Sempena dengan penganugerahan ini, izinkan patik menyampaikan
sedikit ucapan kepada para hadirin.
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan
email HPnumber ke alxsunilife@gmail.com
Rm60 termasuk Pos.
email HPnumber ke alxsunilife@gmail.com
Rm60 termasuk Pos.
Sesungguhnya takhta merupakan suatu institusi yang dicipta dan
diwujudkan oleh perlembagaan.Sebelum perlembagaan wujud, maka raja yang bertakhtalah
yang wujudnya perlembagaan dan undang-undang.Undang-undang perak dan
undang-undang 99 di perak telah digubal oleh raja yang bertakhta satu abad
sebelum didatangi oleh penjajah Portugis.
Pada zaman silam, takhta merupakan suatu institusi satu dalam
semua, dan semua dalam satu.Raja yang memerintah memainkan peranan sebagai
pencipta dan pembuat undang-undang.Apa yang difikirkan perlu oleh raja-raja
yang memerintah, maka undang-undang tidak akan wujud tanpa memikirkan sama ada
suatu perkara tidak baik atau buruk. Umpamanya, fasal yang pertama undang-undang Melaka mengenakan hukuman bunuh keatas sesiapa yang memakai
pakaian kuning.
Fasal itu berbunyi:
“Fasal yang pertama ada menyatakan adat majlis segala raja-raja
dan larangan raja-raja itu jika dipakai oleh segala rakyat.”
Ketahuilah olehmu bahawa tiada harus dipakai oleh rakyat itu
sendiri kekuningan dan kepada segala orang-orang besar-besar sekalipun, jikalau
tiada dengan kurnia raja-raja maka dibunuh hukumnya. Demikian lagi tiada dapat
memakai kain yang nipis terbayang-bayang seperti kasa dan sebagainya pada balai
raja-raja atau negeri raja-raja itu melainkandengan titah raja dan kurnia, atau
di luar boleh dipakai, jikalau lain daripada itu nescaya dicarikkan atau
ditolakkan keluar hukumannya.
Tahta juga menjadi pemerintah atau kerajaan.Raja mempunyai kata
pemutus mengenai sesuatu perkara.Baginda kadang kala mewakilkan kuasa kepada
Memanda menteri atau bendahara dan kadang kala menjalankan tugas pemerintahan
itu oleh baginda sendiri. Di sinilah timbulnya istilah kerajaan yang berasal
dari konsep “raja yang berkerja”
Takhta juga menjalankan peranan sebagai badan pengadilan, tempat
tiap-tiap kes dijalankan di hadapan raja di dalam istana, dan rajalah yang
menjadi hakim dan memberi kata putus, Sejarah Melayu telah menunjukkan bahawa
Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai
hakim. Tetapi nasib baik, Hang Tuah tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan
oleh bendahara.
Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat tidak dapat
dilaksanakan secara berkesan oleh seorang raja, maka tugas itu telah diserahkan
dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya. Dalam konteks moden,
ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh parlimen sebagai bahan pembuat
undang-undang, pemerintah atau kerajaan sebagai badan pembuat undang-undang,
pemikiran atau kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan
kehakiman sebagai badan pengadilan.
Ampun Tuanku,
Sejarah telah menunjukkan juga bahawa di setengah-setengah Negara,
takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan
bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas ada lebih daripada 900
buah takhta dalam dunia ini, tapi bilangan ini telah turun satu demi
satu-kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini -pada dekad
kelapan abad keduapuluh- hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta.
Takhta Merak kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium
sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada
takhta, kononnya takhta merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke
muzium adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat
istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.Sebenarnya, penasihat-penasihat
istana terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi
kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan Negara.
Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat-laun rakyat kan memberontak dan takhta
akan tergugat.
Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal
istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan
dapat mengatasi kehendak dan inspirasi rakyat .Walau seberapa banyak peluru
bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat
menyerkat kemarahan aspirasi rakyat.Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan
Allah, maka berpindahlah istana ke muzium seni dan budaya.
Sejarah juga telah menunjukkan bahawa penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa telah dilakukan oleh penasihat-penasihat istana kononnya atas nama
takhta. Mereka ini adalah terdiri daripada orang yang cuba mengambil kesempatan
untuk berteduh dibawah payung kuning dan naungan takhta, kononnya, kalaulah
takhta itu kebal, maka mereka turut sama kebal. Malah bukan sahaja mereka
menyalahgunakan kuasa tetapi mereka sanggup melakukan jenayah kecil dan besar.
Di Malaysia, di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri, hanya takhta sahaja yang kebal dan tidak boleh didakwa dalam apa jua
kesalahan dalam mana-mana jua mahkamah. Yang lainnya- daripada Perdana Menteri
sehinggalah kepada rakyat biasa- tiada seorang pun yang kebal. Taraf mereka
adalah sama, hak mereka adalah sama, dan mereka diberi perlindungan yang sama
dibawah perlembagaan. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka mereka akan
dihadapkan ke mahkamah tanpa memilah bulu, tanpa memilih darah etnik yang
mengalir dalam tubuhnya, tanpa mengenal menteri atau rakyat biasa.
Tetapi walaubagaimanapun, walau seberapa kebal sekalipun takhta,
namun takhta tidak boleh lari daripada hukuman Allah, hukuman yang ditetapkan
ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira rakyat atau raja.
Di Malaysia, takhta akan terus dikekalkan selagi perlembagaa tidak
dipinda. Dan perlembagaan tidak akan dipinda selagi rakyat masih taat setia
kepada raja. Rakyat akan terus memberi sepenuh taat setia kepada raja-raja
selagi mereka berteduh di bawah payung takhta. Kalaulah takhta dapat memainkan
peranan mengikut lunas-lunas perlembagaan tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir
luar perlembagaan, maka selama itulah takhta akan terus kekal bukan sahaja di
istana tetapi juga dalam hati dan sanubari setiap rakyat jelata.
Ampun Tuanku,
Dalam istana, takhta merupakan seorang khalifah yang mempunyai
kewibawaan yang menjadi wakil Allah di atas muka bumi ini, Di Malaysia tiap-tiap
buah takhta adalah menjadi ketua agama Islam, dan dalam khutbah Jumaat
ditiap-tiap buah masjid di seluruh Negara, berjuta-juta para jemaah membuka dua
telapak tangan menadah langit, membaca doa memohon kepada ilahi supaya takhta
dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin Negara ke
jalan yang diredai Allah. Doa ini akan terus dibaca selagi takhta masih
dianggap sebagai khlaifah. Bacaan doa kepada ilahi ini akan diberhentikan
apabila takhta sudah menyeleweng dari jalan Allah.
Nabi Besar Muhammad SAW sendiri, walaupun baginda seorang Nabi,
seorang Rasul, seorang Khalifah Allah di atas muki bumi ini, seorang raja dan
seorang pemerintah, namun baginda pernah bersabda bahawa sekiranya Fatimah
anakandanya yang dikasihi itu mencuri, maka tangannya akan dipotong sebagai
balasan dari Allah, begitulah tegasnya seorang Nabi, seorang Rasul, seorang
Khalifah dan seorang pemerintah. Sebagai hamba Allah, baginda tidak pernah
mengatasi kedaulatan undang-undang yang dicipta oleh Tuhan iaitu Al-Quran.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun,
Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka dan
berdaulat, aman dan makmur, bahagia dan sentosa, maka tiap-tiap satu komponen
di dalamnya mestilah memainkan peranannya masing-masing sejajar dengan kehendak
Negara, samalah seperti satu sama lain. Jika sebuah skru yang kecil tidak
berfungsi dalam sebuah jentera, maka jentera itu akan menjadi rosak. Bagi
Malaysia apa yang diperlukan ialah peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap satu
komponen itu mestilah seiring sejalan dengan kehendak dan kepentingan Negara.
Parlimen dan Dewan Undangna Negeri dengan tegas membuat dan meminda
undang-undang, pemerintah melaksanakannya dan badan kehakiman dengan tugas
pengadilannya.
Di atas kemuncak ketiga-ketiga badan itulah terletaknya takhta
yang menjadi symbol kebenaran, kecekapan, dan keadilan.Di bawahnya pula
terletaklah suatu asas iaitu masyarakat seluruhnya.Apabila kukuh asas itu, maka
tegaklah bangunan itu, bangunan yang dikenali sebagai Malaysia merdeka dan
berdaulat.
TAN SRI RAJA AZLAN SHAH,
HAKIM BESAR MALAYA
UNIVERSITI SAINS MALAYISA, PULAU
PINANG PADA 29
JUN 1980, DIHADAPAN DYMM RAJA
TUANKU SYED
PUTERA, CANSELOR UNIVERSITI ITU.
2 comments:
Lain hulu lain parang, lain dulu lain skrg. Bila izrail datang memanggil, akan tetap dipanggil tidak kira siapa kita. Ketika itu kecil nya kita. Setelah dipanggil, tiada lagi pakaian pelbagai warna, tiada kuning maupun hijau, dibaluti cuma kain putih belaka, rupa-rupanya kita sama dan setaraf.. Hanya taqwa yang membezakan.
sangat2 suka dengan kenyataan akhbar Tan Sri Rahim Nor.
Post a Comment