Kami belum buta
Biarpun kami hidup dalam dunia sibuta
Engkau menderita
Makan nasi sisa-sisa
Rumahmu setapak kaki manusia
Engkau saja yang merasakan dirimu raja
Bila berada di atas pohon kelapa
Biarpun kami hidup dalam dunia sibuta
Engkau menderita
Makan nasi sisa-sisa
Rumahmu setapak kaki manusia
Engkau saja yang merasakan dirimu raja
Bila berada di atas pohon kelapa
Dari hutan kau dibawa
Ditunjuk, diajar
Untuk menjadi hamba
Kau tidak boleh berbuat apa-apa
Biarpun hidup dengan manusia
Hamba tak akan duduk
Semeja dengan tuannya
Di atas basikal kau dibawa
Dengan rantai 30 depa
Dari kebun ke kebun
Dari kebun ke kebun kau dibawa
Tuan ketawa
Dapat untung
Dapat laba
Kau dapat apa
Ditunjuk, diajar
Untuk menjadi hamba
Kau tidak boleh berbuat apa-apa
Biarpun hidup dengan manusia
Hamba tak akan duduk
Semeja dengan tuannya
Di atas basikal kau dibawa
Dengan rantai 30 depa
Dari kebun ke kebun
Dari kebun ke kebun kau dibawa
Tuan ketawa
Dapat untung
Dapat laba
Kau dapat apa
Monyet tua
Tanpa saudara tanpa keluarga
Mengabdikan diri jadi hamba
Asal usulmu kau lupa
Di hutan belantara
Kau bebas berbuat apa
Kasihan monyet tua
Selama-lamanya kau jadi hamba
Untuk anak-anak tuanmu gelak ketawa
Macam dayak
Macam gurkha
Yang tak boleh derhaka pada tuannya
Tanpa saudara tanpa keluarga
Mengabdikan diri jadi hamba
Asal usulmu kau lupa
Di hutan belantara
Kau bebas berbuat apa
Kasihan monyet tua
Selama-lamanya kau jadi hamba
Untuk anak-anak tuanmu gelak ketawa
Macam dayak
Macam gurkha
Yang tak boleh derhaka pada tuannya
Taat setia demi apa?
Demi bangsa?
Demi agama?
Demi Negara?
Semuanya kau tak ada
Monyet, beruk dan kera
Mana boleh jadi manusia
Biarpun mereka berkata
Asal usul manusia
Katanya beruk juga
Menggigit tuan bererti menderhaka
Lebih kasihan aku
Pada manusia yang diperkuda
Jadi hamba apa bezanya
Dengan monyet tua,
Tukang panjat kelapa
Selepas pilihanraya
Kau yang garu kepala
Aku ni nama saja ‘Orang Utan’ tapi tak sanggup jadi
‘Tuhan manusia’ ada rasa kemanusiaan.
Macam mana aku tak pening kepala? Macam mana aku tak susah hati, mereka yang bernama ‘manusia’ itu lebih teruk dari ‘suku kaum’ aku. Buruk perangai mereka yang nama saja manusia. Beruk bila pilih raja, mereka pilih yang terbaik di kalangan mereka. Manusia pilih yang terbaik di kalangan yang terbuang. Macam mana jadi orang? Tiap-tiap lima tahun bergaduh, berperang sesama sendiri, Islam apa benda ni?
Manusia tak patut ada sifat tamak, angkuh dan sombong. Siapa yang suka main judi, minum arak, berzina, liwat, main jackpot? Orang Bandar atau Orang Utan? Fikir dan renungkanlah bersama. Itulah sebabnya Tuhan bezakan manusia dengan binatang. Manusia ada akal, ada Nabi dan ada kitab, apa pasal tak guna? Mati nanti hendak jawab apa dengan Tuhan bila ditanya, Siapa Tuhanmu? Siapa Nabimu? Apa Agamamu? Siapa saudaramu?
Kebun Manusia
Kuala Lumpur
2.2.1982
1 comment:
Nice Entry. Feel Free To Visit N Follow My Blog. Thanks :)
Post a Comment