Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 8, 2013

Daulat Nangka Dah Berulat Bahagian 1


1 Januari 2013, sambil menghirup kopi panas di tepi Sungai Chemperoh, Janda Baik, saya berfikir, “Apakah saya akan menjadi seorang yang penakut manghadapi tahun baru sedangkan saya terkenal sebagai seorang yang sangat berani dan hanya dengan keberanian sahaja kita dapat mempertahankan prinsip dan integriti kita?” Saya tahu ‘politics of fear’ yang digunakan oleh mereka yang berkuasa untuk menakutkan saya dan ‘orang kita’; tidak boleh sampai ke mana pun, kepada mereka yang hanya takut pada Allah, itulah azam saya untuk 2013. Saya tidak terhutang hidup dengan sesiapa pun melainkan Allah; Allahu Akbar!
Air sungai yang mengalir jernih mengamit permikiran saya, “Kenapa saya tidak tukar psikologi takut yang menghantui masyarakat kita kepada psikologi berani, itulah ‘political will’  dari pengalaman mengadakan perkongsian ilmu di Al-Attas University of Life untuk menjadikan ‘orang kita’ yang masih hidup dalam kegelapan akibat tidak berani keluar dari pemikiran dalam kotak”.

Ar-Ra’ad (ayat 11): “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ekoran dari penahanan saya selama 6 jam di Perhimpunan Agung UMNO setelah buku saya Setan, Syaitan, Sultan dirampas, saya bertekad untuk menulis sebuah lagi buku yang lebih berani.Sampai bila kita nak biarkan mereka yang berkuasa berlagak seperti durian melenyek mentimun.Ini musim durian dah jadi tempoyak, nangka berulat nak jatuh berdebab.

Anakanda saya Habib Omar, cucu saya Ku Yah dan Iwan grafik, di panggil ke balai polis Dang Wangi untuk di soal siasat kerana nama mereka terdapat dalam senarai mereka yang saya ucapkan terima kasih, sikit  pun tidak takut; mereka berani kerana benar. 
Pelik tapi benar, kenapa Ku Yah dan Habib Omar sekadar membantu saya menaip menggantikan Zaharah, pembantu saya yang sudah berkerja selama 30 tahun kini terlantar di hospital akibat mengalami barah usus di soal siasat? 

Bagaimana dengan laporan polis yang di buat oleh Kamal Hisham yang dia diugut untuk dibunuh oleh kerabat diRaja Johor, ceritanya ditutup macam itu aje? Siapa yang bayar gaji polis; Raja atau rakyat? Zaharah tidak takut menjawab soalan oleh ASP Chua yang pergi menyoal siasat dia di hospital.Kita ini sembah siapa, Tuhan atau manusia?

Di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Tasyfin di Maghribi, kaum fuqaha murka kepada Imam al- Ghazali kerana tulisannya Ihya Ulumuddin yang banyak mengkritik kaum ahli Fiqh, yang sudah menjauh dari Al-Quran dan hanya tenggelam ke dalam taqlid. Fuqaha marah, sehingga mengusulkan kepada sultan supaya Ihya dibakar sahaja dan pengedarannya ke Maghribi dilarang keras. Di kala sampai berita itu kepada al-Ghazali, beliau terus berkata:

“Tuhan akan merobek kerajaan mereka sebagaimana mereka telah merobek kitabku.”
 
“Ingatlah sesungguhnya awliya Allah itu tidak akan ada ketakutan bagi mereka, dan mereka tidak akan berdukacita iaitu mereka orang-orang yang beriman dan bertaqwa.Bagi mereka kegembiraan di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
(Yunus:64)

Apakah kita kini masih berada di dynasty Muawwiyah atau di zaman Raja Bersiong, era Sultan Mahmud mangkat dijulang dan Singapura dilanggar todak atau di zaman feudal?Ke mana perginya para intelektual dan ahli sejarah? Sedangkan ombak ketiga menampakkan muncul semula zaman ‘Khilafah’; di mana kepimpinan dunia akan digantikan dengan ‘Khilafah’.

Zaman Khilafah hanya dapat bertahan selama 30 tahun.Bermula tahun 11 Hijrah bila wafatnya Rasulullah SAW hingga tahun 41 Hijrah. Khalifah Abu Bakar, Omar, Uthman, Ali dan paling singkat Hassan; kerana setelah cucu Rasulullah SAW diracun akhirnya pemerintahan Khilafah bertukar kepada dynasty Muawwiyah yang menjadikan Yazid anaknya sendiri sebagai Tengku Mahkota dan hingga hari ini ummat Islam asyik bercerita tentang sejarah Islam yang lampau tapi di Perak sejarah berulang; Azlan Shah melantik anakandanya Raja Nazrin sebagai Tengku Mahkota sedangkan dia sendiri pun bukan Sultan yang sepatutnya. Lu fikirlah bro.

Wahai Paduka Raja, dahulu kami bangsa yang bodoh. Kami menyembah berhala, makan bangkai, berzina, mengerjakan perbuatan keji, bermusuhan, tidak mempedulikan tetangga dan yang kuat menindas yang lemah.Begitulah keadaan kami dahulu sebelum Allah utuskan RasulNya kepada kami.Setelah Rasul itu datang, dia mengajak kami memeluk agama Allah, meninggalkan agama kami. Dia menyuruh kami bercakap benar, memegang amanah, menghubung silatur rahim ...
Imam Ja’far Bin Abi Talib r.a

Pada 7/12/2012, pukul 3PM Jumaat, ASP Chua Wee Seong, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, bersama beberapa orang polis datang ke pejabat saya di Medan Idaman, Gombak. Saya tidak terkejut, kerana sejak saya kecil ibu ayah tidak pernah menakut-nakutkan saya dengan tentera Jepun yang ganas dan kejam memerintah Tanah Melayu.Ibu saya seorang yang berani dan DNA ibu dan ayah dari Sayyidina Hussien masih mengalir dalam darah saya.

Sampai bila ‘orang kita’ mindanya dibiarkan tertanam seperti burung kasawari bila ketakutan. Semangat takut dengan manusia boleh merosakkan akidah; satu doktrin yang mesti dihapuskan dari jiwa orang kita kerana ia lebih bahaya dari segala barah. Sejak kecil anak orang kita di takutkan dengan polis, benggali, singh dan hantu dan bersikap rendah diri sebagai orang kecil; bila berdepan dengan VIP yang dianggap sebagai orang besar dan kita dianggap sebagai hamba.‘Hamba rakyat’ bila berdepan dengan Raja sebagai bayangan Tuhan tidak boleh derhaka, nanti Tulah "Peerah!

Apakah ilmu tauhid tidak di didik supaya takut dengan Tuhan. Islam apa namanya jika menduakan Allah?

Melayuadalah falsafah umat Nusantara Bani Jawi, seperti di definisikan oleh Datuk Kompo Rajo, pejuang Melayu sebelum merdeka, yang  saya dapat dari cucunya semasa saya bertemu dengannya bersama anak saya Muhiyuddin, yang ketika itu menuntut di Dunedin, New Zealand bersama pelajar Melayu dari New Zealand dan Australia dari Kelab UMNO yang berkumpul di Melbourne.

Mim    :Umat Muhammad

Lam    :Salah satu sifat Allah, Maha Halus, Maha
            Lembut

Alif      :Hakikat yang disembah

Ya       :Yang tersirat ‘Melayu sejak azali memang
mencari perkara-perkara tersirat.’

Wau    :Warak, berilmu

Terbongkar cerita perut Wan Anum di mana perutnya dibelah atas perintah Sultan Mahmud ketika Laksamana Bentan tumpang berteduh di bawah rumah dia terdengar seorang ibu menakutkan anaknya, jika tidak diam perutnya akan dibelaholeh Sultan Mahmud masakan bangkai gajah boleh disembunyikan. Tidak ada manusia yang boleh terlepas dari dosa.

Kena percaya dengan hukum karma.Tunggulah terbongkar rahsia siapa pembunuh Altantuya sebenarnya. Bila timbul yang haq, yang batil akan terhapus dengan sendirinya. Apakah tidak ada konspirasi mengenai Saiful Bukhari yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim? Permainan siapa ini untuk memburuk-burukkan Anwar?

Saya sentiasa bersedia menghadapi segala macam ujian; expect the unexpected, selagi saya berpegang dengan keyakinan - if God is your friend, who would dare be your enemy? Kalau tidak masakan saya sanggup jadi pengkritik sosial bermula dengan buku Musa Derhaka, Challenger, Memo Untuk Mahathir, Johor Corporation: Thieves of the people, di mana ketiga-tiga buku itu di haramkan. Saya tabik pada Musa Hitam yang berani untuk membukti dia kalah kepada arwah Ghafar Baba pada tahun 1987 kerana buku saya The Challenger.



Siapa kalau bukan saudara Anwar Ibrahim semasa dengan ABIM dulu mengingatkan kita supaya meneruskan ‘amar ma’ruf, nahi mungkar’.Apa pun orang nak kata Pak Sheikh Anwar Ibrahim sudah jadi guru pada jutaan manusia termasuk saya. Soal peribadinya dia jawab dengan Tuhan; kubur dia, dia jawab.

Ramai lagi peribadi pemimpin yang jauh lebih buruk dan lebih teruk; gajah depan mata tidak nampak, hama di seberang nampak. Ini yang terjadi bila yang berkuasa bersikap ‘double standard’, ‘cakap tidak serupa bikin’. Bila kemungkaran tidak membahayakan pucuk pemimpin negara ia disembunyikan. Kita jangan lupa Anwar Ibrahim pernah berguru dengan Prof Naquib Al-Attas. Apakah bila jadi Perdana Menteri nanti dia tidak akan berubah; bila Allah memberikan dia hidayah? Sekali air bah, sekali pantai berubah.

Dengan pimpinan Rasulullah SAW, bangsa Arab jadi pelopor empayar Islam yang pertama sedangkan para sahabatnya dulu penyembah berhala, melainkan Ali Bin Abi Talib karamallah hu wajhah yang wajahnya di muliakan Tuhan kerana tidak pernah menyembah berhala sebelum menerima Islam. 

Akibat roh Islam, tauhid dihadirkan di dalam hati dan Al-Quran hidup dalam diri mereka yang mendapat hidayah menjadi ummat Islam yang beriman. Inilah ilmu dalaman yang cuba saya hidupkan dalam bangsa kita yang sedang mencari rahsia Tuhan untuk menghidupkan kembali roh Islam di Al-Attas University of Life di Janda Baik.Supaya orang kita tidak hidup seperti di zaman jahiliyyah sedangkan Islam menjadi agama rasmi ummat Malaysia dan Raja menjadi ketua agama dan orang yang pertama perlu di sekolahkan adalah kerabat diRaja jika mereka mahu kekal di Istana.
Dalam era kebangkitan Islam ini, kita perlu kan manusai yang berani mengetengahkan fardu kifayah’ menjadi ‘fardu ain. Perangai ummat Islam perlu diperbaiki, ditinggikan untuk menghidupkan sebuah masyarakat Madani yang pernah diperkenalkan oleh Pak Sheikh.

Para pemimpin wajib melaksanakan amar makruf dan meninggalkan kemungkaran; ini zaman ketulusan, di mana saja ada kamera litar, setiap perbuatan bukan lagi satu rahsia walaupun dalam pagar Istana kerana Sultan tidak lagi mempunyai kekebalan.Jangan kita berfikir ulat dalam buah Kuini saja yang boleh di intai hatta pergerakan bayi di dalam perut ibu pun kini tidak boleh disembunyikan lagi, inikan pula nangka yang sudah berulat. Daulat apa lagi; takbir, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Akibat terlalu ramai ‘orang kita’ yang berjiwa pengecut, ‘berani lalat, hangat-hangat tahi ayam’; di Amerika pengecut dilabel sebagai ‘chicken’. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, “cakaplah yang benar sekalipun pahit.”Macam mana nak berkata benar dengan sifat munafik, hipokrit?Menanam tebu di tepi bibir; musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan; di keliling pemimpin.

Bangsa kita akan menerima bala dan malapetaka  seperti ummat Islam di dunia yang lain yang takut menyampaikan ayat-ayat Allah yang mengandungi mukjizat yang bukan saja boleh membuka minda dan menghidupkan roh Islam malah boleh mengubah sikap manusia yang dulu dalam kegelapan menjadi terang benderang dengan cahaya ‘nur Muhammad’. Mari kita berselawat; Allah humma sali ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.

Kebetulan saya sudah kenal ASP Chua dan Inspektor Mohd Yudi Bin Mohd Yusuf, dan sudah menulis puluhan buku, umur sudah melebihi subsidi, di pangkat 7-siri, tergolong dalam golongan yang hampir pupus.Sudah ada anak cucu-cicit pun boleh digangu oleh polis macam ini; bayangkan orang muda yang baru muncul nak jadi penulis. Kerja polis menjaga keamanan bukan menyusahkan orang ramai kerana arahan entah dari siapa dia pun tidak tahu.Kasihan polis yang terpaksa jadi mangsa keadaan. Saya pernah di simpan di dalam lokap beberapa kali maka takut apa polis datang ke pejabat?

Sesiapa yang menegakkan ‘sunnahku’ setelah rosaknya ummatku, maka baginya seratus pahala mati syahid.

Islam itu bermula dengan keunikan (ganjil) dan akan kembali pelik.Maka beruntunglah mereka yang ganjil (luar biasa).
Hadith

Tiga pegawai polis yang datang ke meja saya di Riverside bukan beragama Islam, bukan Melayu pulak tu masakan mereka tahu bahawa Nabi Muhammad SAW mengingatkan ummat semasa Haji Wada’, sesudah baginda wafat kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah; baru kita boleh diiktiraf sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah bukan sekadar Melayu Islam.

Pengedar dadah tidak takut dengan polis, tidak takut dengan hukuman gantung; saya bukan seorang penjenayah, saya pejuang hak asasi manusia, pejuang untuk kembalikan keadilan menentang kemungkaran, kekejaman, kezaliman, dan keangkuhan pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga kesejahteraan rakyat jelata tapi telah menyalah gunakan kuasa.

Chua kata dia ada ‘search warrant’ untuk menggeladah pejabat saya, dia beri saya sekeping kertas yang sudah di ‘fotokopi’ tapi tidak boleh di baca. Saya minta supaya boleh saya simpan untuk bahan bukti jika saya dihadapkan ke mahkamah.

Dia mengaku dia datang untuk mencari sebarang bukti yang boleh dijumpai bagi mendakwa kes buku Setan, Syaitan, Sultan.Mungkin dia tak tahu yang ummat Islam itu bersaudara. Agama Islam itu nasihat-menasihati; manusia itu bersifat alpa, lalai dan leka. Lagi pun Sultan yang saya tegur manusia biasa, asal dari setitik air mani yang hina-dina tapi egonya melebihi biasa; kerek, poyo, sengal luar biasa. Belum di tabal sebagai Raja pun.

Ingat senang ke nak jumpa Sultan sedangkan dia bukan ada kerja apa pun? Ingat senang ke nak beri nasihat pada Sultan, inikan pula Sultan Johor. Tengok apa jadi pada Kamal Hisham hari ini masih menjadi pelarian di luar negara.Mengikut cerita Ku Shah, abang ipar ‘Yem’ Ibrahim, sepupu Sultan Ahmad Shah, Pahang yang kini tinggal di Istana, hinggap Wadi Hussien, Janda Baik,“Raja pandang rakyat itu macam kucing kurap.”

Nasib baik tidak macam anak anjing; patik yang bermaksud anak anjing di dalam bahasa Sanskrit, seperti bahasa patik pacal yang hina yang digunakan bila menghadap Sultan bermula dengan “Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.” Dengan Tuhan pun tidak minta ampun macam tu. Dosa yang paling besar yang tidak boleh terampun ialah menduakan Tuhan.





Tidak Ku jadikan Jin dan Insan melainkan untuk menyembah Ku.
Al-Quran

Siapa sebenarnya yang kita sembah dan takut; apakah kita takut dengan manusia?Itu sudah terkeluar dari akidah namanya?

Saya memberi kerjasama pada Chua dari mula mereka menahan saya.Kerana dia berterus terang yang dia (cari makan) mesti mengikut perintah.Dia di arah, suruh tahan dan siasat saya, ‘kasihan dia’.Apakah tidak ada campur tangan Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri?Tan Sri Musa Hassan banyak rahsia mengenai campur tangan Menteri dan Perdana Menteri.Chua beritahu saya yang dia mesti ambil ‘CPU tower’ saya. 


Saya terkejut kerana untuk mendapatkan maklumat di dalam ‘hard drive’ saya, sebenarnya dia boleh buat dengan semudah-mudahnya, pihak polis hanya perlu membawa satu ‘thumbdrive’ bervolum tinggi seperti 16GB dan dengan ‘thumbdrive’ itu, pihak polis boleh ‘sedut’ maklumat yang ada di dalam ‘hard drive’ saya. Kalau tidak muat 16GB, sila bawak ‘external hard drive’ bervolum 500GB atau 1TB; besar tapak tangan je.Pelik tapi benar, macam mana dia sanggup buat kerja ‘bodoh’ yang memalukan polis Malaysia memang tak patut seorang ASP kita kata sengal atau poyo. Lu fikirlah bro. Kah kah kah, wa caya lu bro!


Islam bermula macam bunga, ianya berkembang akhirnya layu tapi iakan akan berkuntum dan kembang semula apabila orang Islam kembali ‘fanatik’ dan menjadi ummat yang ‘ekstrim’, keberaniannya untuk menegakkan kebenaran menentang kemungkaran dan jadual Allah mahu hidupkan Islam semula dengan menghancurkan firaun-firaun di Timur Tengah yang cinta dunia, takut mati, tamak, bakhil, kejam, zalim dan tidak berperikemanusian.

Bayangkan penakutnya ulama di keliling Raja di dalam rumah Allah pada hari Jumaat; siapa pun tidak berani tegur apa yang berlaku depan mata  mereka yang sudah pasti perbuatan yang terkeluar dari akidah. Rakyat ini ‘pariah’ kelas tiga ke? Ada permaidani merah untuk Paduka Raja; Islam apa nama jika masih ada kasta, ada manusia istimewa yang masih ditakuti? Tidak sah solat tanpa Surah Fatihah, ibu Al-Quran.Allah adalah Raja sekian alam dan hanya Allah yang kita sembah dan kita minta untuk di tunjuk jalan yang ‘haq’, yang benar.Semulia-mulia manusia adalah yang lebih taqwa-nya kepada Allah, bukan Raja.


Kalau datang lambat macam mana pun mesti duduk dibarisan hadapan dengan pengawal peribadi; bayangkan di dalam Baitullah pun takut mati.Sahabat dan menantu Rasulullah SAW, Ali Bin Abi Talib r.a mati dibunuh sewaktu nak menunaikan Solat Subuh di masjid; itu semua ketentuan Allah. Malah mantan Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang banyak pengawal peribadi pun mati dibunuh juga. Menyediakan permaidani istimewa, sejadah istimewa, tempat yang istimewa - ini perbuatan terkeluar dari akidah Islam namun tidak ada sesiapa yang berani bersuara.Sengal betul ulama poyo kita hari ini; belajar tinggi-tinggi, mengaji, tapi tidak mengkaji.Sepatutnya siapa datang lambat duduk di belakang.berapa ramai Imam yang berani suruh makmum rapatkan saf dengan raja? 
Semuanya diperhatikan oleh dunia kerana Solat Jumaat ada siaran langsung.

Orang kita takut tubuh bersentuhan Raja atau Raja di didik yang rakyat itu seperti kucing kurap, anak anjing, ‘patik’ yang tidak layak bersentuhan dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Raja.Raja kita ini ‘alien’ ke, atau ada penyakit yang tidak boleh bersentuhan dengan manusia biasa?Bayangkan saf terputus dalam masjid waktu solat Jumaat.Tidak ada siapa yang berani tegur dalam khutbah.

Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul kepada kamu, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepada Firaun.Namun Firaun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami siksa dia dengan siksaan yang berat.

Maka bagaimanakah kamu akan dapat memelihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban. Langit terbelah pada hari itu.Janji-Nya pasti terlaksana.Sesungguhnya, ini adalah suatu peringatan.Barang siapa yang menghendaki niscaya dia menempuh jalan kepada Tuhannya.
(Al-Muzammil:15-19)

Sampai bila penyembahan dan pemujaan terhadap manusia bukan lagi Allah SWT mahu dihentikan.Lupakah kita kenapa Azazel yang menyembah Tuhan selama 6 ribu tahun terhumban keluar dari Syurga kerana ego.Merasakan lebih mulia dan memandang hina pada manusia, ‘ahsanu taqwim’, semulia-mulia dan seiindah kejadian yang dicipta Allah. Kerana Allah lebih dekat dari urat leher manusia - there is God in man. Selain cinta kepada Rasulullah SAW yang sepatutnya dilakukan secara berlebihan nak kita mulakan sedangkan kita mendakwa kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(At-Taubah:24)

Baca balik buku 3S 3Tan. Kamal Hisham cerita pada saya, dia suruh Sultan Ibrahim cebuk semasa kembara,  dia beri air dalam botol mineral. Dia kena marah, “jangan sebok”.Yem tidak cebok.

Bayangkan dalam rumah Allah, ummat Islam lebih takut pada Sultan dari Tuhan.Bayangkan jika tidak ada Islam, bolehkah Sultan jadi Ketua Agama dan ulama dapat kerja kerana mereka ada ilmu Syariat yang berkaitan dengan Islam.Siapa yang meminjamkan nyawa, rezeki dan segala-galanya?

Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang hendak kita dustakan?
(Ar-Rahman)

Sampai bila kita nak biarkan lidah kita jadi lidah syaitan? Jika Sultan tidak sembahyang dalam masjid, Imam tetap doakan kerabat diRaja dan keluarganya. Orang kita dalam masjid berebut cium tangan Raja; kalau tidak cebok tidak ke najis?Selain Kamal Hisham ada seorang lagi peguam yang cerita pada saya yang Sultan kencing tidak cebok. Jika saya ke mahkamah saya akan sepina peguam yang ada hubungan dengan Kamal Hisham. Kalau Raja kencing tidak cebok, rakyat pula berak tidak dicebok.

Akibat Melayu tidak lagi punya jati diri, mereka tidak nampak kemungkaran yang berlaku dalam rumah Allah akibat tidak mahu berfikir.Agama ikut tok-nenek mereka, bukan ikut Al-Quran dan Sunnah.Sedangkan Al-Quran itu diturunkan untuk mereka yang berfikir.Sudah 55 tahun merdeka tapi siapa pun tidak berani tegur; saya tidak takut Allah murka. Semoga dengan teguran yang ikhlas ini akan menyelamatkan bangsa Melayu yang semakin hari semakin teruk dari segi adab moral. 
Siapa kalau bukan anak Melayu yang ‘champion’ dalam buang anak, murtad, bercerai, berhutang, terkebelakang dari segi pendidikan. Hassan, kawan saya, beritahu Najib, Perdana Menteri, supaya layanan istimewa untuk Agung dalam masjid mesti diberhentikan.Najib takut bini mana berani; ada ke ulama kita yang berani?Kerana mereka tidak berani, saya kena berani.

Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.

Tunjuk Ajar Melayu juga banyak memuat nilai-nilai yang menjunjung keutamaan dan kemulian, keadilan dan kebenaran.Bagi orang Melayu, keadilan dan kebenaran adalah kunci utama dalam menegakkan tuah dan marwah, mengangkat harkat dan martabat, serta mendirikan daulat dan kewibawaan.Keadilan dan kebenaran tidak dapat ditawar-tawar, kerana semua acuan mengenai kehidupan, pemerintahan, dan sikap hidupnya mengacu pada sikap adil dan benar.Oleh kerananya, pemimpin yang dianggap tidak adil dan menyimpang dari kebenaran wajib diingatkan, disanggah, atau diganti.Hukum yang adil wajib ditegakkan demi terwujudnya masyarakat yang adil dan makmur. Kebenaran wajib didirikan demi terlaksananya syarak dan sunnah, petuah dan amanah, ketentuan adat lembaga, dan sebagainya. Orang Melayu berani mati untuk membela kebenaran.Orang tua-tua mengatakan “takut kerana salah, berani kerana benar.
Tenas Effendy
Tunjuk Ajar Melayu

Kenapa kita yang diberi akal, ada ilmu, ada mentor dan mekanisma (kaedah) masih membiarkan diri diperalat oleh para ‘wali syaitan’, ulama Pepsi-Cola.Ulama kena berani tegur ulama.Jangan jual ayat Quran dengan harga yang murah.Sampai bila hendak bertopengkan Islam?

Tidak beragama orang yang tidak berakal.”
Hadith

Bila lagi hendak belajar ilmu berani di Al-Attas University of Life supaya menggunakan akal fikiran dan berani keluar dari kepompong dan label yang buruk yang terlekat pada tubuh Melayu sedangkan kita sudah jadi rakyat Malaysia; bukan membanggakan ketuanan Melayu tapi ‘ketuhanan’ Melayu.

Earnest Dimnet dalam bukunya “The Art of Thinking” menceritakan bahawa sembilan belas dari tiap-tiap dua puluh orang tidak berfikir, tapi hidup sebagai otomat.Berucap, bergerak, berbuat sesuatu dan bekerja mengikut adat kebiasaan. Mereka mengulang ucapan dan ungkapan dengan menjalani dan melalui norma yang lazim. Orang-orang ini adalah Pak Turut.

Jangan sesekali kamu memusuhi para wali Allah, Tuhan akan memerangi kamu.
Hadith Qudsi

Para pemimpin yang munafik, yang takut kepada kebenaran tidak mahu mempedulikan nasib Melayu, kerana takut dilabel racist dan menghidupkan Islam kerana takut denganlabel terrorist.Sedangkan Melayu itu Islam dalam perlembagaan.Islam macam mana jika tidak tahu ilmu Ma’rifatullah.Perkara pertama yang di utamakan oleh Syariat Islam ke atas setiap mukallaf; mengetahui dan mengenal Allah, mengenal sifat-sifat Allah dengan dalil-dalil yang terang seperti alam.

Bila kebenaran tidak dijunjung,
Keadilan lesap sumpah pun lancung,
Salah dan benar tiada dihitung,
Hidup semata mengejar untung,
Sama saudara potong memotong,
Berjalan bersama dorong mendorong,
Berkata dusta bercakap bohong,
Ke tengah ke tepi berlagak sombong.

Bila kebenaran tiada dijaga,
Hilanglah adat terbuang lembaga,
Aib dan malu sudah tidak ada,
Sesama saudara laga melaga,
Akhirnya hidup dalam celaka.
Tenas Effendy

Sampai bila kita yang hidup di zaman ‘First Class Infrastructure’, masih bertindak dengan ‘Third Class Mentality’?Perkara yang mudah kenapa mesti disusahkan, kenapa?Apa perlu datang satu gerombolan dan ambil ‘CPU tower’ saya dan gambar setiap sudut pejabat? Mula-mula ada pihak yang menakut-nakutkan penjual buku; jangan jual buku Setan, Syaitan, Sultan. Bahaya sangat ke buku ini; suruh semua ulama baca dan keputusan ulama sama ada buku 3S  ini menyesatkan atau membiarkan saja sejarah yang menghukum?

Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.”
Hang Jebat

Tanpa Raja masih ada rakyat tapi tanpa rakyat masih adakah Raja?

Rakyat itulah Raja.”
Dato Sir Onn Ja’afar

Pemimpin yang adil, wajib ditaati tanpa berbelah bagi.Menderhaka kepada pemimpin yang adil adalah merupakan satu kesalahan besar yang boleh dikenakan hukuman yang setimpalnya. Taat kepada pemimpin yang adil telah ditekankan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud: “Sehari seorang Raja yang berlaku adil, lebih besar pahalanya daripada (seorang abid) beribadat 60 tahun.” Sebab itu Raja atau pemimpin mesti sentiasa berlaku adil. Untungnya besar!

Barang siapa yang mentaati pemimpin yang adil iaitu pemimpin yang melaksanakan tugas seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah tanpa berbelah bagi, maka ganjaran dari Allah SWT kepadanya.

Yang dimaksudkan pemimpin yang adil oleh Rasulullah SAW adalah pemimpin yang melaksanakan tugas serta tanggung jawab dalam pemerintahan bernegara menurut Al-Quran dan Sunnah.

Al-Quran dan Sunnah serta ilmu dari para ahlul bait saya gunakan untuk mendapatkan taufik dan hidayah sebelum berijtihad. Maka saya tetap bersama pihak yang benar walaupun apa jua keputusan yang dibuat oleh sesiapapun. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Kalau 3S 3Tan itu berbahaya untuk negara, minta sajalah Dato Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, haramkan buku 3S saya, tapi sebelum itu belilah 5 naskah, jangan curi seperti yang dilakukan oleh polis di Perhimpunan Agung UMNO; polis ada SS fund. Curi tidak berkat; baca dan buat review.Bukan buat kerja bodoh macam ini.Menteri boleh haramkan buku saya tapi tidak boleh haramkan fikiran dan ayat Al-Quran yang terdapat dalam buku Setan, Syaitan, Sultan.

Bila saya fikir-fikirkan Anwar Ibrahim dan keluarganya telah melalui ujian yang jauh lebih teruk dan dia yakin satu hari dia akan menjadi Perdana Menteri dan mahkamah telah membebaskan Anwar. Malaysia sebuah negara demokrasi; kita bukan berada dalam negara ‘polis state’.

Saya menulis bukan mengharapkan anugerah sastera. Ada yang perli bila saya kata saya menulis bukan kerana nama seperti lagu Ramli Sarip, “tidak menulis pun memang Pak Habib punya nama”. Kerana selaku penulis kita harus melalui kehidupan yang ‘sarat derita’ untuk menghasilkan karya-karya yang insya-Allah mampu membuatkan pembaca terfikir, berfikir, bertafakur tentang kehidupan seharian yang semakin hari bercelaru kerana ramainya ulama sengal dan poyo tapi kerek semacam


Setidak-tidaknya penulis cuba membuka minda masyarakat tentang perkara-perkara yang terlepas pandang akibat ilmu-ilmu ketuhanan yang mula dinyanyikan oleh Sifu M. Nasir tidak punya murshid untuk menterjemahkannya, tentang betapa pentingnya manusia mengenal diri dan mengenal Tuhan. 


Menerusi Sifat 20 yang mengajar kita bahawa hanya Allah yang mempunyai sifat wujud, qidam, baqa yang bermaksud Tuhan Ada, Tuhan Sedia dan Tuhan Kekal. Manusia sebenarnya tidak ada, sebab itu kita perlu kosongkan diri, bersihkan diri dari sifat-sifat yang dimurkai Tuhan.Kita diadakan oleh Tuhan; kita bersifat baru dan tidak kekal. Yang baru pasti binasa dengan kehendak sifat Allah yang berkuasa, berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar, melihat dan berkata-kata; dengan kata kun fayakun segalanya terjadi.

Alangkah singkatnya minda mereka yang terlupa kerana pengusungan CPU tower saya oleh pihak polis itu saling tidak tumpah sama dengan pengusungan tilam kes seksual Anwar dulu. Yang menimbulkan kemarahan dunia akhirnya hukum karma menimpa pada pilihan raya ke-12 yang menjadikan Anwar Ibrahim ‘hero’ kerana dizalimi dan teraniaya.

Pelik tapi benar, mereka tidak pernah mahu belajar dari sejarah, mereka ulangi bila timbul kes dengan Saiful; Anwar menang lagi. Mereka fikir mereka boleh berpolitik dengan cara membubuh tahi ayam, kambing dan lembu di pangkal pokok menjadi pokok busuk dengan label najis. Saya pun banyak menulis buku mengkritik Anwar bila saya fikir Anwar perlu dikritik.Kemudian saya berfikir apakah Anwar seorang saja yang ‘bisexual’?Bagaimana dengan pemimpin dan Menteri yang lainnya, apakah tidak ada yang ‘bisexual’? Lu fikirlah bro. Kalau gambar Anwar di siarkan di T.V. dan di media arus perdana, tunggu masa saja - tanduk lembu tetap ke depan.

Biar 10 lagi buku yang menyatakan 100 sebab mengapa Anwar tidak boleh jadi PM diedarkan kepada perwakilan atau semua ahli UMNO, kepada setiap rakyat Malaysia atau yang seperti disebarkan dengan percuma di jabatan-jabatan kerajaan termasuk di Jabatan Perdana Menteri sendiri. Biar semua media massa dan elektronik sebarkan semua keburukan Anwar sehinggakan habis semua penyokong Anwar lari memihak kepada Mahathir namun kalau Allah sudah tentukan yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima, siapa pun tidak dapat menghalangnya. Manusia merancang, Allah juga merancang.Tetapi rancangan Allah juga yang tetap berjaya.


Dr Mahathir selalu mengingatkan kita bahawa yang menang tidak dapat semua dan yang kalah pun tidak akan kehilangan semuanya, jadi yang kita hendak haru biru, kelam kabut, pasal apa? Dunia hendak kiamat ke?

“Apakah kamu beriman dengan sebagian kitab dan menolak yang lainnya?Tetapi pahala orang-orang di antara kamu yang baik kecuali kesombongan dan pada hari kiamat mereka mendapat hukuman, kerana Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah)

Relakslah brother.Bukan Anwar saja kena buang, Ketua Hakim Negara pun boleh kena buang, Raja imunitinya Mahathir tarik balik.Tahun 1987, sembilan orang menteri dilucutkan jawatan termasuk Datuk Abdullah Badawi dan Kadir Sheikh Fadhil.Jadi cerita Anwar kena pecat ini ‘no big deal’.
Konspirasi Reformasi Kopikasi
Wangkasi Tak Ada Saksi, 1998

Selepas mereka pulang, saya tengok semula ‘search warrant’ dan rupa-rupanya ia tidak bertarikh. Pelik tapi benar, apakah mereka ada ‘rubber stamp’ Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dalam simpanan, di laci di Balai Polis Dang Wangi; bila perlu cop kemudian tunjuk saja pada sesiapa saja untuk beri kerjasama. Kalau macam tu, kenapa polis dan mahkamah tidak kita jadikan Polis Malaysia dan mahkamah seperti TNB dan Pos Malaysia - kita di ‘public listed-kan’ aje.


Pelik tapi benar, mereka boleh menceroboh masuk ke pejabat saya dengan ‘waren geledah’ bertandatangan yang tidak sah tanpa haribulan tapi kerana dia polis, kita terpaksa mengalah tapi kita boleh tulis buku serta mengadu pada Allah.

Bersambung...

2 comments:

unknown said...

I think government forget that internet are the most powerful tool in today broadcasting and pod-casting news, intellectual view,opinion or criticizer in order to reach the public ... as democracy country public shouldn't scare to voice up and government should able make fair judgement on civilian voices

Carlos Santiago said...

Satu penerangan yang padat...Tapi itulah reality...kita boleh cuba memperdaya seekor tikus untuk masuk perangkap, tapi tikus tidak mampu untuk memanggil kesemua tikus untuk memecahkan perangkap..BANkami

Get your Tickets now!