Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 28, 2012

Bahagian 2 Antara Janda Baik dan Janda Jahat: Anwar Perdana Menteri



Pernahkah anda sampai ke satu kampung bernama “Janda Baik”? 
Di mana Dato’ Seri Najib Rosmah telah memilih satu perkampungan untuk UMNO yang diberi nama ILMU. Apa ilmu yang di ajar kita tidak tahu, yang jelas dengan ilmu yang ada Najib masih takut bini. Rakyat hilang hormat biarpun dia ‘Yang Amat Berhormat.
Yang ini semua orang tahu.Pelik, memang tak patut semua orang salahkan Rosmah. Sedangkang tanggungjawab  untuk jadi ‘Imam’ jatuh pada siapa? 

Tidak ada guna bagi empat tayar baru pada pemandu teksi, RM500 pada orang ramai dan RM200 pada pelajar; duit habis di belanja tapi maki hamun masih diteruskan, kenapa? Adakah Najib ini ‘poyo’ atau ‘sengal’.Keluarga sendiri tidak boleh dijaga dengan betul, macam mana negara tak jadi macam ni? Sampai bila nak jadi Perdana Menteri yang tidak pandai menjaga ‘amanah’ yang di beri Allah sebagai Khalifah?Lu fikirlah bro.

Janda Baik kampung di daerah Bentung, Pahang mula terkenal ketika arwah Tan Sri Ghazali yang lebih dikenali dengan gelaran “King Ghaz”, mantan Menteri Luar Negeri selamat apabila pesawat yang membawanya terhempas di dalam hutan belentara di Banjaran Titwangsa di daerah Janda Baik. Juruterbangnya mati, ada orang kata, dia ada ‘ilmu’ bukan ILMU yang di ajar di kem UMNO.Dulu kalau ada orang hebat dia di label “ada ilmu”; ilmu kebal, ilmu menghilangkan diri dan macam-macam lagi.Keajaiban yang sudah hilang dari Melayu yang cinta dunia takut mati.


“Berpantang ajal, sebelum maut.Setiap yang hidup, mesti mati.Kenapa cinta dunia takut dengan mati?Mati perkara yang mesti.”

“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.”
Al-Quran

“Dunia ini tempat beramal dan tiada pembalasan di situ, sedangkan akhirat adalah tempat pembalasan, tiada amalan diakhirat.Maka beramal solehlah di dunia, untuk kamu menerima tempat yang tak ada amalan di akhirat.”

Saidina Ali Bin Abi Talib
KaramAllahu Wajhah

Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.



Masih adakah orang Melayu yang ada ‘ilmu’ yang di miliki Tok Ku Paloh, Tok Gajah, Tok Kenali dan Dato Maha Raja Lela?Sebab itu kita perlu mempelajari ilmu kenal diri,kenal Tuhan; ‘ilmu’ dalaman Hakikat, Tarikat dan Ma’rifat.Dengan ilmu Tuhan pasti ada banyak keajaiban.Semuanya bermula dengan ilmu tawhid.Supaya kita tak takut mati. Jasad dikebumikan, nama kita kekal hidup. Kenapa orang tak kata Allahyarham pada Sheikh Abdul kadir Jailani, wali songo atau para wali  yang lain? Islam bermula dengan Tawhid.From dust to dust.Jasad dari tanah kembali ke tanah.Roh yang ditiup semasa dalam kandungan ibu kembali kepada Tuhannya.Nak balik macam mana kalau Tuhan sendiri pun tidak kenal.Sedangkan Tuhan lebih dekat dari urat leher?Manusia mati, Tuhan tak mati.

“Tuhan tak beranak dan tidak diberanakkan, tak ada yang bersekutu denganNya.”

Surah Al-Ikhlas

Kenapa ‘Surah al-Ikhlas’ adalah 1/3 dari Al-Quran?

“Berfikir sesaat sama seperti beribadat 1000 tahun.”
Hadith

Ada satu orang tua, dia jenis orang yang sangat pelupa.Ada orang nak kasi dia petua, macam mana nak lepas seksa dekat kubur.


Dia berkata, “Kau ni kan pelupa, jadi sebelum kau mati mintak la anak kau tuliskan jawapan atas kain kapan.” Jawapan untuk soalan cepu emas: ‘ma rabbuka?’, ‘ma nabiukka?’.“Jadi tidak susah la kau nak jawab nanti masa dalam kubur, tengok saja la jawapan,” dia berkata sambil tersenyum lebar.

Nak pendekkan cerita, orang tua itu mati, tetapi dia tidak resah.Sudah dapat ‘rahsia’ macam mana nak berjaya.Malaikat pun datang lalu bertanya kepada si mati, “Ma rabbuka?”Dengan rasa senang hati, si mati mencari jawapan atas kain kapannya.Cari punya cari tidak jumpa juga kerana terlupa tulis.Cemas.Cari lagi, belek sana-sini terjumpa tulisan; lalu terus membaca tanpa ragu-ragu, “Made in China!” Malaikat jadi ‘sengal’, ‘poyo’ atau ‘bebal’ kerana orang tua ni?

Mereka yang kenal diri, kenal Tuhan sanggup mematikan diri sebelum mati, rindu bertemu dengan Allah hu rabbi.Sudahkah kita mempunyai ilmu bagaimana hendak kembali kepada Allah dan tahukah kita jawapan ‘marabbuka’?Siapa Tuhan kamu?Kerana kita adalah rahsia Tuhan dan Tuhan adalah rahsia kita. Sampai bila 99 nama tuhan kita tahu, yang satu kita tidak tahu? Macam orang yang ada RM999,999 tapi kerana RM1 dia tidak jadi jutawan. Sedangkan terlalu ramai yang nak jadi ‘Millionaire’.

Siapa Anwar Ibrahim; semua orang kenal, lebih popular dari Agung atau Perdana Menteri. Mana lebih baik: berzikir dan sebut nama Allah, berselawat ke atas Nabi SAW; pagi, petang, siang dan malam; atau mengingati nama Anwar Ibrahim yang setiap hari di TV arus perdana? Salah siapa rakyat teringat dan cinta kan Anwar Ibrahim kalau bukan media arus perdana B.N?

Beranikah anda mematikan diri sebelum  kita mati; bukan suruh makan pill tidur atau terjun dari KLCC. Berani bunuh ego yang lebih besar dari nyawa, bila terasa diri berkuasa.Sifat amarah yang mesti di matikan, hingga anda tidak menyembah nafsu; tidak takut bini, tidak takut hilang jawatan, tidak takut Tuanku ‘murka’. Lupakah yang anda pernah berjanji dengan Allah semasa Allah meniupkan rohNya ke dalam diri kita yang kita tidak akan menyembah selain Allah. Pelik tapi benar, yang di ingat dan di sembah pagi, petang, siang, malam wang yang ada gambar kepala Agung, ‘fulus’, duit Ringgit Malaysia.

“Tidak ada sebab yang lain Allah menjadikan insan dan jin melainkan untuk menyembahnya”
Az-Zariyyat:56

Pelik  tapi benar, mereka yang sudah terpengaruh dengan kebendaan, berjiwa materialistik dan terpengaruh dengan ideologi liberalisme sanggup buat apa saja untuk mendapatkan harta, kuasa dan wanita untuk dunia yang sementara.Melayu dah lemas menunggu kerana bila lagi nak memikirkan bagaimana memperbaiki keadaan haru-biru dan bercelaru, politik pagi, petang, siang, malam; akhirnya yang dikejar tidak dapat yang di kendong berciciran.Cuba perhatikan siapa mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang kalau bukan Melayu.Apa sebabnya jika bukan ekologi di rosakkan. Siapa yang merosakkan kalau bukan ‘penyamun tarbush’ yang berkuasa.

Datang telanjang, mati tidak bawa apa-apa.Kenapa di puncak kuasa mahu menongkah langit? Tuhan boleh ambil apa yang ada pada diri kita sekelip mata. Sampai bila pemimpin gila berebut kuasa?Raja dalam rumah buat kira-kira?Seperti lagu Tiga Kupang. Rakyat dapat apa; suri dalam dapur, buat roti gula untuk janda kaya ke?

Kenapa sanggup sembah selain Allah?Ikut pengaruh syaitan?Kenapa yang terlupa hidup lawannya mati, akhirat juga yang kekal? Harta yang tinggal akan menyusahkan hidup mereka dalam kubur; kalau anda percaya ada hidup sesudah mati, tentu sekali ahli politik yang berebut kuasa hingga terlupa menang sorak kampung tergadai, tidak jadi ‘penyamun tarbush’. Heran, bila tidak kenal Tuhan, isteri lebih sanggup masuk neraka dari di madu, akibat ego yang berlebihan; cinta pada manusia, sedangkan lelaki mana yang cukup dan puas dengan seorang perempuan? ‘A man is old when he stops looking at women’. Inilah masyarakat kita hari ini, ahli politik gila kerusi dan takut hilang kerusi.

“Raja takut sakit dan mati.”
Ku Shah anakanda Sultan Idris, Perak

Sampai bila Melayu mahu di lekakan dengan hiburan.Apakah tidak takut bangsa Melayu menjadi pendatang haram dalam negerinya sendiri yang pada suatu masa dahulu bernama Persekutuan Tanah Melayu?
Ada peribahasa Inggeris yang mengingatkan kita, beri anjing nama yang buruk, kita boleh bunuh anjing tersebut.”‘Label’, gelaran buruk yang diberikan pada seseorang atau satu kelompok boleh merendahkan martabat satu satu puak yang tak berdosa akibat manusia hilang adab, mengikut Prof Naquib Al-Attas.

Kalau memang dia buruk masakan kita nak kata dia cantik. Tapi yang pelik kenapa Najib tidak peduli dilabel ‘jantan takut bini’ tapi tak takut apa jadi pada bangsa Melayu dengan politik jangka pendek yang dimainkan nya? Apakah Najib tidak punya ‘conscience’? Rosmah tidak peduli, dirinya dilabel sebagai “puaka”.Dia terlupa kebencian rakyat hari ini telah merosakkan imej dan hilangnya kepercayaan Melayu pada UMNO.Tuhan sudah tunjukkan Adam A.S terkeluar dari syurga kerana terpengaruh oleh Hawa.Bila Melayu lari dari UMNO yang menjadi harapan Melayu, Melayu berpecah belah dan akhirnya Melayu hilang kuasa politik dan Melayu menjadi ‘seperti itik mati kehausan di tepi air’.Segala-galanya sudah tidak berguna.

Apakah kerana mereka masih berada di puncak kuasa atau dia belum mendapat ‘hidayah’?Mari kita guna ‘reverse psychology’ ikut Edward De Bono, mari kita minta Tuhan beri mereka   ‘hidayah’, mari kita minta Allah sambungkan silaturrahim yang terputus di antara ummat Islam di Malaysia. Jika Rosmah salah guna kuasa menjaga anak ‘permata’, wang tersebut dikembalikan semula dan minta Najib bersedia untuk letak jawatan sebelum pilihan raya; jika betul dia sayangkan UMNO dia bertawakal pada Allah; Insya-Allah air di cincang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam bercantum semula. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya. Fikir, Tafakur, THINK sebelum nasi terbuang ke dalam lumpur.

Sanggupkah kita melihat apa yang kita pandang buruk, sedangkan disebalik yang buruk ada sesuatu yang elok di dalamnya. Itu satu keberanian seperti membersihkan kotor di muka tanpa memecahkan cermin yang menunjukkannya.Seperti mutiara di dalam kerang; buruk kulitnya. “A coin has two sides”, wang syiling ada dua muka. Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang, masakan tak ada yang baik tentang manusia yang kita sudah label sebagai musuh.Sebagai contoh Anwar Ibrahim; kenapa takut dia jadi Perdana Menteri, bukankah dia TPM semasa Tun Mahathir jadi PM?Lagi pun dia di buang, bukan dia bakar jambatan seperti Rais Yatim.

Dunia ini pentas sandiwara; setiap orang ada peranannya; Tuhan nak menguji kita. Malaikat, Iblis, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan alam cakera wala, Dia yang jadikan.

“Pandang yang ramai ingat pada yang satu.Yang ramai itu asalnya dari yang satu.”
Kata-kata Orang Sufi
Mana lebih baik kita ‘mendoakan’ supaya Tuhan memberikan ‘hidayah’ kepada musuh-musuh politik atau minta Tuhan melaknat mereka yang kita musuhi? Jangan mengaku beriman kalau kulit saja Islam.Kata ‘sengal’ muka kerepot, kenapa nak emosi sangat bila bencikan orang sampai lebih-lebih?Rileklah bro. Cuba kita cerminkan muka kita.Satu jari menunjuk pada orang, 3 lagi tunjuk diri sendiri. Kalau Tuhan nak hapuskan Anwar, ‘kun faya kun’, hancur macam Firaun. Sebab itu saya sudah berhenti serang Anwar.Macam-macam buku saya sudah tulis, dia makin kuat.Suka hati Tuhan lah kalau dia nak jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri selepas Najib; saya siapa?
‘Label’, ‘trademark’ dan ‘jenama’ memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia namun Tuhan yang menguasai niat dan hati manusia.

Tengok label yang digunakan oleh media Barat terhadap umat Islam sebagai ‘terrorist’ berpunca dari Septemer 11, peristiwa di New York, adalah racun yang dimasukkan ke dalam pemikiran orang Barat yang tidak tahu mengenai Islam dan akhirnya paling ramai muncul ummat Islam di USA; pengaruh dari mereka memburuk-burukkan Islam. Kuffar mahu dunia melabel umat Islam sebagai ‘pengganas’ sedangkan orang Mukmin takut buat dosa membunuh apa lagi melanggar perintah Allah.Kenapa Anwar Ibrahim saja kita heret ke mahkamah, kenapa orang yang terlibat dengan kes Altantuya bebas macam itu saja?Di mana keadilan?Sebab itu ramai yang sokong parti Keadilan dan baca akhbar Keadilan.Hishamuddin Rais telah letak ‘benchmark’ bagaimana nak jadi penulis yang berani.

Yang kita marah-marah sampai tidak boleh fikir ini pasal apa? La taghdab, kata Rasulullah SAW - jangan marah. Kata Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya, “kalau marah nanti kena jual.”
Pernahkah kita terfikir bahawa kenapa semasa Isra’ Mikraj, Nabi Muhammad SAW mendapat tahu ada pelacur yang masuk syurga sebab memberi anjing minum, yang kita pandang hina, sedangkan Tuhan masukkan pelacur ke dalam syurga; pasti ada baiknya anjing di banding dengan ‘poyo’ atau ‘mangkok ayon’. Kenapa tidak tafakur, fikir, THINKbahawa  dalam syurga ada anjing dan pelacur. Apakah dalam syurga tidak ada janda yang sempat bertaubat atau sedang mencari guru yang murshid dengan sifatloving, giving, sharing, caring and forgiving?

Kenapa kerana seekor nyamuk, kelambu kita bakar? Kalau tak suka Najib, suruh saja Najib berhenti supaya UMNO dapat diselamatkan, gantikan dengan Anwar; dia pun dulu di buang oleh Mahathir, bukan akar umbi UMNO yang buang dia. Kerana Anwar di buang Melayu bukan saja pecah tiga, entah berapa kerana ramai yang marah pemimpin politik kotor dalam perkampungan UMNO. Apakah ini bukan satu bahaya untuk anak cucu kita yang tidak ada apa-apa di negaranya sendiri; kalau kita takut mengadakan reformasi diri dan bukan lagi reformasi di jalanan.

Mungkin dalam UMNO sudah tak ada lagi orang yang berani akibat mereka takut nanti jadi seperti Hang Nadim kerana masih ada Sultan yang sanggup dengar cakap setan dan Melayu takut dengan perkataan daulat dan derhaka.Sampai bila Melayu nak jadi ‘sengal’ atau ‘gerek’ - pinjam kata orang Melayu Singapura.Daulat apa? Nangka dah berulat. Ini zaman Allah hu Akbar; Takbir! Allah hu Akbar, Allah hu Akbar. Kalau tidak percaya baca buku Setan, Syaitan, Sultan yang dianggap bahaya oleh mereka yang belum membacanya; seperti mereka dengar nama janda atau takut janda yang macam Rosmah. Buku 3S 3Tan ini cetakan terbatas, dah nak habis.

Ilmu berani yang diadakan pada 22 Disember 2012 sebagai penutup sesudah 7 kali saya adakan perkongsian ilmu dengan mereka yang berminat di University of Life. Akibat tidak ramai yang berani datang kerana saya di tahan polis.Sedangkan polis itu ‘acah aje’. Kena ‘acah’ dengan polis pun takut, ‘confirm sengal’.

Saya yakin ramai sangat yang sukakan ‘ilmu berani’ tapi takut nak memulakannya.Sampai bila hendak hidup dalam ‘cocoon’?Bila lagi nak keluar dari pemikiran dalam kotak?Melayu kena berani berubah; jika takut, bangsa kita rebah.Tanya mereka yang sudah mengikut forum di University of Life. Tanya mereka apa kesan kata-kata yang saya sampaikan, ‘if God is your friend, who would dare be your enemy?’ Insya-Allah akan menjadi ‘turning point’ dalam hidup mereka yang penakut kerana hidup dalam kegelapan. Ilmu adalah cahaya. Saya membatalkan apa yang akan diadakan pada 19 Januari 2013 kerana saya fikir masih ramai yang takut terlibat dengan saya; dianggap derhaka pada Raja dan akan di berkas oleh polis yang ikut perintah Raja.

Jika ada yang berminat mengenai apa yang dikongsikan di University of Life, tunggu saya terbitnya buku The University of Life; kerana saya tengah sibuk menyiapkan buku Mencari Jalan Pulang dan Antara Janda Baik dan Janda Jahat Anwar Ibrahim Perdana Menteri.

Selamat Tahun Baru 2013!

4 comments:

Hafiz said...

nice artikel

akmars dream building said...

good one Pak Habib.

karami said...

Alhamdulillah

Unknown said...

Pak Habib mmg kemaih sejak dr saya budak2 smpi jd bpak budak dah la ni Pak Habib ttp istiqomah.

Get your Tickets now!