarters of the Johor Military Force. He then moved to his second house at the junction of Jalan Trus and Jalan Dhoby but gave that up to the government as well to be used as the first courthouse. Finally he built a house for himself in Wadi Hassan. The building for the courthouse was subsequently converted into Johor Bahru’s first cinema, the Empire Cinema, which has since been demolished.

Tiba-tiba saya teringat apa yang dianjurkan oleh Dr. Azizan yang saya rasa patut dikongsi bersama dengan mereka yang berminat mahu jadi kaya dan berjaya. Kenapa saya pilih dia sebagai ‘role model’? Pertama dia tak cakap suruh ikut Sunnah Nabi 9/10 peratus rezeki dari perniagaan. Mereka yang beri ceramah agama guna ayat Al-Quran dalam bahasa Arab tapi satu pensel pun tak pernah jual, macam mana minda Melayu boleh terbuka. Mereka yang mengaku ahli agama cakap tak serupa bikin, cakap macam burung tiong, minda rakyat macam burung tiong.

Manusia ikut apa yang kita buat bukan apa yang mentor cakap terutama anak-anak. Jangan pesan buat apa yang saya suruh kamu buat tapi jangan buat apa yang aku buat. Itu sebab sahabat ikut Nabi Muhammad SAW. Khadijah isteri Rasulullah SAW kaya raya berniaga traders, Rasulullah SAW berniaga. Usman ibni Affar kaya raya dan orang kenamaan sahabat dikeliling Nabi bukan cicak mengkarung.















Nabi Muhammad SAW naik borak di malam Israj mikraj. Baginda mempunyai kuda terbaik isterinya Saidatina Khadijah umul mukminin. Hari ini orang kaya perlu ada ‘private jet’ jadi macam Tony Fernandez ada airline sendiri Air Asia, kereta mewah yang berjenama, baru layak jadi ‘somebody’. Datang naik kancil, kelisa, hendak cerita juta-juta, cakap ‘no body’, siapa yang mahu percaya.

Mahukan isteri yang baik mesti punya tanggungjawab, bagi makan, minum, tempat tingal yang baik. Datok K kaya raya baru dapat kahwin Siti Nurhaliza. Mahukan anak yang baik, mesti hantar ke sekolah yang terbaik ‘private school’. Lebih baik jika menuntut di universiti di luar negeri, semua ini memerlukan wang yang banyak. Tanya pak menteri di mana anak mereka belajar, di Sekolah Kebangsaan atau di Britain?

"Hadapkanlah muka engkau dengan betul kepada agama, ciptaan Tuhan yang dijadikan-Nya manusia sesuatu dengan agama itu. Tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Kembalilah kepada Tuhan dan takutlah kepada-Nya dan tetaplah mengerjakan sembahyang dan janganlah kamu masuk ke dalam golongan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan." Al-Rum ayat 30-31

Kita jangan lupa, kita disuruh mencari tempat tinggal dan jiran yang baik. Damansara Height, Bukit Tunku, Ampang Hilir bukan rumah teres atau pangsa, rumah murah.















"Jika kita hidup dikelilingi oleh jiran yang kelaparan, boleh ke kita tidur nyenyak melainkan kita tidak beriman". - Pesanan Imam Ali.

"Tidak akan dapat didirikan agama itu melainkan dengan harta benda dan kewangan. (dinar dan darham)" - Al-Hadis

Pertama, untuk menjadi kaya dan berjaya mesti cepat bertindak dan tak buang masa. ‘Terhegeh-hegeh’ bila nak kaya? Contoh, balik dari mendengar ceramah Dr. Azizan saya terus ‘bertindak’ tulis buku, siapa tahu buku ini boleh jadi international ‘best seller’? Mereka yang mahu berjaya mesti mengambil tanggungjawab terhadap semua, tindakan mereka dalam mencapai impian, tak boleh sekadar berangan-angan, berdoa tanpa ‘tindakan’.

"Kejayaan bukan bermakna tidak melakukan kesilapan tetapi tidak membuat kesilapan yang sama dua kali". George Bernard Shaw

"Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan". Billi Lim

Ilmu penting, mentor yang menyampaikan jauh lebih penting. Kalau dia pun ‘cakap tak serupa bikin’, masih bocor sana bocor sini, tak ada disiplin, buang masa mahu dengar cerita pasal kaya dan berjaya di bidang bisness. Hidup makan gaji, tunggu kerja 30 hari baru dapat gaji, tak akan dapat lebih dari apa yang sudah ditetapkan. Ijazah kedoktoran dibidang bisness, berapa pendapatan setahun?


Mengukur kekayaan hari ini dengan pendapatan 300 ribu ringgit setahun, rumah bernilai berjuta, ada simpanan tetap dua tiga juta baru boleh kata kaya.

Ada tiga perkara penting tentang wang yang perlu diketahui untuk menjadi lebih kaya. Dengan wang mudah cari wang sebab itu ramai yang pergi ke kelab golf, boleh berkawan dengan orang yang berpengaruh yang sama-sama mahu cari peluang. Mahu tangkap ikan besar perlu ke laut dalam. Kalau guna pancing, umpan cacing, duduk tepi bendang, dapat rezeki sekadar ikan sepat, ikan haruan, masakan boleh dapat ikan kerapu dan yang lain, yang terdapat di lautan luas yang perlukan perahu besar. Betul tak?


"The eye sees only what the mind is prepared to comprehend."Henri L. Bergson

Apa pun semuanya bermula dengan ilmu. Seperti mentor saya Dr. Azizan Osman, saya pernah menjadi ‘sales manager’ dengan Gloria International, biasa jual 10 set American Encyclopedia. Di tahun enam puluhan pakai kereta Ford Falcon minus minyak 14 batu segelen. Bertugas dengan Priston Coporation menjaga 96 jurujual dari Melaka ke Singapura, dengan Holiday Magic East sebab itu saya melihat Azizan dari ‘prospektif’ yang berbeza.

Wang penting, jangan sembah wang. Wang bukan Tuhan biarpun ramai yang menjadikan wang sebagai Tuhan. Ramai yang jadi kuffar kerana ketiadaan dan memerlukan wang, orang bunuh orang kerana wang, terbaru Sosilawati terbunuh ada kaitan dengan jutaan wang. Tipu dan bermacam kejahatan berlaku akibat wang. Manusia jual tubuh, jual anak, ada yang jual isteri kerana wang. Kita semua memerlukan wang untuk mengimbangi kehidupan supaya hidup bahagia. Kita perlu ilmu tauhid, iman, ikhsan dan taqwa. Tuhan suruh kita berusaha untuk jadi kaya raya di atas muka bumi asal kita tidak sesaat melupakan Dia.

"Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata, "Wahai Tuhan kami. Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka." Surah Al-Imran: 191

"The man who acquires the ability to take full possession of his mind may take possession of anything else to which he is justly entitled." Andrew Carnegie


Ada duit lebih kenapa hendak kutuk diri jadi ‘hamba duit.’ Orang yang ‘bakhil’ musuh Tuhan. Tentu Tuhan tak marah kita tidur di hotel mewah, asal saja tidak pernah lupa tanggungjawab bersedekah pada fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Menjadi tanggungjawab orang kaya mencari anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan kewangan, mereka yang mencari ilmu, yang berhutang tak mampu bayar hutang.


"Dan carilah dengan (kekayaan) yang diberikan Tuhan kepada engkau kebahagiaan akhirat, dan jangan engkau lupakan nasibmu di dunia ini dan buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepadamu, dan janganlah engkau melakukan kebencanaan di muka bumi. Sesungguhnya Tuhanmu tidak mencintai orang-orang yang melakukan kebencanaan." Surat Al-Qasas, ayat 77


Macam mana kita nak ikut orang yang nak ajar kita berniaga, dia sendiri pun hidup sekadar pandai ceramah dan pendapatan mengharapkan ‘belas ikhsan’ orang. Kenapa ustaz, imam, mufti, ulama tak kaya raya seperti di zaman dulu? Apakah kerana sentiasa menerima tetapi tidak memberi? Apakah mereka tak tahu ‘the more you give the more you get’?


Dunia memerlukan siapa juga yang mahu jadi ketua perlu ada keistimewaan yang boleh dijadikan ‘role model’, misalnya Guatama Buddha putera raja, Sultan Idham, Sultan Harun Aminnur Rashid dan ulama seperti Abu Nawas. ‘Sendiri punya diri sendiri mahu ingat’ sebab itu jutaan manusia ternanti-nantikan munculnya Imam Mahdi atau Ratu Adil. Maka alangkah baiknya jika kita dapat raja yang berjiwa rakyat dan rakyat yang bersemangat raja dan yang terpenting ‘roh Islam’ hadir dalam diri.




Dapatkan buku terbaru Pak Habib di Pustaka Mukmin Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur...

No comments:

Get your Tickets now!