Sementara
menunggu berjumpa dengan ‘Sheikh’ selepas maghrib, saya duduk di lobi
hotel yang disiapkan untuk tetamu, belum lama mennggu pelayan membawa minuman
petang, syukur pada Allah, bersyukur pada yang sedikit Allah akan menambah,
tetapi jangan lupa berterima kasih pada manusia yang memberi. Kita belum sampai
taraf Tuhan suruh malaikat menghantar makanan terus pada kita.
'Sheikh' Panji Gumilang |
Seperti
biasa ‘Sheikh’ memang penuh dengan jadual menemui tetamu, maka saya
keluar untuk melihat tumbuh-tumbuhan sambil berfikir, apa ertinya hidup ini,
apa tujuan Tuhan menghidupkan kita? Apa yang kita hendak buat dengan hidup ini?
Percayalah kalau sudah berusia 60 atau 70 tahun tetapi masih tidak mahu
mengajar apa lagi mahu belajar, lebih baik jadi pohon yang boleh ditebang,
boleh buat rumah selain perkakas juga kayu api.
Kita di
suruh mencari ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Tak mahu membaca,
tak mahu cari guru, macam mana nak dapat ilmu? Tanpa ilmu agama, bolehkah masuk
syurga? Kita tak tahu pun yang kita pernah berjanji dengan Allah. ‘Aras tu birabbikum’. Bukankah aku ini
Tuhanmu? Benar, Engkau ini Tuhanku. Itulah perjanjian di alam Lahut. Kita leka
berhibur pagi petang, siang malam, leka shopping, leka ‘bola’,
pagi bola, malam bola, makan bola, tidur bola, seolah-olah hidup kita di atas
muka bumi untuk minat yang ditentukan oleh nafsu saja. Tak peduli langsung nak
belajar ilmu akhirat sedangkan mati satu kemestian, boleh berlaku pada bila-bila
saja. Mati nanti dalam kubur nak jawab apa bila ditanya ‘marabbuka’? ‘Marabbuka’
itu binatang apa? Apa bendanya? Siapa Tuhan kamu? Bola, bola bola, gol, gol,
gol. Alangkah baiknya jika kita mempunyai anak yang soleh, yang tidak
memutuskan kita dengan akhirat.
Anak yang
mengalami masalah keciciran sejak dari rumah bakal mengalami nasib yang serupa
dalam pembelajaran. Apabila berlaku keciciran di sekolah, kemungkinan besar
mereka mengalami keciciran dalam masyarakat. Generasi yang mengalami keciciran
ini hanya menambah beban kepada keluarga dan masyarakat. Tanggungjawab siapa
kalau bukan alim ulama’. Peranannya sebagai khalifah Allah memperbaiki keadaan
hari ini.
Anak yang
keciciran dalam pembelajaran sering kali terlibat dalam masalah disiplin
seperti ponteng sekolah, bergaduh, mencuri, menipu guru dan terlibat dengan
gejala salah laku seks. Oleh sebab itu, pendidikan anak harus bermula di rumah.
Ilmu mengurus anak perlu dipelajari oleh ibu bapa. Mempelajari kemahiran
keinsanan yang membawa pendekatan kasih saying juga perlu diketahui oleh ibu
bapa. Membina hubungan yang erat dalam kalangan keluarga terutama anak-anak
harus menjadi keutamaan sehingga mereka dewasa. Pendidikan anak juga menuntut
kesabaran dan belas kasihan terhadap anak.
Kerosakan
akhlak anak berpunca daripada kecuaian ibu bapa terutama ketika mendidik anak
sejak dalam buaian lagi. Jika ibu bapa cuai mendidik anak terutama untuk
melaksanakan suruhan dan larangan agama, kesannya bakal diterima apabila anak
meningkat dewasa. Itulah tujuan buku ini ditulis untuk menyelamatkan manusia
dari kesengsaraan hidup di dunia dan azab di akhirat. Kita perlu kembali kepada
Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.
Nabi kita
suruh tuntut ilmu hingga ke negeri China, kita tak peduli langsung sabda
Rasulullah SAW. Ada ulama kata hadith ini tak sahih bila tersedar Eropah dan
USA pergi dari Cina dan kita bergantung hidup pada Cina yang menguasai kita dan
seluruh perniagaan yangada di negara kita dikuasai oleh ‘the overseas Chinese’. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya. Kita sekadar jadi kaum pembeli, ramai yang jadi pencacai, jadi
hamba abdi akibat tak peduli. 9/10 peratus pendapatan adalah dari
berniaga. Pada bulan Jun 1975, saya ada menulis sebuah buku bertajuk ‘9/10 Rezeki Adalah Dari Perniagaan’,
buku cenderamata P.P.P.K.M.N.J Cawangan Johor Bahru. Semua pergi menuntut ilmu
untuk mengabdikan diri ‘saya yang menurut
perintah’ bukan yang memerintah. Lu fikirah bro. Kenapa saya ke Tanah Jawa?
Kenapa saya minta anda fikir ‘tafakur’, ‘think’. ‘Marabbuka’
itu apa? Tuhan anda itu siapa? Dan apa pentingnya agama kepada anak-anak bangsa
kita?
Apa salahnya
di mana saja kita berada kita bertafakur? Kita adalah makhluk yang ada akal,
ada duit cepat aje nak belanja, ‘shopping’ , ‘shopping giler’.
Kenapa ada akal tidak digunakan? Berapa ramai manusia yang menggunakan akal
fikirannya? Bukankah dunia ini sebuah pentas, kata Shakespears. Kita sekadar
pelakun, pengarah dan produsernya siapa? Penulis skrip siapa? Untuk hidup di
dunia dan di akhirat inilah yang akan saya kongsikan dengan anda ‘Alattas
University Of Life’.
Kebetulan
saya adalah antara manusia yang tidak berani membuang masa yang dipinjamkan
sesuka hati saya.
“Demi masa manusia itu sentiasa didalam kerugian” (Al-Quran)
Ramai
yang pandai bercakap ‘masa itu emas’, cakap saja ikut sedap
mulut. Jika waktu itu emas, kenapa ramai sangat yang membuangkannya
begitu saja. Anda bagaimana? Tahukah anda di pentas dunia ini anda cuma seorang
fakir, nyawa anda itupun milik Allah. Jangan kata segala-gala yang lainnya,
hendak jawab ‘marabbuka’ pun tak tahu, Islam apa namanya? Semoga Allah
ampunkan dosa saya dan dosa anda.
Kenapa
bila berada di taman kita tidak memerhatikan pendedahan tentang kebesaran Allah
yang jelas pada tumbuh-tumbuhan yang mengandungi ayat-ayat Tuhan? Selaku umat
Islam anda tentu tahu bukan saja hidup perlu menjawab soalan, mati pun lagi
banyak soalan yang perlu anda jawab. Syurga, neraka, alam maya ini dia bosnya.
Pelik, anda tak kenal bos, murid tak kenal guru besar, rakyat Malaysia tak
kenal Perdana Menteri, tak tahu lagu Negaraku. Sudah ditukar jadi lagu
Negarakuku.
Pernahkah
anda terfikir apa yang dapat anda pelajari dari taman yang mengandungi
unsur-unsur keTuhanan? Apa bezanya antara pokok dan tokoh? Ada pohon di dalamnya
lebih berharga dari emas, sudah mati ‘kayu gaharu’ bila dibakar harganya
mahal kerana wangi. Anda bagaimana? Wangi atau busuk nama yang akan anda
tinggalkan nanti? Ular dan buaya kulitnya jauh lebih berharga dari manusia
yang tak beragama.
Pernah
lihat pohon kelapa (niur), jika di hutan harimau adalah raja, pohon niur adalah
raja tumbuh-tumbuhan, isi, kulit tempurung, pelepah, daun, lidi, umbut dan
batangnya boleh jadi bahan pertukangan. Manusia sebagai khalifah Tuhan harus mempunyai
akhlak, adab, tutur kata, budi bahasa, ilmu, amal seperti Nabi Muhammad SAW
baru hidupnya bermula.
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.(Al-Hajj - 22:46)
Saya
takut nak buang masa yang diamanahkan maka saya fikir-fikir dan terjemahkan
fikiran saya dalam bentuk tulisan. Mana tahu apa yang sedang saya fikirkan
mengenai Melayu itu apa? Islam itu apa boleh kejutkan anda kerana manusia itu
makhluk yang alpa, lalai, sudah sampai ajal baru mahu ingat Tuhan, baru mahu
bertaubat. Sudah terlambat. Agama itu nasihat menasihati. Buku yang saya tulis
ini untuk Melayu terutama yang beragama Islam yang berada di Nusantara, tapi
Melayu bukan Islam pun tak salah baca, mana tahu mereka juga boleh mendapat
manfaat. Iqra’. Baca
dengan nama Allah. Apakah saya perlu berceloteh dengan panjang lebar kerana
bukan senang mahu menjawab soalan yang dikemukakan tanpa fakta. Melayu itu
siapa?
Begitu
istimewa institusi IMR, Artikel 160 memperuntukkan bangsa Melayu wajib beragama
Islam. Kalau seseorang Melayu itu murtad, menjadi bukan Islam maknanya dia
bukan lagi Melayu. Bila sudah tak ada Melayu, apa akan jadi pada Raja-Raja
Melayu? Apakah orang yang menerima wakil lebih mulia dari yang memberi wakil?
Mereka tak peduli pun.
Bila
orang Melayu ‘murtad’, ramai yang ‘murtad’ dianggap terbatal
kedudukan dia sebagai bangsa Melayu. Ini penting difikirkan oleh seorang ketua
Agama yang berbangsa Melayu kerana perlembagaan hanya memberikan hak dan
kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, seperti yang dimaktubkan
di bawah Artikel 153. Islam ‘addin’ adalah cara hidup yang paling
sempurna. Islam apa namanya jika tak ikut Al-Quran dan Sunnah Nabi? Mungkin
munafik.
Kenapa
ramai Melayu hari ini yang malu menjadi Melayu dan ramai Melayu yang murtad?
Apakah kerana mereka malas membaca atau hal-hal mengenai Islam tak diajar oleh
ibubapa. Apakah tingkah laku ibubapa, ketua-ketua dan isteri mereka lari dari
kehidupan dan tingkah laku sebagai orang Islam yang beriman? Bagaimana di
sekolah dan IPTS, kawan-kawan, apakah Islamnya di Mykad saja?
Baca
terus, inilah antara benda-benda yang akan saya kongsikan di Alattas University
Of Life supaya Melayu tak hilang di dunia. Biarpun sudah ada 1 Malaysia
yang diperkenalkan oleh Najib, Perdana Menteri Malaysia.
Ramai
yang mengaku Islam, namun segala kelakuan, peribadi, akhlak dan perbuatannya
tidak selaras dan bersamaan dengan Islam. Angkuh, riak, zalim, kejam, membazir,
dari hal makan minum perlukan tanda halal, apakah wang yang diberi makan
keluarga halal dari hasil pekerjaan? Bagaimana dengan hubungan persaudaraan
dengan jiran tetangga? Ada banyak hal lain dalam kehidupan tidak berteraskan
Islam. Ramai yang sudah jadi seperti The Overseas American seperti dalam
buku saya tajuk yang sama. Akibat kebimbangan ini saya cuba hidupkan semangat
Islam yang dapat dipelajari dari alam, isi Al-Quran yang terdapat di dalam
taman.
Jika kita
lihat sebuah rumah terbakar, apakah kita tengok saja sambil berpeluk tubuh.
Kita bukan haiwan, tengok haiwan lain kena sembelih atau dibelasah orang kita
duduk diam tak buat apa-apa. Saudara kita sedang menuju ke api nuraka, kita tak
berani sabung nyawa untuk selamatkan sebelum sampai bomba?
Perjuangan
yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas
sebelum ini. Islam menentang ketidakadilan dan manusia yang menyembah selain dari Allah. Itulah tugas
Rasulullah SAW. ‘Mannabiuka’, siapa Nabi kamu?
Perjuangan
menghidupkan kembali Islam ibarat mata rantai, kita bukan yang terdahulu, bukan
yang terakhir. Sebagai contoh saya pilih Sheikh Abdul Kadir Jailani Sultanul
Awlia yang terkenal di kalangan Melayu. Kita adalah penerus kepada perjuangan
yang belum selesai. Siapa kalau bukan kita yang mesti meneruskan perjuangan
untuk melakukan yang terbaik ketika di zaman kita?
Bagaimana
anak muda hari ini harus berani mencipta sejarah jika kita tidak memperkenalkan
Syariat, Hakikat, Tarikat dan Makrifat yang menjadi amalan para sufi yang telah
menghidupkan semula Islam?
Apakah
akibat minda Melayu yang sudah terlalu lama dijajah di Indonesia oleh Belanda,
di Malaysia oleh Inggeris maka kita terus tidur seperti pemuda yang terdapat
dalam kisah Pemuda Al-Kahfi? Minda hanya akan terbuka bila ‘mata hati’
kita tidak lagi buta. Bagaimana mahu menghidupkan ‘mata hati’ kita jika
anda tidak membaca Ihya Ulumuddin
oleh Imam Al-Ghazali dan Sirrul Asrar oleh Sheikh Abdul Qadir Jailani? Apakah
kerana sistem pendidikan yang hanya mengutamakan Syariat dan Bahasa Arab semata-mata tanpa ilmu Hakikat, Tarikat dan Makrifat gagal mengisi makna Al-Quran di
dalam dada supaya murid-murid yang tak kenal, kenal siapa diri mereka
sebenarnya.
Imam Al-Ghazali |
Pelik,
lima kali sehari azan Allah hu Akhbar, Allah yang Maha Besar,
dikumandangkan, Allah paling dekat dengan diri kita, tak terasa kebesaran zat
Tuhan yang ada dalam diri kita. Apakah asma Allah yang sepatutnya hidup
dalam diri masih tertidur? Selain melakukan solat, azan mengajak kita menuju
kejayaan. Kenapa kita masih gagal mendapat hidayat dari Allah? Lu fikirlah Bro!
Bolehkah
kita salahkan ego pemimpin yang besar yang tidak boleh menjadi teladan biarpun
Mahathir telah memperkenalkan kepimpinan melalui teladan? Akibat tak ada
‘role model’, pemimpin atau ketua-ketua agama yang boleh dijadikan
teladan, kita terus tidur. Lu fikirlah Bro.
Saya
tiba-tiba terfikir kenapa ke Tanah Jawa untuk belajar pasal Melayu? Ayahanda
saya Almarhum Habib Alwee Alattas lahir di Tanah Jawa berhampiran Masjid Ampel
di Jawa Timur. Walaupun definasi Melayu ialah mereka yang beragama Islam,
bertutur dalam bahasa Melayu, berasal dari kepulauan Melayu, tetapi di Johor
Jawa, Arab dan Pakistan tidak diiktiraf sebagai Melayu, maka Melayu itu apa?
Melayu itu siapa? Asalnya dari mana? Bugis, Raja Melayu kerana Raja Johor
keturunan Melayu tetapi ada campuran Mat Salleh. Kasihan Jawa, Mandeling,
Banjar dan lain-lain etnik tidak diiktiraf sebagai Melayu. Melayu kaya dengan
budaya yang mereka bawa bersama, budaya ketika berhijrah dan menetap di Tanah
Melayu. Semua itu sudah jadi sejarah (history), sebab itu kerajaan Indonesia
marah bila budaya dari Indonesia di pelgiat sebagai budaya Malaysia.
Tan Sri Ismail Hussien |
Saya
teringat di sini Gapena pernah mengadakan simposium serantau Tak Melayu
Hilang Di Dunia, ketika itu Dato Aziz Deraman menjadi Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka Malaysia, ianya berlangsung di Dewan Tan Sri Ismail Hussein di Al-Zaytun sebagai penghargaan kepada Ketua Satu Gapena. Jawa mengiktiraf
Ismail Hussien yang berasal dari Acheh.
Melayu
telah dipecah-belahkan oleh penjajah sehingga pengertian Melayu yang diungkap
Pendeta Zaaba sangat berbeza dengan gelagat pemimpin dan Ketua Agama Islam dan
budaya Melayu. Kata Zaaba, “Melayu itu kuat kerana berpegang pada akidah
Islam, semangat perjuangan dan memiliki budi pekerti”. Zaaba atau
Zainal Abidin Ahmad adalah tokoh sasterawan dan pemikir yang dihormati dan
menjadi orang Melayu pertama lulus peperiksaan Senior Cambridge pada 1915.
Dulu
bangsa Melayu hebat dan dihormati kerana agama Islam dijunjung, budayanya
dikelek. Kenapa agama dijunjung tanpa Islam? Mereka tak kenal diri dan tak
kenal Tuhan, tak tahu yang mereka bukan sekadar manusia biasa tetapi manusia
luar biasa (special being), makhluk istimewa 3 dalam 1, jasad, roh
dan akal. Tuhan ada disisi mereka dan mereka telah berikrar dengan Allah
“alastu birobbikum, qolu bala syahidna”. ‘Tidak ku sembah selain
Engkau’. Orang kafir tidak diajar yang manusia itu ‘sirr’ rahsia
Tuhan dan Tuhan itu rahsia manusia. Istimewanya Melayu bila mereka kenal diri
dan kenal Tuhannya.
Hari ini
agama dan budaya dibiar tergolek akibat air yang keruh di hulu maka keruh
juga di hilir. Siapakah yang akan menghidupkan Melayu supaya tidak akan
hilang didunia kalau bukan mereka yang berjiwa Islam dan mempunyai ilmu hakikat,
tarikat dan makrifat?
Dalam diri manusia terdapat seluruh bagian dari alam. Seseorang yang berhati bersih akan melihat seluruh isi alam dalam dirinya. Laut, misalnya, jika permukaannya tenang dan airnya jernih, semua ikan dan haiwan-haiwan yang terdapat di dalamnya akan nampak gerak dan diamnya.
Akan Kami perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami pada segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa sesungguhnya (Quran) itu benar.(QS Al-Hajj, 22:32)
Kenapa
hari ini kita didedahkan lebih ramai ‘penjenayah kolar putih’ yang
ditahan dalam penjara adalah Melayu begitu juga mat rempit, penagih dadah,
penceraian, keruntuhan moral dan hidup di bawah taraf kemiskinan. Peratusan
yang cemerlang dalam akademik oleh anak-anak Melayu sepatutnya dapat memberi
gambaran ‘kecemerlangan’ dalam segala aspek kehidupan terutama dari segi
adab (disiplin). Apakah kerana mata pelajaran sivik atau moral gagal mendidik
pelajar dengan nilai-nilai murni, adab mengikut Nabi Muhammad SAW?
Saya
percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Niat
penting, segala amal bermula dengan niat.
Amal dan niat
saleh akan menyebabkan timbulnya kewibawaan pada diri seseorang. Ia akan tampak
beda dengan orang lain, ucapannya didengar dan bermanfaat. Sebaliknya, amal dan
niat buruk akan menyebabkan pelakunya diselimuti kegelapan kerana mata hatinya
gelap.
Setiap
anak yang dilahirkan adalah Islam. Mereka seperti bibit-bibit yang perlu
dipelihara, jika tidak disiram dengan air tidak akan tumbuh. Manusia disiram
dengan ilmu, amal dan peringatan. Ibubapalah yang menjadikan mereka Hindu,
Buddha, Kristian, Atheist dari prilaku ibubapa.
Saya mahu
anak-anak saya menjadi orang-orang terkemuka, yang baik, ‘soleh’,
berjaya di dunia dan di akhirat, sebab itu saya perlu pilih sekolah yang
terbaik untuk mereka di peringkat asas primary. Saya mahu mereka menjadi ahli
akademik yang beriman dan bertaqwa, berani keluar dari kepompong, berfikiran
dalam kotak akibat ada ijazah untuk jual ayat-ayat Al-Quran dengan harga yang
murah, berfikir besar, tidak mahu jadi ulama jumud disebabkan ‘colonization’
penjajahan minda bentuk baru.
Tidak ada
gunanya kita menyalahkan penjajah yang telah menanam ‘jiwa hamba’ kerana
kita sudah jadi bangsa yang ‘merdeka’, hidup di negara merdeka tetapi
tak tahu sejarah. Kemerdekaan manusia yang bermula bila Allah turunkan
Al-Quran, hidup kita seperti kereta tanpa manual.
Tugas
pertama Islam menegakkan keadilan, menentang kekejaman dan kezaliman dan
membebaskan hamba abdi. Lupakah kita siapa Bilal r.a. Muazin pertama dibebaskan
baru dia boleh mengamalkan Islam sebebasnya, hanya Allah yang disembah. Apa
penyebab rakyat tak berani jadi tuan kerana agama dikuasai oleh beberapa kerat
manusia yang berkuasa merasa diri mereka itu tuhan? Apakah kerana setelah orang
putih keluar, bangsa sendiri yang jadi tuan, kita kekal sebagai hamba tuan yang
tak kenal diri dan Tuhan?
Saya
bosan retorik dengan ‘ketuanan Melayu’ oleh mereka yang masih menjilat
kasut tuan membuatkan orang Melayu merasakan yang kita terhutang hidup kepada
manusia yang diagung-agungkan seperti Tuhan? Lu fikirlah Bro...
Ilmu yang
bermanfaat adalah ilmu yang tidak akan meninggalkanmu: didunia mahupun di
akhirat. Ilmu adalah alat. Meskipun ilmu itu baik (hasan), tapi hanyalah
alat, bukan tujuan. Oleh kerana itu, sedikit ilmu alat sudahlah cukup. Ilmu
harus diiringi adab, akhlak dan niat-niat saleh. Ilmu demikian inilah yang
dapat mengantarkan seseorang kepada maqom-maqom yang tinggi.
Apa
sebabnya saya sanggup menyerahkan anak ke Al-Zaytun kalau bukan kerana saya
tidak yakin dengan sistem sekolah dan universiti hari ini yang gagal untuk
melahirkan manusia yang boleh mencapai menjadi ‘insanul kamil’, manusia
yang bukan saja takut tetapi mencari kecintaan Tuhan untuk menjadi ‘wali
Allah’.
Manusia
akan melakukan apa juga bentuk jenayah bila mereka tak tahu malu bila melakukan
keburukan, bila mereka tak dapat membezakan antara dosa dan pahala akibat tidak
adanya asas tauhid di dada. Ramai manusia yang namanya saja Islam tetapi buta
agama. Mereka malu jika buta IT, apalagi buta huruf, akibat buta mata hati
mereka bukan saja tidak tahu menghormati manusia lain tetapi tak ada rasa
kemanusiaan terhadap manusia dikeliling mereka. Tengok
sajalah perangai mereka yang merasakan diri dan keluarga berada di atas
undang-undang. Lu fikirlah Bro.
3 comments:
salam pa' habib. kupasan yg baik. insyaAllah.
Ilmu adalah 'alat'...seterusnya tanggungjawab hamba memandang pada "Pengrm dan Pengutus" pada alat tersebut.. Hak mutlakNya...SubhanaAllah.
Sesungguhnya Ilmu hanyalah sebagai 'alat'...hak hamba adalah memandang pada "Pengrm dan Pengutus" pada alat tersebut...Hak mutlakNya...SubhanAllah.
Post a Comment