Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 20, 2014

NAJIB PEMBOHONG Bahagian Kedua


My country has an old tradition, we send great men as envoys to great kings, and idiots as envoys to incompetent kings. Because I am the worst of all, they sent me to you.

Ambassador Yan Ying kindly explains his
appointment to the sharped tongued
Duke Ling, Spring and Autumn Period

Rakyat Malaysia sudah dibebankan dengan hutang negara yang saban tahun meningkat billionan ringgit.

 To gain the respect of the people, several victories would not go amiss.
Shi Hou advises the usurper Zhou Yu,
Spring and Autumn Period.

1MDB hasil cetusan idea Najib yang sepatutnya menjadi ‘aset’ telah bertukar menjadi ‘liabiliti’ . Sama seperti Najib juga, dia adalah 'liabiliti' kepada UMNO dan kepada Negara. Berikan sesuatu jawatan kepada bukan ahlinya tunggulah akan kehancurannya. 

Adakah pemindahan dana dari dalam negara ke luar negara itu yang menyebabkan Ahmad Said dihentikan jawatan MB nya kerana besar kemungkinan Ahmad Said merupakan ancaman terhadap perancangan mereka untuk membawa lari duit dari dalam negeri ke luar negara? Buku Lu Fikirlah Bro adalah satu dokumentasi yang wajib di baca oleh mereka yang mahu kenal betapa lemahnya kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri.

Pada hujung tahun ini pula, 1MDB akan membuat tawaran saham untuk mencari sebanyak RM15 billion. Inilah kerja penyamun tarbus. Sampai bila kita nak biarkan penyamun tarbus bermaharajalela? A stich in time saves nine. Lu Fikirlah Bro.


I announce to you these three laws.
1.Murders shall be executed.
2.Those who injuries others shall pay the penalty.
3.Thieves shall be punished.

Liu Bang lays down the law to his victorious army,

Han Dynasty

Kepimpinan Najib terus meminjam atas nama Malaysia, menjadikan Malaysia negara yang berhutang besar tetapi segala peluang mendapat projek dan wang menjadi milik kuncu-kuncunya saja. Malaysia bertambah miskin, Najib Rosmah dan jemaahnya  bertambah kaya.... Betulkah kita semua telah tersihir hingga lidah menjadi kelu membisu. Apa nak jawab depan Allah SWT?


Better for one family to weep than a hundred clans. (The needs of the many outweighed the needs of the few)

Fan Zhongyan, Song Dynasty

Jika kita hendak menelusuri awal mula kisah sihir, kiranya kita perlu memulai dari firman Allah sebagai berikut:

"Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh setan – setan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan – setan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan; “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.” Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (Al Baqarah 102)

Walaupun kita semua terus menentang dan mendedahkan kepincangan serta salah laku tadbir urus kewangan, mereka terus tidak mempeduli segala penentangan. Mereka mengguna pakai istilah ‘biarlah anjing menyalak bukit, bukit tak akan runtuh’. Sampai bila Najib nak menutup telinga dan membutakan mata melihat penderitaan rakyat terutama Melayu bumiputra, yang akhirnya menyebabkan Melayu 1Malaysia, hilang didunia. Sampai bila Najib berjaya melakukan rampasan kuasa, membuang Ahmad Said digantikan dengan Ahmad Razif.

Sebab apa Najib berani dengan salakan-salakan itu? Mungkin Najib sudah pecah dan perintah, (divide and rule) semua media yang boleh mengancam kedudukannya. Media penerbitan memang sudah lama di bawah ‘kawal selia’ orang-orang Najib. Dia sedar zaman sekarang ini zaman ‘media baru’. Bukannya susah,  media-media baru seperti para blogger di beri ‘wang saku’. Blogger pun ada kategorinya, kalau hit blognya mencecah jutaan pembaca ataupun kalau berita yang ditulis oleh blogger itu mengampu Najib setinggi Menara KL, mungkin Najib akan isi semua poket mereka. 

Golongan muda pula memang dirangka supaya hidup dalam keadaan ‘obligated’ dengan kerajaan. Majoriti golongan muda berhutang dengan PTPN (PTPTPU), jadi apa saja kerajaan buat, golongan muda akan akur.

Sebab itu dalam apa saja kes yang Najib Rosmah terlibat, dia tidak peduli dengan suara rakyat jelata, dia anggap suara rakyat telah dipecah pecah mengikut kelompok yang mana suara itu tidak akan bersepadu dan dia kekal disitu selagi orang UMNO diam membisu.

Selama berabad – abad, dunia Islam pernah menempati posisi yang sangat penting dalam peradaban manusia, baik dalam hal kekuatan militer maupun ekonomi. Islam juga pernah menjadi pelopor dalam dunia seni dan ilmu pengetahuan. Sementara itu, pada saat yang bersamaan umat Kristian Eropah, yang berada sangat jauh dihujung sebelah barat laut negara – negara Islam, sedang mengalami masa kegelapan yang ditandai dengan perilaku barbar dan ketidakpercayaan terhadap Tuhan sehingga mereka dipandang bukan sebagai kekuatan yang patut disegani. Namun kemudian segalanya berubah, ketika barat yang dulunya dianggap lemah mulai dari berbagai kemenangan di medan perang dan di dunia perdagangan, sampai dengan kemenangan  di hampir setiap aspek kehidupan masyarakat dan bahkan kehidupan peribadi.

APA YANG SALAH?
Sebab - sebab runtuhnya Khilafah
dan kemunduran Umat Islam.
Benard Lewis

Dari buku APA YANG SALAH?


Bermula dari kes cincin 24 juta, semua media mengkritik, mendebat dan meletakkan berbagai pertuduhan. Akhirnya cerita cincin 24 juta itu hilang dalam masa 24 bulan.

Kemudian kisah Rosmah memiliki beg tangan yang mahal-mahal, puluh ribuan harganya. Bukannya Rosmah dibenci tetapi wanita-wanita berlumba-lumba mengikut trend ‘mengumpul beg tangan’ walau tidak semahal beg tangan Rosmah tetapi setiap wanita paling kurang pun sepuluh buah beg tangan. Rosmah ‘the trendsetter’.

Kemudian kes Altantuya pula menjelma, bukan media tempatan saja membuat liputan, banyak media antarabangsa yang turut serta mencelah isu kes pembunuhan itu. Bertahun tahun kes itu dibicarakan. Najib dan Rosmah langsung tidak terpalit... Roh hantu Altantuya pun sudah letih bergentayangan dan  mungkin sudah pulang ke Mongolia, sebab itu Deepak yang pada mulanya ingin mendedahkan kes Altantuya dengan alasan hantu Altantuya menghantuinya kini sudah mendiamkan diri setelah mendapat pinjaman 32 Juta dari Bank Rakyat tanpa faedah. Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman 32 Juta. Sabbaruddin memberitahu The Malaysian Insider, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah. Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat, jadi kenapa perlu jumpa menteri?


"If you true you will know it. For all the good people in your village will like you, and all the bad ones will hate you."

Confucius, Spring and Autumn Period.


Kes Deepak pula, berbagai cerita yang mengaitkan Deepak dan Rosmah, dari cerita ‘toy boy’ sehinggalah paling mutakhir mirip cerita ‘toyol boy’ kerana dapat mengambil wang Bank Rakyat tanpa faedah. Semua orang di dunia ini meminjam wang dari bank akan dikenakan faedah, sistem Bank Islam pun walau tidak mengambil faedah ia akan mengenakan caj perkhidmatan, Deepak dapat duit puluhan juta tanpa satu sen kena bayar faedah, bukankah ‘hanya toyol saja yang mampu berbuat demikian’ dalam cerita cerita dongeng dan hikayat. Toy boy sudah bertukar menjadi toyol boy

Kes Surat Akuan Bala, arahan siapakah supaya Bala mengubah Surat Akuan yang pertama yang memegang tengkuk Najib dan Rosmah, supaya membuat Surat Akuan kedua? Tanya lah peguam Cecil Abraham yang mendraf Surat akuan tersebut... kes ini juga heboh di semua media.. Bagaimana Najib dan Rosmah boleh berada di luar gelanggang? akhirnya Cecil Abraham sedang dibicarakan oleh  badan disiplin Majlis Peguam.

Kini kes wang 1MDB yang diusung ke luar negara. itu pun, kebingitan kes ini diperkatakan di media baru dan beberapa akhbar, masih tidak pedulikan langsung, kerana Najib cukup percaya, salakan salakan itu tetap tidak meruntuhkan bukit.... adakah wang itu sudah dibawa pulang setelah isunya menjadi bingit, atau wang itu masih berada di luar negara, mungkin ada pihak sedang mengira keuntungan faedah yang tiris... yang tidak masuk book.

Dalam tahun 80an dulu, kes yang mirip dengan 1MDB juga pernah berlaku. Sebuah GLC kewangan kerajaan bernama Bumiputera Malaysia Finance (BMF) telah ditubuhkan di Hong Kong untuk tujuan pelaburan, kemudian wang syarikat kewangan itu telah dikendurikan sesama rakan niaga pemimpin saja. Antaranya George Tan dan syarikat Carrian Group. Akhirnya salah laku kewangan itu telah menjadi isu, lalu pihak ibu pejabat Bank Bumiputera Kuala Lumpur menghantar seorang juruaudit yang berwibawa untuk mengesan salah laku itu, juruaudit itu dibunuh dan dicampak di pangkal pokok pisang di pinggir bandar Hong Kong. Melihatkan kes seperti ini memang tidak salah jika dikatakan orang orang politik memang tidak ada ‘hati perut dan belas kasihan jika hendak menyelamatkan diri, nyawa orang pun sanggup diambilnya...


Menerusi buku The University Of Life, saya ingin melahirkan generasi yang memiliki jiwa berani kerana benar dan takut apabila salah. Jiwa sedemikian tiada akan dapat wujud pada diri seseorang dengan hanya sekadar memiliki Ilmu dari Universiti yang formal. Bahkan ramai yang memiliki kekuasaan tersebut telah menyalahgunakan seperti untuk menindas orang lain kerana hilang kepercayaan pada Allah dan menyembah selain dari Allah. THINK.



Boleh dapatkan buku secara online.
Sementara stock masih ada.
Hubungi/ Whatapps : 0172350422
atau email alxsunilife@gmail.com










No comments:

Get your Tickets now!