Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Hari - hari cakap bohong itulah kerja Perdana Menteri.
Hilang Integriti, kredibiliti dan dignity.
Akhbar The
EDGE pada keluaran 28 April 2014 telah meletakkan satu tajuk besar yang cukup
sayu menyentuh hati kita, akhbar tersebut merayu ‘BRING BACK THE MONEY” (Bawa
Pulang Wang Kita)
Akhbar ekonomi ternama di
Malaysia itu membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 billion yang diletakkan
di luar negara.
Membaca laporan kewangan
tahunan syarikat yang berakhir 31 Mac, memang membuatkan kita urut dada tanda
lega kerana jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada 44.6 billion. Itu semua ‘on paper’ bro! Kita terlupa bahawa
1MDB perlu menanggung bayaran hutang tahunan berjumlah RM 1.6 bilion kerana
meminjam sebanyak 36 billion pada tahun 2013. Tak cukup dengan hutang sebanyak
itu, pada 28 April 2014, akhbar ekonomi dunia Wall Street Journal membuat
laporan 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah bank lagi untuk meminjam RM2
billion.
Suara Keadilan keluaran 6 Mei
2014 dalam satu artikel yang ditulis oleh Lyn Nasir mengesahkan dengan laporannya:
‘Negara mungkin menghadapi
masalah keberhutangan lebih tinggi sekiranya beberapa syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) gagal dalam pelaburan mereka, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim
berkata kemungkinan GLC 1 Malaysia Development Berhad akan meningkatkan lagi
hutang negara dalam usaha syarikat itu menampung kos projek mega seperti Tun Razak Exchange
dan Bandar Malaysia dengan anggaran kos RM45 billion....
Pada asalnya dana 1MDB ini
adalah dari dana tabung Negeri Terengganu, iaitu duit royalti minyak yang
disimpan dalam satu dana yang dinamakan TIA (Terengganu Investment Agency) dana
negeri Terengganu kemudian ia dinamakan 1MDB. Apakah Ahmad Said mantan MB
Terengganu, tak tahu tentang selok belok
serta cerita disebalik tabir tentang dana Terengganu yang TIA diubah menjadi
1MDB itu.
1MDB (1 Malaysia Development Berhad) juga membawa maksud
lain iaitu 1 Malaysia Di Bodohkan. Kenapa dikatakan begitu? berikut
adalah alasannya....
Negara kita memang beraspirasi
untuk menjadi ‘negara maju kelas satu’, malang sekali kewibawaan pemimpin kita
tidak membawa Malaysia ke arah itu.
Satu ukuran yang paling
mudah, tahukah kita bahawa tahap
ketelusan negara kita amat rendah berbanding dengan kriteria negara maju.
Kepimpinan Najib memang terus
mendakwa Malaysia negara maju dan sememangnya
kita maju pun. Hanya memajukan kelompok tertentu saja. Negara maju kelas
berapakah ini?
Antara perbuatan tidak telus
pemimpin ialah tentang Tabung dana 1MDB yang ditubuhkan dalam tahun 2009 dengan
suntikan modal RM5 billion, modalnya dijamin oleh Kerajaan. Tetapi kenapa
sebanyak US 2.3 billion di letakkan di sebuah bank di Switzerland. Dana
sebanyak itu telah diurus oleh syarikat pengurus dana kewangan di Hong Kong.
Pengurus dana telah melabur
wang tersebut di enam tabung dana berlainan yang terlibat dalam sektor tenaga.
Profail pelaburan keenam enam
dana ini atau nilai asetnya juga tidak diketahui.
Orang yang tidak ada asas pengetahuan
kewangan pun tahu ‘don’t put all your egg in one basket’. Dalam kes 1MDB
ini, sudah lah put all in in one basket,
tetapi not his own basket pulak. Kata P. Ramlee, ‘unta
padang pasir pun tak sebodoh itulah!’
Kenapa dana yang ditaja
kerajaan, dengan jumlah dana yang besar itu diletakkan di luar negara sedangkan
objektif utama penubuhan dana itu untuk merancakkan ekonomi domestik.
Habis semua wang yang
sepatutnya berlegar legar di dalam negara telah menyusup ke luar negara.
Sudah lah selama ini
berbillion ringgit mengalir keluar setiap tahun dari sektor pekerja asing yang
bekerja di Malaysia.
Secara minimanya, jika seramai
2 juta pekerja asing di Malaysia, setiap orang menghantar minima RM100 setiap
bulan, ini bererti 200 juta ringgit mengalir keluar setiap bulan, tetapi kita
bertanya semula adakah pendatang asing hanya 2 juta, memang yang berdaftar
lebih kurang 2 juta, PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) boleh dikatakan sama
ramai atau mungkin lebih ramai dari yang ada permit. Kiralah berapa banyak wang keluar negara
setiap bulan, tidak cukup dengan itu. Kini berbillion billion wang dalam negara
di bawa 1MDB keluar negara atas nama pelaburan.
Pada 12 September 2012, 1MDB
telah meletakkan US2.3 billion (RM7.42 billion) dalam beberapa portfolio
berasingan di Cayman Island.
Pada 22 February 2014, Akhbar
Star dalam ruangan StarBiz Week melaporkan
1MBD had places US$2.32 Bil
(RM7.42 bil) in a segregated portfolio fund based in Cayman Islands on Sept 12,
2012.
Selepas kumpulan pertama
sebanyak US2.3 billion dilaburkan pada bulan September 2012 itu, diikuti pula
US3 billion ringgit diletakkan di tangan bank pelaburan luar negara pada bulan
Mach 2013.
Jumlah kesemua, 1MDB sudah
melabur sebanyak US 5.3 billion di tabung dana luar negara. Yakni dalam masa
enam bulan dari bulan September 2012, wang sebanyak itu telah berada di tangan
bank asing. Apakah Najib boleh menjawab "ask me no question, I will tell you no lie." Dah banyak sangat pembohong, kesian yang kena tipu cerdik pandai, orang kita yang tak berani cegah kemungkaran. Kalau tanya pun, Najib suka buat bodoh. Dia takkan jawab apa pun orang kata dia. Akhirnya gambar dia kena pijak. Orang tampal kasut saja di mukanya. Itulah nilai Perdana Menteri Malaysia hari ini. Muka serupa tapak kasut je.
Soalan yang selalu menjadi
pertanyaan utama, kenapa wang itu diletakkan di luar negara, namun tiada
sebarang jawapan.
Bukankah 1MDB ditubuh untuk
memberangsangkan projek yang mampu memberi impak tinggi kepada ekonomi dalam negeri. Ia bukan ditubuh
untuk mengumpul wang dengan jaminan kerajaan dan kemudian wang tersebut dilabur
di luar negara. Untuk kepentingan siapa? Duit sekarang siapa punya?
Persoalan yang serupa telah
ditanyai dalam ruangan ‘The Alternate View’ akhbar Starbiz Week 22
February 2014 oleh penulis kolumn M. Shanmugam.
‘Nevertheless, questions
will still persist as to why the money is parked in a fund in Cayman Islands
because that was not the objective of 1MDB when it was established in 2009.
What is the investment strategy, horizon and recoverability of the money?
The money parked in Cayman
as a major portion on the RM5 bil seed capital 1MDB raised by issuing
government guarantee bonds. It was supposed to be used to lure investments that
would cause a high impact in local economy.’
Setakat ini jawapan yang
diberi oleh 1MDB ialah wang tersebut telah dilabur dengan baik, ditadbir urus
dengan selamat dan akan dibawa pulang semula. Bila dah pulang, masuk ke bank siapa? Di dalam atau di luar negara?
Jawapan seperti itu tidak
memadai, kerana ia melibatkan tadbir urus dana awam. Sampai bila kita nak kena bodoh oleh Najib? Apa yang menyebabkan dia begitu berkuasa sekali? Sampai bila UMNO nak simpan dia jadi Presiden? Dan rakyat Malaysia nak simpan dia jadi Perdana Menteri?
Kalau badan GLC lain buat
sepertimana yang 1MDB lakukan ini, sudah tentu mereka akan diserang dan diasak
oleh pihak media, akan dikritik seteruk-teruknya dan mungkin akan diambil
tindakan. Kenapa Najib boleh buat sesuka hati? Media dah kena sihir ke oleh tukang sihir Najib?
Lupakah kita bagaimana Lembaga
FELDA terpaksa berhempas pulas memberi penjelasan dan penerangan kerana membeli
hotel di London dengan harga 98 juta paun (RM497 juta) pada bulan Oktober tahun lepas. Padahal
pembelian itu memang ekonomik dan boleh mendatangkan keuntungan. Kenapa 1MDB tidak dipersoalkan seperti mana
FELDA kena? Adakah semata mata kerana 1MDB Pengerusi nya Najib, maka mereka
terpaksa mengunci mulut, sebab jika ada sesiapa yang berani menentang atau
bertanya maka akan terpelanting keluar dari gerabak. Lu Fikirlah Bro.
Apabila beberapa orang atasan
Sime Darby menyalahguna kuasa dan salah guna wang , mereka telah ditahan oleh
pihak berkuasa, kini dalam proses pendakwaan. Kenapa 1MDB masih bernyawa
pengarah pengarahnya. Apa beza status Sime Darby dan 1MDB?
Perbuatan atau cara yang
dilakukan 1MDB ini iaitu meletakkan wang yang dikumpul dari sumber dalam negara
ke luar negara adalah satu contoh yang amat bahaya. Ia juga membuatkan legaran
atau pusingan wang dalam negara menjadi tambah berkurangan. Sekaligus
membuatkan ekonomi negara bertambah muram dan tidak rancak kerana tidak banyak
transaksi jual beli berlaku. Apakah tak mustahil negara akan bankrup selagi Najib kekal sebagai Perdana Menteri?
Ini adalah antara sebab para
peniaga mengeluh. Apa akan jadi jika GLC lain pula akan mengikut jejak langkah
1MDB, dengan mengumpul dana dalam negara dan meletakkannya kepada pengurus dana
luar negara. Sebagaimana yang kita semua maklum, CEO GLC memang sentiasa
memerhati ‘contoh utama’ . Mereka hanya menunggu masa untuk mengikutinya. Sampai bila kera di hutan di susukan, anak sendiri dibiar kelaparan? Keruh air dihulu, akan keruh juga air yang dihilir. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Seperkara lagi, siapa yang
harus dipertanggung jawab jika wang itu tidak dapat dibawa pulang semula atau
pun jika jumlah dibawa pulang lebih rendah dari yang dilabur? Maklum sajalah
wang di tangan orang, bukan mudah hendak diminta semula. Dalam dunia ekonomi
sekelip mata pasaran boleh naik dan sekelip mata juga pasaran boleh merudum. Apakah nasib Najib tak akan jadi serupa itu? Seperti yang telah berlaku pada para pemimpin dunia yang jauh lebih berkuasa dari Najib? Apakah kita tak percaya pada hukum karma?
Setakat ini, dana itu mencatat
pulangan 5.76 peratus saja, jauh lebih rendah dari jumlah pulangan yang pernah
mereka dapat ketika melanggan bon Islam yang dikeluarkan PetroSaudi
International Ltd di antara 2010 hingga Jun 2012 iaitu sebanyak 8.25 peratus.
Pada 1 March 2014, Starbiz
week akhbar The Star dalam satu rencana yang ditulis Risen Jayaseelan dengan
jelas mendedahkan
1Malaysia Development Bhd
(1MDB) has issued RM1.5 bil worth of 7 year and 10 year Islamic Bonds at an
indicative yeild of 6% which works out to around 180 basis points above current
Malaysian Government Securities (MGS) rates.
The buyers of the bonds are
Lembaga Tabung Haji (LTH) and Permodalan Nasional Bhd (PNB)
.... The bonds do not carry
a government guarantee and are not rated. But the papers are backed on 495
acres of land in Sungei Besi that 1MDB plas to develop into the iconis Bandar
Malaysia, a high-end mixed development project.
Pada tahun 2011 seorang
jutawan Taek Jho Low telah cuba membeli saham sekumpulan hotel terkemuka
Coroin, iaitu Hotel Claridges, The Connaought dan The Berkeley di United
Kingdom melalui syarikatnya The Wynton Group bernilai RM5.7 billion dengan
bantuan dari dana 1MDB. Apabila perbuatan mereka itu telah dapat dihidu. Najib
sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB terus menafikan bahawa beliau tidak ada
kaitan dan tidak mendanai urusniaga Taek Jhow Low. Najib pun pernah sumpah Al - Quran bahawa dia tidak ada kena mengena dengan Altantuya. Betul ke?
Akhirnya terbukti Najib berbohong, apabila kes pembelian saham hotel itu menjadi perbalahan dan dibawa ke Mahkamah Tinggi United Kingdom, maka terbukti pada 15 Januari 2011 1MDB telah menghantar surat bagi pihak Jho Low untuk membeli saham hotel tersebut. Siakap senohong, gelama ikan duri, suka cakap bohong itu lah kerja Perdana Menteri. 3 tanda untuk mengenal seorang yang munafik, cakap bohong, mungkir janji, mengkhianati amanah. Sampai bila Najib nak membohongi rakyat? Dan sampai bila rakyat nak simpan seorang yang bersifat munafik. Bukankah tanggungjawab orang Islam mengajar kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan salahkan Tuhan jika Tuhan turunkan bala ke negara kita, kerana kita sudah tidak dengar cakap Tuhan lagi.
Kisah transaksi ini dilaporkan
dengan menyeluruh dan ekslusif dalam Laman Web ‘Sarawak Report ‘pada 2 Mei
2014.
Di kalangan ahli perniagaan
semua tahu Taek Jho Low ini adalah rakan niaga Rosmah. Memang kena dengan
konsep 1 Malaysia, Rosmah hanya berurus niaga besar dengan usahawan bukan
Melayu seperti Deepak dan Taek Jho Low...
Sampai bila Najib hendak
membohongi rakyat. Apakah Najib fikir rakyat Malaysia masih tinggal di dalam
gua dan tidak mengetahui segala perbuatannya yang menderhaka pada bangsanya
sendiri dengan membiarkan Rosmah bermaharaja lela. Siapa sebenarnya Perdana Menteri? Najib atau Rosmah? Betul ke Najib ini bini Rosmah? Dan Rosmah yang menjadi Perdana Menteri bukan Najib.
Gambar dari buku MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang |
BERSAMBUNG...
Di Petik dari buku
13 Dalil Kenapa Najib
Wajib Letak Jawatan
Boleh dapatkan buku secara online.
Sementara stock masih ada.
Hubungi/ Whatapps : 0172350422Sementara stock masih ada.
atau email alxsunilife@gmail.com
No comments:
Post a Comment