Kalau bukan kerana tempat jauh lagi
dikenang inikan pula tempat kami pernah menghantar dua putera kami ke pusat
pendidikan bertaraf antarabangsa di Desa Mekar Jaya, Kabupaten, Haurgeulis,
Indramayu, pusat pengajian tinggi agama terbesar di Asia Tenggara, mungkin saya
tidak ke mari lagi untuk menemui Sheikh Ma’had Al-Zaytun untuk menyambungkan
silaturrahim dan meminta izin untuk mengadakan alumni bekas penuntut Al-Zaytun
di Malaysia.
Lebih kurang pukul 4 petang, 23hb.
Feb. 2012, kereta yang dipandu oleh Didi tuan punya kereta sewa dari Hotel
Panghegar Bandung tempat saya menginap masuk melalui pintu gerbang ke tempat
pemeriksaan Ma’had Al-Zaytun, Indramayu, Jawa Barat singkatannya Jabbar, pusat
pendidikan pengembangan budaya, toleransi dan perdamaian.
Ini bukanlah pertama kali saya
berada di dalam sebuah taman hutan buatan manusia, di tanah seluas 1200 hektar.
11 tahun yang silam saya bersama isteri
Norizah dan Fatimah Az-Zaharah anak perempuan penuntut asas Al-Zaytun Shah Alam
yang ditempatkan di Kota Kemuning selama 11 minggu serta Kamal Arif (Habibi)
anak lelaki yang berumur 1 tahun.
Para pelajar di Al-Zaytun |
Dulu pada hari minggu Al-Zaytun
menerima tidak kurang daripada 3000 pengunjung manakala pada hari biasa sekitar
1,500 orang. Hasilnya, dalam 10 bulan pertama, Ma’had Zaytun telah menerima
sumbangan tidak kurang Rupiah 2 milyar (1juta). Ini termasuk
sumbangan-sumbangan lain yang diberikan oleh orang ramai seperti binatang
ternakan. Mungkin inilah yang menimbulkan ramai manusia mata merah akibat hasad
dengki dan ngeri terutama musuh-musuh Islam yang percaya Islam akan muncul dari
Timur tanpa kokok ayam. Prof Naquib Alattas menggambarkan kebangkitan Islam
seperti ayam jantan. Prof Naquib tahu bukan kerana ayam berkokok hari nak siang
tapi ayam berkokok kerana hari mulai siang.
Sebelum ada hotel kami pernah tidur
baring di sekolah seperti para pelajar yang lain di Pusat Pengajian yang
terbesar di Tenggara Asia. Suasananya masih tak berubah, yang berubah adalah
keadaan itu sendiri. Seperti dulu kita harus mendaftarkan diri sebelum
dibenarkan masuk ke sebuah taman yang hampir sama dengan ‘University Of Life’
di Wadi Hussien, Janda Baik, Bentong,
Pahang. Apakah benar bahawa memang ada 7 manusia di dunia ini yang hampir sama
perwatakan atau mimpi dan misinya seperti anak sungai yang mengalir menuju ke
muara, di laut kita bersatu, ke langit kita bersama dan turun ke bumi sebagai
derai hujan. Kepada mereka yang memahami tujuan Allah menjadikan manusia,
tumbuh-tumbuhan dan binatang di muka bumi adalah ‘The University Of Life’ kini
ada di mana-mana. Baca, bacalah dengan nama Tuhanmu dan Tuhan mengajar manusia
dengan perantaraan kalam.
Semasa kami datang dulu pohon-pohon
ini baru mulai ditanam, sama seperti anak-anak yang dulunya bersekolah disini,
kini ramai di antara mereka sudah mempunyai ijazah dan ramai yang berada di
UIA, Gombak untuk mendapatkan ijazah M.A. dan lain-lain pusat pengajian tinggi
namun mereka adalah anak didik Al-Zaytun. Pohon yang boleh hidup 1000 tahun dan
buahnya termaktub di dalam Al-Quran sebagai makanan berkhasiat dan minyaknya
terkandung di dalam ilmu marifatullah.
Pohon dalam taman adalah sesuatu
yang penting dalam kehidupan manusia yang disebut di dalam Al-Quran. Adam dan
Hawa boleh makan segala buah di dalam taman melainkan satu jenis buah, ‘buah
khuldi’. Nabi Nuh a.s. membuat bahtera dari
pokok kayu untuk menyelamatkan manusia selain ilmu senibina, dalam surah At-Tin,
buah tin dan zaitun punya pengertian yang mendalam tentang kejadian manusia
sebagai yang terindah (ahsanau taqwim) yang boleh mengangkat insan kamil ke Sidratul Muntaha.
Satu sebab yang menarik minat saya
menghantar anak-anak kami di pusat ini selain pengetuanya seorang yang sangat
hebat, sehebat Toyotomi Hideyoshi, Samurai tanpa pedang. Jika Almarhum Bung
Karno berjaya menyatukan ribuan pulau menjadi Republik Indonesia, ‘Sheikh’ yang
mempunyai visi dan misi serta gagasan berjaya mengumpulkan Melayu dari seluruh
Nusantara menggunakan satu bahasa ‘Bahasa Melayu’ Riau yang berasal dari
Indonesia bahasa lingua franca yang digunakan oleh Hamzah Fansuri dan Nuruddin
dalam kitab mengenai subjek metafizik yang hampir setaraf dengan Ibnu Arabi.
Akhirnya Indonesia akan muncul sebagai Negara Islam Indonesia NII. Kenapa
tidak? 80% rakyat Indonesia beragama Islam. Pelajar juga diajar bahasa Arab,
Inggeris, Jepun, terdapat para pelajar dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan
Brunei hidup bersama di bawah satu bumbung dan nawaitu yang sama menjadi
orang-orang yang beriman, bertaqwa menurut Al-Quran dan sunnah serta menguasai
ilmu pengetahuan di bidang teknologi, bila tamat pengajian boleh
berdikari.
‘Melentur buluh’
bukan kerja yang mudah, tapi Sheikh yang mengenali Tan Melaka, Bung Hatta, Bung Karno, Sjahir dengan kisah perjuangan kemerdekaan Indonesia
bukan sebarangan pelopor ‘hero in the making’ kerana perbuatannya yang heroik.
Bukan mudah menjadi seorang mentor yang berjaya membuktikan bahawa ‘mustahil’
hanya ada dalam diri mereka yang lemah semangat dan Sheikh Panji Gumilang
adalah seorang muadib, murabi dan mualim yang luar biasa peribadinya yang telah
membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan disertai oleh tangan-tangan
ghaib yang mahukan revolusi jiwa untuk memerdekakan roh manusia yang terpenjara
dalam sebuah negara yang merdeka.
‘Mustahil’ sekadar satu perkataan
seperti mustahil dia bukan seorang Presiden, bukan terdiri dari 10 bilioner di
Indonesia namun dia seperti pohon jati emas, benih yang sebesar ibu jari di
tanah yang gersang akhirnya menjadi pohon yang besar rendang dan boleh
mendatangkan hasil yang lumayan seperti mukmin yang yakin pada perkataan wama
arsalnaka illa Rahmatan lil Alamin seperti dengan Bismillah hir rahman nir
rahim Nabi Sulaiman a.s. berjaya mengIslamkan Puteri Balkis (An-Naml, 27:20-31) dan cerita para
utusan Allah yang terdapat di dalam kisah para anbia. (Quran, surah ke-21, Al-Anbiya)
Tiba-tiba saya teringat semasa saya di Tokyo bertemu dengan
seorang ahli falsafah, dia memberitahu saya bahawa kehidupan hanya lengkap dan
berjaya jika kita telah menanam pohon, menulis buku dan mempunyai zuriat (anak
yang soleh). Pohon dan manusia mempunyai kesamaan. Manusia memerlukan
tumbuh-tumbuhan untuk jasad dan buku untuk ilmu dunia dan akhirat kerana
manusia terdiri dari roh, jasad dan minda.
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang membuat
sebanyak-banyak kebaikan kepada sebanyak-banyak manusia, contoh terbaik
‘Sheikh’, sejuk perut ibu yang melahirkan anak-anak yang bersifat Rahmatan lil
Alamin.
“Saya mengkaji semua ini sejak Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir menjadi Menteri Pendidikan lagi. Saya mengambil satu demi satu idea dan gagasan beliau yang amat mengkagumkan”.Kata Sheikh yang pernah menetap di Sabah selama 30 tahun. - Berita Harian, 1hb. Mei 2001.
Setelah meneliti mengenai Al-Zaytun kami yakin dengan
kehebatan Panji Gumilang, mungkin dia pernah membaca budaya ‘Bushido’ atau
sejarah hidup ‘The Swordless Samurai’, pemimpin lagenda dari Jepun abad XVI di mana perang antara Klan. Siapa yang hebat
bermain senjata seperti undang-undang rimba.
Hari ini untuk berada di kemuncak anda perlu jadi ahli
politik. Kepada rakyat yang ‘ambitious’ yang tak ada ‘conscious’ untuk berkuasa
dan menjadi kaya raya perlu menjadi seorang samurai atau tukang sihir
dikeliling Firaun hingga muncul Nabi Musa a.s. dengan tongkat dari dahan kayu
yang bertukar menjadi ular dan menelan ular-ular ahli sihir Firaun seperti
munculnya blog, website, facebook, twitter yang menenggelamkan pengaruh media
arus perdana milik kerajaan. Rakyat tak perlu menjadi samurai yang pandai
bermain senjata seperti Hideyoshi tak punya semua ini boleh melakukan kerja yang
heroik.
Memang mereka yang bersifat taqwa akan kagum dengan seruan
Mahathir ‘Penerapan Nilai-Nilai Islam’ dan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Ini
yang dilakukan oleh Panji Gumilang menerapkan nilai-nilai Islam dan menjadikan
kepimpinan melalui teladan mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW (Sunnatullah),
bukan Sunnah Rasulullah bermisai, berjanggut, berserban, kahwin 4 ikut sunnah
Nabi, bagaimana dengan amanah, tanam pohon jika ada benih di tangan biarpun
besok dikata hari akan kiamat?
Mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie merasmikan pesantren
itu pada Jun 1999 sempena pengambilan pelajar tahun pertama. Almarhum Pak Harto
mesra dengan Sheikh dan minat dengan Al-Zaytun, apakah kerana mendekati Islam
dia dijatuhkan dengan revolusi? Penulis dari Gapena di Berita Harian
mengingatkan kita “Jika di Madagascar, penulis terharu melihat Melayu di situ
semakin berkurangan tetapi di sini membanggakan apabila mneyaksikan kebangkitan
pejuang Melayu yang gagah mengatur langkah mempersiapkan santri Melayu ke arah
kemajuan diri, agama Islam, bangsa dan tanah air”.
Pak Harto dengan Panji Gumilang |
Antara sebab kami tinggalkan Integrated Islamic College (IIC) di Kuala Lumpur bukan kerana IIC sekadar sekolah Islam yang baru muncul,
yang berada di sebuah banglo di Jalan Gurney, Kuala Lumpur atau kerana tempat
mereka melakukan kaji uji anak di mana IQ saja dinilai. IIC mengutamakan bukan
sekadar EQ; emosional Q dan SQ; spiritual Q di mana pendidikan ‘holistik’
dikemukakan oleh Pak Hasni melalui satu sistem tetapi kerana kami mahu
anak-anak kami di sekolah yang terbaik tetapi akhirnya kesemua putera dan
puteri kami kembali ke Adni sesudah IIC disatukan dengan ADNI.
“Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadamu rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kamu kitab dan hikmah (sunnah) serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.”(Al-Baqarah : 151)
Insya Allah sistem pendidikan yang didapati di sini akan
mengeluarkan umat yang selama ini berfikiran dalam kotak sedangkan Islam agama
universal. Akibat adanya sentimen kedaerahan dan kenegerian kerana ego ulama
yang merasakan Tuhan telah memberikan mereka mandat seperti polis trafik di
jalan raya yang begitu berkuasa atau menjadikan umat yang tak berilmu tapi
bodoh sombong. Toleransi tidak akan menjauhkan mereka yang melakukan solat
berjemaah kerana puak yang tak sama.
Bagaimana mahu menjadi manusia ‘glokal’, lokal tapi
berfikiran global bila dikuasai oleh ulama yang berfikiran jumud, ‘glokal’
meminjam kata-kata Najib Tun Razak. Bila lagi mahu bersatu hati sejiwa sebagai
saudara Islam selagi hidup tanpa rasa kepedulian, tanpa adanya peri
kemanusiaan. Tamu jika diterbalikkan jadi Umat, seperti Tuhan jadi Hantu,
apakah kerana kulit ‘sawo matang’, bercakap
satu bahasa, bergantung pada pancasila, hidup dalam satu negara, sedangkan jiwa
masih belum merdeka. Macam mana manusia mahu disatukan sedangkan mereka hidup
dalam masyarakat berkasta seperti surat-surat Kartini seorang anak Bupati Jawa?
Merak masakan mahu berbual dengan gagak dan helang tidak akan berkawan dengan
pipit, sedangkan semulia-mulia manusia adalah yang bertaqwa. Dalam Islam tidak
ada kasta.
Toleransi dan Perdamaian bersistem satu pipa, itu menjadi motto Al-Zaytun yang masih tersemat dalam ingatan ketika saya berada di pusat
pendidikan yang tidak ubahnya seperti berada di kota dalam hutan atau hutan
dalam kota. Saya terpikat dengan perkataan toleransi dan perdamaian kerana
itulah Islam yang mahu diperkenalkan oleh Al-Zaytun. Bukan Islam yang ditakuti
oleh mereka yang mahu kembalikan pancasila disebabkan sikap mereka yang merasa
mewakili suara Tuhan dan suara Islam, meskipun tak jelas dari mana dan
bagaimana “mandat” itu datang ke tangan mereka; sikap mereka yang terbakar oleh
“egoisme-agama”.
Tidak berlebihan jika saya katakan berada di dalam Jurassic Park filem hasil karya Steven Spielberg. Telur yang ditetaskan menjadi dinosaur
boleh merobohkan semua pagar kurungan yang berkuasa
letrik begitulah hebatnya mistik Islam yang tersembunyi di dalam diri pemuda Al-Kahfi yang ceritanya terdapat dalam surah Al-Kahfi.
Anak-anak raja yang bakal menjadi ketua agama sepatutnya
dikirim ke Ma’had Al-Zaytun untuk dididik agar bila mereka jadi ketua agama dan
adat jadi seperti Umar bin Abdul Aziz, bukan seperti putra diraja Arab Saudi
dan di negara Islam lain yang wataknya tidak mencerminkan Islam. “Aku rasa
tidak ada hal yang lebih menggelikan dan bodoh daripada orang yang membiarkan
dirinya dihormati hanya kerana dia keturunan bangsawan”. Kartini.
Saya percaya menjadi kewajiban ibubapa perlu memilih sekolah
yang terbaik untuk anak-anak mereka selain mendidik anak-anak bermula di dalam
rumahtangga dengan memberikan masa yang bernilai, dengan belaian kasih sayang.
Sekolah yang namanya ‘besar’ terkemuka seperti ‘guntur’ yang telah
melahirkan nama besar di Indonesia selain ibubapa yang tidak lepas tangan macam
itu saja, ada guru yang menjadi ‘role model’. Berbeza dengan sekolah sekular
yang cikgu sains, matematik, bila keluar dari bilik darjah apa lagi di
luar sekolah guru menjadi seperti Dr Jakel dan Mr Hyde, boleh melahirkan
anak Islam yang taqwa.
Guru di sekolah agama perlu beriman, beradab dan ikhlas
selain sifat ikhsan kerana selain suasana di sekeliling di mana anak-anak
dibesarkan. Ibubapa perlu tahu siapa kawan dan keluarga mereka? Bukan mudah menjaga
amanah Allah, apa lagi jika kita mahu mereka menjadi anak-anak yang
soleh.
Pada masa ini untuk memasuki mana-mana sekolah swasta atau universiti pengajian tinggi, para pelajar sudah tentu akan dikenakan bayaran-bayaran pendaftaran yang tinggi. Apatah lagi untuk mengambil jurusan yang memakan masa bertahun-tahun. Tetapi bagaimana jika anda ditawarkan menghantar anak anda ke sebuah pusat pengajian tinggi agama terbesar di Asia Tenggara dengan bayaran yang dikatakan cukup menarik.Inilah sistem yang digunakan oleh pusat pengajian agama terbesar di Asia Tenggara, Ma’had Al-Zaytun yang terletak di Indramayu, Jawa Barat di atas tanah seluas 1,200 hektar.Indramayu merupakan salah sebuah bandar yang terletak kira-kira 600 kilometer dari kota Jakarta.Sistem ini telah diperjelaskan oleh Pengetua Ma’had Al-Zaytun, Panji Gumilang kepada rombongan Kedutaan Besar Malaysia yang diketuai oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia, Dato Rastam Mohd. Isa dalam lawatan ke pusat pengajian itu, Ahad lalu.Panji Gumilang mengakui bahawa hampir keseluruhan sistem pendidikan pentadbiran dan perancangan di Ma’had Zaytun itu ditiru daripada Malaysia.Mingguan Malaysia21hb. Mei 2000
Pembarisan panjang santri Ma’had di kiri kanan melambai jalan sambil mengibar bendera Malaysia sungguh mengguris hati, mengenangkan anak seusia itu sudah jauh daripada keluarga apatah lagi ada 48 pelajar Malaysia yang ‘dekat tapi jauh’ ketika enjin bas dimatikan di halaman dewan tetamu. Pukulan kompang dan gong pecah di udara Indramayu bagai menyambut kepulangan Laksamana Hang Tuah lima bersaudara.Berita Harian1hb. Mei 2001
Kesemua keratan kedua-dua akhbar arus perdana saya abadikan
di dalam buku Mahathir Mudah Lupa.
Sistem dari peringkat dasar hingga ke pusat pengajian tinggi
diadakan di mana Al-Zaytun mahu membangunkan anak-anak bangsanya di seluruh
Nusantara menjadi ‘masters of the universe’. Bukan bertujuan untuk mencari
kekayaan dari ibubapa kerana kini pendidikan Islam telah menarik umat Islam.
Saya beruntung kerana dapat berkenalan dengan pengasasnya
Panji Gumilang ‘The founder’ Ma’had Al-Zaytun, tidak keterlaluan jika saya
menganggapnya seperti ulama pewaris Nabi Muhammad SAW. Dia mengutamakan
toleransi dan perdamaian seperti Sunnah Nabi Muhammad SAW, tak guna pedang,
bukan seorang pendekar, bukan juga ahli syair tetapi yang disampaikan adalah
kata-kata Allah yang dirinya menjadi Al-Quran yang hidup. Itulah Sunnah
Rasulullah (Sunatullah).
‘Sheikh’ Guru Besar atau Mahaguru yang sedang mempersiapkan
pakar yang akan menetaskan telur yang menakjubkan seperti burung yang akan
terbang ke angkasa lepas, hidup dalam dunia tanpa sempadan di era globalisasi
melahirkan gergasi modal insan yang bakal menjadi ‘Masters Of The Universe’ yang bakal menjadi khalifah di USA.
Itulah yang saya harapkan akan terjadi kepada Habib Omar dan Muhyiddin yang
sebelum ini menuntut ilmu di Integrated Islamic College IIC di Kuala Lumpur di bawah
bimbingan Pak Hasni dan Puan Zaitun yang kini sudah bergabung dengan Adni Islamic School. Walaupun mereka berdua berada di sana selama 1 tahun tetapi ilmu yang
didapati tak ternilai.
“Ajarlah anak-anak kamu hidup untuk zaman mereka”. Sabda
Rasulullah SAW seperti “tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”, maksudnya tak
ada tempat yang jauh untuk mencari ilmu. Guru tak akan mencari kita, kita perlu
pergi mencari guru.
Bukan mudah mahu sampai ke Al-Zaytun, Akademi Toleransi Dan
Perdamaian Bersistem Satu Pipa. Ia mengambil masa hampir 4 jam. Apakah anda
fikir mudah Panji Gumilang mahu menjayakan Ma’had Al-Zaytun? Bukan jauh sangat
dari Bandung tetapi jalannya yang sangat teruk, bayangkan pengalaman yang kami
lalui selama setahun mereka menuntut di sini, lubang-lubang sepanjang jalan
dari Subang. Pendek kata boleh pelihara ikan di lopak hampir di sepanjang jalan
jika lubang itu berada di padang. Berakit-rakit ke hulu berenang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Beza manusia dengan haiwan, haiwan tak punya tanah air.
Haiwan bukan manifestasi Tuhan sebab itu manusia perlu dan sanggup berkorban,
sanggup sabung nyawa dan harta untuk membangunkan ‘tanah air’ kita yang bermula
dengan ‘anak bangsa’. Bayangkan pengorbanan yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW
dan para sahabat serta tabiin dan ulama warisul ambia untuk menghidupkan Islam.
Kambing, lembu, kerbau tak buat apa-apa tengok keluarganya dibantai kerana
mereka haiwan. Anak burung pipit takkan jadi burung helang, namun sejarah
pemimpin hebat dunia bermula dari anak yang dihanyutkan ke sungai hidup dalam istana
Firaun yang membunuh setiap anak lelaki seperti musuh-musuh Islam yang melabel
para pemuda Al-Kahfi sebagai terrorist untuk menghalalkan cara.
Pertama kali kami sampai kami kagum melihat sebuah
kampus yang boleh menampung 5000 pelajar di seluruh Nusantara. Selama ini bila
disebut ‘Pesantren’ gambaran di kepala kita sekolah pondok yang daif dan
lepasan dari pesantren sekadar boleh jadi ustaz, imam bila ibubapa yang
terpengaruh dengan pendidikan Barat. Mereka yang cinta dunia tak pedulikan
akhirat, tidak akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh
seperti ini biarpun di sekolah yang terbaik di Tenggara Asia kerana mereka
tidak tahu jadual Allah seperti padamnya api
di Parsi dan runtuhnya bangunan di Rome bila lahir Nabi Muhammad SAW seperti
gugurnya kapitalisme, komunis, sosialis dan raja tanda munculnya Imam
Mahdi.
Satu penyeksaan yang dilalui oleh anak-anak Malaysia yang
pagi, petang, siang, malam, makan nasi lauk tempe tahu, berjauhan dari keluarga
hidup sebilik dengan anak yang datang dari seluruh Indoneisa berbeza budaya,
bercakap pun daerah Jawa, Solo, Bugis, Minang dan lain-lain bahasa daerah.
Jangan mimpi piza, McD, donut atau KFC. Disiplin yang sangat ketat seperti
berada di dalam kem tentera, ramai yang sakit jiwa akibat merasakan mereka
didera sedangkan disiplin seperti ini tak jadi masalah kepada anak yang telah
mengalami kehidupan yang jauh lebih teruk, tempat ini dirasakan seperti syurga
tetapi bila memikirkan masa depan anak-anak yang diamanahkan oleh Tuhan kepada
kita, seperti pohon yang memerlukan akar tunjang. Saya pertahankan juga untuk
setahun lamanya kemudian kembalikan semula di Adni hingga tamat kerana
mempunyai pendidikan agama yang sama, bezanya Adni berada dalam sebuah kondo
tanpa taman seperti Al-Zaytun.
Tiba-tiba saya teringat Tan Sri Mohd Rahmat (Tok Mat)
Pengetua, Pengawas di English College semasa bersekolah kerana dia Jawa tak
dapat biasiswa ke luar negara mahu pun
universiti di Malaysia. Dia terpaksa ke Universiti Gajah Mada di Jakarta,
untungnya bila dia jadi menteri, bila ada masalah dengan Indonesia melalui
kawannya di universiti yang sama yang ada pertalian dengan pihak berkuasa mudah
diselesaikan.
Anak-anak selain bersekolah yang bernama besar, perlukan
mentor, semasa di IIC sebuah model sekolah Islam terbaik di Malaysia, kini
ramai anak-anak dari Indonesia, Thailand malah dari Afrika, Bangladesh menuntut
di Adni yang bertaraf sekolah antarabangsa. Selain dari Pak Hasni seorang
mualim dan muadib sebagai mentor, kami tetap adakan beberapa tutor. Dr. Nur Abdi
dari Somalia mengajar bahasa Arab, Ustaz Amar dari Indonesia mengajar Al-Quran,
Dr. Muhamad dari Algeria mengajar mengenai adab dalam Islam, kerana saya yakin
selain dari sekolah yang hebat keutamaan adalah siapa guru yang hebat di
institusi tersebut. Dengan adanya pendidikan dengan sistem yang diperkenalkan
oleh Pak Hasni dan Panji Gumilang baru ‘mind set’ boleh diubah di bawah
bimbingan guru yang ada sanad dari guru mereka sebelumnya supaya anak tidak
lagi berfikir dalam kotak seperti sebelumnya.
Sampai bila perasaan ‘rendah diri’ perlu ada dalam jiwa
bangsa kita yang sudah lama merdeka? Apakah kerana rata-rata rakyat yang marhain, yang hidupnya daif, yang mana kata-kata guru
tak boleh dipersoalkan. Ulama yang mengaku pewaris Nabi berlagak macam wakil Tuhan
sedangkan Al-Quran itu untuk mereka yang berfikir. Panji Gumilang boleh
menjadi ‘role model’ kerana sikapnya yang terbuka di institusi pengajian yang
bertaraf tinggi, masih tawaduk orangnya. Sheikh ini dulu pernah menjadi
mufti Sabah ketika Dato' Harris Salleh menjadi Ketua Menteri. Saya yakin banyak
ilmu mengenai pertanian didapati dari Harris Salleh. Tak kenal maka tak cinta.
Siapa tahu benih yang disemai insya Allah boleh menjadikan anak-anak sebagai
pejuang Islam yang berani seperti Imam Hanafi atau Bediuzzaman Said Nursi dari
Turki yang namanya dikenang sepanjang zaman.
Bediuzzaman Said Nursi |
Banyak yang kami pelajari terutama cara kehidupan dan
disiplin (adab) yang perlu dipelajari oleh anak yang hidup dalam kehidupan
selesa ‘comfort zone’. Di sinilah saya berkenalan dengan Dato' Saroni yang
menghantar anaknya Farhan dan tiga puterinya, kini mereka sudah menjadi doktor
di Bandung dan di daerah lainnya.
Datuk Saroni, Goenawan Mohamed, Pak Habib |
Dulu jika mereka dari Tanah Jawa mahu ke Tanah Melayu atau
dari Tanah Melayu ke Acheh, mereka kata mereka mahu ke seberang. Tiba-tiba saya
teringat kata Bung Karno. “Di mana daun niur melambai, kerbau berkubang, sawah
ladang dari Sabang hingga ke Maruke, itulah
tanah airku.” Besarnya tanah airku, hebatnya bangsaku, mulianya agamaku, kenapa
aku tidak merasakan aku adalah “the overseas Nusantara”. Negaraku setanding
dengan Cina dan India itukah yang ditakuti oleh mereka yang tak kenal diri dan
tak kenal Tuhan yang Maha Esa? Allah hu Akbar.
3 comments:
kangen saya sama maahad. Moga2 pelancaran Al-Aziz baru2 ini akan menjadi suatu mercu suar buat kita dirantau ini
http://archive.org/search.php?query=pekida.org%2Fmd
gerakan tu underground. doktrin mereka hanya boleh difahami oleh UMAT (warga NII) shj
http://archive.org/search.php?query=pekida.org%2Fmd
kalau nak buku2 pasal gerakan depa tu boleh email saya, nanti saya reply PDF dia.
anak murid saya pun ada sorang ex-Zaytun.. dia pun kata takde. mmg la kalau orang luar tak tau. ada dual identity.
Post a Comment