Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 14, 2012

Berani Tulis Berani Tanggung


9:30 AM, 11.12.2012. Sedang saya berfikir macam mana saya hendak mulakan kisah bagaimana buku 3S 3Tan Setan Syaitan Sultan di angkut oleh hampir 10 orang polis yang datang ke meja saya, ketika saya sedang minum pagi di restoran Riverside sambil mendengar ucapan Dato Sri Najib berucap di PWTC. Tiba-tiba saya menerima panggilan telefon dari “anak muda”, dia mempelawa saya minum pagi di sebuah restoran di KLCC. Dia seorang pelajar yang sedang menyiapkan tesis MA “Naquib Al-Attas’ Concept of the West”. Saya pergi untuk dengar pendapat dia mengenai Islamic Worldview; kebetulan dia ini penuntut di Centre for Advanced Studies in Science Islam and Civilization (CASIS). Dia ni mengkagumi Prof. Naquib al-Attas sebagai guru nya yang murshid, pengasas ISTAC yang menerima anugerah Kerusi Imam Al-Ghazali.

Fikiran saya terganggu sebentar seperti sedang asyik menonton filem The Avatar tiba-tiba ada iklan; ‘kecik punya hal lah’. Tapi saya masih tak lupa kesilapan besar polis; ada ke penulis datang nak dengar ucapan Presiden di bawa lari. ‘Sabotaj’ agaknya. Mula-mula penulis bebas tak dibenarkan masuk dalam dewan; Azmi, blogger APA, PAS medianya di sorok. Saya pernah cerita pada ACP Chua semasa di soal siasat di pejabatnya di Ibu pejabat Dang Wangi, 


Setiap apa yang berlaku pada saya berjuta manusia seluruh dunia pasti tahu. Ini akan merugikan kerajaan BN yang sedang sakit.” Kebetulan gambar dia dan polis yang mengambil sebanyak 20 buah buku tapi yang di beri tahu hanya 13 buku; ada ke patut periuk nasi saya di bubuh pasir sebelum membuktikan dosa-dosa saya? Saya tak akan lupa semasa mereka membawa saya untuk ditahan selama 6 jam untuk di soal siasat sebelum tuduhan “menghasut”. Jualan buku-buku saya selain menanggung berpuluh manusia yang mana Allah tahu, juga untuk jamuan yang terbuka pada orang ramai secara percuma, dan juga untuk menghidupkan Wadi Hussien.

Bukan saja buku Setan, Syaitan, Sultan tidak dibenarkan dijual di kedai-kedai buku sebelum Menteri Dalam Negeri mengharamkannya. Apakah ini tanda-tanda yang demokrasi sudah mati di bumi Malaysia? Gambar dan cerita mengenainya tersiar di Agenda Daily.com dan telah pun tersimpan dalam arkib saya dan para blogger dan dalam Facebook; ribuan manusia yang mempunyai Facebook di seluruh dunia.

Ini lah pertama kali polis merampas buku dan menahan penulis ketika berlaku Perhimpunan Agung Umno yang akan manghadapi pilihan raya umum yang ke 13. Masa zaman Tun Abdullah Badawi selaku presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, polis sekadar cuba menakut-nakutkan, menyergah penulis supaya jangan jual buku di Perhimpunan Agung UMNO sebab itu ramai penulis menjadi penyokong PKR; sakit hati, kecil hati, berjauh hati. Sedangkan semasa Tun Mahathir jadi PM (menjual buku) menjadi tradisi saya sejak bermula Perhimpunan Agung di bangunan PWTC yang bermula pada tahun 1982; pertama kali dalam sejarah. Pemimpin UMNO ‘hilang akal’ buat musuh dengan penulis.

10:30pagi 30 Muharram 1434.Sedang saya masuk ke banggunan Suria KLCC ke arah taman yang berada di tengah kota, terlintas di dalam fikiran saya akan jasa Tun Dr Mahathir yang mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara moden yang setanding dengan ‘first world countries’ dengan ‘first world infrastructure’. Tun Mahathir tidak menganggu dan menganiayia penulis yang berjasa pada kerajaan seperti hari ini. Win-win situation. Mungkin untuk melahirkan ‘modal insan’ dan The Towering Malay.

Mungkin antara sebab Dr Mahathir boleh bertahan 22 tahun ialah kerana dia izinkan penulis yang mengkritiknya menjual buku. Mungkin kerana dia tidak buat musuh dengan ‘penulis politik’ atas kepercayaan ‘a known devil is better then the unknown angel’. Menteri di keliling Presiden; awrah Tan Sri Mohd Rahmat, Tan Sri Sanusi Junid, arwah Tan Sri Megat Junid, ‘mesra penulis’ termasuk Tan Sri Isa Samad di sayangi penulis. Selaku penulis saya ‘tak ambil pot’ dilabel sebagai penulis pichican dalam Perang UMNO 1987, media masa Arus Perdana mengikut gaya saya menulis selaku trend setter. Mungkin selaku orang Mahathir, The President Man, saya memihak pada Team B, memerangi musuh-musuh Presiden.

Dr M berjaya menjadikan  menara berkembar sebagai menara yang tertinggi di dunia pada masa itu, “the tallest building in the world”, kerana dia tidak takut pada kritikan, dengan prinsipnya “no big deal”. Ketika itu biar pun ramai yang tidak percaya ia boleh dilakukan. “If there’s a will, there’s a way”. Sekarang, KLCC adalah salah satu tarikan utama di rantau Asia seperti Taj Mahal di India dan ia juga membantu menjana ekonomi negara kerana pelawat-pelawat asing sanggup datang dari beribu-ribu kilometer untuk melihat sendiri keagungan Menara Berkembar Petronas. Dua orang penggantinya Dolah Badawi dan Najib Rosmah, apakah legasi yang akan mereka tinggalkan? Saya sekurang-kurangnya sudah meninggalkan 65 buah buku di cetak, Wadi Hussien, taman landskap persendirian tercantik di Malaysia dan Al-Attas University of Life kerana kita berani. Hanya orang yang berani saja  yang namanya akan terpahat dalam sejarah. Bila lagi anda mahu mempelajari ilmu berani dari saya. 

Daftar di sini untuk Rahsia Cari Rezeki & Insan 3D: http://alxs2013-eorg.eventbrite.com/
Daftar sekarang di sini untuk kursus Ilmu Berani : http://ilmuberani.eventbrite.com/


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik di kenang juga.

Saya tidak terperanjat atau berkecil hati, apa lagi marah kepada para pembaca yang mendapati tulisan saya mengenai pemimpin atau Sultan kasar dan keras dan mereka melabel saya brutal, kejam dan The Killer Writer. ‘Suka hati lu lah bro’. Jika takut pada tsunami buat rumah atas gunung. Apa yang nak dihairankan, kerana telah menjadi ‘trademark’ saya menulis bersandarkan bukti sekiranya hitam masakan saya nak katakan putih. ‘A spade is a spade’. Apakah itu fitnah atau menghasut? Itu yang  sedang saya fikirkan ketika berbincang mengenai buku Prof. Naquib Al-Attas “Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu”. Lu fikirlah Bro.

Apa guna hidup dalam negara demokrasi jika kita tidak dibenarkan mengemukakan pendapat? 















Soal mereka setuju atau tidak itu lain cerita; ‘no big deal’ kata Che Det. Semua orang yang berakal tahu jika pemimpin atau Ketua Agama berperilaku buruk masakan saya nak kata elok. Saya bukan menghina orang-orang baik-baik untuk ‘cari makan’. Kalau perangai macam setan masakan kita nak kata macam malaikat. Kalau nak menulis perlu ada prinsip seperti Tan Sri Dr. Tan Che Koon dalam The Star, ‘Without Fear or Favor’. Kalau mengampu baru namanya penulis ‘cari makan’; soldier of fortune, masakan kita tengok sampah depan mata kita tidak gunakan penyapu.

Pesan Almarhum Tun Razak, bapa Najib, “Bersihkan dulu di sawang. Jangan simpan sampah bawah permaidani.”

Sejarah telah pun menghukum pemimpin setimpal dengan kesalahan mereka yang berlagak macam firaun di Timur Tengah, terlupa yang manusia itu hamba Allah di turunkan ke dunia untuk menyembah Allah bukan untuk di sembah. Apakah kita tidak mahu belajar dari sejarah Iblis yang ego akibat tidak ada ‘Basirah’?

Sejarah telah menaikkan taraf pemimpin ke tahap yang paling tinggi kepada orang beriman mereka boleh samapi ke taraf Insanul Kamil. Khalifah Omar Ibn Abdul Aziz dan di India sejarah Tipu Sultan yang ceritanya terdapat dalam buku Setan, Syaitan, Sultan; sudah baca? Kalau belum tunggu apa lagi? Satu buku pun tak mampu nak beli,  takut nak beli, berminda subsidi, semua benda nak ‘free’, sejak lahir ke dunia hingga ke tanah kubur pun mengharapkan subsidi, tiba-tiba nak jadi jurucakap di warong kopi; ‘boleh blah’.  Itu yang di katakan membeli membelah, tak beli boleh blah lah Bro.

Syukur pada Allah buku 3S 3Tan memang berat. Macam mana tidak berat, mengkritik prilaku Sultan yang di dewa-dewakan oleh mereka yang tidak berilmu yang terlupa hanya Allah Raja Sekian Alam yang mesti di sembah. Kuasa itu amanah. Samakah orang yang berilmu dengan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?

Sebab itu kita perlu kenal diri, kenal Tuhan, perlu tahu Melayu itu apa? Islam itu apa? Sebagai identiti, apakah di ILMU milik UMNO di Janda Baik mengajar ribuan yang datang ke ILMU, yang kebetulan jiran saya, ilmu mengenal diri? Kenal diri kamu sebelum kenal Tuhan yang nyata. Awal-awal agama mengenal Tuhan. Macam mana hendak satukan Melayu, Tuhan pun tidak kenal, diri tidak kenal? Itu baru sesat tak jumpa jalan pulang; Tuhan sendiri pun tidak kenal.

Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan. Islam adalah agama rasmi Malaysia, di mana Raja-Raja adalah Ketua Agama dan Ketua Adat. Apakah Ketua Agama sedar ‘shahadat’ itu mengosokan diri ke peringkat zero. Tidak ada selain Allah, la illaha illAllah. Allah yang awal dan akhir, zahir dan batin, seperti dalam Asma’ ul-Husna. La illaha illAllah Muhammad Rasulullah.
 


Bagaimana jika kerabat Raja tidak kenal Tuhan jadi Imam, bolehkah kita jadi makmum atau kita mufarakah’ saja tanpa meninggalkan Saf; apakah itu dosa? Cuba tanya Menteri Agama. Apakah kita ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut tutup, ada kepala geleng-geleng seperti lagu Ahli Fiqir. Sampai bila?

Selaku seorang ‘public figure’, sama ada Raja, kerabat Raja, Perdana Menteri dan “first lady”, mereka harus akur dan menerima kritikan. Sultan Ibrahim Johor minta polis supaya sanggup menerima kritikan, bagaimana dengan dirinya sendiri? Orang yang berani mesti sanggup menerima kritikan dan melakukan anjakkan paradigma ke paradigma holistik. Jangan suruh orang pecahkan cermin yang menunjukkan wajah kita yang comot. Polis menahan seorang pemuda yang kononnya menghina Yem.


Saya pernah mempelawa Dato Sri Najib singgah ke University of Life dalam buku Memo Untuk Najib. Tidak hilang bisa ular yang menyusur ke akar. Di Wadi Hussien ada ilmu berani yang tidak ada di ILMU camp UMNO kerana Najib takut bini. Semua orang tahu. Sebab itu dalam UMNO tidak ada hero macam Anwar Ibrahim.

Pelik tapi benar, di zaman Najib jadi Perdana Menteri hanya pemberita yang mengampu diiktiraf, yang menyapu di benci dan digeruni – kenapa ahli UMNO tidak di hantar ke Al-Attas University of Life untuk belajar ‘ilmu berani’? 

Apa salah hantar pemimpin UMNO ke Wadi Hussien untuk jadi berani mengkritik diri sendiri; bukan menjadikan Perhimpunan Agung arena mengkritik lawan? Sebab tiada siapa yang berani  mengkritik Sultan termasuk semua media masa milik pemerintah kerana tidak ada mentor yang boleh dijadikan ‘role model’. Maka saya terpaksa melakukan ‘fardu kifayah’ untuk menyelamatkan 28 juta rakyat Malaysia dari di timpa bala dan malapetaka.Tun Mahathir kata, “Malaysia boleh”. 




Kenapa Raja dan mereka yang berkuasa sahaja buat apa pun boleh? UMNO tidak ada R&D, yang ada beberapa orang yang pandai dan pakar Rob and Divide. Betul ke? Kalau tak percaya baca buku 3S 3Tan.

Kenapa saya tak boleh menkritik; apakah menegur Raja yang dalam Islam setiap ummat Muhammad itu bersaudara dianggap hasutan? Lu fikirlah bro. Saya pun rakyat Malaysia. Saya pun boleh. Kita semua boleh Bro! Biarpun ada yang kata Raja berdarah biru sahaja yang boleh bersetan di mata, beraja di hati. Ada ke manusia yang ‘Blue Blood’? Blue Black dan ‘Metallic Black’ gelaran pada MB Perak Dr Zamri Kadi; tak percaya tanya Raja Nazrin.



Sambil minum pagi bersama anak muda yang banyak idea ini saya berfikir masakan polis nak rampas buku dan tahan saya, bawah akta hasutan sekiranya ia tidak melibatkan Sultan Johor kebetulan Hishamuddin itu ‘bapak polis’, dia Menteri di Dalam Negeri, dia orang Johor, Almarhum Sultan Ibrahim bin Abu Bakar menjadi raja masa Dato Onn bin Ja’ffar jadi Menteri Besar Johor  Almarhum Dato’ Onn pernah di lucut dari jawatan M.B, dan  di buang negeri ke Singapura. Hari ini Sultan Ibrahim bin Ismail sudah tak ada lagi kekebalan boleh kah Yem lucutkan jawatan Menteri dalam negeri? Apakah kita masih berada di bawah sistem feudal? Rakyat yang mengundi Hishamuddin jadi Ahli Parlimen; siapa yang berkuasa, rakyat atau Raja?

Jika buku saya mengkritik cicak mengkarong atau biawak tentu polis tidak peduli, tapi dia kena fikir, pena lebih tajam dari pedang. Hishamuddin boleh suruh polis tangkap saya. Macam mana pula hasil pendedahan yang dia pernah cium keris lepas itu minta maaf. Tan Sri Musa Hassan ada simpan banyak rahsia, dia berani. Saya akan undang beliau sebagai ‘role model’, manusia yang beraniselain sudah ada pemimpin UMNO yang berani yang akan jadi tetamu saya di University of Life pada “Ilmu Berani, 22.12.2012”.

Apakah Hishamuddin berani menyeret mereka yang cacing dah naik ke mata ke arena untuk bertarung di mahkamah dunia sebelum kita di dakwa di mahkamah akhirat? Biarlah sejarah yang menghukum kita semua.Berani jadi pemimpin mesti berani berdepan dengan rakyat. Mesti berani turun gelanggang, jangan baling batu sembunyi tangan, itu tidak gentlemen. Tanya diri, siapa pemimpin tanpa rakyat? Mari tuntut ilmu berani dari penulis berani mati di University of Life. Hidup hanya sekali; “takut mati macam mana nak masuk syurga”, kata Billy Lim.
 
Penulis adalah telinga,  mata dan suara rakyat yang sanggup gadai nyawa untuk menegakkan keadilan dan tidak takut di simpan dalam sangkar besi untuk menegakkan yang haq dan menentang kebatilan.

Kita berada di milinium tasauf. Saya buka University of Life untuk mencelikkan mata mereka yang ‘buta Tasauf’, buta ilmu Hakikat, Tarikat dan Ma’rifat. Tidak ada faedah yang boleh diambil menfitnah seorang pemimpin yang bersih. Yang tidak simpan tengkorak di dalam almari. Kalau tak bersalah kenapa takut dengan bayang-bayang sendiri?

Banyak buku-buku saya dan penulis politik yang lain memperkenalkan pemimpin yang sudah pun bergelumang dengan asam garam politik dan saya sedang siapkan buku bertajuk “Lagenda: Jasamu di Kenang”, pemimpin yang di lupakan oleh pucuk pimpinan UMNO yang tidak pandai mengenang jasa yang menyebabkan ramai lari meninggalkan UMNO. Pelik tapi benar. Yang di besarkan hanya gambar Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussien Onn, Mahathir, Pak Lah dan Najib. Seolah mereka sahaja yang perlu di sebut dan di kenang. Mana orang UMNO yang berjasa tidak bengang?

Salahkah saya berani menyingkap semula perilaku mereka untuk juadah santapan para pembaca. Supaya selain anak cucu orang Melayu kenang jasa Almarhum Datuk Harun Idris di Selangor, Tan Sri Ibrahim yang berani membuka ladang kelapa sawit pertama di Sungai Tong, Terengganu. Pinjam duit Tun Mustapha kerana Tun Razak tidak yakin. Dua lagenda sebagai contoh.

Saya bukan Tun Sri Lanang tapi tulisan saya mirip Abdullah Munshi, suka hatilah jika ada yang mahu menggelar saya Jebat, saya berani mendokumentasikan Dilema Melayu bukan  kerana kelemahan ekonominya tapi roh dan semangat mereka yang lemah dan ramai sangat yang sudah kehilangan adab.

Mahathir tidak peduli Tunku Abdul Rahman mengharamkan buku, dia di pecat dari UMNO dan berani keluar dari UMNO kerana tidak setuju dengan Pak Lah dan berani menarik imuniti Raja-Raja; kenapa saya takut menulis yang benar. Saya juga akan mengundang Tun Mahathir untuk berkongsi pengalaman berani di Al-Attas University of Life. Tetapi seperti yang saya sebutkan diatas, satu buku belum mencukupi untuk seseorang penulis memperkatakan tentang pemimpin atau Raja kerana sejarah berulang itu antara sebab 65 buah buku sudah pun berada sebagai legasi peninggalan saya. Itulah sebab saya adakan pertemuan dengan mereka yang sedang mencari ilmu mengenal diri dan bagaimana menjadi berani dan berkongsi ilmu dengan anak muda di University of Life seperti yang dilakukan oleh Socrates yang lebih rela menelan racun dari menyembah berhala.

Sufi adalah ia yang tak gentar akan neraka dan tidak menghasratkan syurga.” Kata orang Sufi.

Kena ada ilmu orang sufi jika hendak mengingatkan mereka yang merasakan mereka berada di atas undang-undang supaya tidak boleh berbuat sesuka hati tanpa memikirkan kehidupan mereka bergantung kepada hasil dari pembayar cukai? Saya belajar berani dari Hussien Ibnu Mansur Al-Halaj dalam kisah Ana al-Haq


Kebetulan berlakunya kezaliman terhadap saya dalam bulan Muharram dan 10 Muharram adalah hari Asyura yang diraikan di seluruh dunia bagi mengingati berlakunya pembunuhan etnik zuriat Rasulullah di Karbala. Imam Hussien cucu nabi Muhammad SWA, anakanda Fatimah Az-Zahrah RA, anak sahabat dan menantu Nabi SAW menjadi korban dan seluruh keluarga melainkan Imam Ali Az-Zainal Abidin As-Sajad di selamatkan oleh Sayyidah Zainab kekanda Imam Hussien kerana kekejaman  Yazid waris Muawiyah. 

Imam Hussien sanggup membasahi bumi Karbala dengan darah para shuhada untuk menegakkan Islam. Apakah saya salah meneruskan perjuangan untuk menghidupkan semula Islam dibumi saya pijak? Mari kita bacakan Al-Fatihah untuk keluarga Rasulullah SAW dan para shuhada yang terkorban di Karbala dan para pejuang kemerdekaan menentang penjajahan untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.

Soal sama ada tulisan saya mempunyai motif, hendak cari makan atau menghina orang; seperti kata seorang “Abo” yang menulis di Facebook dari Tasmania, Australia, itu pendapat dia. ‘Agree  to disagree’ kerana ramai dari menara gading yang macam tu, guna kedudukan seperti burung kakak tua menuduh penulis cari makan untuk menghina orang tanpa usul periksa. Inilah jenis the so-called Intellectual Bonceng Gratis yang mengejar pangkat atas jerit, pekak pelajar di menara gading kerana mereka ada kuasa. Persepsi bebal dari mereka yang menghukum dengan melihat kulit buku atau  mereka yang menyalak seperti anjing yang turut menyalak bila anjing lain menyalak.

Apakah salah mengkritik pemimpin berasaskan kesalahan yang mereka lakukan untuk membantu kerajaan BN dibawah  Najib lembik, tak macam Mahathir yang tahu bagaimana bermain dengan harimau  sarkas. Di Terengganu pernah Sultan di gelar “natang”; tidak ada orang buat aduan polis ke?

Apakah tulisan saya hentam kromo yang diambil dari Facebook atau blog? Jika benar ianya fitnah kenapa yang terkena kritik tidak ambil tindakan untuk mengheret saya ke mahkamah dan buktikan apa yang saya tulis dengan niat jahat semata-mata hendak memalukan kerabat di Raja? Kenapa polis tidak menyiasat kerabat di Raja Johor yang di tuduh oleh Kamal Hisham mengugut untuk membunuh. Apakah kita terlupa ada mahkamah untuk membicarakan Raja kerana mereka sudah tidak lagi mempunyai imuniti?

Semasa buku saya dirampas ada seorang penulis di satu meja lain yang mendapat izin dari Dato’ Rauf, Setiausaha Kerja UMNO, menjual buku menghentam saudara Anwar Ibrahim dibiarkan macam itu saja. Bila saya tanya kenapa buku saya sahaja diangkat? Apakah dalam buku tersebut tidak ada unsur fitnah dan hasutan terhadap kerajaan Pakatan. Polis beritahu saya mereka terpaksa menjalankan tugas. “Ini tidak adil!” kata saya. Apakah polis menjadi perkakas UMNO dan berat sebelah seperti dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan?

Saya mendapat tahu mereka mendapat arahan dari atas. Atas mana? Apakah ada arahan kerajaan atas langit macam kerajaan atas langit macam Ayah Pin ke? Betul ke saya ditahan atas arahan dari Sultan Ibrahim? Yang pasti tentu bukan arahan Tuhan selaku pejuang hak asasi manusia. Ini menjadikan saya tambah berani kerana saya tahu hak saya sebagai rakyat yang hidup dalam negara demokrasi; ‘government of the people, by the people, for the people’. Saya hanya takut pada Allah. Ingat senang ke nak tangkap orang? Tangkap ayam pun susah tau; pernah tengok katun Dato Lat? Takut ayam terlepas, tangan bau tahi apa lagi jika tahi ayam  candu.

Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Perak adalah public figure, patut mereka boleh menerima di “kritik’. Kenapa takut rahsia di sebalik tembok istana di dedahkan ke? Saya berani kerana benar. Kebetulan pada 22.12.2012, saya akan adakan perkongsian ilmu macam mana jadi berani kerana benar. Bukan berani rampas, samun hak orang kerana ada kuasa dan berada di atas undang-undang. Hendak jadi berani macam saya ikut serta jadi peserta berani di University of Life.

Apakah mereka yang mahu mempersoalkan motif saya sudah baca buku Setan, Syaitan, Sultan? Cuba tanya pendapat mereka yang sudah baca? Apa punya ahli politik kasut yang berharga ratusan ringgit ada berpuluh pasang, hendak beli buku yang boleh mengeluarkan mereka dari kesesatan bakhil!




Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com 
Rm60 termasuk Pos.


5 comments:

Ruzilah Omar said...

Raja zalim raja di sanggah!!!
Tp.. ada unsur2 takiyah kt sini.. hehe..
Remembered.. 72 golongan yg akan ke Neraka, melainkan golongan "Ahli Sunnah Wal Jammah"..

"Wardhallahumma an Saidina Abu Bakr, wa Umarra, wa Uthmana, wa Ali r.a"

Kelab Wira Gua said...

Politicians are like sperms...sometimes right place, wrong time. Sometimes, wrong place, right time. Most of the time, wrong place, wrong time but only one in a million becomes human being!

Tok Gua in Salamanca

Ana Ghoib Syeikh Malaya said...

Salam, insyaAllah dalam proses order buku syeikh. ana juga sudah promo buku syeikh do blog ana MrM. http://malaysianreview.com Search for S.H Alattas .
Memang berani dan branded prolifik sekali...review ana.
terusan perjuangan pak syeikh. Tiada maghfirah pada perbuatan yg salah...

apachebai said...

Sir,
I have been reading your writing since my early twenties and now I am 50. You are gifted by God to pen. May the force of Allah always be with you.

Your companion,
Al sirrursir

asha said...

eh..bukan nk kate la...btoi la mcm lelaki tu kate...bru perasan.muke sultan johor tu mcm babi pink

Get your Tickets now!