Pukul
empat subuh waktu Dubai penghujung bulan Mei 2006, sementara menunggu pertukaran penerbangan selama dua
jam ke Tehran, Iran, saya duduk minum kopi sambil memerhatikan betapa sibuknya
pengembara dari empat penjuru alam dengan dirinya sendiri. Siapa pun tak
pedulikan siapa, tak ada masa bertegur sapa. Pelik perangai manusia yang
kononnya maju. Ramai yang shopping giler, hinggakan terlupa
antara siang dan malam. Memang Lapangan Terbang Dubai tersohor sebagai syurga
membeli – belah dunia. Hingga mereka terlupa adanya syurga yang sebenar -
benarnya.
The night has
a thousand eyes,
And the day
but one;
Yet the light
of the bright world dies
With the
dying sun.
The mind has
a thousand eyes,
And the heart
but one;
Yet the light
of a whole life dies,
When love is
done.
Night
Francis
William Bourdillon (1852 -1921)
Mengapakah
saya perlu mengambil risiko pergi ke Tehran untuk menghadiri satu konferensi
mengenai kekejaman Zionis? Apakah saya sudah terlalu ghairah untuk menemui
kematian? Takut apa dengan mati, manusia yang takut mati macam mana nak masuk
syurga? Apakah saya sudah tidak lagi mencintai isteri serta 10 orang anak –
anak dan juga cucu – cucu saya? Tak ada kerja lain ke, selain mencari bahaya?
Itulah kerja wartawan yang mahu menyampaikan berita yang di alaminya dalam
keadaan penuh bahaya.
The
last thought to offer is that man must explore himself – his goals and value –
as much as the world be seeks to change. The dedication to both tasks must be
unending. The crux of the matter is not only whether the human species will
survive,
but even more whether it can survive without falling into a state of
worthless existence.
The
Club of Rome (1972)
Kenapa
orang – orang Islam yang bukan menjadi rakyat di negara – negara Arab non Arab,
saja yang sanggup mati bersama umat Islam di Lebanon? Apakah yang dilakukan
oleh pemimpin Arab Islam tatkala Zionis sedang menyembelih kanak – kanak,
wanita dan menghancurkan Lebanon? Lu fikirlah bro.
Joseph Pultizer |
Apa
yang dibuat oleh seorang wartawan? Bukan sebarang pengurusan perniagaan atau
penerbit, hatta pemilik. Seorang wartawan ialah pemerhati di tempat kawalan
kapal sebuah negeri. Dia memerhatikan kepada pelayaran yang melintasinya,
bintik – bintik menarik yang kelihatan di permukaan laut dalam suasana cuaca
baik. Dia melaporkan mereka yang hanyut agar diselamatkan oleh kapal. Dia cuba
melihat menerusi kabus dan ribut untuk mencari amaran terhadap bahaya yang ada
di hadapan. Dia tidak memikirkan mengenai gajinya atau laba yang akan
diperolehi oleh tuannya. Dia di situ untuk memerhati keselamatan kebajikan
mereka yang meletakkan kepercayaan kepadanya.
Joseph
Pultizer, seorang tokoh dunia persuratkhabaran Amerika
Syarikat dalam The North American Review (Mei 1904)
Osama Ben Laden |
Tahukah
anda mengapakah persidangan ini diadakan di Tehran? Kenapa tidak di Makkah, di
Arab Saudi atau negara Arab yang lainnya? Apakah ada kena mengena Hizbullah
dengan gerakan Al – Qaeda? Di mana pula gerangan beradanya Osama Ben Laden?
Kalau sudah hampir lima tahun Amerika gagal menangkap Osama, apakah Zionis
boleh menangkap Syed Hassan Nasrallah? Kenapa orang Arab tidak mahu bantu umat
Islam yang teraniaya di Lebanon? Kenapa Hizbullah dituduh terrorist? Kenapa
Israel yang menakluk dan merampas tanah umat Islam tidak di labelkan sebagai
penjenayah? Ke mana perginya pemimpin – pemimpin Arab yang mengaku berpegang
kepada Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah? Atau sekadar bertopengkan
wajah ahlul sunnah wal jamaah?
Untuk
apa saya perlu mengemukakan soalan – soalan ini? Hidup memang perlu menjawab
soalan. Hanya orang yang tak mahu berfikir saja tak tahu menjawab soalan. Saya
hanya seorang penulis buku ”politik semasa” bukan wartawan dari
media Arus Perdana. Jawapannya ialah kerana apa yang berlaku di Timur
Tengah di mana terdapat orang Arab Islam, orang mengharapkan mereka yang
mendakwa sebagai pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang mesti
mengikut sunnah Nabi menentang kekejaman, ketidakadilan, kezaliman dan
bersifat rahmatanlilalamin. Tapi kita tak nampak adanya sifat
kemanusian di hati raja – raja Arab.
Syed Hassan Nasrallah |
Saya
datang dari sebuah negara yang mempertahankan Islam Ahlul Sunnah Wal
Jamaah yang bermazhab Shafie. Sejak dari kecil lagi kami telah
diajar untuk menjawab soalan – soalan di hadapan Allah SWT apabila kita telah
mati dan berada di liang lahat nanti. Hidup inikan menjawab soalan. Siapa
Tuhan kamu, siapa Nabi kamu, di mana kiblat kamu, dan siapa sudara kamu.
Ramai
yang malas nak ambil tahu, tak ada rasa kepedulian, tak ada peduli sama
sekali apa yang berlaku terhadap kaum keluarga, hatta anak isteri mereka,
inikan pula yang berlaku di Palestin mereka beranggapan bahawa apa yang berlaku
di Palestin, di Lebanon tak ada kena mengena dengan mereka akibat mereka hidup
dalam keadaan nafsu nafsi tak ada tanggungjawab, mungkin mereka tak tahu cerita
yang sebenarnya. Otak mereka sudah dibrain washed, bahawa isu
Palestin dan Lebanon adalah perang antara Islam dan Yahudi, Arab dan Yahudi
asal dari keturunan yang sama. Nabi Musa as dan Isa as sebelum Nabi Muhammad
SAW semuanya Yahudi, melainkan Nabi Muhamamd SAW saja berbangsa Arab. Pasal apa
hendak campur kisah manusia berebut harta?
Rendra
|
Kesadaran adalah matahari.
Kesabaran
adalah bumi
Keberanian
menjadi cakrawala.
Dan
perjuangan adalah pelaksanaan kata – kata.
Emas telah diganti loyang!
Daulat jiwa diganti daulat uang.
Tak ada lagi kendali untuk sang tiran
Akhirnya anak cucu sendiri diumpankan
Demi kemewahan yang bukan kesejahteraan.
Rendra
10
November 1997
Taman
Ismail Marzuki
Dari
buku Megatruh
Itulah
antara perkara – perkara yang bermain dalam kepala dan saya sambil terus
teringat, ”Jika saya tidak berani menulis cerita yang sebenarnya,
Perdana Menteri saya Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden OIC akan
menjadi sasaran”. Apa yang Pak Lah boleh buat selaku Presiden OIC
dengan orang Arab yang tak ada rasa peduli terhadap bangsanya sendiri? Bila OIC
menjadi OHHHH I SEE. Bagaimana dengan mereka yang mengaku ahli sunnah
yang sikapnya lebih Yahudi dari Yahudi.
Pelik
tapi benar ramai yang tak tahu sentimen kebangsaan, keAraban bukan keIslaman
yang dimainkan oleh raja – raja dan pemimpin Arab, kerana Nabi Muhammad SAW Arab, Al – Quran dalam bahasa Arab, Makkah dan
Madinah di negeri Arab yang di miliki oleh As Saud. Mereka merasakan Islam
milik orang Arab. Mereka yang tak semazhab dengan fahaman keAraban terutama
Iran yang menganuti mazhab “syiah kafir” sedangkan dalam masa yang sama
mereka duduk semeja, sembahyang dalam masjid masjidil Haram di Makkah dan
Masjid Nabawi di Madinah menghadap kiblat yang sama bertuhankan Allah dan
Nabinya Muhammad SAW. Al – Quran menjadi ikutan. Apa jenis Islam bila ada orang
yang mengkafirkan dan mengata orang Islam lain kafir? Siapa sebenarnya kafir?
THINK. Apakah mazhab Arab Saudi dan Arab - arab yang lainnya Islam? Apakah
kerana bila berbeza mazhab kita anggap bukan saudara seIslam kita. THINK.
We
will have to repent in this generation not merely for the hateful words and
actions of the bad people but for the appalling silence of the good people.
Martin
Luther King Jr. (1926 – 1968)
Mereka
bukan tak tahu perang yang dilakukan oleh Israel dengan sokongan Amerika dan
sekutunya dan negara Arab yang berjiran bukan sekadar perang Islam lawan
Yahudi, tetapi perang penaklukan Amerika mahu jadikan Timur Tengah termasuk
Iran di bawah penaklukan Amerika dan sekutunya.
Not
very many of us are really, in the real sense of the word, alive and living
fully. The things is, I’m certains that as long as you leave your life in the
hands of other people, you’ll never live. You have to take the responsibility
for choosing and defining your own life.
(Dr
Leo Buscaglia: Living, Loving & Learning)
Saya
ke Tehran untuk berucap di forum, seperti biasa jarang sekali saya menggunakan
teks ucapan ketika saya diminta berucap. Saya rasa apa yang keluar dari mulut
mesti terbit dari hati nurani kita. Kita perlu ikhlas dan berani berkata benar.
"Setelah
Perang Iran – Iraq (1982 – 88) apabila umat Islam berpecah (kerana komplot
musuh), setelah Perang Teluk Pertama (1990 – 91) apabila orang Arab berpecah
dengan (sesetengah menyebelahi musuh), dan setelah Perang Teluk Kedua (April,
2003 hingga sekarang) apabila pemimpin Arab – Islam yang ulang untuk menentang
pakatan anti – Islam AS – Inggeris – Zionis dijatuhkan dengan bantuan orang
Arab dan orang Islam sendiri, tidak ada makna kita bercakap tentang perkara
itu.
Kita
tidak pernah takut dan gentar kepada apa yang dikatakan adikuasa militer yang
terkuat dalam sejarah manusia. Kita tahu kuasa tidak ada pada besi yang tidak
boleh berfikir! Kuasa terletak pada akal, tetapi bukan semata – mata pada akal
(kerana komplot Bush – Blair juga ada sedikit akal – yang jahat!.
Kuasa
sebenar terletak pada akal yang bermoral, yakni Tuhan yang Maha berkuasa.
Inilah makna ayat Quran yang memproklamirkan bahawa kekuataan itu milik Allah
semata – mata. (lihat Quran, 10: 65) Sejarah tamadun manusia dari dulu hingga
sekarang membuktikan kebenaran perisytiharan ini."
Kassim Ahmad
Utusan Malaysia
7 Ogos 2006
Kenapa
di saat akhir baru saya cari idea untuk berucap di persidangan tentang
kekejaman Zionis secara global? Kenapa?
God
invites a pleasant reward, while evil brings about suffering as a result.
Zhi
Cang, Sui Dynasty
A monk does
not bow down before a king.
Hui
Yuan, Eastern Jin Dynasty.
Amerika
dan sekutunya tidak pernah memikirkan untuk mengakui undang – undang apapun. Sabda mereka, sama seperti titah perintah raja
raja itulah undang – undang bagi rakyat. Sebagaimana dalam
undang – undang rimba, law of the jungle bahwa yang kuat itu yang
menang. Maka tatanan masyarakat leluhur kita itupun berlandaskan kenyataan
bahwa yang kuat itu yang benar (might is right). Dan yang
terkuat di dalam masyarakat tentunya raja, president, perdana menteri. Apa lagi
mereka penjilat kasut Amerika yang telah menjadi polis dunia, dan kuasa besar
seperti dalam negeri yang mengamalkan tata susila orang kecil dan besar. Maka
titah di raja (iaitu keputusan raja) yang menjadi sumber kebenaran. Tidak ada daulat
rakyat dan daulat alam.
Pelik
tapi benar bila mata hati mereka buta, mereka lebih suka buat – buat bodoh dan
menutup pengetahuan yang dimiliki, demi membelasah Islam secara berat sebelah,
dan amat tidak adil. Kebaikan dan nilai
Islam yang sebenarnya ditutup dengan tabir kepalsuan dan kepuraan oleh raja –
raja dan para pemimpin yang beragama Islam.
Imej
tentang Islam yang menonjol di dunia hari ini ialah keganasan, fanatisme,
dendam kesumat, kebencian dan kacau bilau. Bagi Barat, imej itu bermula dari
kejadian rakyat Libya yang membunuh polis wanita di London, bangsa Palestin
merampas kapal terbang, kumpulan Iran memduduki kedutaan asing dan orang Islam
Indonesia yang telah meletupkan Candi Borobudur di Jawa.
Dunia
hari ini telah meletakkan maklumat itu sebagai kuasa. Information is power. Siapa
yang menguasai maklumat itu maka dialah yang menguasai kuasa. Siapa kalau bukan
Yahudi yang menguasai media? Secara mudahnya, who controls the media
controls infromation, dan who control informations controls power. Realiti
dunia maklumat hari ini telah menjadikan dunia semakin kecil kerana teknologi
dan laluan lebuhraya maklumat yang luar biasa.
Apakah
kasih sayang sudah tidak membawa apa – apa erti lagi terhadap mereka yang
mengaku beriman, tetapi tidak ada rasa peduli apa lagi belas ikhsan, dan hatinya
terusik apabila melihat ratusan mayat wanita dan kanak – kanak yang tertimbus
di celah – celah runtuhan serangan yang tidak berperikemanusiaan ini? Mereka
tak ambil peduli. Seperti juga mereka tak ambil peduli dengan jiran tetangga,
dengan saudara mara mereka yang seagama, sebangsa dan satu mazhab. Tak berani
bangun menentang ketidakadilan dan kekejaman yang dilakukan terhadap saudara
seagama. Islam apa benda macam ini? Islam itu kesatuan, uniformati bukannya uniform.
Bukan sekadar pakaian yang luar saja, seperti pakaian orang Arab, berjubah,
berserban, bermisai berjanggut, sembahyang 5 waktu, berpuasa naik haji sampai
tujuh lapan kali sedangkan ada keluarga yang hidupnya sengsara, ada anak bangsa
yang tak mampu meneruskan pelajaran ke Univeristi, hati perut lebih Yahudi dari
Yahudi tapi retoriknya luar biasa membazir macam syaitan, bakhilnya
Nauzubillah.
Islam
apa kalau tak ada rasa peduli, tak ada rasa kasih sayang, bakhil, tak sanggup
berkongsi, tak sanggup memberi, tak ada belas kasihan sewaktu melihat
kekejaman, kezaliman dan kerakusan setiap manusia, bukan saja di Palestin
tetapi dalam negara kita sendiri, saudara sekampung kita sendiri, Yahudi
terhadap orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka?
Memang
ramai manusia yang tidak cinta kepada kedamaian. Tak ada perasaan peduli dan
ehsan akibat hilang rasa kemanusiaannya. Macam mana mengaku ahli sunnah kalau
tak ada rasa kemanusiaan? Sunnah siapa yang kita ikut? Itulah tanda – tanda
akibat lupa diri dan tak kenal siapa
diri, siapa Tuhannya sendiri? Kenapa
dan untuk apa dirinya dijadikan? Mereka jadikan Islam hanya sebagai topeng.
Mereka yang
biasa berulang alik ke Timur Tengah dan bercampur warga Arab tahu bagaimana
mereka telah dipecah perintah, di pecah – belah oleh penjajah Inggeris dan
Amerika hingga menjadikan mereka yang hidup mewah dan kaya dengan hasil minyak
itu menjadi umat yang cinta dunia dan takut mati dan menggunakan Islam untuk
kepentingan diri sendiri?
Seandainya
para pemimpin Arab – arab itu tidak hidup nafsu – nafsi, tidak membiarkan tuan
mereka penjajah minda dan roh mereka, mereka tak jadi hamba nafsu dan tak
cintakan kekayaan dan kemewahan yang sementara. Islam bukan sekadar amalan
ritual yang tidak ada kena mengena dengan spiritual. Perlu tahu hubungan antara roh akan dan jasad,
jasad tanpa roh, dan bila akal tidak lagi digunakan, tidak
jaga hubungan dengan Allah lupakan hubungan terhadap sesama manusia. Sedangkan
hubuungan antara manusia sesama manusia sama pentingnya dengan hubungan manusia
dan Tuhannya.
Gold is
tested by fire, man by gold.
Traditional
Pelik tapi
benar bila manusia menjadi orang yang gila kebendaan, unutk mengekalkan kuasa
dan kemewahan mereka menjadi sangat kejam, jadi brutal, ganas dan hilang rasa
persaudaraan serta hilang rasa timbang rasa. Tapi nak buat macam mana, Mekah dan
Madinah berada dalam kuasa al – Saud, kalau tak tunduk nanti tak dapat naik
haji, hilang status sebagai Tuan Haji. Macamlah seolah – olah kalau tak naik
haji tak masuk syurga.
During his
lifetime, an individual should devote his efforts to create happiness and to
enjoy it, and also to keep it in store in society so that individuals of the
future may also enjoy it, one generation doing the same for the next and so on
unto infinity.
Chen
Duxiu, Republican Period.
Meluahkan apa
yang ada dalam pemikiran saya perlu bagi mengembangkan pemikiran manusia,
membentuk kesedaran antara insan di samping berfungsi sebagai saluran
penyebaran ilmu yang efektif yang dituntut oleh Al – Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW.
Agaknya
kerana itulah Allah SWT bersumpah atas nama pena. Baca, Baca dengan nama
TuhanMu. Namun yang berperanan disebalik pena ialah penulisnya. Apakah
penulisnya seorang ‘Mukmin’ atau seorang ’Munafik’. Penulis
upahan atau yang menulis semata – mata kerana Allah SWT? Pena seorang penulis
sama ada di media Arus Perdana atau Media elektronik atau penulis skrip filem
mempunyai hubungan yang erat dan terangkum padu dalam bidang kewartawanan.
Hasil karya seorang karyawan yang paling mulia ialah yang mencoretkan
kebenaran dan yang memperjuangkan kepentingan orang yang dirampas haknya
orang yang teraniaya dan dizalimi, di mana keadilan sudah di matikan oleh
penguasa. Pena umpama perakam dan penulis adalah koordinator yang memastikan
apa yang hendak dirakam untuk tatapan manusia yang akal fikirannya terbuka.
Pembaca kini semakin hari semakin cerdik dan dapat membezakan antara kaca dan permata.
Janganlah kita terjerumus ke dalam perangkap “kebebasan akhbar” mengikut
telunjuk Barat yang sememangnya mereka mahu kita musnahkan negara kita sendiri,
tetapi berpegang teguh kepada “kebebasan maklumat” demi kesejahteraan agama,
bangsa dan tanahair, dan kerjaya kewartawanan yang amat kita hargai ini. Akhbar
arus perdana tidak boleh lagi memperbodoh – bodohkan pembaca. Ini zaman langit
terbuka, dunia sudah ditahap penghujung menunggu munculnya Imam Mahdi Ratu Adil
dan Nabi Isa as.
Namun
perlukah kita menyisihkan diri daripada arus utama jagat. Pada hal umat Islam
disuruh oleh Allah SWT turut mewarnai dunia antarabangsa sebagai terpapar dalam
maksud ayat al – Quran berikut:
Wahai umat
manusia! Sesungguhya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai – bagai bangsa dan bersuku puak supaya
kamu berkenal – kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia – mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya
di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bagsa). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
Al
– Hujurat:13
Bersama Rev. Filotheos Farag. Proto Priest. El Shahidan Coptic Church Khartoum, Sudan. International Ambassador of Peace, pada 1 Jun 2006. |
“Nun, demi pena dan apa yang dicoret olehnya. Engkau (wahai Muhammad) dengan kurniaan TuhanMu bukanlah orang yang tidak waras”.
Surah al – Qalam: ayat 1-2
Ayat diatas
menegaskan kepentingan pena sebagai alat perutusan untuk menyatakan kebenaran.
Kebenaran adalah satu tuntutan yang memainkan perana penting dalam pembentukan
syakhiah manusia sehingga tercetusnya ketamadunan. Dengan itu manusia hendaklah
terus belajar dan menyatakan kebenaran atas apa yang dipelajarinya daripada Al - Quran.
“Maka apabila mereka melupakan peringatan yang telah
diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu – pintu kesenangan
untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah
diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan tiba – tiba (sekonyong –
konyong), maka ketika itu mereka terdiam dan berputus asa.”
Al –
An’am 6:44
“Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan
penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang – orang yang
melampau – lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka
menderhaka dan melakukan maksiat padanya. Maka berhaklah negeri itu
dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur – hancurnya.”
Al –
Isra’ 17: 16
Dua ayat al Quran tersebut
di atas menjelaskan tentang kehancuran sesuatu negeri itu disebabkan sikap kaum
yang melupakan peringatan Allah SWT sehingga mereka lupa diri dan hidupnya
dihabiskan sekadar mencari kesenangan dunia semata – mata. Hal seperti ini juga
disebutkan dalam surah at – Taubah ayat 24.
Satu bilion
manusia dunia menganut Islam. Umat Islam telah menjadi umat majoriti di
sekurang – kurangnya 45 buah negara dari Afrika sehingga ke Asia Tenggara dan yang terpantas perkembangan ialah Eropah dan Amerika.
Perkembangan ini telah cukup untuk merunsingkan Barat. ‘Ancaman Islam’
nampaknya akan menggantikan ‘ancaman komunis’ di mata Barat. Islam akan menjadi
antagonis baru. Apakah kita mesti menjadikan lidah kita lidah syaitan bersama - sama ular - ular dalam semak? Ohh Ulamak. Alamak. Lu
fikirlah Bro.
Tanggungjawab
seorang penulis dan juga pemikir, selain sahufi penyampai berita ialah tahu membezakan antara kebenaran atau
kebatilan dengan kepalsuan, kerana yang di sampaikan adalah suara Tuhan bukan suara tuan dan tuankau. Tidak sekadar menyampaikan dakyah kosong dan dakwah songsang yang sesat lagi menyesatkan di sebabkan might is right maka setiap orang boleh dituduh sesat dari lidah pemimpin yang cakapnya hampir semua bohong. Manusia hari ini mahukan
kebenaran yang sah, mengajar kebaikan dalam penulisan tapi mesti berani mencegah dan
menentang kemungkaran. Selain tahu membezakan dosa dan pahala, halal dan haram,
terlebih dahulu perlu kenal dirinya dan Tuhannya. Tugas wartawan Islam
sememangnya terlalu berat untuk digalas. Banyak keadaan yang memerlukan
pertimbangan antara tugas, tanggungjawab, dan tuntutan agama dan keuntungan
materi dan kedudukan. Inilah yang saya fikirkan sambil minum kopi di sebuah
coffee house di Dubai. Terutama bila agaknya kita akan merasakan daulat rakyat, daulat alam, daulat Islam, di mana rakyat itu ialah raja, dan Allah adalah raja sekian alam.
Allah Maha Hakim! Allah Maha Tahu!
Allah Maha Mendengar! Allah Maha Rahman!
Amin, ya, Kuasa Semesta Raya!
Amin. Ya Rabbil Alamin.
(selawat)
Bersambung...
Di Petik Dari Buku Macam - Macam Ada 2
2006
Salam Sahabat - shabatku yg dirahmati
Allah. Islam terus dihina. Kafirun dan munafikun terus mencabar kesabaran umat
Islam. Umat Islam terus berpesta dgn pertelingkahan dan bercakaran sesama
sendiri. Saudara sesama Islam menjadi musuh antara satu dengan yang lain. Umat
Islam telah berpuak-puak dan berkabilah. Kita hanya mengaku umat Islam tapi
kita tidak mengamalkan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kita telah
kembali kezaman jahiliyah. Kita adalah dari kalangan orang-orang yang rugi dan
zalim. Kita tidak belajar dari sejarah kejatuhan empayar Islam. Kita hanya baca
sejarah tetapi tidak mahu mencipta sejarah. Berhijrahlah ... Bersatulah ...
Bersatulah pada jalan Allah dan jangan berpecah belah. Selamat Menyambut Tahun
Baru Hijrah 1436.
No comments:
Post a Comment