S.H.ALATTAS - 61 - ?
MUKADIMMAH
Berapa orang manusia yang berfikir, kenapa burung terbang, rumput tumbuh, ombak menghempas pantai? Membuat saya teringat kenapa Mohamad Ali juara tinju dunia membelasah orang?
Kalau tukang angkat sampah tak buang dan membersihkan sampah masakan kerja ini dilakukan oleh ‘muazin’, Bilal selaku tukang azan tak salah buat bising di menara masjid. Lu fikirlah bro. "Tulis buku mati, tak tulis buku pun mati." Umur sudah subsidi tunggu kubur panggil mari. Saya pilih mati menulis seperti As Shaied Dr. Ali Shariati.
Mereka yang membaca akhbar, website, facebook atau buku dengan berfikiran dalam ‘kotak’ akan marah pada penulis yang cuba membela manusia yang dizalimi. Kenapa harus prajudis, sentimen hanya melihat kulit buku dan menghukum penulis? Baca dulu yang tersurat dan tersirat. Kurang sopan, mempunyai sikap bercakap hal-hal yang kita tak tahu, mengikut pendapat orang lain, manusia yang ada otak harus guna akal sendiri sebelum mengaku diri intelek.
"Its just a job. Birds fly grass grows waves pound the shore I beat people."Mohamad Ali
Manusia inikan jelmaan Tuhan ke atas muka bumi ini. Kasihan. Mereka yang takut dengan perkara-perkara yang sepatutnya mereka tak takut. Akibat takut dengan bayang-bayang sendiri seperti takutnya ahli sufi yang melarang Hussien Ibnu Mansor Al-Hallaj bila Hallaj mengaku ‘ana alhaq’. Hallaj dibunuh, kisahnya hidup hingga ke hari ini seperti Sheikh Siti Jinar yang tak dapat diterima caranya oleh Wali Songo.
"Sejuta manusia membenci kita, ada sejuta yang meyayangi kita" - Imam Ali.
Kita semua tahu kerja Allah itu kerja Muhammad dan kerja Muhammad itu kerja Allah. Masakan Muhammad itu Allah? Muhammad adalah pesuruh Allah, mengajar manusia pri pentingnya ‘kebenaran’. Allah lebih dekat dari urat leher. Hati mukmin itu singgahsana Allah dan para wali adalah kekasih Allah. Mereka melihat dengan ‘basirah Allah’ dan mendengar dengan pendengaran Allah. Tidak ada yang mustahil dengan kehendak Allah. Tak bergerak sesuatu kalau bukan gerak dari Allah.
Manusia adalah makhluk yang ‘lalai’. ‘Melayu mudah lupa’ kata Tun Mahathir. Kenapa Allah SWT menurunkan surah Rahman dan mengulangi; "Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang mahu kamu dustakan". Hendak dapat nikmat macam mana jika kita tak dengar dan tak taat Tuhan. Suruh baca... bacalah. Ingat tulis buku ini kerja main-main ke?
Tuhan turunkan Al-Quran bukan suruh baca dan dengar saja. ‘Suruh fikir’, fikirlah... siapakah yang menggerakkan tangan untuk menulis kalau bukan perintah Allah? Solat itukan kita berintraksi dengan Allah dan Allah berbicara dengan kita tanpa perantaraan. Bila lagi mahu gunakan akal dan fikiran? Kenapa sudah tulis 60 buku mahu tulis lagi?
Kalau bukan kerana tabiat manusia yang tak tahu berterima kasih dan bersyukur masakan terjadi segala mala petaka di atas muka bumi? Apakah kita buta atau kita tak peduli dengan bencana alam disekeliling kita? Untuk apa Tuhan jadikan manusia sebagai khalifah? Untuk apa Tuhan beri kita akal fikiran dan perasaan?
Tabiat untuk mengingkari, membangkang, dan meremehkan suatu ‘kenikmatan’ adalah penyakit yang selalu menimpa jiwa manusia bukan pada orang Melayu dan Indonesia saja. Kebetulan saya menulis dalam bahasa Melayu mengenai pemimpin Melayu, sama ada Melayu Malaysia, Indonesia atau Melayu Brunei dan Singapura. Bukan niat saya untuk jadikan mereka yang curang sebagai sasaran tapi ia perlu untuk didokumentasikan, ‘yang benar pak’.
Kenapa perlu heran dan resah gelisah? Untuk apa bangun membela pemimpin yang ada bukti rasuah, pecah amanah, melakukan penipuan dan penyelewengan? Tulisan ini bukan omong kosong, 70 tahun hidup sudah banyak makan asam garam. Ini zaman langit terbuka masakan tak mengikuti perkembangan wikileaks. Mahu menjadi ‘best seller’ harus mengambil risiko yang tinggi.
Kenapa Allah ceritakan keburukan Namrut, Firaun, Qarun, bermula dari kekejaman Kabil membunuh saudaranya Habil. Saudara Nabi Yusuf a.s. yang hasad dengki terhadapYusuf membuang Yusuf ke dalam perigi. Kejam, zalim suka menganiayanya itu antara sifat manusia. Bukankah dalam dunia ini cuma ada dua jenis manusia, Habil dan Qabil. Nabi Allah Ibrahim a.s. musuh Namrut, Nabi Musa a.s. musuh Firaun, sebab itu ada pertembungan ‘good vs evil’, yang haq menentang yang batil. Bukan ‘clash of civilisation’ yang direka propaganda Samuel Hotinton. Ini cerita betul bukan dongengan.
Siapa kalau bukan penulis, pemikir dan pengkritik sosial yang berani, yang sanggup menghadapi risiko membela orang yang teraniaya dan dizalimi oleh pemimpin yang ambitious seperti Ceassor? Mata sekadar ‘aksesori’ alat untuk menengok, penglihatan adalah sifat Allah. Siapa kalau bukan Allah yang memerintahkan ‘amar makruf nahi mungkar’. Salah ke mengingatkan manusia tentang kebaikan dan mengajak mereka mencegah kemungkaran?
Kalau pemimpin mengingkari kebaikan yang pernah diberikan oleh rakyat, negara akan hancur jika ditadbir oleh pemimpin yang macam ini. Di mana letaknya integriti pemimpin yang diagung-agungkan jika mereka curang? Harapkan pagar, pagar makan padi. Apakah kerana masyarakat semakin ‘individulistik’ mereka tak memikirkan orang lain maka kita perlu hilang rasa kepedulian?
Bayangkan bila pemimpin jadi seperti lintah darat sama seperti para peniaga yang untung menipu dan bukan untung berniaga. Pemimpin apa namanya bila sama sekali tidak memikirkan halal haram, hilang rasa kemanusiaan, hidup tanpa rasa bersalah dan berdosa semata-mata kerana mereka sudah menjadi Muslim sekular? Apakah kerana agama dipisahkan dalam kehidupan kita biarkan saja pemimpin bersultan dimata, beraja di hati? Sampai bila kita sanggup melihat yang lemah menderita melarat di biarkan tak dibela?
Kuasa, kekayaan, kedudukan yang dimiliki adalah ‘amanah’. Saban hari kita membaca akhbar, menonton berita, terdapat skandal koporat yang bernilai bilion ringgit, rasuah kakitangan kerajaan tak kiralah ikan besar atau kecil dan bermacam-macam kes penipuan akibat manusia menyembah nafsu.
Tulisan ini agar mengingatkan akibat kebendaan yang keterlaluan, cinta dunia, takut mati. Orang Islam terlupa Tuhan jadikan jin dan manusia untuk menyembah Allah, dan manusia berjanji semasa dalam alam roh lagi, Allah yang akan disembah bukan nafsu, akibat mereka leka dan lalai saya ingatkan.
Bila iman kita begitu lemah, kita pun cinta dunia, takut mati, kemungkaran pemimpin dan orang-orang disekeliling menjadi-jadi, mereka yang mencampakkan budi baik rakyat yang mengamanahkan mereka menjadi pemimpin. Wang negara dijadikan milik peribadi, dengan tak ada rasa ‘kepedulian’. Kasihan rakyat bila yang kaya jadi bertambah kaya, rakyat menjadi tambah miskin. Pemimpin Islam apa namanya ini? Salahkah saya menceritakan yang benar?
Buku ini merupakan satu lagi usaha penulis dalam memperbetulkan keadaan manusia bila berkuasa, mereka menggunakan kuasa untuk menyamun, merompak harta rakyat sesuka hati. Islam ‘hipokrit’ munafik, hidup mereka jauh lebih teruk oleh manusia yang dilabelkan kafir. Apa jadi pada umat Nabi Muhammad SAW yang berbilion banyaknya jika dibiarkan? Apakah ada Tuhan lain selain dari Allah? ‘In god we trust’ tertulis dalam dollar, apakah anda percaya?
Mari kita bercakap tentang bahaya manusia yang hanya mengutamakan syariat dan ritual tapi terlupa betapa pentingnya perhatian kepada kerohanian. Apa yang menyebabkan Islam lemah kalau bukan kerana tidak memberikan keutamaan kepada ‘tauhid’. Nama saja Islam, lebih percaya pada bomoh, kiai dari percaya Tuhan. Kita harus berani mengubah sikap mereka yang sesat supaya mengadakan anjakan paradigma ke paradigma holistik, harus mengadakan satu refomasi diri, melihat ke dalam diri, kenal diri, kenal siapa diri kita, siapa Nabi dan Rasul kita, kenal siapa saudara kita.
Kita buat satu analisis, kita cari perbezaan antara manusia dan haiwan, manusia dan syaitan. Sampai bila mahu kekal dalam alam jahiliah? Bila mahu berubah menjadi orang-orang yang beriman dan orang yang ikhlas? Tuhan tak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri - al-Quran. Kita tengok Jepun dan Korea bukan ramai sangat penduduknya kalau dibandingkan dengan Indonesia, umat Islam terbesar di dunia?
Tanpa kita menyedari ramai yang membenci dan memarahi Yahudi sedangkan jika diteliti tak banyak beza hidup mereka yang pada mykad saja Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani. Hari Jumaat masjid penuh, cuba tanya solat subuh penuh atau tidak dan bagaimana solat asar, maghrib dan isyak?
Begitu juga orang kita yang mengutamakan setiap solat Jumaat seperti orang Kristian pergi ke gereja pada hari minggu, meraikan hari raya seperti meraikan Hari Natal sedangkan Hari Raya Aidilfitri disambut selepas berpuasa sebulan Ramadhan dan melawan nafsu. Islam bukan sekadar solat Jumaat dan dua hari raya, selain lima waktu sehari, setiap saat kita mesti mengingati Allah dan menyedari penglihatan dan pendengaran kita adalah sifat Allah. Allah tahu niat kita. Ini yang kita perlukan jika kita mahu menyelamatkan umat Islam yang serba daif di seluruh dunia yang sedang di timpa oleh bermacam-macam mala petaka dan bencana alam.
Apa yang dilakukan oleh penulis adalah menyampaikan, memberikan maklumat terkini, muktakhir dan ingatan seperti tanda yang terdapat di lebuhraya, yang cuba mengingatkan pengguna lebuhraya supaya berhati-hati. Jangan memandu sesuka hati, siapa pun tak peduli akhirnya mati dalam mobil sendiri. Bila berlaku nahas, qadak dan qadar yang disalahkan. Pada hal mereka tak mengindahkan peringatan trafik di lebuh raya. Bila terjadi mala petaka ramai yang mati akibat tak mempedulikan ingatan. Tulisan ini ingatan, ingat pada Tuhan, ‘istighfar’ minta ampun kerana leka dan lalai.
Memang betul jodoh, maut, tanah kubur ketentuan Allah, tapi Tuhan suruh kita guna akal. Tuhan mengirim Nabi Muhammad SAW, Al-Quran, kenapa mengaji tak mengkaji? Kenapa ikut manusia tak ikut perintah Allah dan jadikan Rasulullah sebagai ikon?
Menyampaikan pendapat-pendapat kepada rakyat yang terlupa memang tanggungjawab saya. Ada pemimpin yang macam pemandu bas membawa bas gila-gila, ikut suka hati mereka. Pemilik bas yang tak ada kemanusiaan, peduli apa dengan kecelakaan. Syarikat bas seperti pejabat yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Syarikat memilih pemandu seperti rakyat salah memilih pemimpin dan pejabat yang ternyata mementingkan kebendaan yang mempunyai rekod yang buruk akhirnya berlaku nahas yang ngeri, rakyat yang tak berdosa menjadi mangsa lebuh raya, seperti negara menjadi muflis. Yang benar pak, ini bukan cerita rekaan.
Rakyat tambah hari tambah menderita, pemimpin yang macam perompak, penyamun bertambah kaya raya. Perangai macam hantu raya. Salahkah kalau saya dedahkan siapa mereka sebenarnya?
Bukankah segala punca mala petaka bermula dengan sikap manusia yang tak percaya dan takut pada Allah? Takut mati, cinta duit, harta dan kuasa seperti orang gila biarpun mereka seorang ritulis, hidup mengikut syariat tapi mengabaikan hakikat. Apakah anda lihat atau tutup sebelah mata akibat bersubahat dengan mereka?
Begitu juga yang terjadi pada Johor Corp dan syarikat milik bumiputra yang lain yang rugi berbilion ringgit akibat tersalah pilih CEO dan mereka yang bertanggungjawab mengendalikan amanah kerana tak beriman dan tak ada sifat taqwa. Buku belum terbit saya didenda jutaan ringgit.
Saya mengakui melakukan kesilapan menggunakan bahasa yang kasar dan kesat tapi bukan melakukan ‘kesalahan’ seperti mereka yang berbaju kebal, brutal dan sadist, rompak, samun wang rakyat berbilion dollar. Selaku seorang pengkritik sosial itu tanggungjawab seperti Mohd Ali membelasah orang. Kalau menjalankan tanggungjawab itu satu dosa. Allah yang akan tentukan di mana tempat saya akhirnya nanti, saya reda.
Makin tinggi jawatan yang disandang makin besar ego, makin banyak duit makin kaya, makin angkuh dan sombong, makin bakhil, makin kejam dan zalim. Patutkah anda tutup sebelah mata buat tak tahu? Sampai bila mahu jadi Mr. ‘yes man’, manusia berlidah syaitan?
Pemegang amanah rakyat harus ada kesedaran yang tinggi dikalangan mereka. Saya harus mengingatkan mereka yang mahu jadi orang kaya atau orang yang berjaya. Mereka perlu mengikuti perkembangan dunia. Apa yang sedang berlaku dikeliling mereka. Bagaimana jika terjadi 21 gunung merapi di Indonesia meletup serentak meluahkan lava? Bukankah boleh menyebabkan kehidupan rakyat dalam bahaya.
Allah yang maha kuasa, hanya dengan bantuan dan pertolongan Allah saja bencana alam yang sedang melanda dunia boleh reda. Tapi kita kena berani sabung nyawa menentang kemungkaran yang berluas-luasa. Penganiayaan dan kezaliman terhadap rakyat yang miskin melata.
Allah boleh meminjamkan kuasa, kekayaan, anak, isteri, suami sebagai amanah dan boleh mengambilnya pada bila-bila masa, sebab itu manusia perlu sentiasa peka, ingat Tuhan. Takut hanya pada Allah, tak perlu takut pada manusia kerana kita tak terhutang hidup pada mereka. Hanya Allah yang disembah bukan ‘boss’, bukan bapak-bapak, bukan penyamun dan perompak. Menanamkan semangat supaya sentiasa berhati-hati di mana saja dan tak lupa pada Tuhan yang maha Esa, harus bagi kita yang bernama Muslim. Tuhan lebih dekat dari urat leher. Tuhan maha mengetahui, maha bijaksana lagi maha kuasa. Tuhan nampak kita, Tuhan maha melihat biarpun kita tak nampak Tuhan . Hidupkan ‘mata hati’, jangan buta agama.
Mungkin dengan ilmu hakikat dan guru yang ‘mursyid’ dapat memberi kesedaran dan mengubah sikap dari tak ada rasa kepedulian menjadi mukmin yang pemurah lagi penyayang, janganlah sekadar namanya saja Islam. Jadilah mukmin yang taqwa. Dengan cara begini kita boleh mengubah nasib bangsa kita yang hidup hina dina kerana ramainya ustaz yang tahu agama tak berani bersuara. Jawatan apa pun yang dipegang samada pemandu bas, Presiden, Perdana Menteri, Menteri, pegawai kerajaan (pejabat) atau ahli perniagaan adalah ‘amanah’ sebab itu mereka perlu selalu diingatkan kerana rahsia mereka ada ditangan orang tertentu.
Jangan fikir rahsia kita tak akan terbongkar. Hati-hati sebelum terkurung dalam sangkar. Apakah kita terlupa rahsia kita itu rahsia Tuhan dan rahsia Tuhan itu rahsia kita. ‘Ingat hati-hati dengan firasat seorang mukmin’. Kasihan. Akibat orang dikeliling mereka sudah menjadikan mereka seperti ‘Tuhan kecil’ mereka akur disembah, akibat kuasa berada ditangan boleh mengkayakan siapa yang mereka suka terutama kaum keluarga dan mereka boleh tambah penderitaan rakyat yang miskin seperti draber bas yang boleh bawa penumpang ketempat yang dituju atau binasakan mereka dalam gaung. Anda tak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena kepada seorang CEO yang bebal, bila ia memakai pena itu untuk menandatangani segala dokumen untuk menjadi milik peribadi dan kuncu. Dan anda tak usah risau bila orang yang anda beri tongkat pada mereka menggunakan tongkat untuk membelasah anda. He.. He.. Heh..
Mereka akan beranggapan bahawa ‘Penulis Politik Semasa’ adalah penabur fitnah. Inilah kencaman label dan fitnah yang menimpa penulis bila dihadapkan ke mahkamah. Siapa sebenarnya yang mencari makan diatas penderitaan rakyat, para politikus dan pemimpin atau penulis? Lu fikirlah bro. Pernahkah mereka terfikir menggunakan akal berfikir ‘kritikal’? Kalau tak ada bukti yang kukuh masakan penulis berani sabung nyawa dan mengambil risiko di heret ke mahkamah. ‘Yang benar Pak’, atau sebutir peluru singgah di kepala. "Pena itukan lebih dahsyat dari senjata, inikan pula zaman internet, langit terbuka, dunia tanpa sempadan". Jika tangan berani mencincang bahu harus berani memikul.
Apa tanda Melayu bermaruah
berani mati memenuhi sumpah
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya di atas kebenaran
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya membela keadilan
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya di jalan Tuhan
apa tanda Melayu bertuah
berani mati memegang amanah
berani mati memenuhi sumpah
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya di atas kebenaran
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya membela keadilan
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya di jalan Tuhan
apa tanda Melayu bertuah
berani mati memegang amanah
Tenas Effendy
Tunjuk Ajar Melayu
Tunjuk Ajar Melayu
Pemimpin dan ahli politikus dua watak yang berbeza. Politikus jarang guna otak, lebih banyak guna mulut, banyak cakap bohong, omong kosong. Mereka yang lemah semangat yang tolol, goblok, boleh diperdayakan oleh pemimpin tapi bila hati rakyat sudah terbakar apakah kita lupa sejarah buku Senja di Jakarta oleh Bung Mokhtar Lubis dan Bumi Manusia oleh Promedo Anata Toor.
Seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik. la memberinya makan, pakaian dan minum, dan segala kemewahan ayah rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan, mau bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun ketika sudah mendapat ijazah, mempunyai pekerjaan yang baik, anak itu bagaikan anjing galak yang bukan sekadar menyalak kepada orang tuanya dengan kesombongan tapi tak segan-segan berani menghina, melecehkan, acuh tak acuh, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Kalimat tauhid, Lailahail¬lallah adalah pondasi dalam Islam. Semua amalan dalam Islam berdiri di atas pondasi tauhid. Sebagai umat muslim, menegakkan tauhid tak hanya sebatas ucapan tapi juga mengamalkannya dalam setiap perbuatan. Islam adalah cara kehidupan yang paling sempurna bukan sekadar syariat dan ritual semata-mata tapi meninggal dan memisahkan spiritual. Jika kita sesat di hujung jalan mari kita kembali ke pangkal jalan.
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhan-Nya." (Al-Kahfi: 110)
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang¬orang yang merugi." (Az-Zu¬mar: 65).
Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan mengetahui bahwa sesungguhnya tiada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah maka akan masuk surga. Inilah sifat orang taqwa melakukan perintah dan amalan semata-mata karena Allah seperti yang diajnjikan didalam solat "Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku semata-mata kerana Allah." Apakah kita telah melaksanakannya dalam kehidupan kita?
Islam bermula dengan iman. Iman bermula dengan ‘la illa ha illallah’ tiada Tuhan melainkan Allah. Awal-awal agama kenal Tuhan, keesaan Tuhan, kekuasaan Tuhan, sifat Tuhan dan siapa kita tanpa Tuhan. Tuhan terlalu dekat dengan kita. Saya mengingatkan diri saya dan pembaca ya Tuhan lebih dekat dari urat leher kita. Pendengaran, penglihatan, gerak kita milik Allah yang bersifat Pemurah lagi Penyayang. Itu sebab kita perlu kenal diri kita rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Apakah anda sudah mempelajari ilmu mengenal diri siapa anda sebenarnya? Jasad manusia itu dijadikan dari setitik air mani yang hina dina kenapa tak sedar diri? Dijadikan untuk ikut saja segala perintah-Nya.
"Dan sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memberi syafaat: akan tetapi (orang yang dapat memberi syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dalam keadaan mereka mengetahui(nya)". (QS. Az-Zukhruf : 86)
Untuk apa saya campur adukan cerita politikus, dreber bas, tokoh korporat dan ketuhanan dalam tulisan Selagi Hidup Selagi Melawan? Apakah kekayaan itu duit dan harta benda semata-mata? Memang betul kita mudah kaya jika kita kenal Perdana Menteri, Presiden dan manusia yang berkuasa. Apa sebab terjadi nahas di jalan raya? Kenapa syarikat gergasi rugi berbilion ringgit? Macam mana manusia yang dulunya manusia biasa-biasa bila jadi pemimpin politik yang ‘luar biasa’ ada yang buat kerja ‘luar tabiee’, pecah amanah, lu fikirlah bro? Yang benar pak.
Bukan fitnah, ada mereka yang solat 5 waktu tak tinggal, naik haji, baca Quran, berpuasa selain bulan Ramadhan isnin, khamis, muka selalu nampak di masjid, dalam masa yang sama tak banyak beza dengan Yahudi dan Nasrani yang agamanya sekadar ritual dan berpandukan syariat semata-mata tanpa hakikat dan makrifat. Nauzubillah himinaz zalik.
Kufur dengan Allah; tidak takut kepadaNya dan tidak mengakui ‘Rubibiyah’ dan ‘Uluhiyyah’Nya. Bertitik tolak dari asas tersebut mereka gubalkan falsafah tentang wujud ini dan ‘tasawwur’ mereka mengenai kehidupan. Kesan nyata dari kepercayaan sebegini ialah kezaliman di bumi, sombong diri dan berusaha mengongkong dan memeras orang lain, sebab ‘kufur’ dan kezaliman itu saudara kembar. Al-Quran telah menggambarkan ‘kufar’ dengan sifat bongkak dan zalim di bumi, melalui berpuluh-puluh ayat dan disifatkan pula orang-orang muslimin yang berjaya di akhirat sebagai tiada bongkak, dan tidak merosak di bumi bila diberi amanah, tidak menjadi kaya raya melalui penipuan, merompak wang rakyat, peras ugut dan rasuah, berensek punya manusia.
Mudah-mudahan buku ini boleh membimbing umat manusia ke arah kekuatan dan mengingatkan keagongan Tuhan di dunia ini, bukan penyembah manusia yang sudah dijadikan berhala hingga lupa mencari kejayaan hakiki di akhirat. Sampai bila mahu jadi pengampu, kuncu-kuncu yang menggunakan singgah-sana pemimpin akibat mempunyai baju kebal?
Cukuplah pengkhianatan yang dilakukan syaitan bertopengkan manusia yang selalu bertindak merosakkan agama, budaya dan bangsa sendiri akibat rakyat tidak mahu berfikir diluar kotak kerana berpegang pada budaya. Biar mati anak, jangan mati adat. Mana lebih penting, adat atau agama?
Sanggup kita menggadaikan negara tanpa rasa berdosa akibat mahu jadi Mr. ‘Yesman’ budak asal bapok senang untuk hidup dalam ‘comfort zone’. Apakah mereka fikir Tuhan tak nampak mereka sedangkan Tuhan lebih dekat dari urat leher dan Tuhan tahu niat mereka. Lu fikirlah bro.
Kita perlu kepada satu pandangan yang mampu membezakan di antara yang mana musuh, yang mana kawan, yang mana khianat, yang mana jujur bila memilih rakan kongsi niaga atau mencuri dan memilih pemimpin sebab itu kita perlu ada ilmu tentang manusia. Dan kita perlu maklumat yang ada bukti, fakta bukan sekadar cerita yang sensional.
Satu pandangan yang boleh memandu kita mendapatkan senjata yang berkesan bagi menolak permusuhan dan mengembalikan kehormatan dan maruah untuk umat manusia ialah sentiasa mengingatkan diri tentang keagungan Tuhan bukan menagong-agongkan manusia.
Tulisan ini boleh membawa anda keluar dari kotak, kita perlu keluar dari kepompong untuk jadi kupu-kupu jika kita mahu terbang bebas. Akibat tertutup pintu ijtihad kita tak berani menggunkan akal supaya mempunyai pandangan yang terang. Bila lagi mahu menggunakan ‘basirah’ mata hati supaya timbul kesedaran yang cukup terhadap langkah-langkah jahat yang dihadapkan kepada umat manusia yang metarealistik, menyembah kebendaan, tunduk kepada hawa nafsu yang dikuasai syaitan. Dan apa-apa yang diatur termasuk pensyelewengan dan penipuan yang mengutamakan menyembah tidak selain dari Allah hingga bumi menjadi rosak binasa.
Penjajah telah memilih umat Arab sebagai sasaran penipuan dan perangkap mereka, sebab mereka tahu bahawa keagongan Arab bererti Islam sedangkan Arab dan Islam dua benda yang berbeza seperti Melayu dan Islam. Arab dan Melayu itu suku kaum sedangkan Islam adalah cara hidup yang paling sempurna. Arab merupakan kunci umat Islam kerana Nabi kita Rasulullah SAW dari suku Qurais Bani Hashim, lahir di Mekah bumi Arab. Al-Quran dalam bahasa Arab, mengerjakan Haji dan Umrah di Mekah dan Madinah tanah Arab, itu tidak bererti Islam itu Arab.
B. Moor, dalam bukunya; Al-Alam Al Arabi Al Muasir menyebut: "Benar sekali bagaimana catatan sejarah, bahawa kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka hancurkan mereka akan hancurlah Islam." B. Moor terlupa Islam akan bangkit dari Timur di akhir zaman bukan di negeri Arab.
"Demikian negeri akhirat yang kami jadikannya untuk orang-orang tidak menghendaki ketinggian di bumi dan tidak merosak" Al-Wasas : 83
Masih banyak orang yang terpelajar yang sering hilang akal dan menjadi kacau bilau bila mendapat kuasa atau kekayaan. Kenapa, kalau bukan mereka memisahkan kehidupan dari agama. Pemikiran mereka saat menghadapi kritikan atau cercaan pedas dari orang¬orang sekitarnya membuat mereka hilang akal, hilang pertimbangan kerana hidup tak ada imbangan sedangkan itulah ‘karma’ yang patut diterima kerana mahu hidup tanpa tauhid tapi mengaku Islam. Apakah mereka belum pernah mendengar ‘wahyu Ilahi’ dari Al-Quran atau hadith Nabi yang menjelaskan tentang perilaku golongan manusia yang selalu mengingkari Allah dan sunnah Rasulullah SAW.
"Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (QS. Yunus: 12)
Akibat tak mahu membaca, tak mahu mendengar peringatan akhirnya mereka menjadi resah gelisah bila rakyat memusuhi dan memandang sangat keji dan membenci, sedangkan dulu mereka didewa-dewakan seperti pemimpin dunia yang lain yang diakhir hayat jatuh tersungkur dalam kehinaan. Sebelum kebencian rakyat sampai mendarah daging, sebab merasakan mereka ditipu dan diperdaya sednagkan rakyat telah berbuat baik kepada mereka, diberi bunga dibalas dengan najis. Kalau saja mereka mahu membaca apa yang telah saya dokumentasikan sebagai ingatan "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak ada guna."
Kenapa orang Islam diseluruh dunia biarpun jumlahnya melebihi satu bilion tapi ibarat buih dipermukaan laut kalau bukan mereka malas membaca. Mereka cinta dunia takut mati. Mereka durhaka pada Tuhannya. Tuhan amanahkan penglihatan untuk membaca dan berfikir. Jika tak ada buku macam mana hendak baca? Nah! sekarang buku berada ditangan anda. Baca bukan sekadar baca buku semata-mata, akal difikirkan untuk membaca apa yang kita lihat dan dengar. Yang benar pak. Lu fikirlah bro.
Penulis penting untuk mengubah masyarakat tapi rakyat harus terus berjuang melawan nafsu marah jika kita cintakan bangsa dan negara. Kita kena berani berfikir di luar kotak berfikir kritis. Cintakan bangsa itu sebahagian dari iman. Habbul Watan Minal Iman. Jangan salahkan mereka yang berani membawa mereka keluar dari ke pompong? Itu kerja pengkritik sosial.
Maka marilah kita terus berjuang menentang musuh-musuh utama yaitu nafsu yang ada dalam diri yang mengajak kita supaya terus hidup dalam zon selesa dan suka marah pada mereka yang sanggup jadi cermin menunjukkan betapa comotnya muka mereka. Marah adalah musuh utama kita. ‘La Tardaf’ jangan marah kata Nabi Muhammad SAW. Itulah kerja saya selagi hidup selagi menulis.
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment