Sebaik sahaja melangkah di perkarangan ‘istana
hinggap’ milik penulis terkenal di Janda Biak, hati terbuai dengan keindahan
alam. Dada terasa lapang dan tenang.
Udara disekitar yang belum tersemar terasa sejuk dan nyaman.
Sepanjang jalan kecil menuju ke ‘istana
hinggap’ itu penulis ‘dihidangkan’ dengan gambaran awal keindahan taman seperti
yang diceritakan oleh kawan-kawan yang pernah sampai ke sini. Pokok-pokok hutan
dan dan ada juga yang ditanam memagari setiap langkahan seolah mengucap selamat
datang. Terasa diri bagaikan tetamu istimewa yang diundang ke pura cendana
Redup laman ‘istana hinggap’ dengan lanskap
yang menarik membuatka pandangan tertarik untuk terus meneroka keindahan alam
semula jadi yang diadun dengan keindahan seni taman rekaan manusia.
‘Istana hinggap’ ini sering dikunjung oleh
pelawat yang ingin melihat dengna lebih dekat seni taman ilham pencinta
kedamaian. Pokok-pokok liar seperti bunga jejarum berbunga lebat sebagai
penambah seri laman, manakala pokok bougainvilla ynag menjalar dibiarkan dan
diolah membentuk pintu gerbang.
Tambah menarik perhatian, pokok-pokok hutan
tumbuh subur seakan melambai penulis untuk terus mendekati keunikan alam
anugerah Tuhan. Bunyi deruman air mengalir di anak sungai bersebelahan taman
dan decipan unggas yang ebrterbangan hinggap dari dahan ke dahan bagaikan irama
merdu yang membuai perasaan.
Kolam buatan dibina untuk lebih menyejukkan
suasana yang sedia nyaman. Pokok tempat bersantai terletak berhampiran dan
jambatan mini yang menghubungkan dua halaman membolehkan sesiapa sahaja yang
datang melihat sendiri ikan-ikan peliharaan berkejaran riang.
Selain itu pelbagai jenis tumbuhan berdaun
seperti pokok puding, pisang hutan, langsuya atau dikenali juga sebagai paku
pandan dan keladi tumbuh subur di sekitar kolam.
Buluh minyak, pokok kelapa dan pelbagai
sepsies heliconia dijadikan pelengkap taman. Kawasan persekitaran yang tidak
terhad membolehkan taman ini diinspirasikan sebagai rupa.
No comments:
Post a Comment