Ramai yang terkejut melihat muka depan buku ini yang
membubuh gambar kepala Tok Guru Haji Hadi memegang tangan manusia yang sudah
hampir terputus. Begitulah gambaran dan
tanggapan manusia tentang Haji Hadi bila Hadi selaku Menteri Besar PAS
meluluskan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Terengganu di bawah
pemerintahan Tok Guru.
Ramai yang tak setuju terutama kaum hawa, tapi Haji Hadi tak peduli orang setuju atau tidak. Kuasa ada ditangannya. Dia buatlah apa
yang dia suka. Cuba tanya rakyat Terengganu, kenapa memberi mandat kepada Tok
Guru yang hilang akal macam Haji
Hadi?
Hilang akal bukan perkara baru dalam
sejarah hidup manusia. Nabi Adam as terkeluar dari syurga kehilangan rahmat
Allah swt akibat ‘hilang akal’ . Ular
dan pujuk rayu Hawa yang disalahkan oleh manusia yang terlupa bahawa leka,
lalai, alpa itulah sifat manusia biasa. Manusia memang mudah lupa sebab itu mereka cepat ‘gelap mata’ dan hilang akal akibat bahayanya Wanita, harta
dan takhta (kuasa). Sebab itu, Nabi Muhammad saw selaku pembawa risalah
kepada umat manusia dan jin dan lain – lain makhluk menolak Tiga Ta dari awal – awal lagi.
Ulama pewaris Nabi berjaya mengIslamkan mereka yang
hidup di hulu dan orang darat dapat menerima risalah walaupun tak seorangpun
pernah bertemu dengan Nabi Muhammad saw, namun mereka tetap mahukan Islam
kerana karamah yang ada pada Tok Ku Paloh selaku ulama.
Manusia terbahagi dalam dua kelompok. Ia bermula dari
dua orang anak Adam. Habil yang berakal mengikut
perintah Tuhan, Kabil yang tak menggunakan akal ikut perintah nafsu dan
kemahuan syaitan.
Dalam setiap zaman, ada manusia yang macam Kabil
merasakan diri mereka macam Tuhan. Seperti Firaun maka Tuhan jadikan Nabi Musa
as untuk membinasakan Firaun. Bila ada Namrud, Tuhan lahirkan Nabi Ibrahim as. Adanya
Abu Sufian, Abu Lahab, Abu Jahal di zaman jahiliyah ada pula Rasulullah SAW
untuk menegakkan hukum Tuhan menggunakan Al – Quran dan dirinya yang mempunyai
sebaik – baik akhlak. Hanya bila manusia tengok ada contoh yang baik maka
manusia akan tinggalkan kejahatan. Maka yang penting, sifat ketakutan
ditanamkan sebelum undang – undang dilaksanakan.
Anda akan bertanya hari ini ada George Bush, ada Tony
Blair, ada Sharon. Kenapa tak ada manusia yang Tuhan turunkan untuk mengubahkan
Kabil dan kaum kerabatnya yang sudah pun hampir menguasai seluruh kekuatan
manusia di dunia ini? Sabar... Baca buku ini seterusnya. Anda akan tahu siapa
yang akan menghancurkan Amerika dan Yahudi.
Hilang akal mungkin terjadi kepada sesiapa saja, tidak kira peringkat usia dan kedudukan mereka. Pengarah Filem Hollywood, Ron Howard menggarapkan kisah John Forbes Nash, seorang genius yang hilang akal dalam filem arahannya A Beautiful Mind. Kisah seorang profesor Matematik yang Hilang Akal. Tapi masih boleh memenangi Nobel Award.
Bakat dan kebolehan menjadi sia – sia akibat penyakit hilang akal yang juga dikenali schizophrenia. Isteri dan anaknya terdedah kepada bahaya kerana
keadaan beliau yang tidak siuman yang boleh mengancam keselamatan mereka. Tapi
itu hilang akal akibat penyakit ‘gila’.
Selalunya yang dianggap genius itu
penuh dengan kegilaan. Namun orang yang buat – buat gila belum tentu seorang genius. Lu Fikirlah Bro..
Dari Buku Mereka Yang Hilang Akal
2002
Bersambung...
No comments:
Post a Comment