Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 3, 2012

Ulama Bullshit Tok Guru Murshid


Di dalam tulisan saya akhir-akhir ini, saya banyak menggunakan perkataan ‘tahi’. Anda mungkin pernah dengar perkataan guru yang Murshid dan pernahkah anda dengar orang kata jangan cuba hendak Bullshit aku. Bunyi Murshid dan Bullshit sama macam bunyi O.I.C. Oh… I…See you… Saya tengok-tengoklah dulu, mempersenda-sendakan. Sudah tengok-tengok, sudah mendengar, ada yang kena Bullshit kena kelentong. Tok Guru Bullshit pula maknanya Tok Guru yang Kaki Auta, putar alam dalam kampung dia, mungkin dialah yang terpandai tapi orang yang diajarnya itu buta huruf, dia boleh membaca dan menulis jadilah dia yang paling hebat. Haprak punya kakilah tok guru.

Dalam buku saya ‘The Ugly Malays’ bab yang pertama, saya namakan ‘chicken shit politic’. Saya gunakan perumpamaan hangat-hangat tahi ayam bila menceritakan Perjuangan Para Pemimpin Melayu yang menjadi pemimpin Bullshit ini ertinya Tahi Lembu. Dibandingkan dengan tahi ayam, tahi lembu memang besar. Besar-besar tahi lembu tetap panggilannya Bullshit juga. Orang Indonesia kata kotoran lembu tapi boleh jadi baja pokok. Maka orang yang suka pembohong hebat macam mana pun dia tetap najis juga.

Berbeza dengan orang yang kuat membaca iaitu kaki buku, orang tak kata dia kaki buku. Orang kata dia ulat buku. Book Worm atau cacing buku, ulat ini celah batu dan dalam tanah pun boleh hidup. Dr. Mahathir adalah ulat buku, susah orang hendak Bullshit dia dan dia jenis pegang bara sampai jadi arang. Bukan mudah hendak pimpin negara hingga 22 tahun dan dia punya misi yang jauh apa yang dimimpikan dijadikan kenyataan. Mahathir ditakuti oleh pemimpin dalam parti atau puak-puak pembangkang kerana setakat ini tak ada siapa yang boleh Bullshit dia. Perangai tahi ini tak ada dalam dirinya. Dia bersih dari gelaran tahi judi atau kaki betina. Hidupnya bersih sebab itu dia tak peduli dengan buku Shahnon yang macam shit dan pembangkang yang kaki Bullshit. 


Pemimpin yang sudah keluar UMNO masuk PAS masuk semula UMNO atau masuk Semangat 46 balik kepada UMNO cakap-cakap mereka dianggap Bullshit, cakap yang tak laku orang yang tak ada prinsip macam ni nama saja Yang Berhormat tapi tak ada siapa yang nak hormat.

Sesudah meneliti dan sesudah mengkaji mengenai Melayu dan tahi, terutamanya bila kita buat analisis kenapa Shahnon Ahmad gunakan perkataan ‘shit’ tahi sebagai tajuk bukunya. Kita tak boleh berdiam diri.
Buku Shahnon ‘shit’, biarpun ada orang kata shit itu tahi seperti terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi saya berkata shit itu cuba melambangkan Dr. Mahathir yang digelarkan sebagai kepala tahi. Kepala tahi itu pula namanya PM. (yang bermaksud Pu……Mak) itu tujuan Shahnon Ahmad untuk menghina Dr. Mahathir!

Selalunya bila orang Amerika marah orang, mereka gunakan you Shit!, kau ni macam tahilah. Busuk punya kaki, one cent no use. Tahi adalah satu benda yang sangat jijik macam jijiknya politik hari ini. Yang itu mungkin saya boleh terima. Sebab itu orang kata politic is dirty. Ini bererti macam semua dalam perut orang UMNO ada tahi. Cuba tunjukkan perut manusia mana yang tiada tahi. Anak ayam baru menetas belum makan apa pun kalau melepas keluar tahi.

Pandainya media milik pembangkang mempolitikkan istilah Shit sebagai PM akhirnya ulama politik yang mempraktikkan isu tahi semuanya bergelumang dengan tahi. Perkataan mencarut memang disukai ramai, maka orang yang suka mencarut memang suka dengan perkataan Pu…..Mak, yang selalunya menjadi jampi serapah sesetengah orang yang memang suka maki hamun dalam masyarakat Melayu kita. Orang ramai menggunakan istilah PM itu sebagai memaki Dr. Mahathir. Tapi orang yang melihat  kehidupan Dr. Mahathir macam langit dengan bumi. Akhirnya mereka yang menyalak itu seperti meludah ke langit. Air ludah yang bachin itu jatuh ke mukanya sendiri. 

Mereka yang pada mulanya seronok beli buku shit semata-mata mahu lepaskan geram pada PM. Tapi bila bawa balik ke rumah baru buka satu muka dua muka dah rasa mual macam nak muntah. Kalau hidup Dr. Mahathir kotor sudah tentu berlumuran dengan tahi, akibatnya siapa-siapa yang rapat dengannya kena tahi. Sedangkan perkara itu tidak berlaku ke atas Dr. Mahathir! Itu sebabnya Tuhan tegah manusia dari membuat kerja mengumpat dan memfitnah. Dalam kehidupan orang yang terpelajar dan beragama, perkara yang utama mestilah bercakap benar.

 Buku itu menjadi popular sebab marahnya rakyat Malaysia terhadap Mahathir disebabkan serangan yang bertubi, terhadap peribadi Dr. Mahathir. Seperti apa yang cuba dilakukan terhadap Al-Zaytun oleh JAKIM.
Pena adalah senjata yang paling berbisa untuk menjatuhkan seorang pemimpin selain dari buku Shit, buku MahaFiraun, ada banyak lagi buku-buku dan berpuluh  majalah di pasaran, ternyata Mahathir kebal. Tidak ada satu buku pun yang boleh menikamnya apatah lagi untuk mencederakan. Tak lut.

 Siapakah yang memulakan bahasa kurang ajar itu kalau bukan seorang Profesor Emeritus yang mewakili parti politik yang menggunakan Islam sebagai alat untuk cari pengaruh. Seorang yang bertaraf profesor adalah seorang ulama yang sepatutnya perlu peka terhadap Islam sebagai satu tamadun sejagat yang mementingkan tutur kata, berbudi bahasa (ada budi dan bahasa) dan seorang yang budiman (berbudi dan beriman). Berbudi semata-mata kerana Allah Taala. Ada ihsan dan keikhlasan. Sebagai nilai utama sifat keislaman.

Mengikut Tan Sri Mohamad Isa dalam majalah Malaysia Business tarikh 16 Mei 2002 MB Negeri Sembilan mengatakan “Shahnon dah nyanyuk” penulisannya menampakkan yang dia masih belum dewasa, sepatutnya MP Bahagian Sik, Kedah itu memulangkan balik anugerah Prof. Emiratus yang telah dianugerahkan padanya pada tahun 1992 supaya dia pergi menjaga kawasan pilihanrayanya.



Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menjelaskan sifat terpenting Ulama, iaitu ulama sebenarnya tidak mencari dunia dengan ilmu agamanya, perbuatannya mesti sepakat dengan percakapannya, bertekun menjayakan ilmu yang mendatangkan faedah dan mengelakkan diri dari persoalan sia-sia iaitu terbabit dalam banyak perkara khilaf dan berdebat didalamnya.

Siapa yang memasukkan dalam minda Melayu supaya suka pada benda-benda yang kotor? Tan Sri Musa Hitam cuma kata bahawa orang Melayu patut kurang ajar. Sebab itu ulama PAS beramai-ramai melabelkan  ulama UMNO sebagai ulama barua. Ulama yes man burung kakak tua kerana bila Dr. Mahathir kena, mereka tak dapat menangkis peluru dari ulama PAS. 

Di sebelah utara perkataan ‘barua’ ini biasa saja. Macam orang Johor guna perkataan ‘haram jadah’ dan orang Melaka gunakan perkataan ‘lahanat’. Sial, O.K one, no problem! Biasalah… Hanya syaitan dan lalat yang suka pada benda yang kotor dan busuk, itu makanan mereka.

Dalam surah Al-Baqarah: perkataan syaitan dirujuk kepada kepimpinan kaum munafik dan kafir kerana mereka inilah yang telah menyesatkan pengikut mereka, “Dan apabila mereka pergi mendatangi syaitan-syaitan maka mereka (pemimpin-pemimpin) berkata, Sesungguhnya kami tetap bersendirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok”. Keresahan bagi mereka yang kena Bullshit dan kena tahi dengan ulama Haprak.

Syaitan manusia adalah mereka yang tindak-tanduknya bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka selalu melanggar batasan agama dan gemar melakukan apa yang ditegah dan dilarangnya.

 Sesungguhnya matlamat syaitan, manusia dan syaitan yang ghaib itu adalah sama, iaitu untuk menyesatkan manusia. Dalam keadaan tertentu syaitan manusia lebih jahat daripada syaitan ghaib, kerana syaitan ini akan lari apabila seseorang itu berlindung kepada Allah. Tetapi syaitan manusia hendak berlindung pada siapa. Syaitan manusia inilah yang merosakkan nama Bos mereka.

 Kita sering membaca dan mendengar ayat Al-Quran yang menyeru orang Islam supaya mempersiapkan diri dengan segala macam kekuatan sehingga ke tahap yang paling maksimum, untuk menghadapi musuh. Jika ayat-ayat di dalam Al-Quran ini kita baca dan kita menganalisanya dengan ilmu barulah orang yang buta Al-Quran itu faham apa sebab Al-Quran itu dinamakan rahmatanlilalamin.

Bukankah lebih berfaedah jika para ulama sebelum mengadakan kuliah dan ceramah hidupkan Al-Quran itu dulu ke dalam dirinya, jadikan diri sebagai Al-Quran yang hidup. Barulah mereka jadi pendorong semangat untuk memperkuatkan umat Islam, tetapi sayang pengisiannya tidak pernah dilaksanakan.

Rasulullah s.a.w bersabda sesiapa yang keadaannya pada hari ini lebih baik dari hari semalam maka dialah orang yang beruntung. Sesiapa yang hari ini sama dengan hari semalam maka dialah yang rugi, sesiapa yang hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dialah orang yang mendapat kutukan. Mari kita buat perbandingan antara kepimpinan Ustaz Fadzil Noor dan Dr. Mahathir sesudah kita saksikan Forum di Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai Palestin, siapa lebih menyerlah dari segi ilmu dan agama?

Sifat ihsan adalah sesuatu yang mulia, sesiapa yang mengamalkannya secara berterusan, dia bukan saja dianggap berjaya mengamalkan perbuatan baik, malah sekaligus menerima ganjaran yang istimewa dari Allah di dunia dan di Akhirat nanti. Kerana sifat ikhsan Dr. Mahathir kita lihat rakyat Malaysia hidup makmur jika kita bandingkan dengan negeri yang penuh dengan orang yang berjubah dan berserban bermisai dan berjanggut seperti di Afgan, nama saja murid sekolah pondok Taliban, tapi kejam sanggup bermusuhan dan membunuh saudara seagama, sebangsa dan satu negara sendiri. Mungkin mereka inilah dari keturunan Kabil yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Akhirnya disebabkan seorang manusia seperti Osama Bin Laden yang bermisai dan berjanggut, berjubah dan serban dibenci oleh dunia. Kerana Osama Bin Laden seorang , satu dunia jadi susah dan huru-hara. Media tidak lagi menyebut Taliban sebaliknya Al-Qaeda. Siapa sebenarnya Osama bin Laden? Yang jelas dia adalah pengkhianat dan masih orang Islam. Tapi yang kita pelik ramai orang Islam yang mendewa-dewakannya sehingga sanggup pergi ke Afganistan untuk berjihad.



Ihsan selalu ditakrifkan sebagai memberi nikmat dan kelebihan, bagaimanapun jika dikaji lebih lanjut Ihsan boleh dimaksudkan sebagai perbuatan dan perlakuan yang baik. Perbuatan baik meliputi tingkah laku yang mengangkat taraf manusia dan mendidik jiwa seseorang menghampirkan diri kepada Allah. Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Apa lagi jika manusia itu seorang ulama pemimpin ikhwan.

Manusia yang Ihsan bertentangan dengan manusia yang hati batu. Dalam bahasa yang mudah manusia yang buta huruf. Orang yang tidak ada ihsan tidak akan mendapat ihsan dari Allah.

 Allah memberikan nikmat kepada mereka dengan ihsannya, maka wajarlah manusia membuat ihsan dengan nikmat yang diberikan itu sesama makhluk. Allah berfirman, “dan berbuat baiklah kepada hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dengan pemberian nikmatnya yang melimpah,” Surah al-Israk ayat 7 pula bermaksud: “jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, (maka kesan yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”

Orang yang melakukan Ihsan selalunya tenang dan tenteram manakala orang yang menerima ihsan pula berasa senang dan seronok serta berterima kasih kepada mereka yang ihsan. Padanya inilah contoh kepimpinan Dr. Mahathir dalam motonya Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Tauladan tapi telah diselewengkan oleh propaganda fitnah pembangkang yang berjaya menutup sikap ihsan Dr. Mahathir itu.

Begitu juga jika berbuat kejahatan, lambat laun balasan jahat daripada Allah akan menimpa. Kalaupun balasan itu tidak diturunkan secara langsung kepada diri kita, ia mungkin menimpa anggota keluarga kita sama ada anak, cucu atau saudara mara. Bahkan, kejahatan yang dilakukan menjadikan kita hina dan tidak memperolehi ketenangan hidup. Maka sebab itu ulama politik tak boleh berhenti melaknat Dr. Mahathir seperti yang dilakukan oleh Muawiyah terhadap anak cucu Rasulullah selama 70 tahun dalam 100 buah masjid. Orang tetap juga kasih pada ahlul bait keluarga Rasulullah. Bila timbul kebenaran, yang batil akan tenggelam dengan sendirinya.

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat dan melarang melakukan perbuatan mungkar keji dan kezaliman.” Surah al-Nisa ayat 12 bermaksud: “dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada mereka yang menyerah diri kepada Allah sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan”.
 
Surah al-Lukman ayat 22 bermaksud: “dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedangkan dia berusaha menganjur kebaikan, sesungguhnya dia sudah berpegang kepada simpulan (tali agama yang teguh)”. 

Kita sudah lama tidak mendengar kata wali orang-orang mukmin “janganlah kamu berpecah belah. Bersatu dan berpeganglah kepada tali Allah. Jika kamu lihat dua puak bergaduh satukanlah mereka dan perangilah mereka yang tak mahu berdamai.”

Bersikap ikhlas, kuat beribadat memberi perhatian kepada orang miskin dan anak-anak yatim. Berjihad pada jalan Allah, ikut ajaran Nabi s.a.w bermaaf-maafan dan sabar adalah ciri-ciri sifat ihsan yang sepatutnya ada pada setiap orang Islam tetapi kita tak nampak watak yang sebegini pada diri mereka yang bergelar ulama politik atau ulama ‘ampun tuanku’. Yang ini kita tak nampak pada diri mereka yang menuntut supaya digelar ulama. Yang ada cuma degree yang berjela-jela.

Memang masyarakat kita suka sangat gunakan perkataan tahi. Orang yang teruk berjudi dan minum arak digelar tahi judi dan tahi arak. Lelaki yang kaki betina digelar tahi betina. Ada juga pemimpin yang nampak hebat, tapi kena Queen Control. Isteri lebih berkuasa dari suami. Sudah bodoh kerana penangan nasi kangkang. Inilah jenis jantan yang dah termakan tahi pi….bini. perangai pemimpin macam inilah yang ada di dalam UMNO yang merosakkan UMNO. Tapi kebanyakan pengampu dalam UMNO cuba menutup begitu sahaja gejala ini. Inilah yang cuba digambarkan oleh Shahnon dalam perut UMNO penuh dengan tahi. Apa bezanya, apa yang ada dalam perut orang UMNO dengan perut orang PAS. Masakan dalam perut UMNO saja yang ada tahi dan ada kepala tahi.

Kasihan Prof. Emeritus Shahnon Ahmad yang telah mencetuskan Kontroversi dengan buku ‘tahi’. Shahnon jadi popular kerana menceritakan pada orang Melayu dengan bahasa yang kotor dan tercemar. Memang dalam perut siapa saja yang kotor pasti ada tahi. Apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam buku shitnya? Shahnon cuba menunjukkan bahawa politik Melayu hari ini sudah sampai ke peringkat terlalu kotor macam tahi. Lalu menjadi tanggungjawabnya untuk membersihkannya.

Saya tak peduli jika saya tak dianggap sebagai sasterawan tak apa. Yang penting biar benci macam mana sekalipun orang pada saya, dia akan baca buku saya sampai habis. Janganlah kerana tak berani berterus terang terlalu banyak berselindung dengan tulisan kita akhirnya merugikan mereka yang membaca buku. Ini zaman ketelusan, zaman langit terbuka.

 Penilaian sebenar terhadap jasa dan pengorbanan seseorang yang terkenal sama ada tokoh seni, tokoh penulis, seniman sewaktu masih hidup mereka umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Siapa pun tak peduli. Masyarakat mula terasa hanya sesudah kehilangannya… Semasa hidup banyak buah fikiran dan kata-kata mutiara hikmat yang terdapat di dalam karya mereka seperti allahyarham P Ramlee, Pak Sako, Usman Awang dan lain-lain. Hanya mereka yang mengenalinya dari dekat saja mengingati dan menyanjunginya biarpun negara memandang sepi.

Orang-orang Melayu memandang jasa seorang sasterawan terutama kaum penulis dan pahlawan yang pernah menentang penjajah Inggeris seperti tahi tapi memandang raja dan sultan para pemimpin kerajaan seperti emas. Kerana itulah kita tengok nama-nama sekolah, jambatan, hospital, masjid penuh dengan nama pemimpin dan nama-nama raja sedangkan kubur raja dipagar dengan indah akan tetapi kubur pahlawan seperti kubur Tok Janggut penuh dengan semak samun. Begitu juga kubur Mat Kilau. Maka tidak hairanlah jiwa kepahlawanan tidak hidup lagi dalam diri penulis dan pemimpin Melayu hari ini.

Apa yang hendak disampaikan oleh Prof. Shit itu tak salah, tapi disebabkan dia banyak sangat berselindung, maka minda kita tak boleh terbuka. Maka saya harap bangsa kita bila benci orang jangan sampai macam tahi simpanlah sikit mana tahu kita akan berbaik semula. Air dicincang tak akan putus. Mengikut kata Imam Ali celakalah bagi dua golongan pertama orang yang bila membenci sangat keterlaluan dan bila mereka yang menyayangi lebih-lebihan. Rasulullah s.a.w suruh kita sederhana dalam semua aspek.

 Kita hidup di zaman langit terbuka kita kena terus terang apa yang perlu ada pada seorang yang mahu jadi pemimpin itu sifat empat mesti ada pada pewaris Nabi. Pewaris Nabi itu ertinya Pemimpin. Bukankah Nabi itu Tok Guru Islam yang pertama juga pemimpin, jeneral, tokoh korporat, ahli politik dan Nabi yang terakhir.
Ramai orang kita yang suka menipu orang ramai bila bercakap penuh berselindung, kononnya nak jaga hati orang, yang benar takut periuk nasi masuk pasir. Ini susahnya masyarakat kita, semua orang nak jaga periuk nasi, siapa yang nak jaga agama, bangsa dan negara. Kerja Raja dijunjung kerja sendiri di kelek, kerja rakyat letak di mana? Sedangkan kita telah berjanji bahawa kita hanya hamba Allah. Kerja Allah lah yang kita junjung kerana Allah itu Raja sekalian alam. Raja pun kena buat kerja Tuhan dan juga rakyat.

Pemimpin yang tidak sidik(benar), akan menipu dirinya sendiri dan orang-orang yang dipimpinnya. Tidak amanah(memegang amanah Allah, rasuah dan zalim. Melakukan kecurangan pada dirinya, keluarganya dan kepada setiap orang yang dipimpinnya. Dia tidak mempunyai sifat benar dan akan membohongi orang-orang yang dipimpin, memfitnah dan berdusta. Pemimpin yang tidak mempunyai sifat fatanah dia akan menjadi Raja Dungu.

Lelaki dinilai oleh kebijaksanaan. Sedangkan wanita diukur dari kecantikan. Fatanah yang sepatutnya diletakkan di atas kepala namun yang ada dalam otak penuh berisi dengan tahi. Ketua sedemikian sentiasa diperdaya dan ditipu oleh para penasihatnya yang akibatnya rakyat menderita kerana kezalimannya sendiri dan dirinya akan dihumban oleh rakyat ke dalam jurang kehinaan.” Sebelum perkara macam ini berlaku mereka yang masih tidur lena bangunlah! Dunia sudah mahu kiamat. Bila lagi orang Melayu mahu bersatu. 

Menurut kacamata Islam, setiap orang perlu memikul amanah untuk menjadi pemimpin walau pemimpin kecil di kampung-kampung, di pinggir kota atau bandar mestilah mampu memimpin dirinya sendiri terlebih dahulu supaya dia tidak menajdi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan ia sendiri berjalan mengiring.

Jika pemimpin yang hidupnya dalam kemunafikan macam mana hendak membimbing manusia ke jalan yang lurus selain menyesatkan?

Mudah-mudahan JAKIM berhentilah menyesatkan orang. Kerana orang yang  sesat sahaja kenal mereka yang sesat. Macam pencuri juga yang kenal pencuri. Di antara faktor memimpin diri, ialah melengkapkan diri dengan serba –serbi ilmu pengetahuan akhlak atau budi pekerti yang mulia. Setidak-tidaknya dia tidak akan menjadi seperti bapa haruan yang makan anaknya sendiri.

Maka faktor memimpin diri menerusi Islam ialah dengan peribadi ikhsan, iman dan taqwa. Kalau tiga faktor ini atau salah satu dari faktor-faktor itu tidak ada pada diri orang yang mahu menjadi pemimpin walaupun dia masih tidak digelar ulama, maka dia tidak layak menjadi pemimpin. Maka jika orang yang macam ini diletakkan atas kerusi pemimpin tunggulah saat-saat kehancuran organisasi yang dipimpinnya.

 Dalam kebanyakan negara di dunia terdapat rakyat hidup papa kedana seperti bangkai bernyawa akibat pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai sifat yang empat, Sidiq, Amanah, Tabligh, Fatanah, tapi masih mahu mengaku sebagai Ulama Pewaris Nabi. Apa bezanya dua negeri yang dipimpin oleh PAS sama ada Terengganu atau Kelantan.

 Sebahagian dari ulama Bullshit ada yang mempunyai sifat-sifat “kazib (dusta), kianah (penipu), kitman (tidak boleh berkomunikasi, tidak telus menyembunyikan informasi) dan baladah (bodoh, bebal. Bodohnya tidak boleh diajar pandai tak boleh diikut.)

Inilah kelemahan ulama sasterawan kita, banyak berselindung disebalik kata-kata. Maka sebab itulah orang Melayu tak suka baca buku-buku yang ditulis oleh Sasterawan Negara. Boring, letih, nak habis satu buku pun susah macam dengar kutbah pasti tertidur lena.

Pasti ramai orang kita akan melenting bila saya kata orang kita suka makan tahi, takkan cakap betul pun nak marah? Memang ada kuih Melayu yang namanya tahi itik. Ada juga kuih Melayu yang atasnya dibubuhnya tahi minyak. Kuih yang dibuat dengan kacang hijau yang sudah dijadikan tepung itu dipanggil kuih kole kacang. Ini tahi boleh makan punya tapi hidup jangan banyak sangat tahi minyak. Nanti lebih sudu dari kuah.

Kebanggaan bukanlah kesombongan, kemegahan, takbur, atau perasaan tinggi hati, tetapi ia adalah emanasi dan perluasan dari suatu keperibadian seperti halnya suara yang memiliki gema dan bintang yang memiliki cahaya. Dia merupakan karakteristik dalam suatu keistimewaan dan keunikan pada ketakjuban yang luar biasa. Siapakah yang dapat menemukan suatu aib pada kesombongan penunggang kuda yang ia punya guru dan seekor anak kuda ketika bermain di lapangan kemuliaan? Apakah singa yang mempermainkan buruannya, melompat, meloncat, mengelilinginya adalah sebuah cacat atau sesuatu yang pantas?

Itu adalah dari sifat alami kekuatan dan dari hasil kebanggaan atas kemuliaan. Contohnya, sifat alami segala sesuatu, satu saat akan mendidih jika panasnya sudah memuncak dan aliran air akan banjir jika alirannya sudah meluap.

Imam yamg Sasterawan
Petikan dari: Kumpulan Khutbah Ali bin Abi Talib
-Sayyid Ahmad Asy-Syulaimi. 

1 comment:

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

"Mudah-mudahan JAKIM berhentilah menyesatkan orang."

Imam Mahadi mesti dapat approval JAKIM baru boleh claim jadi Mahadi. :-)

Agaknya sebab tu Mahadi bakal terbit di Makkah mustahil di Malaysia.

yang melayu dok kecoh-kecoh bani tamim ni tak tahu la apasal eh?

Get your Tickets now!