Di dalam tulisan saya akhir-akhir
ini, saya banyak menggunakan perkataan ‘tahi’. Anda mungkin pernah dengar
perkataan guru yang Murshid dan pernahkah anda dengar orang kata jangan cuba
hendak Bullshit aku. Bunyi Murshid
dan Bullshit sama macam bunyi O.I.C. Oh… I…See you… Saya
tengok-tengoklah dulu, mempersenda-sendakan. Sudah tengok-tengok, sudah
mendengar, ada yang kena Bullshit kena kelentong. Tok Guru Bullshit pula maknanya Tok Guru yang
Kaki Auta, putar alam dalam kampung dia, mungkin dialah yang terpandai tapi
orang yang diajarnya itu buta huruf, dia boleh membaca dan menulis jadilah dia
yang paling hebat. Haprak punya kakilah tok guru.
Dalam buku saya ‘The Ugly Malays’ bab yang pertama, saya
namakan ‘chicken shit politic’. Saya
gunakan perumpamaan hangat-hangat tahi
ayam bila menceritakan Perjuangan Para Pemimpin Melayu yang menjadi
pemimpin Bullshit ini ertinya Tahi
Lembu. Dibandingkan dengan tahi ayam, tahi lembu memang besar. Besar-besar tahi
lembu tetap panggilannya Bullshit
juga. Orang Indonesia kata kotoran lembu
tapi boleh jadi baja pokok. Maka orang yang suka pembohong hebat macam mana pun
dia tetap najis juga.
Berbeza dengan orang yang kuat
membaca iaitu kaki buku, orang tak kata dia kaki buku. Orang kata dia ulat
buku. Book Worm atau cacing buku,
ulat ini celah batu dan dalam tanah pun boleh hidup. Dr. Mahathir adalah ulat
buku, susah orang hendak Bullshit dia
dan dia jenis pegang bara sampai jadi arang. Bukan mudah hendak pimpin negara
hingga 22 tahun dan dia punya misi yang jauh apa yang dimimpikan dijadikan
kenyataan. Mahathir ditakuti oleh
pemimpin dalam parti atau puak-puak pembangkang kerana setakat ini tak ada
siapa yang boleh Bullshit dia.
Perangai tahi ini tak ada dalam dirinya. Dia bersih dari gelaran tahi judi atau
kaki betina. Hidupnya bersih sebab itu dia tak peduli dengan buku Shahnon yang
macam shit dan pembangkang yang kaki Bullshit.
Pemimpin yang sudah keluar UMNO
masuk PAS masuk semula UMNO atau masuk Semangat 46 balik kepada UMNO
cakap-cakap mereka dianggap Bullshit,
cakap yang tak laku orang yang tak ada prinsip macam ni nama saja Yang
Berhormat tapi tak ada siapa yang nak hormat.
Sesudah meneliti dan sesudah mengkaji mengenai
Melayu dan tahi, terutamanya bila kita buat analisis kenapa Shahnon Ahmad
gunakan perkataan ‘shit’ tahi sebagai
tajuk bukunya. Kita tak boleh berdiam diri.
Buku Shahnon ‘shit’, biarpun ada orang kata shit itu tahi seperti terjemahan Dewan
Bahasa dan Pustaka tetapi saya berkata shit
itu cuba melambangkan Dr. Mahathir yang digelarkan sebagai kepala tahi. Kepala tahi itu pula namanya PM. (yang bermaksud Pu……Mak)
itu tujuan Shahnon Ahmad untuk menghina Dr. Mahathir!
Selalunya bila orang Amerika
marah orang, mereka gunakan you Shit!, kau ni macam tahilah.
Busuk punya kaki, one cent no use.
Tahi adalah satu benda yang sangat jijik macam jijiknya politik hari ini. Yang
itu mungkin saya boleh terima. Sebab itu orang kata politic is dirty. Ini bererti macam semua dalam perut orang UMNO
ada tahi. Cuba tunjukkan perut manusia mana yang tiada tahi. Anak ayam baru
menetas belum makan apa pun kalau melepas keluar tahi.
Pandainya media milik pembangkang
mempolitikkan istilah Shit sebagai PM akhirnya ulama
politik yang mempraktikkan isu tahi semuanya bergelumang dengan tahi. Perkataan
mencarut memang disukai ramai, maka orang yang suka mencarut memang suka dengan
perkataan Pu…..Mak, yang selalunya
menjadi jampi serapah sesetengah orang yang memang suka maki hamun dalam
masyarakat Melayu kita. Orang ramai menggunakan istilah PM itu sebagai memaki
Dr. Mahathir. Tapi orang yang melihat
kehidupan Dr. Mahathir macam langit dengan bumi. Akhirnya mereka yang
menyalak itu seperti meludah ke langit. Air ludah yang bachin itu jatuh ke
mukanya sendiri.
Mereka yang pada mulanya seronok
beli buku shit semata-mata mahu
lepaskan geram pada PM. Tapi bila bawa balik ke rumah baru buka satu muka dua
muka dah rasa mual macam nak muntah. Kalau hidup Dr. Mahathir kotor sudah tentu
berlumuran dengan tahi, akibatnya siapa-siapa yang rapat dengannya kena tahi.
Sedangkan perkara itu tidak berlaku ke atas Dr. Mahathir! Itu sebabnya Tuhan
tegah manusia dari membuat kerja mengumpat dan memfitnah. Dalam kehidupan orang
yang terpelajar dan beragama, perkara yang utama mestilah bercakap benar.
Buku itu menjadi popular sebab marahnya rakyat
Malaysia terhadap Mahathir disebabkan serangan yang bertubi, terhadap peribadi
Dr. Mahathir. Seperti apa yang cuba dilakukan terhadap Al-Zaytun oleh JAKIM.
Pena adalah senjata yang paling
berbisa untuk menjatuhkan seorang pemimpin selain dari buku Shit, buku MahaFiraun, ada banyak lagi
buku-buku dan berpuluh majalah di
pasaran, ternyata Mahathir kebal. Tidak ada satu buku pun yang boleh menikamnya
apatah lagi untuk mencederakan. Tak lut.
Siapakah yang memulakan bahasa kurang ajar itu
kalau bukan seorang Profesor Emeritus yang mewakili parti politik yang
menggunakan Islam sebagai alat untuk cari pengaruh. Seorang yang bertaraf
profesor adalah seorang ulama yang sepatutnya perlu peka terhadap Islam sebagai
satu tamadun sejagat yang mementingkan tutur kata, berbudi bahasa (ada budi dan
bahasa) dan seorang yang budiman (berbudi dan beriman). Berbudi semata-mata
kerana Allah Taala. Ada ihsan dan keikhlasan. Sebagai nilai utama sifat
keislaman.
Mengikut Tan Sri Mohamad Isa
dalam majalah Malaysia Business tarikh 16 Mei 2002 MB Negeri Sembilan
mengatakan “Shahnon dah nyanyuk” penulisannya menampakkan yang dia masih belum
dewasa, sepatutnya MP Bahagian Sik, Kedah itu memulangkan balik anugerah Prof.
Emiratus yang telah dianugerahkan padanya pada tahun 1992 supaya dia pergi
menjaga kawasan pilihanrayanya.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menjelaskan sifat
terpenting Ulama, iaitu ulama sebenarnya
tidak mencari dunia dengan ilmu agamanya, perbuatannya mesti sepakat dengan
percakapannya, bertekun menjayakan ilmu yang mendatangkan faedah dan
mengelakkan diri dari persoalan sia-sia iaitu terbabit dalam banyak perkara
khilaf dan berdebat didalamnya.
Siapa yang memasukkan dalam minda
Melayu supaya suka pada benda-benda yang kotor? Tan Sri Musa Hitam cuma kata
bahawa orang Melayu patut kurang ajar. Sebab itu ulama PAS beramai-ramai
melabelkan ulama UMNO sebagai ulama barua. Ulama yes man burung kakak tua kerana bila Dr. Mahathir kena, mereka tak
dapat menangkis peluru dari ulama PAS.
Di sebelah utara perkataan ‘barua’ ini biasa saja. Macam orang
Johor guna perkataan ‘haram jadah’
dan orang Melaka gunakan perkataan ‘lahanat’.
Sial, O.K one, no problem! Biasalah… Hanya syaitan dan lalat yang suka pada
benda yang kotor dan busuk, itu makanan mereka.
Dalam surah Al-Baqarah: perkataan
syaitan dirujuk kepada kepimpinan kaum munafik dan kafir kerana mereka inilah
yang telah menyesatkan pengikut mereka, “Dan
apabila mereka pergi mendatangi syaitan-syaitan maka mereka (pemimpin-pemimpin)
berkata, Sesungguhnya kami tetap bersendirian dengan kamu, kami hanya
berolok-olok”. Keresahan bagi mereka yang kena Bullshit dan kena tahi dengan ulama
Haprak.
Syaitan manusia adalah mereka
yang tindak-tanduknya bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka selalu melanggar
batasan agama dan gemar melakukan apa yang ditegah dan dilarangnya.
Sesungguhnya matlamat syaitan, manusia dan
syaitan yang ghaib itu adalah sama, iaitu untuk menyesatkan manusia. Dalam
keadaan tertentu syaitan manusia lebih jahat daripada syaitan ghaib, kerana
syaitan ini akan lari apabila seseorang itu berlindung kepada Allah. Tetapi
syaitan manusia hendak berlindung pada siapa. Syaitan manusia inilah yang
merosakkan nama Bos mereka.
Kita sering membaca dan mendengar ayat
Al-Quran yang menyeru orang Islam supaya mempersiapkan diri dengan segala macam
kekuatan sehingga ke tahap yang paling maksimum, untuk menghadapi musuh. Jika
ayat-ayat di dalam Al-Quran ini kita baca dan kita menganalisanya dengan ilmu
barulah orang yang buta Al-Quran itu faham apa sebab Al-Quran itu dinamakan rahmatanlilalamin.
Bukankah lebih berfaedah jika
para ulama sebelum mengadakan kuliah dan ceramah hidupkan Al-Quran itu dulu ke dalam
dirinya, jadikan diri sebagai Al-Quran yang hidup. Barulah mereka jadi
pendorong semangat untuk memperkuatkan umat Islam, tetapi sayang pengisiannya
tidak pernah dilaksanakan.
Rasulullah s.a.w bersabda sesiapa yang keadaannya pada hari ini lebih
baik dari hari semalam maka dialah orang yang beruntung. Sesiapa yang hari
ini sama dengan hari semalam maka dialah yang rugi, sesiapa yang hari ini lebih
buruk dari hari semalam maka dialah orang yang mendapat kutukan. Mari kita buat
perbandingan antara kepimpinan Ustaz Fadzil Noor dan Dr. Mahathir sesudah kita
saksikan Forum di Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai Palestin, siapa lebih
menyerlah dari segi ilmu dan agama?
Sifat ihsan adalah sesuatu yang
mulia, sesiapa yang mengamalkannya secara berterusan, dia bukan saja dianggap
berjaya mengamalkan perbuatan baik, malah sekaligus menerima ganjaran yang
istimewa dari Allah di dunia dan di Akhirat nanti. Kerana sifat ikhsan Dr.
Mahathir kita lihat rakyat Malaysia hidup makmur jika kita bandingkan dengan
negeri yang penuh dengan orang yang berjubah dan berserban bermisai dan
berjanggut seperti di Afgan, nama saja murid sekolah pondok Taliban, tapi kejam
sanggup bermusuhan dan membunuh saudara seagama, sebangsa dan satu negara
sendiri. Mungkin mereka inilah dari keturunan Kabil yang memakan bangkai
saudaranya sendiri. Akhirnya disebabkan seorang manusia seperti Osama Bin Laden
yang bermisai dan berjanggut, berjubah dan serban dibenci oleh dunia. Kerana
Osama Bin Laden seorang , satu dunia jadi susah dan huru-hara. Media tidak lagi
menyebut Taliban sebaliknya Al-Qaeda. Siapa sebenarnya Osama bin Laden? Yang
jelas dia adalah pengkhianat dan masih orang Islam. Tapi yang kita pelik ramai
orang Islam yang mendewa-dewakannya sehingga sanggup pergi ke Afganistan untuk
berjihad.
Ihsan selalu ditakrifkan sebagai
memberi nikmat dan kelebihan, bagaimanapun jika dikaji lebih lanjut Ihsan boleh dimaksudkan sebagai
perbuatan dan perlakuan yang baik. Perbuatan baik meliputi tingkah laku yang
mengangkat taraf manusia dan mendidik jiwa seseorang menghampirkan diri kepada
Allah. Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Apa lagi jika manusia itu seorang ulama
pemimpin ikhwan.
Manusia yang Ihsan bertentangan
dengan manusia yang hati batu. Dalam bahasa yang mudah manusia yang buta huruf.
Orang yang tidak ada ihsan tidak akan
mendapat ihsan dari Allah.
Allah memberikan nikmat kepada mereka dengan
ihsannya, maka wajarlah manusia membuat ihsan dengan nikmat yang diberikan itu
sesama makhluk. Allah berfirman, “dan
berbuat baiklah kepada hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu
dengan pemberian nikmatnya yang melimpah,” Surah al-Israk ayat 7 pula bermaksud:
“jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan ialah
untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, (maka kesan yang buruk)
berbalik kepada diri kamu juga.”
Orang yang melakukan Ihsan
selalunya tenang dan tenteram manakala orang yang menerima ihsan pula berasa
senang dan seronok serta berterima kasih kepada mereka yang ihsan. Padanya
inilah contoh kepimpinan Dr. Mahathir dalam motonya Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Tauladan tapi telah diselewengkan oleh propaganda
fitnah pembangkang yang berjaya menutup sikap ihsan Dr. Mahathir itu.
Begitu juga jika berbuat
kejahatan, lambat laun balasan jahat daripada Allah akan menimpa. Kalaupun
balasan itu tidak diturunkan secara langsung kepada diri kita, ia mungkin
menimpa anggota keluarga kita sama ada anak, cucu atau saudara mara. Bahkan,
kejahatan yang dilakukan menjadikan kita hina dan tidak memperolehi ketenangan
hidup. Maka sebab itu ulama politik tak boleh berhenti melaknat Dr. Mahathir
seperti yang dilakukan oleh Muawiyah terhadap anak cucu Rasulullah selama 70
tahun dalam 100 buah masjid. Orang tetap juga kasih pada ahlul bait keluarga
Rasulullah. Bila timbul kebenaran, yang batil akan tenggelam dengan sendirinya.
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta
memberikan bantuan kepada kaum kerabat dan melarang melakukan perbuatan mungkar
keji dan kezaliman.” Surah al-Nisa ayat 12 bermaksud: “dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada mereka yang
menyerah diri kepada Allah sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan”.
Surah al-Lukman ayat 22
bermaksud: “dan sesiapa yang berserah
diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedangkan dia berusaha menganjur
kebaikan, sesungguhnya dia sudah berpegang kepada simpulan (tali agama yang
teguh)”.
Kita sudah lama tidak mendengar
kata wali orang-orang mukmin “janganlah
kamu berpecah belah. Bersatu dan berpeganglah kepada tali Allah. Jika kamu
lihat dua puak bergaduh satukanlah mereka dan perangilah mereka yang tak mahu
berdamai.”
Bersikap ikhlas, kuat beribadat
memberi perhatian kepada orang miskin dan anak-anak yatim. Berjihad pada jalan
Allah, ikut ajaran Nabi s.a.w bermaaf-maafan dan sabar adalah ciri-ciri sifat
ihsan yang sepatutnya ada pada setiap orang Islam tetapi kita tak nampak watak
yang sebegini pada diri mereka yang bergelar ulama politik atau ulama ‘ampun
tuanku’. Yang ini kita tak nampak pada diri mereka yang menuntut supaya digelar
ulama. Yang ada cuma degree yang
berjela-jela.
Memang masyarakat kita suka
sangat gunakan perkataan tahi. Orang yang teruk berjudi dan minum arak digelar
tahi judi dan tahi arak. Lelaki yang kaki betina digelar tahi betina. Ada juga
pemimpin yang nampak hebat, tapi kena Queen Control. Isteri lebih berkuasa dari
suami. Sudah bodoh kerana penangan nasi kangkang. Inilah jenis jantan yang dah
termakan tahi pi….bini. perangai pemimpin macam inilah yang ada di dalam UMNO
yang merosakkan UMNO. Tapi kebanyakan pengampu dalam UMNO cuba menutup begitu
sahaja gejala ini. Inilah yang cuba digambarkan oleh Shahnon dalam perut UMNO
penuh dengan tahi. Apa bezanya, apa yang ada dalam perut orang UMNO dengan
perut orang PAS. Masakan dalam perut UMNO saja yang ada tahi dan ada kepala
tahi.
Kasihan Prof. Emeritus Shahnon
Ahmad yang telah mencetuskan Kontroversi dengan buku ‘tahi’. Shahnon jadi
popular kerana menceritakan pada orang Melayu dengan bahasa yang kotor dan
tercemar. Memang dalam perut siapa saja yang kotor pasti ada tahi. Apa
sebenarnya yang hendak disampaikan dalam buku shitnya? Shahnon cuba menunjukkan
bahawa politik Melayu hari ini sudah sampai ke peringkat terlalu kotor macam
tahi. Lalu menjadi tanggungjawabnya untuk membersihkannya.
Saya tak peduli jika saya tak
dianggap sebagai sasterawan tak apa. Yang penting biar benci macam mana
sekalipun orang pada saya, dia akan baca buku saya sampai habis. Janganlah
kerana tak berani berterus terang terlalu banyak berselindung dengan tulisan
kita akhirnya merugikan mereka yang membaca buku. Ini zaman ketelusan, zaman
langit terbuka.
Penilaian sebenar terhadap jasa dan pengorbanan
seseorang yang terkenal sama ada tokoh seni, tokoh penulis, seniman sewaktu
masih hidup mereka umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Siapa
pun tak peduli. Masyarakat mula terasa hanya sesudah kehilangannya… Semasa
hidup banyak buah fikiran dan kata-kata mutiara hikmat yang terdapat di dalam
karya mereka seperti allahyarham P Ramlee, Pak Sako, Usman Awang dan lain-lain.
Hanya mereka yang mengenalinya dari dekat saja mengingati dan menyanjunginya
biarpun negara memandang sepi.
Orang-orang Melayu memandang jasa
seorang sasterawan terutama kaum penulis dan pahlawan yang pernah menentang
penjajah Inggeris seperti tahi tapi memandang raja dan sultan para pemimpin
kerajaan seperti emas. Kerana itulah kita tengok nama-nama sekolah, jambatan, hospital,
masjid penuh dengan nama pemimpin dan nama-nama raja sedangkan kubur raja
dipagar dengan indah akan tetapi kubur pahlawan seperti kubur Tok Janggut penuh
dengan semak samun. Begitu juga kubur Mat Kilau. Maka tidak hairanlah jiwa
kepahlawanan tidak hidup lagi dalam diri penulis dan pemimpin Melayu hari ini.
Apa yang hendak disampaikan oleh
Prof. Shit itu tak salah, tapi
disebabkan dia banyak sangat berselindung, maka minda kita tak boleh terbuka.
Maka saya harap bangsa kita bila benci orang jangan sampai macam tahi simpanlah
sikit mana tahu kita akan berbaik semula. Air
dicincang tak akan putus. Mengikut kata Imam Ali celakalah bagi dua
golongan pertama orang yang bila membenci sangat keterlaluan dan bila mereka
yang menyayangi lebih-lebihan. Rasulullah s.a.w suruh kita sederhana dalam semua aspek.
Kita hidup di zaman langit terbuka kita kena
terus terang apa yang perlu ada pada seorang yang mahu jadi pemimpin itu sifat
empat mesti ada pada pewaris Nabi. Pewaris Nabi itu ertinya Pemimpin. Bukankah Nabi
itu Tok Guru Islam yang pertama juga pemimpin, jeneral, tokoh korporat, ahli
politik dan Nabi yang terakhir.
Ramai orang kita yang suka menipu
orang ramai bila bercakap penuh berselindung, kononnya nak jaga hati orang,
yang benar takut periuk nasi masuk pasir. Ini susahnya masyarakat kita, semua
orang nak jaga periuk nasi, siapa yang nak jaga agama, bangsa dan negara. Kerja Raja dijunjung kerja sendiri di
kelek, kerja rakyat letak di mana? Sedangkan kita telah berjanji bahawa
kita hanya hamba Allah. Kerja Allah lah yang kita junjung kerana Allah itu Raja
sekalian alam. Raja pun kena buat kerja Tuhan dan juga rakyat.
Pemimpin yang tidak sidik(benar),
akan menipu dirinya sendiri dan orang-orang yang dipimpinnya. Tidak
amanah(memegang amanah Allah, rasuah dan zalim. Melakukan kecurangan pada
dirinya, keluarganya dan kepada setiap orang yang dipimpinnya. Dia tidak
mempunyai sifat benar dan akan membohongi orang-orang yang dipimpin, memfitnah
dan berdusta. Pemimpin yang tidak mempunyai sifat fatanah dia akan menjadi Raja Dungu.
Lelaki dinilai oleh
kebijaksanaan. Sedangkan wanita diukur dari kecantikan. Fatanah yang sepatutnya
diletakkan di atas kepala namun yang ada dalam otak penuh berisi dengan tahi.
Ketua sedemikian sentiasa diperdaya dan ditipu oleh para penasihatnya yang
akibatnya rakyat menderita kerana kezalimannya sendiri dan dirinya akan
dihumban oleh rakyat ke dalam jurang kehinaan.” Sebelum perkara macam ini
berlaku mereka yang masih tidur lena bangunlah! Dunia sudah mahu kiamat. Bila
lagi orang Melayu mahu bersatu.
Menurut kacamata Islam, setiap
orang perlu memikul amanah untuk menjadi pemimpin walau pemimpin kecil di
kampung-kampung, di pinggir kota atau bandar mestilah mampu memimpin dirinya
sendiri terlebih dahulu supaya dia tidak menajdi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan ia sendiri
berjalan mengiring.
Jika pemimpin yang hidupnya dalam
kemunafikan macam mana hendak membimbing manusia ke jalan yang lurus selain
menyesatkan?
Mudah-mudahan JAKIM berhentilah
menyesatkan orang. Kerana orang yang sesat sahaja kenal mereka yang sesat.
Macam pencuri juga yang kenal pencuri. Di antara faktor memimpin diri, ialah
melengkapkan diri dengan serba –serbi ilmu pengetahuan akhlak atau budi pekerti
yang mulia. Setidak-tidaknya dia tidak akan menjadi seperti bapa haruan yang
makan anaknya sendiri.
Maka faktor memimpin diri
menerusi Islam ialah dengan peribadi ikhsan, iman dan taqwa. Kalau tiga faktor
ini atau salah satu dari faktor-faktor itu tidak ada pada diri orang yang mahu
menjadi pemimpin walaupun dia masih tidak digelar ulama, maka dia tidak layak
menjadi pemimpin. Maka jika orang yang macam ini diletakkan atas kerusi
pemimpin tunggulah saat-saat kehancuran organisasi yang dipimpinnya.
Dalam kebanyakan negara di dunia terdapat
rakyat hidup papa kedana seperti bangkai bernyawa akibat pemimpin-pemimpin yang
tidak mempunyai sifat yang empat, Sidiq,
Amanah, Tabligh, Fatanah, tapi masih mahu mengaku sebagai Ulama Pewaris
Nabi. Apa bezanya dua negeri yang dipimpin oleh PAS sama ada Terengganu atau
Kelantan.
Sebahagian dari ulama Bullshit ada yang mempunyai sifat-sifat “kazib (dusta), kianah
(penipu), kitman (tidak boleh berkomunikasi, tidak telus menyembunyikan
informasi) dan baladah (bodoh, bebal. Bodohnya tidak boleh diajar pandai tak
boleh diikut.)
Inilah kelemahan ulama sasterawan
kita, banyak berselindung disebalik kata-kata. Maka sebab itulah orang Melayu
tak suka baca buku-buku yang ditulis oleh Sasterawan Negara. Boring, letih, nak habis satu buku pun
susah macam dengar kutbah pasti tertidur lena.
Pasti ramai orang kita akan
melenting bila saya kata orang kita suka makan tahi, takkan cakap betul pun nak
marah? Memang ada kuih Melayu yang namanya tahi itik. Ada juga kuih Melayu yang
atasnya dibubuhnya tahi minyak. Kuih yang dibuat dengan kacang hijau yang sudah
dijadikan tepung itu dipanggil kuih kole kacang. Ini tahi boleh makan punya
tapi hidup jangan banyak sangat tahi minyak. Nanti lebih sudu dari kuah.
Kebanggaan bukanlah kesombongan, kemegahan, takbur, atau perasaan
tinggi hati, tetapi ia adalah emanasi dan perluasan dari suatu keperibadian
seperti halnya suara yang memiliki gema dan bintang yang memiliki cahaya. Dia
merupakan karakteristik dalam suatu
keistimewaan dan keunikan pada ketakjuban yang luar biasa. Siapakah yang dapat
menemukan suatu aib pada kesombongan penunggang kuda yang ia punya guru dan
seekor anak kuda ketika bermain di lapangan kemuliaan? Apakah singa yang
mempermainkan buruannya, melompat, meloncat, mengelilinginya adalah sebuah
cacat atau sesuatu yang pantas?
Itu adalah dari sifat alami kekuatan dan dari hasil kebanggaan atas
kemuliaan. Contohnya, sifat alami segala sesuatu, satu saat akan mendidih jika
panasnya sudah memuncak dan aliran air akan banjir jika alirannya sudah meluap.
Imam yamg Sasterawan
Petikan dari: Kumpulan Khutbah
Ali bin Abi Talib
-Sayyid Ahmad Asy-Syulaimi.
1 comment:
"Mudah-mudahan JAKIM berhentilah menyesatkan orang."
Imam Mahadi mesti dapat approval JAKIM baru boleh claim jadi Mahadi. :-)
Agaknya sebab tu Mahadi bakal terbit di Makkah mustahil di Malaysia.
yang melayu dok kecoh-kecoh bani tamim ni tak tahu la apasal eh?
Post a Comment