Cerita-cerita mengenai raja-raja Melayu bukanlah sesuatu yang baru.Ini kerana titik sejarah kesultanan Melayu itu sendiri bermula kira-kira 500 tahun yang lalu iaitu sebaik sahaja Parameswara menabalkan dirinya menjadi Sultan Melaka. Hari ini, siapapun tidak terfikir, bahawa negeri yang pernah melahirkan tradisi kesultanan di bumi, Melaka cuma Yang DiPertua Negeri saja, seorang rakyat biasa yang lima tahun sekali ditukar tapi tetap mempunyai taraf raja.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email HPnumber ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.
Namun itulah laluan sejarah yang bagaikan sebatang jalan yang tidak pernah ditempuhi: kita tidak tahu apakah ranjau-ranjau disebalik selekoh-selekoh yang bakal dilalui. Yang jelas apa saja yang bersifat baru akan binasa. Ada lawannya tak ada.
Tapi biar bagaimanapun kisah Raja-raja Melayu di sepanjang zaman ditandai dengan peristiwa-peristiwa suka dan duka.Ada juga yang lucu, mengasyik dan lagi menyeronokkan.Cerita-cerita begini biasanya berkisar pada perihal Raja-raja dengan para gundek serta dayang-dayang mereka atau perihal raja yang jatuh cinta dengan anak-anak wayang, primadona-primadona, perempuan-perempuan kaberet dan pelajar-pelajar maktab.Maka dengan itu jadilah cerita mengenai tiga jenis kerabat.
Satu, kerabat yang benar-benar dari kalangan raja-raja: namanya kerabat diraja. Kedua, wanita dan gadis-gadis dari kalangan rakyat biasa yang dikerabatkan ke dalam kerabat diraja oleh raja-raja ataupun anak lelaki mereka.sebagai contoh proses pengkerabatan ini, ramai anak-anak wayang dan penyanyi yang menjadi isteri raja-raja dan anak-anak mereka. yang ketiga, ialah mereka yang mengkerabati puteri-puteri raja. Mereka bukan para Tunku-Tunku tapi rakyat biasa yang berjaya memperisterikan puteri-puteri raja.Contoh-contohnya tak payahlah saya sebut, kerana P. Ramlee pun sudah merakamkan lagu tersebut semasa hayatnya.
Kemudian selain dari itu tidak kurang juga cerita-cerita mengenai kezaliman, kemungkaran, kejahatan dan kedurjanaan raja-raja.Cerita-cerita seperti ini mendapat tempat di hati sarjana-sarjana sejarah samada dari luar negeri atau dalam negeri yang kemudian merakam peristiwa-peristiwa itu menurut versi masing-masing di dalam buku-buku mereka.
Meskipun begitu kisah-kisah sejarah yang dibukukan itu hanya terbatas kepada kisah raja-raja yang hidup di zaman dulu, di zaman Tanah Melayu belum mempunyai Perlembagaan yang menyeragamkan keistimewaan raja-raja. Waktu itu surat khabar pun belum ada. Oleh itu kebanyakan cerita-cerita itu disampaikan dari semulut ke semulut dan diturunkan dari generasi ke satu generasi.
Hari ini keadaan sudah banyak berubah.Raja-raja Melayu di bawah Perlembagaan sudah jadi sekumpulan manusia yang berada di atas undang-undang, manusia-manusia yang ‘immuned’ terhadap undang-undang.
Akhbar-akhbar pun sudah banyak.Dan rata-rata akhbar-akhbar ini melaporkan hal-hal yang baik sahaja tentang raja-raja.Kalau ada cerita yang tak baik, para wartawan akhbar-akhbar itu terpaksa kembali membuat laporan seperti di zaman primitif dulu, iaitu laporan dari mulut ke mulut.Mereka tidak berani menulis berita-berita itu di dalam akhbar masing-masing, melainkan Tunku Abdul Rahman.
Sikap kurang jujur seperti inilah yang mungkin telah mendorong orang-orang Melayu menganggap raja-raja mereka sebagai manusia luar biasa kerana tidak ada satu kerjapun yang dilakukan oleh raja-raja sekelian yang dianggap tidak betul.Raja-raja dianggap macam malaikat.
Perihal adanya raja-raja, anak-anak raja, menantu raja, besan raja, biras dan sebagainya yang minum arak, kaki betina, kaki judi, kaki disko, yang perangai macam kaki busuk dan bermacam-macam kaki tidak pernah mendapat ruang di dalam akhbar-akhbar.Macam mana Raja nak tahu salah silap dan kerabat mereka?
Kalau setakat nak bercerita memang banyak yang boleh dijadikan cerita. Saya sendiripun bukan tak biasa bercampur gaul dan bertempuk-tampar dengan golongan ini.
Dulu sewaktu pejabat saya masih di Medan Tuanku, saya biasa terserempak dengan mereka yang minum-minum sambil berhibur di Pub Brass Grill yang terletak berhampiran dengan pejabat saya itu.waktu itu ada raja, ada menantu raja dan ramai kerabat-kerabat raja yang minum di situ.
Diwaktu kemuncak orang-orang Melayu masih lagi menjadikan minum-minum arak ini sebagai satu cara untuk relaks dan menenangkan fikiran, Pub Brass Grill dan lain-lain pub milik orang Melayu di kawasan Medan Tuanku adalah diantara tempat yang menajdi tumpuan keluarga diraja dan sahabat handai mereka.
Alhamdulillah, di zaman kebangkitan semula Islam ini, tidak ada satupun lagi pub-pub serupa itu di kawasan ini.Begitu juga dengan kelab-kelab malam seperti Greenmaids, Tropikana dan lain-lain kelab malam milik orang Melayu, kalau muncul pun umurnya tak panjang.Berniaga benda-benda haram ini tak berkat.
Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum. Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.
Namun biar bagaimanapun, seorang wartawan senior, yang kebetulan telah diamanahkan oleh Almarhum menulis cerita baginda telah menulis tentang apa yang sebenarnya berlaku mengikut ceritanya.
Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.
Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.
Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.
Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.
“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.
“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.
“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.
“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.
Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.
Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.
Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.
“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.
“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.
Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.
“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.
Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.
Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”
“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.
“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.
Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.
“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.
Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.
“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.
“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.
Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.
“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.
“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.
“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.
“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.
“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.
“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.
Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.
Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.
Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.
Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.
“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.
Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”
“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.
“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.
“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.
“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.
“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.
Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.
Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.
Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.
Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.
Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.
“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.
“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.
Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.
Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.
Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.
Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”
Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.
Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.
Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.
Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.
Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.
Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.
Sempena dengan penganugerahan ini, izinkan patik menyampaikan
sedikit ucapan kepada para hadirin.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email HPnumber ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.
Sesungguhnya takhta merupakan suatu institusi yang dicipta dan
diwujudkan oleh perlembagaan.Sebelum perlembagaan wujud, maka raja yang bertakhtalah
yang wujudnya perlembagaan dan undang-undang.Undang-undang perak dan
undang-undang 99 di perak telah digubal oleh raja yang bertakhta satu abad
sebelum didatangi oleh penjajah Portugis.
Pada zaman silam, takhta merupakan suatu institusi satu dalam
semua, dan semua dalam satu.Raja yang memerintah memainkan peranan sebagai
pencipta dan pembuat undang-undang.Apa yang difikirkan perlu oleh raja-raja
yang memerintah, maka undang-undang tidak akan wujud tanpa memikirkan sama ada
suatu perkara tidak baik atau buruk. Umpamanya, fasal yang pertama undang-undang Melaka mengenakan hukuman bunuh keatas sesiapa yang memakai
pakaian kuning.
Fasal itu berbunyi:
“Fasal yang pertama ada menyatakan adat majlis segala raja-raja
dan larangan raja-raja itu jika dipakai oleh segala rakyat.”
Ketahuilah olehmu bahawa tiada harus dipakai oleh rakyat itu
sendiri kekuningan dan kepada segala orang-orang besar-besar sekalipun, jikalau
tiada dengan kurnia raja-raja maka dibunuh hukumnya. Demikian lagi tiada dapat
memakai kain yang nipis terbayang-bayang seperti kasa dan sebagainya pada balai
raja-raja atau negeri raja-raja itu melainkandengan titah raja dan kurnia, atau
di luar boleh dipakai, jikalau lain daripada itu nescaya dicarikkan atau
ditolakkan keluar hukumannya.
Tahta juga menjadi pemerintah atau kerajaan.Raja mempunyai kata
pemutus mengenai sesuatu perkara.Baginda kadang kala mewakilkan kuasa kepada
Memanda menteri atau bendahara dan kadang kala menjalankan tugas pemerintahan
itu oleh baginda sendiri. Di sinilah timbulnya istilah kerajaan yang berasal
dari konsep “raja yang berkerja”
Takhta juga menjalankan peranan sebagai badan pengadilan, tempat
tiap-tiap kes dijalankan di hadapan raja di dalam istana, dan rajalah yang
menjadi hakim dan memberi kata putus, Sejarah Melayu telah menunjukkan bahawa
Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai
hakim. Tetapi nasib baik, Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan
oleh bendahara.
Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat tidak dapat
dilaksanakan secara berkesan oleh seorang raja, maka tugas itu telah diserahkan
dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya. Dalam konteks moden,
ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh parlimen sebagai bahan pembuat
undang-undang, pemerintah atau kerajaan sebagai badan pembuat undang-undang,
pemikiran atau kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan
kehakiman sebagai badan pengadilan.
Di Negara kita, takhta masih kekal sebagai suatu symbol lambang
perpaduan, sebagai punca dan dan tonggak keadilan, sebagai tempat memohon
kasihan belas dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang-bintang
kehormatan.
Ampun Tuanku,
Sejarah telah menunjukkan juga bahawa di setengah-setengah Negara,
takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan
bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas ada lebih daripada 900
buah takhta dalam dunia ini, tapi bilangan ini telah turun satu demi
satu-kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini -pada dekad
kelapan abad keduapuluh- hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta.
Takhta Merak kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium
sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada
takhta, kononnya takhta merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke
muzium adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat
istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.Sebenarnya, penasihat-penasihat
istana terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi
kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan Negara.
Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat-laun rakyat kan memberontak dan takhta
akan tergugat.
Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal
istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan
dapat mengatasi kehendak dan inspirasi rakyat .Walau seberapa banyak peluru
bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat
menyerkat kemarahan aspirasi rakyat.Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan
Allah, maka berpindahlah istana ke muzium seni dan budaya.
Sejarah juga telah menunjukkan bahawa penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa telah dilakukan oleh penasihat-penasihat istana kononnya atas nama
takhta. Mereka ini adalah terdiri daripada orang yang cuba mengambil kesempatan
untuk berteduh dibawah payung kuning dan naungan takhta, kononnya, kalaulah
takhta itu kebal, maka mereka turut sama kebal. Malah bukan sahaja mereka
menyalahgunakan kuasa tetapi mereka sanggup melakukan jenayah kecil dan besar.
Ada setengah-setengah golongan manusia pula yang lebih takut
kepada Allah.Golonngan-golongan ini adalah terdiri daripada alim ulama yang
tugasnya wajib memberi nasihat kepada takhta atau penasihat istana mengenai
penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan terhadap jalan Allah. Mereka mengetahui
yang sesuatu perkara yang itdak baik telah dilakukan dalam istana, tetapi
sengaja membisu, takut-takut mereka akan kehilangan jawatan, dipecat atau
dimurkai. Mereka ini lebih mementingkan jawatan dan gaji lumayan daripada
menegakkan jalan Allah.Orang yang bertanggungjawab kepada Allah di Yaumal Masyar
nanti ialah alim ulama yang telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya,
semata-mata kerana gaji dan kedudukan.
Di Malaysia, di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri, hanya takhta sahaja yang kebal dan tidak boleh didakwa dalam apa jua
kesalahan dalam mana-mana jua mahkamah. Yang lainnya- daripada Perdana Menteri
sehinggalah kepada rakyat biasa- tiada seorang pun yang kebal. Taraf mereka
adalah sama, hak mereka adalah sama, dan mereka diberi perlindungan yang sama
dibawah perlembagaan. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka mereka akan
dihadapkan ke mahkamah tanpa memilah bulu, tanpa memilih darah etnik yang
mengalir dalam tubuhnya, tanpa mengenal menteri atau rakyat biasa.
Tetapi walaubagaimanapun, walau seberapa kebal sekalipun takhta,
namun takhta tidak boleh lari daripada hukuman Allah, hukuman yang ditetapkan
ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira rakyat atau raja.
Di Malaysia, takhta akan terus dikekalkan selagi perlembagaa tidak
dipinda. Dan perlembagaan tidak akan dipinda selagi rakyat masih taat setia
kepada raja. Rakyat akan terus memberi sepenuh taat setia kepada raja-raja
selagi mereka berteduh di bawah payung takhta. Kalaulah takhta dapat memainkan
peranan mengikut lunas-lunas perlembagaan tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir
luar perlembagaan, maka selama itulah takhta akan terus kekal bukan sahaja di
istana tetapi juga dalam hati dan sanubari setiap rakyat jelata.
Ampun Tuanku,
Dalam istana, takhta merupakan seorang khalifah yang mempunyai
kewibawaan yang menjadi wakil Allah di atas muka bumi ini, Di Malaysia tiap-tiap
buah takhta adalah menjadi ketua agama Islam, dan dalam khutbah Jumaat
ditiap-tiap buah masjid di seluruh Negara, berjuta-juta para jemaah membuka dua
telapak tangan menadah langit, membaca doa memohon kepada ilahi supaya takhta
dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin Negara ke
jalan yang diredai Allah. Doa ini akan terus dibaca selagi takhta masih
dianggap sebagai khlaifah. Bacaan doa kepada ilahi ini akan diberhentikan
apabila takhta sudah menyeleweng dari jalan Allah.
Nabi Besar Muhammad SAW sendiri, walaupun baginda seorang Nabi,
seorang Rasul, seorang Khalifah Allah di atas muki bumi ini, seorang raja dan
seorang pemerintah, namun baginda pernah bersabda bahawa sekiranya Fatimah
anakandanya yang dikasihi itu mencuri, maka tangannya akan dipotong sebagai
balasan dari Allah, begitulah tegasnya seorang Nabi, seorang Rasul, seorang
Khalifah dan seorang pemerintah. Sebagai hamba Allah, baginda tidak pernah
mengatasi kedaulatan undang-undang yang dicipta oleh Tuhan iaitu Al-Quran.
Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka dan
berdaulat, aman dan makmur, bahagia dan sentosa, maka tiap-tiap satu komponen
di dalamnya mestilah memainkan peranannya masing-masing sejajar dengan kehendak
Negara, samalah seperti satu sama lain. Jika sebuah skru yang kecil tidak
berfungsi dalam sebuah jentera, maka jentera itu akan menjadi rosak. Bagi
Malaysia apa yang diperlukan ialah peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap satu
komponen itu mestilah seiring sejalan dengan kehendak dan kepentingan Negara.
Parlimen dan Dewan Undangna Negeri dengan tegas membuat dan meminda
undang-undang, pemerintah melaksanakannya dan badan kehakiman dengan tugas
pengadilannya.
Di atas kemuncak ketiga-ketiga badan itulah terletaknya takhta
yang menjadi symbol kebenaran, kecekapan, dan keadilan.Di bawahnya pula
terletaklah suatu asas iaitu masyarakat seluruhnya.Apabila kukuh asas itu, maka
tegaklah bangunan itu, bangunan yang dikenali sebagai Malaysia merdeka dan
berdaulat.
1 Januari 2013, sambil menghirup kopi panas
di tepi Sungai Chemperoh, Janda Baik, saya berfikir, “Apakah
saya akan menjadi seorang yang penakut manghadapi tahun baru sedangkan saya
terkenal sebagai seorang yang sangat berani dan hanya dengan keberanian sahaja
kita dapat mempertahankan prinsip dan integriti kita?”
Saya tahu ‘politics of fear’ yang digunakan oleh mereka yang berkuasa
untuk menakutkan saya dan ‘orang kita’; tidak boleh sampai ke mana pun,
kepada mereka yang hanya takut pada Allah, itulah azam saya untuk 2013. Saya
tidak terhutang hidup dengan sesiapa pun melainkan Allah; Allahu Akbar!
Air sungai yang mengalir jernih mengamit permikiran saya,
“Kenapa saya tidak tukar psikologi takut yang menghantui masyarakat kita
kepada psikologi berani, itulah ‘political will’ dari pengalaman mengadakan perkongsian ilmu
di Al-Attas University of Life untuk menjadikan ‘orang kita’ yang masih
hidup dalam kegelapan akibat tidak berani keluar dari pemikiran dalam kotak”.
Ar-Ra’ad (ayat 11): “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."
Ekoran dari penahanan saya selama 6 jam di Perhimpunan
Agung UMNO setelah buku saya Setan, Syaitan, Sultan dirampas, saya
bertekad untuk menulis sebuah lagi buku yang lebih berani.Sampai bila kita
nak biarkan mereka yang berkuasa berlagak seperti durian melenyek mentimun.Ini
musim durian dah jadi tempoyak, nangka berulat nak jatuh berdebab. Anakanda saya Habib Omar, cucu saya Ku Yah dan Iwan
grafik, di panggil ke balai polis Dang Wangi untuk di soal siasat kerana nama
mereka terdapat dalam senarai mereka yang saya ucapkan terima kasih, sikit pun tidak takut; mereka berani kerana benar. Pelik tapi benar, kenapa Ku Yah dan Habib Omar sekadar membantu saya menaip
menggantikan Zaharah, pembantu saya yang sudah berkerja selama 30 tahun kini
terlantar di hospital akibat mengalami barah usus di soal siasat?
Bagaimana
dengan laporan polis yang di buat oleh Kamal Hisham yang dia diugut untuk
dibunuh oleh kerabat diRaja Johor, ceritanya ditutup macam itu aje? Siapa yang
bayar gaji polis; Raja atau rakyat? Zaharah tidak takut menjawab soalan oleh
ASP Chua yang pergi menyoal siasat dia di hospital.Kita ini sembah siapa,
Tuhan atau manusia?
Di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Tasyfin di
Maghribi, kaum fuqaha murka kepada Imam al- Ghazali kerana tulisannya Ihya
Ulumuddin yang banyak mengkritik kaum ahli Fiqh, yang sudah menjauh dari
Al-Quran dan hanya tenggelam ke dalam taqlid. Fuqaha marah, sehingga
mengusulkan kepada sultan supaya Ihya dibakar sahaja dan pengedarannya ke
Maghribi dilarang keras. Di kala sampai berita itu kepada al-Ghazali, beliau
terus berkata:
“Tuhan akan merobek kerajaan mereka
sebagaimana mereka telah merobek kitabku.”
“Ingatlah sesungguhnya awliya Allah itu tidak
akan ada ketakutan bagi mereka, dan mereka tidak akan berdukacita iaitu mereka
orang-orang yang beriman dan bertaqwa.Bagi mereka kegembiraan di dalam
kehidupan dunia dan akhirat.”
(Yunus:64)
Apakah kita kini masih berada di dynasty Muawwiyah
atau di zaman Raja Bersiong, era Sultan Mahmud mangkat dijulang dan Singapura
dilanggar todak atau di zaman feudal?Ke mana perginya para intelektual
dan ahli sejarah? Sedangkan ombak ketiga menampakkan muncul semula zaman ‘Khilafah’;
di mana kepimpinan dunia akan digantikan dengan ‘Khilafah’.
Zaman Khilafah hanya dapat bertahan selama 30
tahun.Bermula tahun 11 Hijrah bila wafatnya Rasulullah SAW hingga tahun 41
Hijrah. Khalifah Abu Bakar, Omar, Uthman, Ali dan paling singkat Hassan; kerana
setelah cucu Rasulullah SAW diracun akhirnya pemerintahan Khilafah bertukar
kepada dynasty Muawwiyah yang menjadikan Yazid anaknya sendiri sebagai Tengku
Mahkota dan hingga hari ini ummat Islam asyik bercerita tentang sejarah Islam
yang lampau tapi di Perak sejarah berulang; Azlan Shah melantik anakandanya
Raja Nazrin sebagai Tengku Mahkota sedangkan dia sendiri pun bukan Sultan yang
sepatutnya. Lu fikirlah bro.
“Wahai Paduka Raja, dahulu kami bangsa
yang bodoh. Kami menyembah berhala, makan bangkai, berzina, mengerjakan
perbuatan keji, bermusuhan, tidak mempedulikan tetangga dan yang kuat menindas
yang lemah.Begitulah keadaan kami dahulu sebelum Allah utuskan RasulNya kepada
kami.Setelah Rasul itu datang, dia mengajak kami memeluk agama Allah,
meninggalkan agama kami. Dia menyuruh kami bercakap benar, memegang amanah,
menghubung silatur rahim ...”
Imam Ja’far Bin Abi Talib
r.a
Pada 7/12/2012, pukul 3PM Jumaat, ASP Chua Wee Seong,
Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, bersama beberapa
orang polis datang ke pejabat saya di Medan Idaman, Gombak. Saya tidak
terkejut, kerana sejak saya kecil ibu ayah tidak pernah menakut-nakutkan saya
dengan tentera Jepun yang ganas dan kejam memerintah Tanah Melayu.Ibu saya
seorang yang berani dan DNA ibu dan ayah dari Sayyidina Hussien masih mengalir dalam
darah saya.
Sampai bila ‘orang kita’ mindanya dibiarkan
tertanam seperti burung kasawari bila ketakutan. Semangat takut dengan manusia
boleh merosakkan akidah; satu doktrin yang mesti dihapuskan dari jiwa orang
kita kerana ia lebih bahaya dari segala barah. Sejak kecil anak orang kita di
takutkan dengan polis, benggali, singh dan hantu dan bersikap rendah diri
sebagai orang kecil; bila berdepan dengan VIP yang dianggap sebagai orang besar
dan kita dianggap sebagai hamba.‘Hamba rakyat’ bila berdepan dengan Raja
sebagai bayangan Tuhan tidak boleh derhaka, nanti Tulah "Peerah!
Apakah ilmu tauhid tidak di didik supaya takut dengan
Tuhan. Islam apa namanya jika menduakan Allah?
Melayuadalah falsafah umat
Nusantara Bani Jawi, seperti di definisikan oleh Datuk Kompo Rajo, pejuang
Melayu sebelum merdeka, yang saya dapat
dari cucunya semasa saya bertemu dengannya bersama anak saya Muhiyuddin, yang
ketika itu menuntut di Dunedin, New Zealand bersama pelajar Melayu dari New
Zealand dan Australia dari Kelab UMNO yang berkumpul di Melbourne.
Mim :Umat
Muhammad
Lam :Salah
satu sifat Allah, Maha Halus, Maha
Lembut
Alif :Hakikat
yang disembah
Ya :Yang
tersirat ‘Melayu sejak azali memang
mencari perkara-perkara tersirat.’
Wau :Warak,
berilmu
Terbongkar cerita perut Wan Anum di mana perutnya dibelah
atas perintah Sultan Mahmud ketika Laksamana Bentan tumpang berteduh di bawah
rumah dia terdengar seorang ibu menakutkan anaknya, jika tidak diam perutnya
akan dibelaholeh Sultan Mahmud masakan bangkai gajah boleh disembunyikan.
Tidak ada manusia yang boleh terlepas dari dosa.
Kena percaya dengan hukum
karma.Tunggulah terbongkar rahsia siapa pembunuh Altantuya sebenarnya. Bila
timbul yang haq, yang batil akan terhapus dengan sendirinya. Apakah tidak ada konspirasi mengenai Saiful Bukhari yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim? Permainan siapa ini untuk memburuk-burukkan Anwar?
Saya sentiasa bersedia menghadapi segala macam ujian; expect
the unexpected, selagi saya berpegang dengan keyakinan - if God
is your friend, who would dare be your enemy? Kalau tidak masakan saya
sanggup jadi pengkritik sosial bermula dengan buku Musa Derhaka, Challenger,
Memo Untuk Mahathir, Johor Corporation: Thieves of the people, di
mana ketiga-tiga buku itu di haramkan. Saya tabik pada Musa Hitam yang berani
untuk membukti dia kalah kepada arwah Ghafar Baba pada tahun 1987 kerana buku
saya The Challenger.
Siapa kalau bukan saudara Anwar Ibrahim semasa dengan
ABIM dulu mengingatkan kita supaya meneruskan ‘amar ma’ruf, nahi mungkar’.Apa
pun orang nak kata Pak Sheikh Anwar Ibrahim sudah jadi guru pada jutaan manusia
termasuk saya. Soal peribadinya dia jawab dengan Tuhan; kubur dia, dia jawab.
Ramai lagi peribadi pemimpin yang jauh lebih buruk dan
lebih teruk; gajah depan mata tidak nampak, hama di seberang nampak. Ini yang
terjadi bila yang berkuasa bersikap ‘double standard’, ‘cakap tidak
serupa bikin’. Bila kemungkaran tidak membahayakan pucuk pemimpin negara ia
disembunyikan. Kita jangan lupa Anwar Ibrahim pernah berguru dengan Prof Naquib
Al-Attas. Apakah bila jadi Perdana Menteri nanti dia tidak akan berubah; bila
Allah memberikan dia hidayah? Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Dengan pimpinan Rasulullah SAW, bangsa Arab jadi pelopor
empayar Islam yang pertama sedangkan para sahabatnya dulu penyembah berhala, melainkan
Ali Bin Abi Talib karamallah hu wajhah yang wajahnya di muliakan Tuhan
kerana tidak pernah menyembah berhala sebelum menerima Islam.
Akibat roh Islam,
tauhid dihadirkan di dalam hati dan Al-Quran hidup dalam diri mereka yang
mendapat hidayah menjadi ummat Islam yang beriman. Inilah ilmu
dalaman yang cuba saya hidupkan dalam bangsa kita yang sedang mencari rahsia
Tuhan untuk menghidupkan kembali roh Islam di Al-Attas University of Life di
Janda Baik.Supaya orang kita tidak hidup seperti di zaman jahiliyyah
sedangkan Islam menjadi agama rasmi ummat Malaysia dan Raja menjadi ketua agama
dan orang yang pertama perlu di sekolahkan adalah kerabat diRaja jika mereka
mahu kekal di Istana.
Dalam era kebangkitan Islam ini, kita perlu kan manusai
yang berani mengetengahkan ‘fardu kifayah’ menjadi ‘fardu ain’.
Perangai ummat Islam perlu diperbaiki, ditinggikan untuk menghidupkan sebuah
masyarakat Madani yang pernah diperkenalkan oleh Pak Sheikh. Para
pemimpin wajib melaksanakan amar makruf dan meninggalkan kemungkaran;
ini zaman ketulusan, di mana saja ada kamera litar, setiap perbuatan bukan lagi
satu rahsia walaupun dalam pagar Istana kerana Sultan tidak lagi mempunyai
kekebalan.Jangan kita berfikir ulat dalam buah Kuini saja yang boleh di intai
hatta pergerakan bayi di dalam perut ibu pun kini tidak boleh disembunyikan
lagi, inikan pula nangka yang sudah berulat. Daulat apa lagi; takbir, Allahu
Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!
Akibat terlalu ramai ‘orang kita’ yang berjiwa
pengecut, ‘berani lalat, hangat-hangat tahi ayam’; di Amerika
pengecut dilabel sebagai ‘chicken’. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, “cakaplah
yang benar sekalipun pahit.”Macam mana nak berkata benar dengan sifat munafik,
hipokrit?Menanam tebu di tepi bibir; musuh dalam selimut, gunting dalam
lipatan; di keliling pemimpin.
Bangsa kita akan menerima bala dan malapetaka seperti ummat Islam di dunia yang lain yang
takut menyampaikan ayat-ayat Allah yang mengandungi mukjizat yang bukan saja
boleh membuka minda dan menghidupkan roh Islam malah boleh mengubah sikap
manusia yang dulu dalam kegelapan menjadi terang benderang dengan cahaya ‘nur
Muhammad’. Mari kita berselawat; Allah humma sali ala Muhammad, wa ala ali
Muhammad.
Kebetulan saya sudah kenal ASP Chua dan Inspektor Mohd
Yudi Bin Mohd Yusuf, dan sudah menulis puluhan buku, umur sudah melebihi
subsidi, di pangkat 7-siri, tergolong dalam golongan yang hampir pupus.Sudah
ada anak cucu-cicit pun boleh digangu oleh polis macam ini; bayangkan orang
muda yang baru muncul nak jadi penulis. Kerja polis menjaga keamanan bukan
menyusahkan orang ramai kerana arahan entah dari siapa dia pun tidak
tahu.Kasihan polis yang terpaksa jadi mangsa keadaan. Saya pernah di simpan
di dalam lokap beberapa kali maka takut apa polis datang ke pejabat?
“Sesiapa yang menegakkan ‘sunnahku’
setelah rosaknya ummatku, maka baginya seratus pahala mati syahid.”
“Islam itu bermula dengan keunikan
(ganjil) dan akan kembali pelik.Maka beruntunglah mereka yang ganjil (luar
biasa).”
Hadith
Tiga pegawai polis yang datang ke meja saya di Riverside
bukan beragama Islam, bukan Melayu pulak tu masakan mereka tahu bahawa Nabi
Muhammad SAW mengingatkan ummat semasa Haji Wada’, sesudah baginda wafat
kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah; baru kita boleh diiktiraf sebagai
Ahli Sunnah wal Jamaah bukan sekadar Melayu Islam.
Pengedar dadah tidak takut dengan polis, tidak takut
dengan hukuman gantung; saya bukan seorang penjenayah, saya pejuang hak asasi
manusia, pejuang untuk kembalikan keadilan menentang kemungkaran, kekejaman, kezaliman,
dan keangkuhan pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga kesejahteraan rakyat
jelata tapi telah menyalah gunakan kuasa.
Chua kata dia ada ‘search warrant’ untuk
menggeladah pejabat saya, dia beri saya sekeping kertas yang sudah di ‘fotokopi’
tapi tidak boleh di baca. Saya minta supaya boleh saya simpan untuk bahan bukti
jika saya dihadapkan ke mahkamah.
Dia mengaku dia datang untuk mencari sebarang bukti yang
boleh dijumpai bagi mendakwa kes buku Setan, Syaitan, Sultan.Mungkin dia
tak tahu yang ummat Islam itu bersaudara. Agama Islam itu
nasihat-menasihati; manusia itu bersifat alpa, lalai dan leka. Lagi pun
Sultan yang saya tegur manusia biasa, asal dari setitik air mani yang hina-dina
tapi egonya melebihi biasa; kerek, poyo, sengal luar
biasa. Belum di tabal sebagai Raja pun.
Ingat senang ke nak jumpa Sultan sedangkan
dia bukan ada kerja apa pun? Ingat senang ke nak beri nasihat pada Sultan,
inikan pula Sultan Johor. Tengok apa jadi pada Kamal Hisham hari ini masih
menjadi pelarian di luar negara.Mengikut cerita Ku Shah,
abang ipar ‘Yem’ Ibrahim, sepupu Sultan Ahmad Shah, Pahang yang kini
tinggal di Istana, hinggap Wadi Hussien, Janda Baik,“Raja pandang rakyat itu
macam kucing kurap.”
Nasib baik tidak macam anak anjing; patik yang
bermaksud anak anjing di dalam bahasa Sanskrit, seperti bahasa patik pacal yang
hina yang digunakan bila menghadap Sultan bermula dengan “Ampun Tuanku,
beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.” Dengan Tuhan pun tidak
minta ampun macam tu. Dosa yang paling besar yang tidak boleh terampun ialah
menduakan Tuhan.
“Tidak Ku jadikan Jin dan Insan
melainkan untuk menyembah Ku.”
Al-Quran
Siapa sebenarnya yang kita sembah dan takut; apakah kita
takut dengan manusia?Itu sudah terkeluar dari akidah namanya?
Saya memberi kerjasama pada Chua dari mula mereka menahan
saya.Kerana dia berterus terang yang dia (cari makan) mesti mengikut
perintah.Dia di arah, suruh tahan dan siasat saya, ‘kasihan dia’.Apakah
tidak ada campur tangan Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri?Tan Sri Musa
Hassan banyak rahsia mengenai campur tangan Menteri dan Perdana Menteri.Chua
beritahu saya yang dia mesti ambil ‘CPU tower’ saya.
Saya terkejut
kerana untuk mendapatkan maklumat di dalam ‘hard drive’ saya, sebenarnya
dia boleh buat dengan semudah-mudahnya, pihak polis hanya perlu membawa satu ‘thumbdrive’
bervolum tinggi seperti 16GB dan dengan ‘thumbdrive’ itu, pihak polis
boleh ‘sedut’ maklumat yang ada di dalam ‘hard drive’ saya. Kalau tidak
muat 16GB, sila bawak ‘external hard drive’ bervolum 500GB atau 1TB; besar
tapak tangan je.Pelik tapi benar, macam mana dia sanggup buat kerja ‘bodoh’
yang memalukan polis Malaysia memang tak patut seorang ASP kita kata sengal
atau poyo. Lu fikirlah bro. Kah kah kah, wa caya lu bro!
Islam bermula macam bunga, ianya berkembang akhirnya layu
tapi iakan akan berkuntum dan kembang semula apabila orang Islam kembali
‘fanatik’ dan menjadi ummat yang ‘ekstrim’, keberaniannya untuk menegakkan
kebenaran menentang kemungkaran dan jadual Allah mahu hidupkan Islam semula
dengan menghancurkan firaun-firaun di Timur Tengah yang cinta dunia, takut
mati, tamak, bakhil, kejam, zalim dan tidak berperikemanusian.
Bayangkan penakutnya ulama di keliling Raja di dalam
rumah Allah pada hari Jumaat; siapa pun tidak berani tegur apa yang berlaku
depan mata mereka yang sudah pasti
perbuatan yang terkeluar dari akidah. Rakyat ini ‘pariah’ kelas tiga ke?
Ada permaidani merah untuk Paduka Raja; Islam apa nama jika masih ada kasta,
ada manusia istimewa yang masih ditakuti? Tidak sah solat tanpa Surah Fatihah,
ibu Al-Quran.Allah adalah Raja sekian alam dan hanya Allah yang kita sembah dan
kita minta untuk di tunjuk jalan yang ‘haq’, yang benar.Semulia-mulia
manusia adalah yang lebih taqwa-nya kepada Allah, bukan Raja.
Kalau datang lambat macam mana pun mesti duduk dibarisan
hadapan dengan pengawal peribadi; bayangkan di dalam Baitullah pun takut
mati.Sahabat dan menantu Rasulullah SAW, Ali Bin Abi Talib r.a mati dibunuh
sewaktu nak menunaikan Solat Subuh di masjid; itu semua ketentuan Allah. Malah
mantan Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang banyak pengawal peribadi
pun mati dibunuh juga. Menyediakan permaidani istimewa, sejadah istimewa,
tempat yang istimewa - ini perbuatan terkeluar dari akidah Islam namun tidak
ada sesiapa yang berani bersuara.Sengal betul ulama poyo kita hari ini;
belajar tinggi-tinggi, mengaji, tapi tidak mengkaji.Sepatutnya siapa datang
lambat duduk di belakang.berapa ramai Imam yang berani suruh makmum rapatkan
saf dengan raja? Semuanya diperhatikan oleh dunia kerana Solat Jumaat ada
siaran langsung. Orang kita takut tubuh bersentuhan Raja atau Raja di didik yang
rakyat itu seperti kucing kurap, anak anjing, ‘patik’ yang tidak layak
bersentuhan dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Raja.Raja kita ini ‘alien’ ke, atau
ada penyakit yang tidak boleh bersentuhan dengan manusia biasa?Bayangkan saf
terputus dalam masjid waktu solat Jumaat.Tidak ada siapa yang berani tegur
dalam khutbah.
Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang
Rasul kepada kamu, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah
mengutus seorang Rasul kepada Firaun.Namun Firaun mendurhakai Rasul itu, lalu
Kami siksa dia dengan siksaan yang berat.
Maka bagaimanakah kamu akan dapat memelihara
dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban. Langit
terbelah pada hari itu.Janji-Nya pasti terlaksana.Sesungguhnya, ini adalah
suatu peringatan.Barang siapa yang menghendaki niscaya dia menempuh jalan
kepada Tuhannya.
(Al-Muzammil:15-19)
Sampai bila penyembahan dan pemujaan terhadap manusia
bukan lagi Allah SWT mahu dihentikan.Lupakah kita kenapa Azazel yang menyembah
Tuhan selama 6 ribu tahun terhumban keluar dari Syurga kerana ego.Merasakan
lebih mulia dan memandang hina pada manusia, ‘ahsanu taqwim’,
semulia-mulia dan seiindah kejadian yang dicipta Allah. Kerana Allah lebih
dekat dari urat leher manusia - there is God in man. Selain cinta kepada
Rasulullah SAW yang sepatutnya dilakukan secara berlebihan nak kita mulakan
sedangkan kita mendakwa kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak,
saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya
dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(At-Taubah:24)
Baca balik buku 3S 3Tan. Kamal Hisham cerita pada
saya, dia suruh Sultan Ibrahim cebuk semasa kembara, dia beri air dalam botol mineral. Dia kena
marah, “jangan sebok”.Yem tidak cebok.
Bayangkan dalam rumah Allah, ummat Islam
lebih takut pada Sultan dari Tuhan.Bayangkan jika tidak ada Islam, bolehkah
Sultan jadi Ketua Agama dan ulama dapat kerja kerana mereka ada ilmu Syariat
yang berkaitan dengan Islam.Siapa yang meminjamkan
nyawa, rezeki dan segala-galanya?
Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang hendak
kita dustakan?
(Ar-Rahman)
Sampai bila kita nak biarkan lidah kita jadi lidah syaitan?
Jika Sultan tidak sembahyang dalam masjid, Imam tetap doakan kerabat diRaja dan
keluarganya. Orang kita dalam masjid berebut cium tangan Raja; kalau tidak
cebok tidak ke najis?Selain Kamal Hisham ada seorang lagi peguam yang cerita
pada saya yang Sultan kencing tidak cebok. Jika saya ke mahkamah saya akan
sepina peguam yang ada hubungan dengan Kamal Hisham. Kalau Raja kencing tidak
cebok, rakyat pula berak tidak dicebok.
Akibat Melayu tidak lagi punya jati diri, mereka tidak
nampak kemungkaran yang berlaku dalam rumah Allah akibat tidak mahu
berfikir.Agama ikut tok-nenek mereka, bukan ikut Al-Quran dan Sunnah.Sedangkan
Al-Quran itu diturunkan untuk mereka yang berfikir.Sudah 55 tahun merdeka
tapi siapa pun tidak berani tegur; saya tidak takut Allah murka. Semoga dengan
teguran yang ikhlas ini akan menyelamatkan bangsa Melayu yang semakin hari
semakin teruk dari segi adab moral.
Siapa kalau bukan anak Melayu yang
‘champion’ dalam buang anak, murtad, bercerai, berhutang, terkebelakang dari
segi pendidikan. Hassan, kawan saya, beritahu Najib, Perdana Menteri,
supaya layanan istimewa untuk Agung dalam masjid mesti diberhentikan.Najib
takut bini mana berani; ada ke ulama kita yang berani?Kerana mereka tidak
berani, saya kena berani.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.
Tunjuk Ajar Melayu juga banyak memuat
nilai-nilai yang menjunjung keutamaan dan kemulian, keadilan dan kebenaran.Bagi
orang Melayu, keadilan dan kebenaran adalah kunci utama dalam menegakkan tuah
dan marwah, mengangkat harkat dan martabat, serta mendirikan daulat dan
kewibawaan.Keadilan dan kebenaran tidak dapat ditawar-tawar, kerana semua acuan
mengenai kehidupan, pemerintahan, dan sikap hidupnya mengacu pada sikap adil
dan benar.Oleh kerananya, pemimpin yang dianggap tidak adil dan menyimpang dari
kebenaran wajib diingatkan, disanggah, atau diganti.Hukum yang adil wajib
ditegakkan demi terwujudnya masyarakat yang adil dan makmur. Kebenaran wajib
didirikan demi terlaksananya syarak dan sunnah, petuah dan amanah, ketentuan
adat lembaga, dan sebagainya. Orang Melayu berani mati untuk membela
kebenaran.Orang tua-tua mengatakan “takut kerana salah, berani kerana benar.”
Tenas Effendy
Tunjuk Ajar Melayu
Kenapa kita yang diberi akal, ada ilmu, ada mentor dan
mekanisma (kaedah) masih membiarkan diri diperalat oleh para ‘wali syaitan’,
ulama Pepsi-Cola.Ulama kena berani tegur ulama.Jangan jual ayat Quran dengan
harga yang murah.Sampai bila hendak bertopengkan Islam?
“Tidak beragama orang yang tidak
berakal.”
Hadith
Bila lagi hendak belajar ilmu berani di Al-Attas University
of Life supaya menggunakan akal fikiran dan berani keluar dari kepompong dan
label yang buruk yang terlekat pada tubuh Melayu sedangkan kita sudah jadi
rakyat Malaysia; bukan membanggakan ketuanan Melayu tapi ‘ketuhanan’
Melayu.
Earnest Dimnet dalam bukunya “The Art of
Thinking” menceritakan bahawa sembilan belas dari tiap-tiap dua puluh
orang tidak berfikir, tapi hidup sebagai otomat.Berucap, bergerak, berbuat
sesuatu dan bekerja mengikut adat kebiasaan. Mereka mengulang ucapan dan
ungkapan dengan menjalani dan melalui norma yang lazim. Orang-orang ini adalah
Pak Turut.
Jangan sesekali kamu memusuhi para wali
Allah, Tuhan akan memerangi kamu.
Hadith
Qudsi
Para pemimpin yang munafik, yang takut kepada
kebenaran tidak mahu mempedulikan nasib Melayu, kerana takut dilabel racist dan
menghidupkan Islam kerana takut denganlabel terrorist.Sedangkan Melayu
itu Islam dalam perlembagaan.Islam macam mana jika tidak tahu ilmu Ma’rifatullah.Perkara
pertama yang di utamakan oleh Syariat Islam ke atas setiap mukallaf;
mengetahui dan mengenal Allah, mengenal sifat-sifat Allah dengan dalil-dalil
yang terang seperti alam.
Bila kebenaran tidak dijunjung,
Keadilan lesap sumpah pun lancung,
Salah dan benar tiada dihitung,
Hidup semata mengejar untung,
Sama saudara potong memotong,
Berjalan bersama dorong mendorong,
Berkata dusta bercakap bohong,
Ke tengah ke tepi berlagak sombong.
Bila kebenaran tiada dijaga,
Hilanglah adat terbuang lembaga,
Aib dan malu sudah tidak ada,
Sesama saudara laga melaga,
Akhirnya hidup dalam celaka.
Tenas Effendy
Sampai bila kita yang hidup di zaman ‘First Class
Infrastructure’, masih bertindak dengan ‘Third Class Mentality’?Perkara
yang mudah kenapa mesti disusahkan, kenapa?Apa perlu datang satu gerombolan dan
ambil ‘CPU tower’ saya dan gambar setiap sudut pejabat? Mula-mula ada
pihak yang menakut-nakutkan penjual buku; jangan jual buku Setan, Syaitan,
Sultan. Bahaya sangat ke buku ini; suruh semua ulama baca dan keputusan
ulama sama ada buku 3S ini menyesatkan
atau membiarkan saja sejarah yang menghukum?
“Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.”
Hang Jebat
Tanpa Raja masih ada rakyat tapi tanpa rakyat masih
adakah Raja?
“Rakyat itulah Raja.”
Dato Sir Onn Ja’afar
Pemimpin yang adil, wajib ditaati tanpa berbelah
bagi.Menderhaka kepada pemimpin yang adil adalah merupakan satu kesalahan
besar yang boleh dikenakan hukuman yang setimpalnya. Taat kepada pemimpin
yang adil telah ditekankan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad
yang bermaksud: “Sehari seorang Raja yang berlaku adil, lebih besar
pahalanya daripada (seorang abid) beribadat 60 tahun.” Sebab itu Raja
atau pemimpin mesti sentiasa berlaku adil. Untungnya besar!
Barang siapa yang mentaati pemimpin yang adil iaitu pemimpin
yang melaksanakan tugas seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah
tanpa berbelah bagi, maka ganjaran dari Allah SWT kepadanya.
Yang dimaksudkan pemimpin yang adil oleh
Rasulullah SAW adalah pemimpin yang melaksanakan tugas serta tanggung jawab
dalam pemerintahan bernegara menurut Al-Quran dan Sunnah.
Al-Quran dan Sunnah serta ilmu dari para ahlul bait saya
gunakan untuk mendapatkan taufik dan hidayah sebelum berijtihad. Maka saya
tetap bersama pihak yang benar walaupun apa jua keputusan yang dibuat oleh
sesiapapun. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Kalau 3S 3Tan itu berbahaya untuk negara, minta
sajalah Dato Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, haramkan buku 3S
saya, tapi sebelum itu belilah 5 naskah, jangan curi seperti yang dilakukan
oleh polis di Perhimpunan Agung UMNO; polis ada SS fund. Curi tidak
berkat; baca dan buat review.Bukan buat kerja bodoh macam ini.Menteri boleh
haramkan buku saya tapi tidak boleh haramkan fikiran dan ayat Al-Quran yang
terdapat dalam buku Setan, Syaitan, Sultan.
Bila saya fikir-fikirkan Anwar Ibrahim dan
keluarganya telah melalui ujian yang jauh lebih teruk dan dia yakin satu hari
dia akan menjadi Perdana Menteri dan mahkamah telah membebaskan Anwar. Malaysia
sebuah negara demokrasi; kita bukan berada dalam negara ‘polis state’.
Saya menulis bukan mengharapkan anugerah
sastera. Ada yang perli bila saya kata saya menulis bukan kerana nama
seperti lagu Ramli Sarip, “tidak menulis pun memang Pak Habib punya nama”.
Kerana selaku penulis kita harus melalui kehidupan yang ‘sarat derita’ untuk
menghasilkan karya-karya yang insya-Allah mampu membuatkan pembaca terfikir,
berfikir, bertafakur tentang kehidupan seharian yang semakin hari bercelaru
kerana ramainya ulama sengal dan poyo tapi kerek semacam.
Setidak-tidaknya penulis cuba membuka minda masyarakat tentang perkara-perkara
yang terlepas pandang akibat ilmu-ilmu ketuhanan yang mula dinyanyikan oleh Sifu
M. Nasir tidak punya murshid untuk menterjemahkannya, tentang betapa pentingnya
manusia mengenal diri dan mengenal Tuhan.
Menerusi Sifat 20 yang
mengajar kita bahawa hanya Allah yang mempunyai sifat wujud, qidam,
baqa yang bermaksud Tuhan Ada, Tuhan Sedia dan Tuhan Kekal. Manusia
sebenarnya tidak ada, sebab itu kita perlu kosongkan diri, bersihkan diri dari
sifat-sifat yang dimurkai Tuhan.Kita diadakan oleh Tuhan; kita bersifat baru
dan tidak kekal. Yang baru pasti binasa dengan kehendak sifat Allah yang
berkuasa, berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar, melihat dan berkata-kata;
dengan kata kun fayakun segalanya terjadi.
Alangkah singkatnya minda mereka yang terlupa
kerana pengusungan CPU tower saya oleh pihak
polis itu saling tidak tumpah sama dengan pengusungan tilam kes seksual
Anwar dulu. Yang menimbulkan kemarahan dunia akhirnya hukum karma menimpa pada
pilihan raya ke-12 yang menjadikan Anwar Ibrahim ‘hero’ kerana dizalimi
dan teraniaya.
Pelik tapi benar, mereka tidak pernah mahu belajar dari
sejarah, mereka ulangi bila timbul kes dengan Saiful; Anwar menang lagi. Mereka
fikir mereka boleh berpolitik dengan cara membubuh tahi ayam, kambing dan lembu
di pangkal pokok menjadi pokok busuk dengan label najis. Saya pun banyak
menulis buku mengkritik Anwar bila saya fikir Anwar perlu dikritik.Kemudian
saya berfikir apakah Anwar seorang saja yang ‘bisexual’?Bagaimana dengan
pemimpin dan Menteri yang lainnya, apakah tidak ada yang ‘bisexual’? Lu
fikirlah bro. Kalau gambar Anwar di siarkan di T.V. dan di media arus perdana,
tunggu masa saja - tanduk lembu tetap ke depan.
Biar 10 lagi buku yang menyatakan 100 sebab
mengapa Anwar tidak boleh jadi PM diedarkan kepada perwakilan atau semua ahli
UMNO, kepada setiap rakyat Malaysia atau yang seperti disebarkan dengan percuma
di jabatan-jabatan kerajaan termasuk di Jabatan Perdana Menteri sendiri. Biar
semua media massa dan elektronik sebarkan semua keburukan Anwar sehinggakan
habis semua penyokong Anwar lari memihak kepada Mahathir namun kalau Allah sudah
tentukan yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima, siapa pun
tidak dapat menghalangnya. Manusia merancang, Allah juga merancang.Tetapi
rancangan Allah juga yang tetap berjaya.
Dr Mahathir selalu mengingatkan kita bahawa
yang menang tidak dapat semua dan yang kalah pun tidak akan kehilangan
semuanya, jadi yang kita hendak haru biru, kelam kabut, pasal apa? Dunia hendak
kiamat ke?
“Apakah kamu beriman dengan sebagian kitab
dan menolak yang lainnya?Tetapi pahala orang-orang di antara kamu yang baik
kecuali kesombongan dan pada hari kiamat mereka mendapat hukuman, kerana Allah
tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah)
Relakslah brother.Bukan Anwar saja kena
buang, Ketua Hakim Negara pun boleh kena buang, Raja imunitinya Mahathir tarik
balik.Tahun 1987, sembilan orang menteri dilucutkan jawatan termasuk Datuk
Abdullah Badawi dan Kadir Sheikh Fadhil.Jadi cerita Anwar kena pecat ini ‘no
big deal’.
Konspirasi Reformasi
Kopikasi
Wangkasi Tak Ada Saksi, 1998
Selepas mereka pulang, saya tengok semula ‘search
warrant’ dan rupa-rupanya ia tidak bertarikh. Pelik tapi benar, apakah
mereka ada ‘rubber stamp’ Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dalam simpanan, di laci di Balai Polis Dang Wangi; bila perlu cop
kemudian tunjuk saja pada sesiapa saja untuk beri kerjasama. Kalau macam tu,
kenapa polis dan mahkamah tidak kita jadikan Polis Malaysia dan mahkamah
seperti TNB dan Pos Malaysia - kita di ‘public listed-kan’ aje.
Pelik tapi benar, mereka
boleh menceroboh masuk ke pejabat saya dengan ‘waren geledah’
bertandatangan yang tidak sah tanpa haribulan tapi kerana dia polis, kita terpaksa mengalah tapi kita boleh
tulis buku serta mengadu pada Allah.