Hujan Pagi masih belum berhenti walaupun sudah pukul 10, 6hb Ogos 2012. Untung hujan
pagi tidak seperti “ku sangka panas
hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari” apa ruginya kita melihat
keuntungan dalam setiap kerugian. Tuhan suruh kita berfikir positif, di sebalik kesusahan ada kesenangan
(Al-Quran).
Dalam
peribahasa Melayu yang lainnya panas
setahun, hujan sehari pula menggambarkan ‘tabiat’ orang kita yang cepat melupakan budi baik orang kerana
kesilapan yang kecil, Sultan Mahmud yang melupakan jasa besar Megat Terawis
kepada bangsa dan tanahair akibat termakan fitnah, isteri Laksamana Bentan dibelah
perutnya kerana derhaka pada Sultan mengidam seulas nangka, akhirnya sultan
matinya dijulang. Hutang nyawa dibalas nyawa, kerana melakukan sesuatu yang
melampaui batas percaya pada kuncu yang berperangai hasad dengki.
Melayu
suka berkias, pukul anak yang tak berdosa kerana nak menyindir menantu. ‘Bodoh punya kerja’. Apa salah guna body language kalau takut berterus
terang? Konon nak jaga hati orang, pirah! Sebenarnya penakut. Tun Musa Hitam
kata Melayu mesti ‘kurang ajar’, takut apa nak kurang ajar terhadap mereka yang
melakukan kejahatan, biadap, angkuh dan tak menghormati undang-undang? Berapa
kerat manusia yang faham bahasa puisi oleh para ahli sufi atau seperti tulisan
yang berlapis-lapis, berbunga-bunga ketika bahasa hari ini bahasa sms. Tahu takpa… Apa salah cakap “lu
sudah lebihlah, Bro”. Dia nak sakit hati,
nak murka dia punya pasallah, daripada kita hidup dalam stress. Life is short, why make it shorter? Masa
terlalu berharga, kita tak ada masa hendak memahami apa yang tersirat baru nak terbongkar
rahsia yang tersembunyi di mana mereka para intelek dan mereka di peringkat
metafizik pun berkerut dahi. Itulah bahasa saya sejak menulis buku politik semasa. Ramai yang rasa “syok” bila membaca.
Orang luar biasa dia tak hairan dengan hujan yang turun dari langit, kerana dia boleh pindahkan hujan ke tempat lain. Kenapa tak percaya ke? “Ini kecil punya hallah”. Tanya Dr.Azizan Osman. Hujan, ribut, angin taufan, itu sunatullah. Para malaikat dengar cakap insan yang ada hubungan terus menerus dengan Tuhan, jika Allah yang berkata. Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak Allah. Allah suruh hujan pindah ke tempat lain dengan kun faya kun. Bukan perlu jadi bomoh hujan. Pelik baca yasin setiap malam Jumaat, bertahun-tahun cakapnya tak ‘masin’. Mana cakap nak ‘masin’, perangai macam jutawan ‘tahi hidung masin’, bakhil perangai yang dimusuhi Allah. Lagu budak-budak “Rain, rain go away…All the children want to play. Come again another day.” Doa anak-anak yang masih suci juga didengar oleh Allah, begitu juga doa mereka yang teraniaya. Yakin dengan kekuasaan Tuhan. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ingat doa mereka yang di peringkat haqqul yakin, mudah dimakbulkan. Miracle happens to those who believe in them. Anda macam mana? Kenal ke Tuhan yang anda hendak minta dariNya? Tuhan kurniakan ‘mukjizat’ pada para nabi, ‘karamah’ pada awlia, ‘bakat’ pada manusia luar biasa.
Penat
berfikir tentang falsafah ‘hujan’ dan
erti “kemerdekaan” serta nasib bangsa Melayu yang telah kehilangan Persekutuan ‘Tanah
Melayu’, hilang prinsip, hilang maruah kerana tak berani melakukan ‘kelainan’, takut apa orang lain kata, sedangkan
ada peribahasa Melayu yang positif, yang membakar semangat. Jangan ‘hangat-hangat tahi ayam’, jangan
seperti Mat Jenin, jangan takut apa orang nak kata. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,
alang-alang mandi biar basah. Siapa kata Melayu tak ada peribahasa yang
positif untuk mereka yang mahu jadi manusia luar biasa. Hendak cari ilmu
menghidupkan ‘semangat’, datang ke University
of Life. Akibat ‘hati kecil’
macam hati ayam, “chicken” kata orang
Amerika, akhirnya hidup seperti ayam mati
di tepi kepok, itik mati di tepi kolam. Hidup di negeri kaya raya, berada
di dalam keadaan miskin tegar akibat “Melayu mudah lupa”, kata Tun Mahathir. Lupa
pada Tuhan yang menjadikannya bila mereka sanggup memisahkan Melayu dengan
Islam. Untung ada Dr.Azizan Osman yang sanggup mengajar orang kita bagaimana
menjadi kaya dan berjaya, guru yang
ada sentuhan Aura Pengamal Tarikat Naqsyabandiyah,
sanad dari Sheikh Nazim. Baca buku kami “Rahsia Menjadi Kaya dan Berjaya Dunia dan Akhirat” Dah baca belum? Tunggu apa
lagi, gigi sudah tumbuh, masakan menunggu susu ibu. Itulah payahnya bila hasad
dengki makan diri, iri hati dengan bangsa sendiri.
Isu
Melayu satu hal yang sangat ‘sensitif’,
yang mana kita boleh dituduh menanamkan bibit-bibit perkauman di bawah ‘Akta Hasutan’. Kalau kita tak bangkitkan semangat ‘orang Melayu’ yang mudah kecewa, mudah putus asa, sikap yang
dimurkai Tuhan, siapa lagi? Baru setengah abad merdeka, Ramai Melayu yang sudah
tak ada apa-apa sekadar berhibur di malam hari menyambut ‘Hari Kemerdekaan’. Merdeka, merdeka, merdeka macam burung kakak tua ‘sampai tualah’ Bro leka
berhibur, kekal sebagai manusia biasa-biasa yang kehilangan hak istimewanya.
Kita kini berada dalam 1 Malaysia. Ketuanan Melayu itu apa bendanya? Jika masih
di peringkat bebal bangang? Merdekakah kita?
“Untuk menyebut asal usul negara ini adalah Tanah Melayu juga
dianggap perkauman sedangkan kenyataan itu ada dalam sejarah negara yang bakal
dijadikan mata pelajaran wajib tidak lama lagi”.
Tun Dr Mahathir Mohamad
Utusan Malaysia
7 Januari 2011
Saya
menjenguk di kamar sebelah melalui pintu dari dalam kamar kami, di mana
putra-putra Alattas masih tidur lena. Apakah mereka tahu erti kemerdekaan yang
sebenarnya? Siapa yang akan menceritakan pada mereka erti “kemerdekaan” roh, jiwa dan minda untuk menjadi manusia istimewa. ‘Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’
dengan mereka yang bergelar VVIP? Apakah kita harus menunggu sehingga mereka
dewasa baru kita hendak kenalkan anak-anak kita jalan ‘tarikat’ yang menjadi ikutan kita? Jalan menuju makrifat Yang Maha
Esa? Sedangkan dua ratus tahun sesudah wafat Rasulullah, anak di umur begini
sudah tak asing dengan ilmu hakikat dan makrifat berjalan atas air, tak dimakan
api seperti Nabi Ibrahim a.s bersemuka Namrud atau hidup dalam lautan macam
ikan seperti nabi Yunus a.s dalam perut ikan paus hanya dengan do’a. La
illaha illa anta subhanaka inni kuntum minaz zalimin. "Bahwa tidak ada Tuhan yang berhak
disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk
orang-orang yang zalim." Atau seperti Isa a.s yang boleh mencelikkan
orang buta, menghidupkan orang yang dah mati, yang diwariskan kepada Sheikh Abdul
Qadir Jailani? Kata Nabi Isa a.s “yang
buta boleh dicelikkan, yang mati boleh dihidupkan”, yang tak dapat dia
pulihkan itu ialah penyakit ‘bodoh’. Anak
muda macam ini yang tidak akan tunduk, sujud dan sembah sesiapa melainkan
Allah.
Apakah
kerana di umur sedemikian mereka belum boleh berfikir dan berhubung terus
dengan Khaliqnya? Sedangkan Sheikh Abdul Qadir Jailani semasa dalam perut
ibunya sudah boleh memberitahu si ibu ada pencuri hendak menceroboh rumah. Imam Shafie hafaz Quran di umur 8 tahun, Fatimah Maksumi adik kepada Imam Reza, di
umur 11 tahun boleh menjawab soalan yang dikemukakan untuk ayahandanya, Imam
Musa Al-Qazim. Saidina Ali bin Abi Talib memilih Islam akhirnya menjadi sahabat
dan menantu Rasulullah s.a.w ketika masih anak-anak lagi, wajahnya dimuliakan
Allah kerana dia adalah seorang kaum Quraish yang tak pernah menyembah berhala
dengan membaca tiga kali surah Ikhlas, mendapat
Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Apakah ‘tarikat’ yang anda ambil sanadnya bersambung
menuju kepada saidina Ali bin Abi Talib r.a pintu ilmu dan Rasulullah s.a.w
gedungnya ilmu terus kepada Allah subhana wa taala, seperti hubungan lampu
letrik ke pencawang, akhirnya ke penjana elektrik yang mempunyai high voltage? Apakah anda mahu mendapatkan
cahaya yang dicari oleh manusia yang mencari ‘kesempurnaan’ untuk sampai ke makam tertinggi?
Ilmu
suatu yang luas. Membuat kopi pun satu ilmu, mengkaji cakrawala pun satu ilmu.
Bukan hanya ilmu sains dan matematik, malah ilmu kemasyarakatan pun banyak
diceritakan dalam Al-Quran. Hanya kita yang membaca dengan bahasa Arab, tanpa
melihat maksudnya yang tertuliskan jadi macam burung kakak tua.
"Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah
banyak-banyak supaya kamu beruntung”
(Al-Jumu’ah: 10)
Kamal
Arif “Habibi” dan Ali Reza yang lahir
di era millennium sudah tonton filem The
Avatar, The Avenger, Batman, Superman, Spiderman yang menggambarkan
kehebatan watak manusia yang dimiliki oleh para awlia Allah tapi tidak diketahui
oleh peminat filem Hollywood akibat mereka tak kenal siapa Rijalul Ghaib, tak baca
sejarah ‘manakib’ para awlia Allah
yang memiliki keajaiban yang luar biasa. Pahlawan yang tak ada tandingannya.
Ilmu
dan ibadah semestinya seiring Mencari ilmu itu satu ibadah. Menggunakan ilmu
untuk jalan kebaikan juga satu ibadah. Begitu juga jika kita sibuk mencari
kekayaan. Kaya dengan ilmu dan kaya tanpa ilmu adalah dua perkara
yang berbeza. Kaya dengan beribadah dan kaya tanpa beribadah juga dua perkara
yang berbeza.
Kekayaan
yang disertakan dengan ilmu akan akhirnya berkembang dan
memberi pulangan yang sangat banyak. Dengan sistem pengurusan yang efektif,
implementasi ilmu dalam penyelidikan akan diteruskan dan seterusnya
berkembang menjadi satu perniagaan yang sangat besar yang akan menjadikan kita
manusia luar biasa. Maka akan bertambah kayalah individu ini jika kekayaan yang
dinikmatinya diseliputi dengan ilmu yang ada pada dirinya, tidak
dipisahkan dengan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat. Tidak kiralah dalam apa
bentuk perniagaan atau industri, sama ada ianya berbentuk kesejahteraan untuk
dunia mahupun akhirat.
Samakah
persepsi negara merdeka cara Parti Perikatan
di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj, Presiden UMNO kedua Parti
Melayu berbaju British yang mendapat kemerdekaan dari ‘dulang emas’ dengan
Pahlawan Melayu yang mahukan merdeka yang
dikehendaki oleh penentang penjajah atau mereka yang telah memerdekakan diri
dari ikatan keduniaan? Tahukah anda rahsia mereka yang mempunyai ilmu
batin, ilmu ghaib yang dimiliki oleh Tokku Paloh, Syed Mohd Alidrus di Kuala
Terengganu yang boleh mengalahkan armada British tanpa sebarang senjata
melainkan dengan ‘karamah’ miracle
lebih hebat dari Avatar jika difilemkan.
Itulah ruginya tak baca buku mengenai karamah para wali Allah dan kitab kisah
anbiya. Leka tengok bola, otak bubuh di kaki.
Politik
tak boleh dipisahkan dengan agama seperti ‘syariat’ tak boleh dipisahkan dengan
‘hakikat’. Laut dengan pantai, langit dengan bumi, Melayu dengan Islam jika
dipisahkan, hilang integrity, hilang
akhlak, hilang iman. Penat ke? Berhenti membaca, relax sebentar. Kalau perlu nak minum teh tarik atau kopi, silakan.
Apa nak kata jika asap perlu keluar masuk ikut hidung satu amalan yang penting,
lu tanggung sendirilah Bro. Mari kita bertafakur. Ingat pesan orang tua-tua
dulu, di mana bumi dipijak, langit itulah yang dijunjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri. Itulah patriotisme, nasionalisme bagi orang Islam yang
beriman dan cintakan negara, hubbul watan minal iman. Jeritan “merdeka, merdeka, merdeka” disambut “Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar” baru ada kelainan di
malam kemerdekaan.
Kenapa
bumi Melayu tempat tumpah darahmu yang kau pijak, roh dan jasad milik Tuhanmu
yang kau sembah. Tapi kau sanggup jadi orang yang munafik? Dengan
kuasa yang diamanahkan sanggup melakukan sesuatu yang melampaui batas kadar
yang sepatutnya, lupa Tuhan yang memudahkan bagi kita tanpa tumpah darah dan
peperangan. Lupakah kita siapa yang ciptakan kita dari setitis air yang hina,
kemudian lahir dalam keadaan serba lemah. Namun, bila diberi tenaga dan
kekuatan, diberi kuasa dan akal fikiran kita lupakan perjanjian? Perjanjian
yang saya maksudkan ketika di alam azali sudah termaktub, janji kepada Tuhan “tiada lain yang layak disembah
melainkanNya.” Namun bila kita di alam yang ini, batas yang ditetap kita
langkaui? Apakah kerana kau
dikelilingi oleh ulama Snouck yang membenarkan kamu tunduk dan sujud
atas kehendak nafsu shaitaniyah maka
ada di antara kamu yang berperangai macam manusia
firaun yang menyebabkan Melayu akhirnya hilang di dunia?
Saya
tahu ramai yang mengata dan mengutuk dan tidak membenarkan para pengikut dan
barua mereka baca buku saya. Orang tua tulis pun, tulis merapu. Yang anda baca
ini buku siapa? Sorry la Bro. Awak makan cili, mesti rasa pedas. Yang saya
sampaikan ini, amaran dari Tuhan. Apakah anda tak takut kemurkaan Tuhan ke?
Sebagai orang ‘Melayu Islam’
biarpun Habibi yang dilahirkan pada 16 Ogos 2000, yang juga bulan kemerdekaan bagi Indonesia,
Singapura dan Malaysia tapi dia masih belum ‘merdeka’,
dia masih menjadi amanah tanggungjawab kedua ibu bapa, begitu juga dengan Ali
murid Sekolah Islam Adni, yang bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar selain
bahasa Arab dan Mandarin, yang pantas hati dan rohnya Islam. Dengan perantaraan
tiga bahasa, inshaAllah mereka akan menjadi manusia “glokal” seperti amanah
Najib satu waktu dulu. Oleh sebab dia Melayu, ibunya mahu dia menduduki sijil UPSR.
Dia ‘Melayu Islam’ seperti juga ‘India Islam’ atau ‘Cina Islam’, dia mestilah
menjadi Melayu yang luar dalamnya Islam, saya memang mahu anak saya menuntut
ilmu sampai negeri Cina. Ibu putera saya ini, tok neneknya dari Guangzhou.
Melayu mesti bangga dengan bahasa ibundanya yang diiktiraf sebagai
salah satu bahasa lingua franca
kelima di dunia, seperti bangganya Cina yang bercakap bahasa Mandarin, biarpun
dia sudah jadi warganegara Malaysia. Apakah kerana cintakan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan Malaysia,
ianya dianggap bersifat rasis perkauman? Salahkah kita masih terus menanam
semangat Melayu berjiwa Islam dalam diri mereka atau kita sekadar bangga anak
Melayu bersongkok, berbaju Melayu di pagi raya? Raja kita Melayu, Perdana
Menteri pun Melayu, Ketua Polis dan tentera, Ketua Hakim juga Melayu, tapi
ramai yang letih jadi Melayu. Akhirnya kita akan jadi seperti Melayu di Cape
Town South Africa, Melayu di Sri Lanka, dan Singapura budaya Melayunya entah
hilang ke mana bila menjadi rakyat minoriti.
“GAPENA telah dibina sebagai
sebuah organisasi intelektual, sesuai dengan bendera persuratan dan masyarakat
penulis yang dikibarkannya. Dengan itu kita bersenjatakan pemikiran,
rasionaliti dan ilmu pengetahuan. Memang Kerajaan dan segala pihak yang lain
juga melaungkan yang ilmu pengetahuan dan rasionalitilah yang patut menjadi asas
utama dalam pembangunan negara moden. Demikianlah kita berazam untuk ikut
melanjutkan pembinaan negara Malaysia yang moden dan gagah itu, bayangan akan pencapaian
itu telah pun sangat ketara ketika ini sendiri, iaitu tatkala kita menyambut
Ulangtahun ke-50 Kemerdekaan ini.”
Ketua Satu GAPENA
Warta GAPENA
Mei 2007
Bukan
susah nak menghapuskan satu bangsa Melayu, terutama bangsa Melayu yang
dikaitkan dengan Islam. Hilang Islam, hilanglah bangsa itu. Memperjuangkan
Melayu bukanlah sifat ‘assobiyah’
kerana Melayu mesti Islam dalamannya, syariat dan akidahnya selain bahasa. Ahli
ilmu menyebut bahasa jiwa bangsa.
Bahasa jugalah yang menayangkan pandangan alam sesebuah bangsa. Melalui
karya-karya para ahli sufi, bahasa Melayu telah dipergunakan untuk
mempersembahkan rahsia diri-diri yang berbangsa insan kamil, kaum yang selayaknya digelar “bangsawan” kerana segala keindahan yang direnung jiwa terakam
kekal dalam tulisan mereka. Kita beri nama perbendaharaan kata, kerana apa yang
ditutur tiada lain dari intan dan permata, nilaiannya lebih dari harta. Apa
yang dituturkan oleh mereka adalah panduan, pedoman yang dapat dijadikan
sandaran. Melalui bahasa percakapan dan dari loghat, kita mengenal asal usul
negeri atau bangsa seseorang. Tanpa bahasa Arab sebagai bahasa syurga dan
Al-Quran sebagai bahasa Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w berbangsa Arab dari kaum
Quraish bani Hashim, Tuhan pilih sebagai kekasih
dan penghulu segala anbiya. Melalui bahasa persuratan pula, kita boleh
mengenal tinggi atau rendahnya ilmu di
dada orang itu. Ulama apa
namanya, jika Al-Quran di mulut, tak hidup dalam dada? Tak kenal, maka tak
cinta! Bahasa menunjukkan bangsa.
Akhlak Islam menunjukkan siapa Melayu sebenarnya. Bagaimana jika anak raja tak
tahu berbahasa Melayu? Tak tahu adat dan
budaya serta sejarah Melayu, apa lagi isi Al-Quran. Apakah dia masih Melayu?
Islam adalah the complete way of life.
Masih boleh taatkah perintah raja yang tak taat pada perintah Allah dan
Rasulullah s.a.w? Lu fikirlah Bro.
Maka
sesungguhnya telah Kami mudahkan
Al-Qur'an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan
Al-Qur'an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi
peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang.
(Maryam: 97)
Melalui
bahasa Arab yang sebenar, kita dapat
memahami bahasa Quran. Dan melalui ilmu Quran yang disampaikan oleh Jibril
kepada kekasih Allah, Muhammad kita
akhirnya mampu memerdekakan roh, minda, dan jasad anak bangsa dari
penjajah-penjajah era ‘neocolonialisme’.
Jika kemerdekaan itu sekadar penjajah Inggeris pulang ke England
tapi kakitangannya masih menjadi amalan mereka yang berkuasa dengan kaedah ‘pecah dan perintah’, kita masih terikat
dengan undang-undang civil sanggup
melepaskan undang-undang Allah yang terkandung di dalam Al-Quran sedangkan kita
miliki ribuan graduan Melayu yang ada scroll dari Al-Azhar dan lain-lain
universiti di Arab Saudi dalam bidang fekah, bahasa Arab, sirah dan usuluddin
serta mereka yang mempunyai Dr.Falsafah tapi sanadnya dari mahaguru ‘Islam orientalis’
yang pakar mengenai Islam, tapi hati dan jiwanya memusuhi Islam. Beranikah kita
menulis semula sejarah Islam yang sebenarnya? Sampai bila Berhala Putih di U.K masih menjadi tempat rujukan sebelum keputusan
dibuat mengenai Islam? Apa erti kemerdekaan
jika Islam hanya pada songkok dan baju Melayu atau berjubah berkopiah,
berserban, bermisai dan berjanggut dan berkahwin empat kononnya mengikut ‘sunnah’ nabi. Lu fikirlah Bro…
Sunnah yang sebenarnya bermaksud “a way of life”, satu jalan tradisi yang dilalui oleh para
anbiya dan awlia zaman berzaman. Pernah baca buku saya Sunnah Nabi Muhammad Vs. Sunnah Mahathir Muhammad yang hampir
diharamkan tapi terlepas macam itu saja, dan saya dilabelkan sebagai Pak Habib
itu “lain” dia tak makan saman. Suka hati dia aje nak tulis, apakah ini bererti
saya manusia luar biasa kerana saya suka menentang arus? Apakah jalan tradisi umat
Islam, jalan siratulmustaqim yang terkandung dalam ayat tujuh, surah
al-Fatihah “wahai Tuhan, tunjukkanlah aku
jalan kebenaran, jalan hakiki yang hak” yang menjadi kewajiban setiap
muslimin dan muslimat untuk melaluinya? Bila kita ikut, kita dianggap “lain”? Sunnah
kahwin empat, orang perempuan tak boleh ikut, fakir miskin yang tak mampu sara
diri pun tak boleh ikut. Yang mampu pun, hendak kahwin satu lagi, teringin tapi
takut biarpun bini dah menopous.
Bukan takut bini, bini yang tak takut laki. Mungkin dah termakan ‘cirit berandang’. Sunnah bermisai
berjanggut pun orang perempuan dan kanak-kanak juga tak boleh nak ikut. Bagaimana
dengan ‘sunnah’ bersikap amanah, mencari ilmu, makan dan minum yang halal sepertimana
akhlak Rasulullah s.a.w yang berpandu wahyu Ilahi. Ramai yang pandai cakap berceramah
hebat, tapi ‘double standard’. Cakap
lain, fikir lain, buat lain. Islam ke atau munafik?
Sunnah
siapa yang kita ikut? Bila ada kuasa sanggup melakukan rasuah berjemaah,
menipu, memperdaya, salahguna kuasa, lupa tanggungjawab selaku ulil amri lupa
tanggungjawab sebagai ‘ketua’ lupa tanggungjawab sebagai ulama pewaris nabi,
nafsu ingat duit, pangkat dan kedudukan sanggup memutuskan silaturrahim, jiran
tak lagi menghormati hak jiran tetangga dan manusia lain, tak mencintai bangsa
dan tanahair. Allah berfirman di dalam Al-Quran, gunung-ganang, langit dan bumi
bila diberi amanah semua tak sanggup menerimanya. Tapi ‘insan’ mengambil ringan
amanah Ilahi ini, oleh itulah manusia digelar zalim dan jahil! Lupakah
kita akan kisah bani Israel yang meminta hidangan makanan dari langit, lalu
Allah berkata bahawa seandainya mereka zalim sesudah itu, maka akan diazab
dengan azab yang diberi pada kaum-kaum yang lain! Para ulil amri yang
menyalahguna kuasa pemberian Allah sementara rakyat disuruh taat padanya,
itulah yang zalim dan jahil! Sekiranya mereka tahu akan hakikat pembalasan,
bahawa tiada satu pun yang luput dalam ingatan Tuhan, pasti lari mereka dari
kuasa ibarat hutang ‘ah long’ yang
nikmatnya sekejap, penyesalannya berpanjangan. Politik punya pasal, buang
kawan, buang saudara sesama Islam, tak sanggup berkorban harta benda dan jiwa
raga untuk memperjuangkan kemerdekaan rohani, minda dan jasad. Apakah penyakit
kronik ini tak ada ubat?
Kita
berada dalam era di mana ilmu kerohanian dicari oleh manusia yang ada
segala-galanya tapi masih merasakan kekosongan, setiap hari menghadapi stress akibat dada kosong dari pengisian
hakikat, tarikat dan makrifat. Jangan sampai sejengkal lagi nyawa diambil malaikat maut baru hendak bertaubat, baru
teringat Tuhan, to late Bro. Berpuluh
million ringgit yang anda miliki,
malaikat maut tak boleh dirasuah. Sampai bila kita mesti jadi ‘orang biasa-biasa’ yang matanya macam
mata ‘ikan kering’, telinganya macam ‘kuali’, bisu seperti lidah shaitan tak berani berkata benar,
takut mengamalkan amar ma’ruf nahi
mungkar. Kita ini manusia yang dijadikan dari sifat Rahman, kenapa angkuh dan sombong sangat? Sedangkan sifat Qahhar dan Jabbar milik Allah, kita mana boleh pakai.
Christian Snouck Hurgronje |
Bila
lagi nak berhenti melakukan maksiat terhadap Allah secara terus terang? Mudah termakan
dengan tipu helah setan manusia, manusia puaka seperti Snouck Hurgronje,
orientalis dari Belanda yang berjaya merosakkan umat Islam di Acheh kerana
penyamarannya sebagai ‘ulama Islam’? Acheh dulu terkenal sebagai ‘serambi
Mekah’. Akhirnya mereka berbunuhan sesama Islam hingga Tuhan turunkan tsunami sebagai ingatan dan pelajaran.
Hamzah Fansuri |
Nuruddin Al-Raniri |
Prof. Naquib Al-Attas |
Syeikh Abdul Qadir Jailani |
Bila baca Al-Fatihah, hayatilah seluruh maknanya yang bermula dengan Bismillahirohmanirohim. Rugi jadi pengikut yang tak berilmu, sampai bila mahu jadi blind followers kepada ulama seperti Snouck. Apa saja yang kita buat, syirik, bidaah, kafir. Sesuatu tamadun itu dikenal melalui siapa yang dijadikannya sebagai ikutan, kalau Sparta ingin menghasilkan panglima perang yang kuat, maka hari ini Malaysia yang mengimport falsafahnya dari barat kerana kemiskinan idea dan kehampaan berfikir menjadikan orang berkuasa sebagai ikutan, selain dari selebriti dan bintang hiburan, pelawak, dan pemain bola. Awliya dan ilmuan tidak lagi dijadikan ikutan, malah nabi pun dilupakan.
“Maka jika aku
mencintainya, Aku akan menjadi telinganya untuk mendengar, matanya untuk
melihat, tangannya untuk memegang dan kakinya untuk berjalan”
(Hadis Qudsi)
Apakah kita tak mampu melihat dengan MataNya, mendengar dengan TelingaNya, berjalan selangkah sampai seribu
batu jaraknya, seribu tahun jadi sesaat lamanya? Itulah anugerah Allah kepada
awliaNya dan manusia istimewa, bukan manusia puaka. Ilmu tasauf boleh membantu
jiwa mereka untuk dapat memberikan kemerdekaan yang sebenarnya dan menjadi
semulia-mulia manusia, insanul kamil.
Maka carilah. Cari, kau akan
menjumpai. Minta permintaanmu, Allah akan perkenankan.
Tuhan
telah memberikan kemerdekaan kepada manusia sejak Adam dan Hawa masih berada di
dalam syurganya lagi. Tuhan tak peduli sama ada kamu nak jadi komunis,
kapitalis, sosialis, ateis, atau liberalis. Tuhan izinkan Snouck merosakkan
orang Islam yang tak beriman. Suka hati kamulah tepuk dada tanya selera, sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah.
Itulah kemerdekaan pertama yang Tuhan berikan pada manusia, membebaskan setan
untuk menggoda manusia.
Apa
untungnya membaca dan berfikir. Berfikir dan membaca, ibarat kita ada parang
dan kita perlu mengasahnya. Sudah tajam, kita cuba menebas dan menebang. Kita
kini berada di bulan Ramadan, bulan berkat turunnya Al-Quran dan dalam bulan
Ogos ini, sambil menyambut kemerdekaan 31 Ogos, kita juga akan sambut Hari Raya
Aidilfitri pada 19 Ogos di mana hari kita menyambut kemerdekaan sebenarnya
setelah kita berjaya membebaskan diri dari cengkaman nafsu haiwaniyah.
Akibat muflis ilmu ketuhanan dan ‘hakikat insan’ kita takut mati
sedangkan akhir tujuan hidup mahu menyatukan diri dengan Tuhan sedangkan hidup
di dunia ini hanya sementara. Kenapa hendak menongkat langit? “Halia ini
tanam-tanaman, ke barat juga condongnya, dunia ini pinjaman-pinjaman, akhirat
juga akan sungguhnya”
Fahamkah ayat ‘Wahdatul Ujud’ ilmu yang dibawa oleh Hamzah
Fansuri, Nuruddin dan Ibnu Arabi? Kenapa orang tasauf berpesan “cakap
siang, pandang pandang. Tak boleh sebarangan, terutama di kalangan orang
syariat, nanti kita akan difitnah sebagai sesat, gila, kafir”. Beranikah
anda menempuh ujian dan cabaran yang dilalui oleh mereka yang mendalami ilmu
tasauf? Hendak tahu manisnya gula,
masinnya garam kenalah rasa. Siapa kalau bukan ahli tasauf dan orang sufi,
Ilmuwan ulama, pewaris nabi dan guru ‘murshid’ yang perlu dicari. Seek and you shall find, ask and you shall
be given.
Baca, jangan tak baca. Apa jadi pada Firaun yang tunduk pada Ego,
merasa dirinya Tuhan? Pada kaum Nabi Nuh, Tuhan sudah beri amaran, akibat ego?
Begitu juga kaum Nabi Lut, siapa kata Tuhan tak pandai murka? Itulah susahnya
kita lebih takut ‘Tuankau’, takut
sultan murka, takut dilabel durhaka
pada manusia, tapi tidak takut melanggar perintah Yang Maha Kuasa, tak buat apa yang disuruh, lakukan apa yang
ditegah, ikut arahan shaitan. Akhirnya,
kita menyembah selain Allah. Tanpa kita sedari, kita telah menduakan Allah, ada
pula ‘Tuhan Manusia’ (Firaun) dalam satu masa, manusia puaka namanya.
3 comments:
Manusia kini tidak sedar sedang bertuankan Syaitan dan berTuhankan Iblis. (Syaitan terdapat dari golongan manusia - alQuran)
Manusia lebih takutkan manusia ciptaan Allah yg dicipta dari setitik air mani yang hina berbanding mentakuti Penciptanya.
Manusia kini tidak suka menuntut ilmu malah lebih suka menjadi otak suruhan. Kerana malas nak berfikir ibarat nak cepat sampai naik aje lift.
Otak manusia kini lebih kaya dengan dungu, racun daripada zat dan vitamin. Begitu juga dengan hati mereka.
Manusia lebih suka berdiri di sebelah syaitan daripada genggam tangan penyampai ilmu yang ikhlas untuk manusia.
Penyampai kebenaran dianggap orang gila, penyampai kerosakan dianggap orang mulia. Ini bermakna manusia itu dah gila dalam waras. Tunggu masa untuk menjadi manusia yang hilang harta dan sewel.
Manusia yang takut untuk membaca kata-kata penyebar ilmu kebenaran ibarat telah disuntik dadah yang membodohkan jiwa dan hati.
Manusia lebih rela jadi orang bodoh dari orang bijak pandai.
Tahniah kepada manusia yang telah berjaya membuat kerosakan dan tak lupa juga tahniah kepada manusia yang telah diperbodohkan oleh pemesong intelek dan ilmiah.
Melayu mudah lupa, Takkan Melayu hilang di dunia. Tetapi pusaka Melayu dan Maruah Melayu kia terhakis. Tahniah sekali lagi.
Manusia kini tidak sedar sedang bertuankan Syaitan dan berTuhankan Iblis. (Syaitan terdapat dari golongan manusia - alQuran)
Manusia lebih takutkan manusia ciptaan Allah yg dicipta dari setitik air mani yang hina berbanding mentakuti Penciptanya.
Manusia kini tidak suka menuntut ilmu malah lebih suka menjadi otak suruhan. Kerana malas nak berfikir ibarat nak cepat sampai naik aje lift.
Otak manusia kini lebih kaya dengan dungu, racun daripada zat dan vitamin. Begitu juga dengan hati mereka.
Manusia lebih suka berdiri di sebelah syaitan daripada genggam tangan penyampai ilmu yang ikhlas untuk manusia.
Penyampai kebenaran dianggap orang gila, penyampai kerosakan dianggap orang mulia. Ini bermakna manusia itu dah gila dalam waras. Tunggu masa untuk menjadi manusia yang hilang harta dan sewel.
Manusia yang takut untuk membaca kata-kata penyebar ilmu kebenaran ibarat telah disuntik dadah yang membodohkan jiwa dan hati.
Manusia lebih rela jadi orang bodoh dari orang bijak pandai.
Tahniah kepada manusia yang telah berjaya membuat kerosakan dan tak lupa juga tahniah kepada manusia yang telah diperbodohkan oleh pemesong intelek dan ilmiah.
Melayu mudah lupa, Takkan Melayu hilang di dunia. Tetapi pusaka Melayu dan Maruah Melayu kia terhakis. Tahniah sekali lagi.
Manusia kini tidak sedar sedang bertuankan Syaitan dan berTuhankan Iblis. (Syaitan terdapat dari golongan manusia - alQuran)
Manusia lebih takutkan manusia ciptaan Allah yg dicipta dari setitik air mani yang hina berbanding mentakuti Penciptanya.
Manusia kini tidak suka menuntut ilmu malah lebih suka menjadi otak suruhan. Kerana malas nak berfikir ibarat nak cepat sampai naik aje lift.
Otak manusia kini lebih kaya dengan dungu, racun daripada zat dan vitamin. Begitu juga dengan hati mereka.
Manusia lebih suka berdiri di sebelah syaitan daripada genggam tangan penyampai ilmu yang ikhlas untuk manusia.
Penyampai kebenaran dianggap orang gila, penyampai kerosakan dianggap orang mulia. Ini bermakna manusia itu dah gila dalam waras. Tunggu masa untuk menjadi manusia yang hilang harta dan sewel.
Manusia yang takut untuk membaca kata-kata penyebar ilmu kebenaran ibarat telah disuntik dadah yang membodohkan jiwa dan hati.
Manusia lebih rela jadi orang bodoh dari orang bijak pandai.
Tahniah kepada manusia yang telah berjaya membuat kerosakan dan tak lupa juga tahniah kepada manusia yang telah diperbodohkan oleh pemesong intelek dan ilmiah.
Melayu mudah lupa, Takkan Melayu hilang di dunia. Tetapi pusaka Melayu dan Maruah Melayu kia terhakis. Tahniah sekali lagi.
Post a Comment