9:30 AM, 11.12.2012. Sedang saya berfikir macam mana saya hendak
mulakan kisah bagaimana buku 3S 3Tan Setan Syaitan Sultan di angkut oleh
hampir 10 orang polis yang datang ke meja saya, ketika saya sedang minum pagi
di restoran Riverside sambil mendengar ucapan Dato Sri Najib berucap di PWTC.
Tiba-tiba saya menerima panggilan telefon dari “anak muda”, dia mempelawa saya
minum pagi di sebuah restoran di KLCC. Dia seorang pelajar yang sedang
menyiapkan tesis MA “Naquib Al-Attas’ Concept of the West”. Saya pergi
untuk dengar pendapat dia mengenai Islamic Worldview; kebetulan dia ini
penuntut di Centre for Advanced Studies in Science Islam and Civilization
(CASIS). Dia ni mengkagumi Prof. Naquib al-Attas sebagai guru nya yang murshid,
pengasas ISTAC yang menerima anugerah Kerusi Imam Al-Ghazali.
Fikiran
saya terganggu sebentar seperti sedang asyik menonton filem The Avatar
tiba-tiba ada iklan; ‘kecik punya hal lah’. Tapi saya masih tak lupa
kesilapan besar polis; ada ke penulis datang nak dengar ucapan Presiden di bawa
lari. ‘Sabotaj’ agaknya. Mula-mula penulis bebas tak dibenarkan masuk dalam
dewan; Azmi, blogger APA, PAS medianya di sorok. Saya pernah cerita pada ACP
Chua semasa di soal siasat di pejabatnya di Ibu pejabat Dang Wangi,
Bukan
saja buku Setan, Syaitan, Sultan tidak dibenarkan dijual di kedai-kedai
buku sebelum Menteri Dalam Negeri mengharamkannya. Apakah ini tanda-tanda yang
demokrasi sudah mati di bumi Malaysia? Gambar dan cerita mengenainya tersiar di
Agenda Daily.com dan telah pun tersimpan dalam arkib saya dan para blogger dan
dalam Facebook; ribuan manusia yang mempunyai Facebook di seluruh dunia.
10:30pagi
30 Muharram 1434.Sedang saya masuk ke banggunan Suria KLCC ke arah taman yang
berada di tengah kota, terlintas di dalam fikiran saya akan jasa Tun Dr
Mahathir yang mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara moden yang
setanding dengan ‘first world countries’ dengan ‘first world
infrastructure’. Tun Mahathir tidak menganggu dan menganiayia penulis yang
berjasa pada kerajaan seperti hari ini. Win-win situation. Mungkin untuk
melahirkan ‘modal insan’ dan The Towering Malay.
Mungkin
antara sebab Dr Mahathir boleh bertahan 22 tahun ialah kerana dia izinkan
penulis yang mengkritiknya menjual buku. Mungkin kerana dia tidak buat musuh
dengan ‘penulis politik’ atas kepercayaan ‘a known devil is better
then the unknown angel’. Menteri di keliling Presiden; awrah Tan Sri
Mohd Rahmat, Tan Sri Sanusi Junid, arwah Tan Sri Megat Junid, ‘mesra penulis’
termasuk Tan Sri Isa Samad di sayangi penulis. Selaku penulis saya ‘tak
ambil pot’ dilabel sebagai penulis pichican dalam Perang UMNO 1987,
media masa Arus Perdana mengikut gaya saya menulis selaku trend setter. Mungkin
selaku orang Mahathir, The President Man, saya memihak pada Team B, memerangi
musuh-musuh Presiden.
Dr
M berjaya menjadikan menara berkembar
sebagai menara yang tertinggi di dunia pada masa itu, “the tallest
building in the world”, kerana dia tidak takut pada kritikan, dengan
prinsipnya “no big deal”. Ketika itu biar pun ramai yang tidak percaya
ia boleh dilakukan. “If there’s a will, there’s a way”. Sekarang, KLCC
adalah salah satu tarikan utama di rantau Asia seperti Taj Mahal di India dan
ia juga membantu menjana ekonomi negara kerana pelawat-pelawat asing sanggup
datang dari beribu-ribu kilometer untuk melihat sendiri keagungan Menara
Berkembar Petronas. Dua orang penggantinya Dolah Badawi dan Najib Rosmah,
apakah legasi yang akan mereka tinggalkan? Saya sekurang-kurangnya sudah
meninggalkan 65 buah buku di cetak, Wadi Hussien, taman landskap persendirian
tercantik di Malaysia dan Al-Attas University of Life kerana kita berani. Hanya
orang yang berani saja yang namanya akan
terpahat dalam sejarah. Bila lagi anda mahu mempelajari ilmu berani dari
saya.
Daftar di sini untuk Rahsia Cari Rezeki & Insan 3D: http://alxs2013-eorg.eventbrite.com/
Daftar sekarang di sini untuk kursus Ilmu Berani : http://ilmuberani.eventbrite.com/
Pulau Pandan jauh ke
tengah,
Gunung Daik bercabang
tiga,
Hancur badan di
kandung tanah,
Budi baik di kenang
juga.
Saya
tidak terperanjat atau berkecil hati, apa lagi marah kepada para pembaca yang
mendapati tulisan saya mengenai pemimpin atau Sultan kasar dan keras dan mereka
melabel saya brutal, kejam dan The Killer Writer. ‘Suka hati lu lah
bro’. Jika takut pada tsunami buat rumah atas gunung. Apa yang nak dihairankan,
kerana telah menjadi ‘trademark’ saya menulis bersandarkan bukti
sekiranya hitam masakan saya nak katakan putih. ‘A spade is a spade’. Apakah
itu fitnah atau menghasut? Itu yang sedang
saya fikirkan ketika berbincang mengenai buku Prof. Naquib Al-Attas “Islam
dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu”. Lu fikirlah Bro.
Apa guna hidup dalam negara demokrasi jika kita tidak dibenarkan mengemukakan pendapat?
Soal mereka setuju atau tidak itu lain cerita; ‘no big deal’ kata Che Det. Semua orang yang berakal tahu jika pemimpin atau Ketua Agama berperilaku buruk masakan saya nak kata elok. Saya bukan menghina orang-orang baik-baik untuk ‘cari makan’. Kalau perangai macam setan masakan kita nak kata macam malaikat. Kalau nak menulis perlu ada prinsip seperti Tan Sri Dr. Tan Che Koon dalam The Star, ‘Without Fear or Favor’. Kalau mengampu baru namanya penulis ‘cari makan’; soldier of fortune, masakan kita tengok sampah depan mata kita tidak gunakan penyapu.
Pesan
Almarhum Tun Razak, bapa Najib, “Bersihkan dulu di sawang. Jangan simpan
sampah bawah permaidani.”
Sejarah
telah menaikkan taraf pemimpin ke tahap yang paling tinggi kepada orang beriman
mereka boleh samapi ke taraf Insanul Kamil. Khalifah Omar Ibn Abdul Aziz dan di
India sejarah Tipu Sultan yang ceritanya terdapat dalam buku Setan,
Syaitan, Sultan; sudah baca? Kalau belum tunggu apa lagi? Satu buku
pun tak mampu nak beli, takut nak beli,
berminda subsidi, semua benda nak ‘free’, sejak lahir ke dunia hingga ke tanah
kubur pun mengharapkan subsidi, tiba-tiba nak jadi jurucakap di warong kopi;
‘boleh blah’. Itu yang di katakan
membeli membelah, tak beli boleh blah lah Bro.
Syukur
pada Allah buku 3S 3Tan memang berat. Macam mana tidak berat, mengkritik
prilaku Sultan yang di dewa-dewakan oleh mereka yang tidak berilmu yang terlupa
hanya Allah Raja Sekian Alam yang mesti di sembah. Kuasa itu amanah. Samakah
orang yang berilmu dengan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?
Sebab
itu kita perlu kenal diri, kenal Tuhan, perlu tahu Melayu itu apa? Islam itu
apa? Sebagai identiti, apakah di ILMU milik UMNO di Janda Baik mengajar
ribuan yang datang ke ILMU, yang kebetulan jiran saya, ilmu mengenal diri?
Kenal diri kamu sebelum kenal Tuhan yang nyata. Awal-awal agama mengenal
Tuhan. Macam mana hendak satukan Melayu, Tuhan pun tidak kenal, diri tidak
kenal? Itu baru sesat tak jumpa jalan pulang; Tuhan sendiri pun tidak
kenal.
Melayu
dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan.
Islam adalah agama rasmi Malaysia, di mana Raja-Raja adalah Ketua Agama dan
Ketua Adat. Apakah Ketua Agama sedar ‘shahadat’ itu mengosokan diri ke
peringkat zero. Tidak ada selain Allah, la illaha illAllah. Allah yang
awal dan akhir, zahir dan batin, seperti dalam Asma’ ul-Husna. La illaha
illAllah Muhammad Rasulullah.
Bagaimana
jika kerabat
Raja tidak kenal Tuhan jadi Imam, bolehkah kita jadi makmum atau kita ‘mufarakah’
saja tanpa meninggalkan Saf; apakah itu dosa? Cuba tanya Menteri Agama.
Apakah kita ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut tutup, ada kepala
geleng-geleng seperti lagu Ahli Fiqir. Sampai bila?
Selaku
seorang ‘public figure’, sama ada Raja, kerabat Raja, Perdana Menteri
dan “first lady”, mereka harus akur dan menerima kritikan. Sultan Ibrahim
Johor minta polis supaya sanggup menerima kritikan, bagaimana dengan dirinya
sendiri? Orang yang berani mesti sanggup menerima kritikan dan melakukan
anjakkan paradigma ke paradigma holistik. Jangan suruh orang pecahkan cermin
yang menunjukkan wajah kita yang comot. Polis menahan seorang pemuda yang
kononnya menghina Yem.
Saya
pernah mempelawa Dato Sri Najib singgah ke University of Life dalam buku Memo
Untuk Najib. Tidak hilang bisa ular yang menyusur ke akar. Di Wadi
Hussien ada ilmu berani yang tidak ada di ILMU camp UMNO kerana Najib takut
bini. Semua orang tahu. Sebab itu dalam UMNO tidak ada hero macam Anwar
Ibrahim.
Pelik
tapi benar, di zaman Najib jadi Perdana Menteri hanya pemberita yang mengampu
diiktiraf, yang menyapu di benci dan digeruni – kenapa ahli UMNO tidak di
hantar ke Al-Attas University of Life untuk belajar ‘ilmu berani’?
Apa salah hantar pemimpin UMNO ke Wadi Hussien untuk jadi berani mengkritik diri sendiri; bukan menjadikan Perhimpunan Agung arena mengkritik lawan? Sebab tiada siapa yang berani mengkritik Sultan termasuk semua media masa milik pemerintah kerana tidak ada mentor yang boleh dijadikan ‘role model’. Maka saya terpaksa melakukan ‘fardu kifayah’ untuk menyelamatkan 28 juta rakyat Malaysia dari di timpa bala dan malapetaka.Tun Mahathir kata, “Malaysia boleh”.
Kenapa Raja dan mereka yang
berkuasa sahaja buat apa pun boleh? UMNO tidak ada R&D, yang ada beberapa
orang yang pandai dan pakar Rob and Divide. Betul ke? Kalau tak percaya
baca buku 3S 3Tan.
Kenapa
saya tak boleh menkritik; apakah menegur Raja yang dalam Islam setiap ummat
Muhammad itu bersaudara dianggap hasutan? Lu fikirlah bro. Saya pun rakyat Malaysia.
Saya pun boleh. Kita semua boleh Bro! Biarpun ada yang kata Raja berdarah biru
sahaja yang boleh bersetan di mata, beraja di hati. Ada ke manusia yang
‘Blue Blood’? Blue Black dan ‘Metallic Black’ gelaran pada MB
Perak Dr Zamri Kadi; tak percaya tanya Raja Nazrin.
Jika buku saya mengkritik cicak mengkarong atau biawak tentu polis
tidak peduli, tapi dia kena fikir, pena lebih tajam dari pedang.
Hishamuddin boleh suruh polis tangkap saya. Macam mana pula hasil pendedahan
yang dia pernah cium keris lepas itu minta maaf. Tan Sri Musa Hassan ada simpan
banyak rahsia, dia berani. Saya akan undang beliau sebagai ‘role model’,
manusia yang beraniselain sudah ada pemimpin UMNO yang berani yang akan jadi
tetamu saya di University of Life pada “Ilmu Berani, 22.12.2012”.
Apakah Hishamuddin berani menyeret mereka yang cacing dah naik
ke mata ke arena untuk bertarung di mahkamah dunia sebelum kita di dakwa di
mahkamah akhirat? Biarlah sejarah yang menghukum kita semua.Berani jadi
pemimpin mesti berani berdepan dengan rakyat. Mesti berani turun gelanggang, jangan
baling batu sembunyi tangan, itu tidak gentlemen. Tanya diri, siapa
pemimpin tanpa rakyat? Mari tuntut ilmu berani dari penulis berani mati di
University of Life. Hidup hanya sekali; “takut mati macam mana nak masuk syurga”,
kata Billy Lim.
Penulis adalah telinga,
mata dan suara rakyat yang sanggup gadai nyawa untuk menegakkan keadilan
dan tidak takut di simpan dalam sangkar besi untuk menegakkan yang haq dan
menentang kebatilan.
Kita berada di milinium tasauf. Saya buka University of Life
untuk mencelikkan mata mereka yang ‘buta Tasauf’, buta ilmu Hakikat, Tarikat
dan Ma’rifat. Tidak ada faedah yang boleh diambil menfitnah seorang
pemimpin yang bersih. Yang tidak simpan tengkorak di dalam almari. Kalau tak
bersalah kenapa takut dengan bayang-bayang sendiri?
Banyak buku-buku saya dan penulis politik yang lain memperkenalkan
pemimpin yang sudah pun bergelumang dengan asam garam politik dan saya sedang
siapkan buku bertajuk “Lagenda: Jasamu di Kenang”, pemimpin yang di
lupakan oleh pucuk pimpinan UMNO yang tidak pandai mengenang jasa yang
menyebabkan ramai lari meninggalkan UMNO. Pelik tapi benar. Yang di besarkan
hanya gambar Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussien Onn, Mahathir, Pak Lah dan
Najib. Seolah mereka sahaja yang perlu di sebut dan di kenang. Mana orang UMNO
yang berjasa tidak bengang?
Salahkah saya berani menyingkap semula perilaku mereka untuk juadah
santapan para pembaca. Supaya selain anak cucu orang Melayu kenang jasa
Almarhum Datuk Harun Idris di Selangor, Tan Sri Ibrahim yang berani membuka
ladang kelapa sawit pertama di Sungai Tong, Terengganu. Pinjam duit Tun
Mustapha kerana Tun Razak tidak yakin. Dua lagenda sebagai contoh.
Saya bukan Tun Sri Lanang tapi tulisan saya mirip Abdullah Munshi,
suka hatilah jika ada yang mahu menggelar saya Jebat, saya berani
mendokumentasikan Dilema Melayu bukan
kerana kelemahan ekonominya tapi roh dan semangat mereka yang lemah dan
ramai sangat yang sudah kehilangan adab.
Mahathir tidak peduli Tunku Abdul Rahman mengharamkan buku, dia di
pecat dari UMNO dan berani keluar dari UMNO kerana tidak setuju dengan Pak Lah
dan berani menarik imuniti Raja-Raja; kenapa saya takut menulis yang benar.
Saya juga akan mengundang Tun Mahathir untuk berkongsi pengalaman berani di Al-Attas
University of Life. Tetapi seperti yang saya sebutkan diatas, satu buku belum
mencukupi untuk seseorang penulis memperkatakan tentang pemimpin atau Raja
kerana sejarah berulang itu antara sebab 65 buah buku sudah pun berada sebagai
legasi peninggalan saya. Itulah sebab saya adakan pertemuan dengan mereka yang
sedang mencari ilmu mengenal diri dan bagaimana menjadi berani dan berkongsi
ilmu dengan anak muda di University of Life seperti yang dilakukan oleh
Socrates yang lebih rela menelan racun dari menyembah berhala.
Kena
ada ilmu orang sufi jika hendak mengingatkan mereka yang merasakan mereka
berada di atas undang-undang supaya tidak boleh berbuat sesuka hati tanpa
memikirkan kehidupan mereka bergantung kepada hasil dari pembayar cukai? Saya
belajar berani dari Hussien Ibnu Mansur Al-Halaj dalam kisah Ana al-Haq.
Kebetulan berlakunya kezaliman terhadap saya dalam bulan Muharram dan 10 Muharram adalah hari Asyura yang diraikan di seluruh dunia bagi mengingati berlakunya pembunuhan etnik zuriat Rasulullah di Karbala. Imam Hussien cucu nabi Muhammad SWA, anakanda Fatimah Az-Zahrah RA, anak sahabat dan menantu Nabi SAW menjadi korban dan seluruh keluarga melainkan Imam Ali Az-Zainal Abidin As-Sajad di selamatkan oleh Sayyidah Zainab kekanda Imam Hussien kerana kekejaman Yazid waris Muawiyah.
Imam Hussien sanggup membasahi bumi Karbala dengan darah para shuhada untuk menegakkan Islam. Apakah saya salah meneruskan perjuangan untuk menghidupkan semula Islam dibumi saya pijak? Mari kita bacakan Al-Fatihah untuk keluarga Rasulullah SAW dan para shuhada yang terkorban di Karbala dan para pejuang kemerdekaan menentang penjajahan untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.
Kebetulan berlakunya kezaliman terhadap saya dalam bulan Muharram dan 10 Muharram adalah hari Asyura yang diraikan di seluruh dunia bagi mengingati berlakunya pembunuhan etnik zuriat Rasulullah di Karbala. Imam Hussien cucu nabi Muhammad SWA, anakanda Fatimah Az-Zahrah RA, anak sahabat dan menantu Nabi SAW menjadi korban dan seluruh keluarga melainkan Imam Ali Az-Zainal Abidin As-Sajad di selamatkan oleh Sayyidah Zainab kekanda Imam Hussien kerana kekejaman Yazid waris Muawiyah.
Imam Hussien sanggup membasahi bumi Karbala dengan darah para shuhada untuk menegakkan Islam. Apakah saya salah meneruskan perjuangan untuk menghidupkan semula Islam dibumi saya pijak? Mari kita bacakan Al-Fatihah untuk keluarga Rasulullah SAW dan para shuhada yang terkorban di Karbala dan para pejuang kemerdekaan menentang penjajahan untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.
Soal
sama ada tulisan saya mempunyai motif, hendak cari makan atau menghina
orang; seperti kata seorang “Abo” yang menulis di Facebook dari Tasmania,
Australia, itu pendapat dia. ‘Agree
to disagree’ kerana ramai dari menara gading yang macam tu, guna
kedudukan seperti burung kakak tua menuduh penulis cari makan untuk menghina
orang tanpa usul periksa. Inilah jenis the so-called Intellectual
Bonceng Gratis yang mengejar pangkat atas jerit, pekak pelajar di menara
gading kerana mereka ada kuasa. Persepsi bebal dari
mereka yang menghukum dengan melihat kulit buku atau mereka yang menyalak seperti anjing yang
turut menyalak bila anjing lain menyalak.
Apakah salah mengkritik pemimpin berasaskan kesalahan yang mereka
lakukan untuk membantu kerajaan BN dibawah
Najib lembik, tak macam Mahathir yang tahu bagaimana bermain dengan
harimau sarkas. Di
Terengganu pernah Sultan di gelar “natang”; tidak ada orang buat aduan
polis ke?
Apakah tulisan saya hentam kromo yang diambil dari Facebook atau
blog? Jika benar ianya fitnah kenapa yang terkena kritik tidak ambil
tindakan untuk mengheret saya ke mahkamah dan buktikan apa yang saya tulis
dengan niat jahat semata-mata hendak memalukan kerabat di Raja? Kenapa polis
tidak menyiasat kerabat di Raja Johor yang di tuduh oleh Kamal Hisham mengugut
untuk membunuh. Apakah kita terlupa ada mahkamah untuk membicarakan Raja kerana
mereka sudah tidak lagi mempunyai imuniti?
Semasa buku saya dirampas ada seorang penulis di satu meja lain
yang mendapat izin dari Dato’ Rauf, Setiausaha Kerja UMNO, menjual buku
menghentam saudara Anwar Ibrahim dibiarkan macam itu saja. Bila saya tanya
kenapa buku saya sahaja diangkat? Apakah dalam buku tersebut tidak ada unsur
fitnah dan hasutan terhadap kerajaan Pakatan. Polis beritahu saya mereka
terpaksa menjalankan tugas. “Ini tidak adil!” kata saya. Apakah polis menjadi
perkakas UMNO dan berat sebelah seperti dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan
Sri Musa Hassan?
Saya mendapat tahu mereka mendapat arahan dari atas. Atas mana?
Apakah ada arahan kerajaan atas langit macam kerajaan atas langit macam Ayah
Pin ke? Betul ke saya ditahan atas arahan dari Sultan Ibrahim? Yang pasti tentu
bukan arahan Tuhan selaku pejuang hak asasi manusia. Ini menjadikan saya tambah
berani kerana saya tahu hak saya sebagai rakyat yang hidup dalam negara
demokrasi; ‘government of the people, by the people, for the people’.
Saya hanya takut pada Allah. Ingat senang ke nak tangkap orang? Tangkap ayam
pun susah tau; pernah tengok katun Dato Lat? Takut ayam terlepas, tangan bau
tahi apa lagi jika tahi ayam candu.
Apakah mereka yang mahu mempersoalkan motif saya sudah baca buku Setan,
Syaitan, Sultan? Cuba tanya pendapat mereka yang sudah baca? Apa punya ahli
politik kasut yang berharga ratusan ringgit ada berpuluh pasang, hendak beli
buku yang boleh mengeluarkan mereka dari kesesatan bakhil!
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com
Rm60 termasuk Pos.
5 comments:
Raja zalim raja di sanggah!!!
Tp.. ada unsur2 takiyah kt sini.. hehe..
Remembered.. 72 golongan yg akan ke Neraka, melainkan golongan "Ahli Sunnah Wal Jammah"..
"Wardhallahumma an Saidina Abu Bakr, wa Umarra, wa Uthmana, wa Ali r.a"
Politicians are like sperms...sometimes right place, wrong time. Sometimes, wrong place, right time. Most of the time, wrong place, wrong time but only one in a million becomes human being!
Tok Gua in Salamanca
Salam, insyaAllah dalam proses order buku syeikh. ana juga sudah promo buku syeikh do blog ana MrM. http://malaysianreview.com Search for S.H Alattas .
Memang berani dan branded prolifik sekali...review ana.
terusan perjuangan pak syeikh. Tiada maghfirah pada perbuatan yg salah...
Sir,
I have been reading your writing since my early twenties and now I am 50. You are gifted by God to pen. May the force of Allah always be with you.
Your companion,
Al sirrursir
eh..bukan nk kate la...btoi la mcm lelaki tu kate...bru perasan.muke sultan johor tu mcm babi pink
Post a Comment