Apa perbezaan di antara
ketiga – tiga makhluk Allah Subhana Wa Taala. Anjing, kucing dan manusia,
sedangkan ketiga – tiganya adalah haiwan yang hidup di darat, makan dan tidur
dan mempunyai nafsu syahwat yang sama, yang satu berjalan menggunakan dua kaki
yang dua lagi menggunakan empat kaki. “Hadapkanlah wajahmu kemana saja di
situ ada aku.” THINK fikirkan, pesan Allah kepada manusia. Tafakur.
Ketiga – tiganya mempunyai otak bezanya manusia adalah ‘Haiwanunatik’, haiwan
yang boleh berfikir maka “lu fikirlah bro”. Apa gunanya manusia
diberikan akal fikiran kalau tak mahu berfikir di label ‘poyo’
kepala masuk air pasti naik darah. Anjing mempunyai instinct. Binatang
yang taat setia tak pernah menggigit tangan anak tuan yang memukulnya.
Jika kita bercakap dari
segi moral dan maruah integriti dan digniti keistimewaan yang sepatutnya ada,
manusia kerana ada agama sepatutnya ada adab dan mempunyai maruah dan harga
diri, beriman dan bertaqwa, apalagi di peringkat seorang agamawan barulah mulia
manusia itu. Jika perangai macam binatang jadilah seperti musang berbulu
ayam. Disebabkan The Loss Of Adab. Seperti kata Prof. Naquib Alattas.
Jika ditakdirkan anjing
diberi akal fikiran boleh membaca Al – Quran dan boleh pula mengamalkannya,
beriman, mungkinkah yang akan memimpin manusia nanti adalah dikalangan anjing
bukan lagi species yang lebih hina dari haiwan melata? Banyak perangai
anjing yang jauh lebih baik dari manusia yang tanpa kemanusiaan, yang mengikut
perangai anjing ketika musim anjing mengawan dan menyalak seperti anjing bila dengar anjing lain menyalak. Itulah pemfitnah namanya. Mengada - adakan cerita yang boleh merosakkan orang lain, suka hati mak dia aje...
Ramai sangat manusia yang
bukan saja bodoh sombong, ego, jahatnya nauzubillah. Pembohong,
penipu, penyamun tarbus, pendusta, pemfitnah, musuh dalam selimut,
gunting dalam lipatan, nama saja sama Islam sekali tak boleh dipercaya.
“Nilai daripada seseorang
itu ditentukan daripada keberaniannya untuk bertanggungjawab, mencintai hidup
dan pekerjaannya.” –
Kahlil Gibran.
Hidup tanpa tanggungjawab
memang membosankan. Rasa seronok hanya pada permulaannya sahaja. Selepas itu,
diri akan memberontak kerana dalam pembawakan diri atau ‘fitrah’ semula jadi,
kita adalah bertanggungjawab. Itulah yang dimaksudkan manusia hidup sebagai ‘khalifah muka bumi’ dan juga sebagai pemimpin
yang mentadbir kemakmuran alam.
Perempuan yang tak ada
harga diri dipanggil “bitch” anjing betina bertopengkan
Islam kosmetik yang dipakai lebih teruk dari botox. Namun kasihan perempuan
menjadi mangsa jantan durjana. Tapi lebih memalukan suami yang bacul yang
merangkak di telunjuk jari perempuan. Tak mampu untuk berfikir secara logik dan
tak percayakan Al – Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Akibat ego yang
berlebihan, akibat ada kekebalan dan imuniti. Akhirnya menjadi mangsa sihir.
Bagaimana orang ego boleh
memahami diri orang lain sedangkan dia pun tidak memahami dirinya sendiri. Mana
lebih teruk antara orang ego dengan anjing? Lu fikirlah bro.
Orang ego tidak mempunyai ramai kawan.
Kalau adapun boleh dikira dengan jari berapa orang yang boleh berkawan rapat
dengan mereka. Orang ego sebenarnya ramai musuh dari kawan kerana tabiat egonya
itu sungguh membosankan dan meluat orang untuk mendekatinya kerana dia telah
disihir oleh kesombongan dan keangkuhan, hingga terlupa yang dirinya hamba
Tuhan.
Jiwa orang ego tidak pernah tenteram.
Gelisah dan perasaan risau sering melanda diri setiap kali berdampingan dengan
masyarakat sekeliling kerana khuatir maruah diri tercabar. Padahal anjing lebih
mulia dari dirinya yang ego berlebih – lebihan?
Sejauh manakah kita menjaga harga diri
atau lebih tepat di sebut maruah diri? Harga diri atau maruah diri dan sanggup
mencerminkan keperibadian atau sifat sebenar diri kita dibandingkan dengan
anjing?
Memang banyak dari kita yang tidak
pernah merompak, tidak juga memberikan kesaksian palsu, tetapi bagaimana dalam
kehidupan sehari – hari. Apakah kita tidak ikut sama dalam mengaburkan nilai
kejujuran dan bersubahat dengan segala macam kejahatan yang dilakukan oleh
mereka yang kita puji puja dan sembah mereka?
We will have to repent in
this generation not merely for the hateful words and actions of the bad people
but for the appalling silence of the good people.
Martin
Luther King Jr. (1926 – 1968)
Hidup tanpa moral dan maruah seakan
hal tersebut adalah sesuatu yang paling lumrah, sedangkan masih banyak orang
lain yang berpendapat, melakukan sesuatu dan mendapat keuntungan darinya, atas
kerugian orang lain adalah tidak jujur. Mereka tahu tapi tak buat tahu aje... Seperti
melihat rumah terbakar tak mahu panggil bomba kerana jiran tetangga itu musuh
kita. Kita tak ada rasa kepedulian biarpun seagama dengan kita kerana dia telah
dilabelkan sesat, khurafat, bidaah atau kafir.
Tidak adanya keberanian
moral (moral
courage) membawa
kerugian untuk diri sendiri dan masyarakat terutama terhadap agama dan anak
bangsa kita. Itu yang sedang saya fikirkan semasa menulis kisah budak perempuan
pegang anjing di khalayak ramai.
Cukup banyak orang kita para agamawan,
dan intelek yang tidak memiliki keberanian moral, kerana takut kehilangan
jawatan, rumah, dan entah apalagi yang bila mati tak ikut sama ke dalam kubur.
Hatta duit sepuluh sen pun. Mereka sikit pun tak malu dikatakan pengecut, di
samping takut kehilangan teman – teman, kerana mereka selalu saja ingin
digolongkan dalam satu lingkup pergaulan yang terkenal moden dengan
perkembangan libreisme dan golongan athiest.
Seringkali memang keselamatan diri
sendiri yang lebih menonjol, dan yang menyedihkan apabila untuk keselamatan
diri sendiri langsung tidak peduli apakah yang terjadi pada agama dan bangsa di
mana letak semangat nasionalisme dan patriotisme bila tergolong yang utamakan protesime.
Ramai yang pandang hina pada anjing
seperti ada yang pandang hina pada janda atau wanita yang
berpakaian seksi, rambutnya kuning, merah atau bergincu membuatkan bibir
seperti Angelina Jolie, mereka dilabel sebagai seorang yang jahat. Mungkin ada
sebab mengapa janda – janda berpakaian seksi, menjolok mata, bagaimana
yang berjilbab kain yang melekat ditubuh sekadar menutupi tubuh tapi tubuhnya
masih terdedah menarik perhatian lelaki yang tak bermaruah sudah ada dua anak,
isteri, cucu masih sanggup berzina?
Bukan kehendak perempuan yang terpaksa
menjadi GRO atau terpaksa melacurkan diri atau berpakaian mendedahkan tubuh
untuk mencari rezeki. Mungkin ketika anak dara dulu... mereka tidak pernah
berpakaian macam itu atau mereka bertudung kerana di suruh bertudung tapi
kenapa perlu menutup aurat mengikut perintah Allah didalam al - Quran. Sebab
itu bila terlepas dari ikatan ibubapa terutama hidup bosan boring kerana
terpaksa berjilbab.
Kehormatan wanita adalah hak Allah. Kehormatan wanita dalam Islam tidak tertakluk semata – mata kepada dirinya, suami, saudara, anak – anak atau kaum kerabat tetapi kehormatan itu dimiliki oleh Allah. Jadi wanita Islam mengenakan tudung menutup aurat kerana itu adalah hak Allah, bukan hak peribadinya.
Ukuran barat tentunya lain. Aturan Barat terlepas dari langit, daripada Tuhan. Kehormatan menurut Barat adalah milik individu semata – mata. Kerana itu kita tidak hairan kalau ada sahaja kisah isteri yang berlaku serong kemudiannya dimaafkan oleh suami dan keluarga, kerana kehormatan wanita itu menurut Barat hanya kepunyaannya. Ini berlainan dengan Al – Quran.
Islam tidak akan menyetujui dan merelai pencabulan kehormatan dan maruah wanita seperti itu. Inilah ciri khas dan istimewa Islam yang melihat perlindungan terhadap wanita adalah hak Allah dan bukan hak dirinya semata. Allah memandang wanita sebagai pengembang amanatNya. Ini meletakkan kedudukan kehormatan dan kemuliaan wanita itu sebagai hak Allah yang diberi kepada wanita. Jadi wanita harus menjaganya mengikut kehendak Allah.
Hijab tidak dapat dinilai dan diukur dengan pendapat peribadi kerana kita harus meletakkan hijab sebagai satu sistem nilai. Untuk mereka yang melihat hijab sebagai hak peribadi tidak hairanlah mereka menganggapnya sebagai belenggu, keterbatasan dan sebagainya.
Wanita Islam dan bukan Islam berbeza. Wanita Islam kehormatannya dilindungi Allah. Wanita bukan Islam kehormatannya hak peribadi. Allah berfirman dalam surah an Nur ayat 31 “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain kerudung ke dadanya”. Hah, kemudian Allah menjelaskan hikmahnya pula dalam surah al Ahzabayat 59: “Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana mereka itu tidak diganggu.”
Seperti hantu kum kum atau hantu stokin
seperti kata orang Johor pada mula jilbab diperkenalkan oleh Al - Arqam atau
bukan kehendak dan pilihan hati mereka jadi begitu. Tanya anjing, apakah
anjing mahu jadi anjing? Atau kucing mahu jadi kucing? Dan orang Melayu
terpaksa jadi Islam? THINK.
Masyarakat hari ini terlalu sensitif
jika isu maruah dibangkitkan. Terutama para pemimpin dan agamawan yang sering
tersepit dengan persoalan hatta isu remeh temeh. Menyentuh anjing di khalayak
ramai oleh anak gadis yang bertudung kerana mencemarkan imej Islam? Bagaimana
imej Islam yang dilakukan oleh VIP dan VVIP. Very Irritating Person?
Jika kita percaya pada
qada’ dan qadar tanpa berikhtihar dan bermohon pada Allah, Allah tempat
meminta Allah maha kaya sampai bila pun begitulah nasib masa depan dalam
kehidupan, akibat kita tidak mahu belajar dari ‘University Of Life’.
Sampai bila kita mahu
merelakan saja kelahiran, kematian, jodoh pertemuan, nasib, rezeki, sedangkan
kita punya akal fikiran, Allah tempat meminta. Kita punya Al – Quran yang
boleh menjadi panduan dan Nabi Muhamamd SAW Role Model untuk jadi ikutan dan
mentor. Selain penghayatan pancaindra, dan penghayatan alam semesta? Kenapa
tidak merenungkan Daulat Manusia yang termakan
dengan Rakyat Di Dahulukan. Rakyat mahu Daulat Manusia,
seandainya kita tidak memahami sifat alam dalam diri manusia. Kita tertipu
dengan kata rakyat didahulukan, tanpa memulangkan balik daulat manusia.
Kebanyakan manusia
menerima saja apa yang terbatas oleh kelahirannya. Seandainya dia anak seorang
nelayan, petani, penarik beca atau ibunya seorang pelacur dia akan mewarisi
kemiskinan dan perwatakan ibubapa atau masyarakat di keliling mereka. Berapa
ramai yang berani menempuh ombak seperti Mahathir anak guru sekolah yang
akhirnya menjadi Perdana Menteri atau Tun Mustapha House Boy akhirnya
menjadi lagenda. Atau Sarimah seorang gadis kampung dari Pekan, Pahang akhirnya jadi seorang Primadona. Baca buku saya The Lagend.
Air yang keruh dihulu
sukar untuk jernih di hilir seperti juga budaya yang telah diwarisi turun
temurun yang telah sebati dengan darah daging kita atau yang menjadi pusaka
peninggalan keluarganya. Kita terpaksa menobatkan anak pemimpin yang mesti menjadi pemimpin.
Kalau lahir sebagai orang
biasa - biasa, everybody, kita tak berani menjadikan diri somebody,
kita lebih suka jadi common dari menjadi uncommon
seperti gagak yang tak berani jadi helang, apalagi menjadi cendrawasih yang
hidupnya tinggi di awan, akhirnya hidup sebagai orang miskin, rakyat
marhain, sebagai orang tanpa pendidikan. Biarpun memiliki segulung scroll di
dalamnya terkandung kontrak P.T.P.Tipu. Apa lagi tanpa ilmu agama dan punya
ulama seperti ular dalam semak, sampai tua macam itulah nasibnya. Bila kita tak
sanggup berubah mengikut jejak Abu Yazid Bustami yang boleh sampai ke Sidratul
Muntaha. Itulah ruginya manusia yang menolak ilmu tasauf.
Kehidupan masyarakat telah
diatur seperti kehidupan di dalam alam maya, matahari dan bulan yang matahari
tak boleh jadi bulan, begitu juga ribuan bintang hanya terang di waktu malam
yang gelap gelita, seperti tikus tetap tikus, yang emak bapanya kucing
tetap kucing, yang kambing tetap kambing. Besar macam mana pun tubuhnya, tetap
kambing juga. Kambing dilahirkan berjanggut berbeza seperti lembu dan kerbau,
cuma orang tak kata bodoh macam kambing tapi badoh macam lembu. Lu fikirlah
bro.
Baru – baru ini kita
digemparkan dengan pesta gadis bertudung pegang anjing. Macam dah tak ada
cerita lain lagi yang boleh menggemparkan negara. Gadis bertudung pegang
anjing, ribut satu negara. Apakah mereka terlupa bahawa “Maha Suci Allah
yang menjadikan anjing dan babi.” Anjing ada di syurga, kerana
menyelamatkan anjing seorang pelacur dimasukkan ke syurga. Cuba baca kisah
pemuda dengan anjing yang terdapat dalam surah Al-Khafi.
Berapa ramai manusia yang
mempunyai keberanian moral, berani
mempertahankan yang hak, berani menentang kebatilan untuk menimbulkan yang hak,
berani berkata benar dihadapan para pemimpin yang zalim bukan hanya berani
mengutuk, mengkritik, mengkafirkan, menuduh orang sesat bidaah, khurafat, untuk
mengekalkan jawatan sebelah tangan pegang periuk nasi nasional, yang satu
pegang al – Quran, sekadar berani lalat kerana kemungkinan besar sekali
mengundang risiko!
Berapa ramai agamawan kita yang memiliki keberanian moral hingga
kita sanggup dicemoh, menjadi tidak popular, hilang jawatan seperti Dato Onn
bin Jaafar. Semasa menjadi Menteri Besar Johor menegur Sultan Ibrahim atau
Habib Alwee bin Abdullah Al Haddad mufti besar Johor yang menentang loteri
kebajikan masyarakat itu haram di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana
Menteri.
Pelik tapi benar ramai yang takut
kehilangan pengundi takut nanti parti politik yang dipimpin tak mandapat undi.
Merupakan dua hal yang amat berbeda. Berapa ramai para agamawan dan pemimpin
juga pendidik yang menyedari akan kewajiban terhadap sesama manusia dan sense
of responsibility mempraktikkannya dalam kehidupan sehari – hari? THINK.
Cukup banyak dari kita yang tidak
berani (takut) mengeluarkan pendapat, tidak berani membela seseorang kerana
“takut” tidak disenangi. Hal serupa bukan hanya terjadi pada orang biasa –
biasa tetapi juga kepada pemimpin di peringkat tertinggi yang punya imuniti.
Mengikut hukum jika kedua
– dua pihak sama ada anjing ataupun manusia bersentuhan dalam keadaan yang
kering ianya tidaklah haram. Yang ini ramai yang tahu dan berani bertengkar
dengan ego. Kalau nak di buat perbandingan diantara anjing dan kucing tidak
banyak bezanya. Apakah kerana kucing tidak dikategorikan najis? Ada cerita
betapa kasihnya nabi Muhammad SAW dan kucing binatang istimewa. Peliharaan
kunci murah rezeki. Ada kucing bertuah. Kucing pun makan najis juga, emak
kucing akan menjilat punggung anaknya untuk membersihkan najis anaknya, makan
bangkai tidak kira apa bangkai sekalipun, sama juga seperti anjing, kucing
makan cicak, tikus, kenapa tak ada agamawan membicarakan najisnya kucing berada
di atas sejadah? Kenapa double standard? Sedangkan kedua – duanya
tidak mempunyai akal fikiran. Tetapi anjing lebih pembersih. Anjing tidak akan
kencing atau pun membuang najis di dalam rumah tuannya kalau tuannya tak beri
dia makan.
Tak ada peribahasa malu – malu anjing, hanya malu – malu kucing. Tidak seperti kucing yang akan kencing dikeliling rumah tuannya ketika datang
musim mengawan untuk menandakan itu adalah kawasannya. Kadang – kadang tuannya
sendiri pun di gigit hingga membawa maut. Lu fikirlah Bro.
Pernahkah anda mendengar
kisah seorang pelacur yang masuk ke syurga kerana memberi anjing yang hampir
mati kehausan, mulianya hati seorang pelacur. Moral dari cerita ini “hati
mesti baik” ada belas ikhsan. Tuhan tengok hati bro. Tuhan tak tengok
besar mana serban dan gaun putih (jubah) yang kau pakai, dahi lebam digosok di
lantai sedangkan hatimu hitam kering kontang tanpa belas ikhsan.
Allah masukkan manusia ke
syurga atas rahmatNya atau syafaat nabi Muhammad SAW. Selawat. Seorang
wanita dimasukkan ke neraka kerana membiarkan kucingnya mati kelaparan berhari
– hari tak makan dalam kurungan, ketika dia menunaikan haji dan mengurung
kucingnya dirumah. Hendak selamat hidup kena belajar. Perlu ada ilmu. Belajar
dari Universiti Kehidupan. Hati itu apa benda dari pandangan tasauf yang
terdapat dalam ihya ulumuddin kitab imam al - Ghazali. Nak baca buku tasauf dan
sufi pun takut di tuduh sesat. Sampai tualah lu kena bidaah degan agamawan
fikah. Ritual yang menolak spiritual.
Apakah tak mustahil demi menjamin
keegoannya ada di antara para agamawan sanggup mengada – adakan cerita sekadar
untuk menarik minat orang lain agar mengetahui kehebatan diri, menggunakan
bahasa Arab untuk Al – quran dan Hadith, selaku agamawan salebriti pantang ada
isu tapi tak menemukan cara penyelesaian yang muktamad. Sudah 57 tahun kita
merdeka masih di takuk lama akibat mata
hati kita buta.
Peribahasa Inggeris ada mengatakan
anjing adalah sahabat manusia yang terbaik. Man’s best friend.
Dalam persahabatan misalnya, berapa ramai manusia yang berkongsi suka duka
ketika menghadapi masalah, tetapi bagi orang yang ego tidak. Mereka ini lebih
gemar menyakiti dan membenci sahabat sesama sendiri. Dia saja yang maha hebat,
kerana dia Maha Kaya, Maha Berkuasa, titahNya undang – undang.
Memfitnah dengki hasad yang tak ada
pada anjing. Apa lagi ego. Biarpun dia super star seperti Rin Tin Tin anjing
pelakon utama filem Hollywood atau pun keturunan Alsation, German
Shepherd, Chihuahua atau Doberman. Cuma
bahaya anjing bila terkena penyakit anjing gila. Itu saja. Ada kita dengar
manusia yang jadi gila kerana digigit anjing? Ramai yang gila jawatan, gila
duit, gila betina, terpengaruh oleh Boss Bos yang menggigit jiwa raga jadi
buas, rakus seperti mereka makhluk perosak seperti inilah yang perlu dijauhi.
Yang paling merbahaya
adalah bila jiwa raga dan hati nurani selain minda telah digigit oleh virus Vampire
moden yang namanya Black Metal, liberisme, LGBT yang telah menggigit minda anak
Melayu supaya menukar penyembahan, penyerahan diri terhadap Allah SWT langsung
menyembah syaitan. seperti mereka yang lebih percaya pada sihir bomoh dan kuasa
supernatural dari kuasa Tuhan. Kenapa tak percaya ke?
Ada di kalangan masyarakat
Melayu Islam menyatakan bahawa membela anjing malaikat tidak akan masuk ke
rumah. Kalau macam itu ramai yang berzina, minum arak, berjudi, bunuh orang,
mereka simpan anjing dalam rumah kerana malaikat tak ikut sama masuk dalam
rumah. Anjing mana satu yang dimaksudkan? Ada juga orang yang dilabel
sebagai anjing kerana tabiat suka menjilat kaki tuan.
Apa punya fatwa yang
dipakai oleh mereka ini, dari Al – Quran mana dan Hadith mana sanadnya?
Sedangkan dalam diri kita sendiri ada Allah. Allah lebih dekat dari urat
leher. Apakah Allah berada di Makkah saja baru doa boleh terkabul?
Inilah susahnya bila beramal, berpandukan pada fekah semata – mata menolak
tasauf, ritual tanpa spiritual, tarikat, hakikat dan makrifat diharamkan
menyebabkan jiwa jadi gersang bila dalam dada umat Islam, akibat tasauf
dianggap bidaah khurafat dan sesat bila isi dalam diri kosong jadilah sarang
setan dan puaka. Ada yang mengatakan bila anjing menyalak terasa pelik kerana
anjing nampak setan. Kenapa bangang sangat? Macam mana kita tak boleh nampak setan
yang bertopengkan manusia di depan mata kita mereka yang buta di dunia akan
buta juga diakhirat.
Pelik tapi benar, sama ada
anda suka atau pun tidak, segala – galanya terpaksa diketepi demi memastikan
kejayaan dan mengekalkan daulat
pemimpin
yang diidamkannya itu menjadi milik untuknya sendiri secara mutlak dan
menghapuskan daulat rakyat dan daulat alam.
Untuk memperolehinya, kuasa imuniti
dan baju kebal ia memerlukan waktu yang panjang yakni bergantung kepada
kecekapan seseorang itu yang telah menjualkan rohnya kepada syaitan. Justeru
itu, tidak hairanlah jika ramai kalangan mereka menggunakan pelbagai
alternatif sama ada dalam bentuk positif atau negatif untuk memperkekalkan
kuasa. Bila lagi para agamawan bangun dengan keberanian daulat manusia
untuk mempertahankan haknya sebagai kalifah Allah? Melepaskan diri dari sihir
dajjal durjana yang bertopengkan manusia.
Zaman nabi Noh as dahulu
anjing dan babi yang berada di dalam bahtera tersebut memakan najis. Jika
anjing dan babi diharamkan kenapa ramai manusia yang mengambil rasuah, minum
arak tidak memakan babi? Kerana geli yang menjadi budaya dari kecik lagi tak
diharamkan juga dan di tolak oleh masyarakat? Apa beza arak, rasuah dan babi?
Sama saja ketiga – tiganya haram atau kerana mentaliti orang kita
yang telah disetkan bahawa anjing dan babi sahaja yang haram? Rasuah dan minum
arak menipu, membazir menzalimi orang bukan satu dosa yang besar?
Adakah si penyentuh
anjing tersebut mencuri, si penyentuh tak mengambil wang rasuah apa lagi rasuah
berjemaah, makan harta anak yatim, duit zakat fitrah menyamun duit rakyat yang
diamanahkan pada pihak berkuasa yang menggunakannya untuk hidup bermewah –
mewahan. Apakah nak dibandingkan dosa budak perempuan bertudung pegang anjing
jika dibandingkan dengan pemimpin yang pergi pada bomoh dalam dan luar negeri
menggunakan sihir oleh isteri untuk memerbodohkan suami yang termakan nasi
kangkang? Sampai bila nak bercakap tentang perkara remeh-temeh begini. Nasib
orang Melayu seperti telur dihujung tanduk, bangsa kita
hidup celaru, haru – biru, berpecah belah, yang kaya tambah kaya,
Melayu yang miskin tetap hidup jadi gelandangan bawah jambatan.
Ada segolongan orang – orang Islam
mengatakan bahawa Allah Ta’ala mendatangkkan Al – Quran ialah hanya untuk
mengajar orang – orang Islam akan hukum – hukum Syariat dan mengurniakan pahala
kepada sesiapa yang membacanya. Apakah itu sahaja faedah Al – Quran. Mungkin
itu terjadi pada manusia yang mindanya tertutup dan matahatinya buta, atau di
dalam dadanya tak ada ‘Hardware’ yang
mengandungi Al – Quran yang akan hidup bila di satukan dengan ‘software’.
Al – Quran di sampaikan untuk ulil Albab, untuk mereka yang
berfikir. Kerana manusia sudah boleh mendengar semasa dalam rahim ibu lagi,
sudah boleh berinteraksi dengan ilahi melupakan janji bagaimana bila Allah
menuntut janji? Akibat lupa janji dengan Allah yang patut disembah, lain pula
yang disembah. Munafik tu... Lu fikirlah bro.
Al – Quran merupakan kitab
suci yang memberikan petunjuk kepada manusia ke jalan yang lurus siratul
mustaqim dan diredhai Allah SWT. Tiada keburukan dan cacat cela di dalamnya.
Sampai bila Al – Quran digunakan untuk tilawah al – Quran dan menjadikan anak –
anak Al – Hafiz tapi tidak ulil Albab. Oleh sebab itu, sebaik – baik
manusia ialah mereka yang mempelajari al – Quran dan mengajarkannya. Tapi bukan
yang menterjemahkannya ikut cara puak liberal dan mazhab yang menolak kitab ihya
ulumuddin imam al Ghazali, menolak kitab Syeikh Abdul Qadir Jailani dan
golongan tarikat dilabel sebagai sesat.
Daripada sibuk untuk
menjatuhkan hukum halal dan haram kepada seseorang, lebih baik sekiranya ulama
dan agamawan ini menjelaskan bagaimana hendak menyelamatkan anak – anak yang
terkena P.T.P.Tipu cara membantu mereka menggunakan ribuan juta wang zakat fitrah yang dikuasai oleh
mereka yang ada imuniti.
Saya tidak tahu atau
tidak nampak bagaimana kalau dengan menyentuh anjing, akhlak atau iman akan
tergugat. Masyarakat Melayu memang sensitif pasal anjing dan babi. Tapi tidak
ambil tahu dan tak berani mengamalkan Nahi Mungkar terhadap mereka yang ego.
Terutama agamawan dan pemimpin yang berbaju kebal dan ada imuniti.
Nampaknya ulama dan
agamawan kita lebih takut apabila Melayu menyentuh anjing, bila berbuat
demikian tandanya kita tidak berakhlak atau sudah mencemari kesucian agama
Islam.
Pihak penguasa mengambil
keputusan untuk menyiasat program mesra anjing yang dianjurkan Syed Azmi
Alhabsi. Antara sebab siasatan ini perlu dilakukan ialah program tersebut
menyentuh sensitiviti orang Melayu.
Wahai orang Melayu,
sampai bila harus kita kurung diri kita dalam tempurung sensitiviti? Dengan
mindanya yang tertawan “the captive mind” seperti kata Almarhum
Professor Syed Hussein Alattas. Sampai bila kita mahu membiarkan mereka yang
diberi amanah selaku ketua agama, menteri agama buat bodoh tanggungjawab mereka
terhadap agama, bangsa dan negara?
“Tidak kami dapatkan
kebaikan itu kecuali dalam ilmu, tanpa ilmu seseorang tidak akan dapat mengenal
Tuhannya, dan tidak akan mengetahui bagaimana cara menyembahNya.”
Dari
Buku
Bisikan
– Bisikan Ilahi
Idrus
Abdullah Al – Kaf
Sampai bila kita mahu
mengikut dan terpengaruh tentang apa yang diperkatakan oleh orang lain semata
kerana ianya isu sensitif. Kita mempunyai satu kelebihan yang tidak ada pada
haiwan – haiwan yang lain. Akal fikiran kita adalah khalifah Allah. Master Of the
Universe maka gunakanlah kelebihan itu
sebaik – baiknya sebelum ianya ditarik balik oleh sang pencipta.
Berfikirlah secara kritis dan bijak. Jangan dibazirkan nikmat yang telah diberi
percuma kepada kita. Sampai bila hidup mesti seperti siri pementasan dan drama
minggu ini di T.V?. Lu fikirlah bro.