Pernahkah anda sampai ke satu kampung bernama “Janda Baik”?
Di
mana Dato’ Seri Najib Rosmah telah memilih satu perkampungan untuk UMNO yang
diberi nama ILMU. Apa ilmu yang di ajar kita tidak tahu, yang jelas dengan ilmu
yang ada Najib masih takut bini. Rakyat hilang hormat biarpun dia ‘Yang Amat
Berhormat.
Tidak ada guna bagi empat
tayar baru pada pemandu teksi, RM500 pada orang ramai dan RM200 pada pelajar;
duit habis di belanja tapi maki hamun masih diteruskan, kenapa? Adakah Najib
ini ‘poyo’ atau ‘sengal’.Keluarga sendiri tidak boleh dijaga
dengan betul, macam mana negara tak jadi macam ni? Sampai bila nak jadi Perdana
Menteri yang tidak pandai menjaga ‘amanah’ yang di beri Allah sebagai
Khalifah?Lu fikirlah bro.
Janda Baik kampung di daerah Bentung, Pahang mula terkenal ketika
arwah Tan Sri Ghazali yang lebih dikenali dengan gelaran “King Ghaz”, mantan
Menteri Luar Negeri selamat apabila pesawat yang membawanya terhempas di dalam
hutan belentara di Banjaran Titwangsa di daerah Janda Baik. Juruterbangnya
mati, ada orang kata, dia ada ‘ilmu’ bukan ILMU yang di ajar di kem
UMNO.Dulu kalau ada orang hebat dia di label “ada ilmu”; ilmu kebal,
ilmu menghilangkan diri dan macam-macam lagi.Keajaiban yang sudah hilang dari
Melayu yang cinta dunia takut mati.
“Berpantang ajal, sebelum maut.Setiap yang hidup, mesti
mati.Kenapa cinta dunia takut dengan mati?Mati perkara yang mesti.”
“Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.”
Al-Quran
“Dunia ini tempat beramal dan tiada pembalasan di situ, sedangkan
akhirat adalah tempat pembalasan, tiada amalan diakhirat.Maka beramal solehlah
di dunia, untuk kamu menerima tempat yang tak ada amalan di akhirat.”
Saidina Ali Bin Abi Talib
KaramAllahu Wajhah
Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.
Masih adakah orang Melayu yang ada ‘ilmu’ yang di miliki Tok Ku Paloh, Tok Gajah, Tok Kenali dan Dato Maha Raja Lela?Sebab itu kita perlu mempelajari ilmu kenal diri,kenal Tuhan; ‘ilmu’ dalaman Hakikat, Tarikat dan Ma’rifat.Dengan ilmu Tuhan pasti ada banyak keajaiban.Semuanya bermula dengan ilmu tawhid.Supaya kita tak takut mati. Jasad dikebumikan, nama kita kekal hidup. Kenapa orang tak kata Allahyarham pada Sheikh Abdul kadir Jailani, wali songo atau para wali yang lain? Islam bermula dengan Tawhid.From dust to dust.Jasad dari tanah kembali ke tanah.Roh yang ditiup semasa dalam kandungan ibu kembali kepada Tuhannya.Nak balik macam mana kalau Tuhan sendiri pun tidak kenal.Sedangkan Tuhan lebih dekat dari urat leher?Manusia mati, Tuhan tak mati.
Masih adakah orang Melayu yang ada ‘ilmu’ yang di miliki Tok Ku Paloh, Tok Gajah, Tok Kenali dan Dato Maha Raja Lela?Sebab itu kita perlu mempelajari ilmu kenal diri,kenal Tuhan; ‘ilmu’ dalaman Hakikat, Tarikat dan Ma’rifat.Dengan ilmu Tuhan pasti ada banyak keajaiban.Semuanya bermula dengan ilmu tawhid.Supaya kita tak takut mati. Jasad dikebumikan, nama kita kekal hidup. Kenapa orang tak kata Allahyarham pada Sheikh Abdul kadir Jailani, wali songo atau para wali yang lain? Islam bermula dengan Tawhid.From dust to dust.Jasad dari tanah kembali ke tanah.Roh yang ditiup semasa dalam kandungan ibu kembali kepada Tuhannya.Nak balik macam mana kalau Tuhan sendiri pun tidak kenal.Sedangkan Tuhan lebih dekat dari urat leher?Manusia mati, Tuhan tak mati.
Surah Al-Ikhlas
Kenapa ‘Surah al-Ikhlas’ adalah 1/3 dari Al-Quran?
“Berfikir sesaat sama seperti beribadat 1000 tahun.”
Hadith
Ada satu orang tua, dia jenis orang yang sangat pelupa.Ada orang
nak kasi dia petua, macam mana nak lepas seksa dekat kubur.
Dia
berkata, “Kau ni kan pelupa, jadi sebelum kau mati mintak la anak kau tuliskan
jawapan atas kain kapan.” Jawapan untuk soalan cepu emas: ‘ma rabbuka?’,
‘ma nabiukka?’.“Jadi tidak susah la kau nak jawab nanti masa dalam
kubur, tengok saja la jawapan,” dia berkata sambil tersenyum lebar.
Nak
pendekkan cerita, orang tua itu mati, tetapi dia tidak resah.Sudah dapat ‘rahsia’
macam mana nak berjaya.Malaikat pun datang lalu bertanya kepada si mati, “Ma
rabbuka?”Dengan rasa senang hati, si mati mencari jawapan atas kain kapannya.Cari
punya cari tidak jumpa juga kerana terlupa tulis.Cemas.Cari lagi, belek
sana-sini terjumpa tulisan; lalu terus membaca tanpa ragu-ragu, “Made in
China!” Malaikat jadi ‘sengal’, ‘poyo’ atau ‘bebal’ kerana
orang tua ni?
Mereka yang kenal diri, kenal Tuhan sanggup mematikan diri
sebelum mati, rindu bertemu dengan Allah hu rabbi.Sudahkah kita mempunyai
ilmu bagaimana hendak kembali kepada Allah dan tahukah kita jawapan ‘marabbuka’?Siapa
Tuhan kamu?Kerana kita adalah rahsia Tuhan dan Tuhan adalah rahsia kita.
Sampai bila 99 nama tuhan kita tahu, yang satu kita tidak tahu? Macam orang
yang ada RM999,999 tapi kerana RM1 dia tidak jadi jutawan. Sedangkan terlalu
ramai yang nak jadi ‘Millionaire’.
Siapa Anwar Ibrahim; semua orang kenal, lebih popular dari
Agung atau Perdana Menteri. Mana lebih baik: berzikir dan sebut nama Allah,
berselawat ke atas Nabi SAW; pagi, petang, siang dan malam; atau mengingati
nama Anwar Ibrahim yang setiap hari di TV arus perdana? Salah siapa rakyat
teringat dan cinta kan Anwar Ibrahim kalau bukan media arus perdana B.N?
Beranikah anda mematikan diri sebelum kita mati; bukan suruh makan pill tidur atau
terjun dari KLCC. Berani bunuh ego yang lebih besar dari nyawa, bila terasa
diri berkuasa.Sifat amarah yang mesti di matikan, hingga anda tidak menyembah
nafsu; tidak takut bini, tidak takut hilang jawatan, tidak takut Tuanku ‘murka’.
Lupakah yang anda pernah berjanji dengan Allah semasa Allah meniupkan rohNya ke
dalam diri kita yang kita tidak akan menyembah selain Allah. Pelik tapi benar,
yang di ingat dan di sembah pagi, petang, siang, malam wang yang ada gambar
kepala Agung, ‘fulus’, duit Ringgit Malaysia.
Az-Zariyyat:56
Pelik tapi benar, mereka
yang sudah terpengaruh dengan kebendaan, berjiwa materialistik dan terpengaruh
dengan ideologi liberalisme sanggup buat apa saja untuk mendapatkan harta,
kuasa dan wanita untuk dunia yang sementara.Melayu dah lemas menunggu
kerana bila lagi nak memikirkan bagaimana memperbaiki keadaan haru-biru dan
bercelaru, politik pagi, petang, siang, malam; akhirnya yang dikejar
tidak dapat yang di kendong berciciran.Cuba perhatikan siapa mangsa
banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang kalau bukan Melayu.Apa sebabnya jika
bukan ekologi di rosakkan. Siapa yang merosakkan kalau bukan ‘penyamun
tarbush’ yang berkuasa.
Kenapa sanggup sembah selain Allah?Ikut pengaruh syaitan?Kenapa
yang terlupa hidup lawannya mati, akhirat juga yang kekal? Harta yang tinggal
akan menyusahkan hidup mereka dalam kubur; kalau anda percaya ada hidup sesudah
mati, tentu sekali ahli politik yang berebut kuasa hingga terlupa menang
sorak kampung tergadai, tidak jadi ‘penyamun tarbush’. Heran, bila
tidak kenal Tuhan, isteri lebih sanggup masuk neraka dari di madu, akibat ego
yang berlebihan; cinta pada manusia, sedangkan lelaki mana yang cukup dan puas
dengan seorang perempuan? ‘A man is old when he stops looking at women’.
Inilah masyarakat kita hari ini, ahli politik gila kerusi dan takut hilang
kerusi.
Ku Shah anakanda Sultan Idris,
Perak
Sampai bila Melayu mahu di lekakan dengan hiburan.Apakah tidak
takut bangsa Melayu menjadi pendatang haram dalam negerinya sendiri yang pada
suatu masa dahulu bernama Persekutuan Tanah Melayu?
Ada peribahasa Inggeris yang mengingatkan kita, “beri anjing
nama yang buruk, kita boleh bunuh anjing tersebut.”‘Label’,
gelaran buruk yang diberikan pada seseorang atau satu kelompok boleh
merendahkan martabat satu satu puak yang tak berdosa akibat manusia hilang
adab, mengikut Prof Naquib Al-Attas.
Kalau memang dia buruk masakan kita nak kata dia cantik. Tapi yang
pelik kenapa Najib tidak peduli dilabel ‘jantan takut bini’ tapi tak
takut apa jadi pada bangsa Melayu dengan politik jangka pendek yang dimainkan
nya? Apakah Najib tidak punya ‘conscience’? Rosmah tidak peduli,
dirinya dilabel sebagai “puaka”.Dia terlupa kebencian rakyat hari ini
telah merosakkan imej dan hilangnya kepercayaan Melayu pada UMNO.Tuhan sudah
tunjukkan Adam A.S terkeluar dari syurga kerana terpengaruh oleh Hawa.Bila
Melayu lari dari UMNO yang menjadi harapan Melayu, Melayu berpecah belah dan
akhirnya Melayu hilang kuasa politik dan Melayu menjadi ‘seperti itik mati
kehausan di tepi air’.Segala-galanya sudah tidak berguna.
Apakah kerana mereka masih berada di puncak kuasa atau dia belum
mendapat ‘hidayah’?Mari kita guna ‘reverse psychology’ ikut
Edward De Bono, mari kita minta Tuhan beri mereka ‘hidayah’, mari kita minta Allah
sambungkan silaturrahim yang terputus di antara ummat Islam di Malaysia.
Jika Rosmah salah guna kuasa menjaga anak ‘permata’, wang tersebut
dikembalikan semula dan minta Najib bersedia untuk letak jawatan sebelum
pilihan raya; jika betul dia sayangkan UMNO dia bertawakal pada Allah;
Insya-Allah air di cincang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam bercantum
semula. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya. Fikir,
Tafakur, THINK sebelum nasi terbuang ke dalam lumpur.
Sanggupkah kita melihat apa yang kita pandang buruk, sedangkan
disebalik yang buruk ada sesuatu yang elok di dalamnya. Itu satu keberanian
seperti membersihkan kotor di muka tanpa memecahkan cermin yang
menunjukkannya.Seperti mutiara di dalam kerang; buruk kulitnya. “A coin has
two sides”, wang syiling ada dua muka. Tidak ada manusia yang sempurna
melainkan Nabi Muhammad SAW.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana
yang tidak bergelombang, masakan tak ada yang baik tentang manusia yang kita sudah
label sebagai musuh.Sebagai contoh Anwar Ibrahim; kenapa takut dia jadi
Perdana Menteri, bukankah dia TPM semasa Tun Mahathir jadi PM?Lagi pun dia di
buang, bukan dia bakar jambatan seperti Rais Yatim.
Dunia ini pentas sandiwara; setiap orang ada peranannya; Tuhan nak
menguji kita. Malaikat, Iblis, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan alam
cakera wala, Dia yang jadikan.
“Pandang yang ramai ingat pada yang satu.Yang ramai itu asalnya
dari yang satu.”
Kata-kata Orang Sufi
Mana lebih baik kita ‘mendoakan’ supaya Tuhan memberikan ‘hidayah’
kepada musuh-musuh politik atau minta Tuhan melaknat mereka yang kita musuhi?
Jangan mengaku beriman kalau kulit saja Islam.Kata ‘sengal’ muka
kerepot, kenapa nak emosi sangat bila bencikan orang sampai lebih-lebih?Rileklah
bro. Cuba kita cerminkan muka kita.Satu jari menunjuk pada orang, 3 lagi
tunjuk diri sendiri. Kalau Tuhan nak hapuskan Anwar, ‘kun faya
kun’, hancur macam Firaun. Sebab itu saya sudah berhenti serang
Anwar.Macam-macam buku saya sudah tulis, dia makin kuat.Suka hati Tuhan lah
kalau dia nak jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri selepas Najib; saya siapa?
‘Label’, ‘trademark’ dan ‘jenama’ memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan manusia namun Tuhan yang menguasai niat
dan hati manusia.
Tengok label yang digunakan oleh media Barat terhadap umat Islam
sebagai ‘terrorist’ berpunca dari Septemer 11, peristiwa di New York,
adalah racun yang dimasukkan ke dalam pemikiran orang Barat yang tidak tahu
mengenai Islam dan akhirnya paling ramai muncul ummat Islam di USA; pengaruh
dari mereka memburuk-burukkan Islam. Kuffar mahu dunia melabel umat
Islam sebagai ‘pengganas’ sedangkan orang Mukmin takut buat dosa
membunuh apa lagi melanggar perintah Allah.Kenapa Anwar Ibrahim saja kita heret
ke mahkamah, kenapa orang yang terlibat dengan kes Altantuya bebas macam itu
saja?Di mana keadilan?Sebab itu ramai yang sokong parti Keadilan dan
baca akhbar Keadilan.Hishamuddin Rais telah letak ‘benchmark’
bagaimana nak jadi penulis yang berani.
Yang kita marah-marah sampai tidak boleh fikir ini pasal apa? La
taghdab, kata Rasulullah SAW - jangan marah. Kata Tan Sri P. Ramlee
dalam filemnya, “kalau marah nanti kena jual.”
Pernahkah kita terfikir bahawa kenapa semasa Isra’ Mikraj, Nabi
Muhammad SAW mendapat tahu ada pelacur yang masuk syurga sebab memberi anjing
minum, yang kita pandang hina, sedangkan Tuhan masukkan pelacur ke dalam
syurga; pasti ada baiknya anjing di banding dengan ‘poyo’ atau ‘mangkok
ayon’. Kenapa tidak tafakur, fikir, THINKbahawa dalam syurga ada anjing dan pelacur. Apakah
dalam syurga tidak ada janda yang sempat bertaubat atau sedang mencari guru
yang murshid dengan sifatloving, giving, sharing, caring and forgiving?
Kenapa kerana seekor nyamuk, kelambu kita bakar? Kalau tak
suka Najib, suruh saja Najib berhenti supaya UMNO dapat diselamatkan, gantikan
dengan Anwar; dia pun dulu di buang oleh Mahathir, bukan akar umbi UMNO yang
buang dia. Kerana Anwar di buang Melayu bukan saja pecah tiga, entah berapa
kerana ramai yang marah pemimpin politik kotor dalam perkampungan UMNO. Apakah
ini bukan satu bahaya untuk anak cucu kita yang tidak ada apa-apa di negaranya
sendiri; kalau kita takut mengadakan reformasi diri dan bukan lagi reformasi di
jalanan.
Mungkin dalam UMNO sudah tak ada lagi orang yang berani akibat
mereka takut nanti jadi seperti Hang Nadim kerana masih ada Sultan yang sanggup
dengar cakap setan dan Melayu takut dengan perkataan daulat dan derhaka.Sampai
bila Melayu nak jadi ‘sengal’ atau ‘gerek’ - pinjam kata orang
Melayu Singapura.Daulat apa? Nangka dah berulat. Ini zaman Allah hu
Akbar; Takbir! Allah hu Akbar, Allah hu Akbar. Kalau
tidak percaya baca buku Setan, Syaitan, Sultan yang dianggap bahaya oleh
mereka yang belum membacanya; seperti mereka dengar nama janda atau takut janda
yang macam Rosmah. Buku 3S 3Tan ini cetakan terbatas, dah nak habis.
Saya yakin ramai sangat yang sukakan ‘ilmu berani’ tapi
takut nak memulakannya.Sampai bila hendak hidup dalam ‘cocoon’?Bila lagi
nak keluar dari pemikiran dalam kotak?Melayu kena berani berubah; jika takut,
bangsa kita rebah.Tanya mereka yang sudah mengikut forum di University of Life.
Tanya mereka apa kesan kata-kata yang saya sampaikan, ‘if God is your friend,
who would dare be your enemy?’ Insya-Allah akan menjadi ‘turning point’ dalam
hidup mereka yang penakut kerana hidup dalam kegelapan. Ilmu adalah cahaya.
Saya membatalkan apa yang akan diadakan pada 19 Januari 2013 kerana saya fikir
masih ramai yang takut terlibat dengan saya; dianggap derhaka pada Raja dan
akan di berkas oleh polis yang ikut perintah Raja.
4 comments:
nice artikel
good one Pak Habib.
Alhamdulillah
Pak Habib mmg kemaih sejak dr saya budak2 smpi jd bpak budak dah la ni Pak Habib ttp istiqomah.
Post a Comment