Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 14, 2014

MH 370 HILANG KE MANA NAJIB NAK MENGHILANG? BAHAGIAN PERTAMA DARI TIGA BAHAGIAN.



Bukan senang mahu percaya cakap orang politik, kebanyakannya “cakap tak serupa bikin punya” sekadar ‘lips service’, buat sedap mulut untuk melepaskan diri seperti kata pepatah “melepaskan batuk ditangga”, apa lagi janji pemimpin politik ‘one cent no use’ satu sen tak guna. Lebih banyak bohong dari betul satu dari tanda – tanda orang munafk,’ ‘orang kita’ menyamakan “manusia pembohong” seperti ular yang lidahnya bercabang, sedangkan ular mana pandai cakap? “Siakap senohong gelama ikan duri pandai cakap bohong mudah nak jadi menteri”. Sebab itu bila tiba-tiba pesawat Boeing 777 yang beratnya  272 tan bersama 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing boleh hilang macam itu saja? Dan sesudah 17 hari Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri mengumumkan semua penumpang mati kerana MH370 terhempas di lautan Hindi. Saya tersenyum sinis! “Betul ke ni?” Terutama kerana yang menjadi jurucakap bagi pihak Kementerian Pengangkutan dia mana ada “authority”, itu kementerian yang dimiliki oleh MCA. Malaysian Chinese Association yang dikosongkan, dia sekadar pemangku. Orang ramai sukar nak percaya, kenapa dia tak bercakap bagi pihak Kementerian Pertahanan? ramai menganggap apa yang mereka tonton itu seperti satu drama. “Gila punya kerja”, madness berhari – hari orang ramai menonton T.V pagi, petang, siang ramai yang menangis tersedu – sedu mengharapkan keluarga yang di dalam MH370 masih hidup, tiba – tiba Najib kata mereka semua sudah mati maka, tak perlu menonton lagi, tutup cerita. Kenapa nak memperbodohkan kita? Why insult our intelligent? Najib ni mengigau ke?

Bayangkan apa sebab tiba - tiba MH370 belum sampai satu jam pun penerbangan ke Beijing boleh berpusing balik “Air Turn Back”, terbang menuju ke Lautan Hindi, semua penumpang mati, terhempas di tengah Lautan Hindi tanpa apa – apa bukti. Pasal apa MH370 nak pusing balik ? Cerita pusing, ‘pusing’, inikan pula ‘pusing balik’ nasib baik tidak suruh pusing belakang, memang memeningkan kepala. Kenapa orang tengah susah hati, bawa berita yang terkejut macam ini? Tiba - tiba timbul pertanyaan ada orang mati atas kapal terbang ke? Tiba – tiba juga saya teringat satu peristiwa naik MAS dari Kuala Terengganu beberapa tahun dulu mahu ke Kuala Lumpur, belum pun 5 minit berada di atas udara, seorang  penumpang perempuan tiba - tiba mati, anak perempuan disebelahnya terkejut gelabah, saya minta pramugari memberitahu Kapten supaya patah balik, turunkan mayat dan mayat pun diturunkan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Ada ke orang mati tertembak dalam pergelutan di atas MH370 kerana kita semua diberitahu ada rampasan berlaku. Pertama kali Najib selaku Perdana Menteri membuat pengumuman, mengenai ada sesuatu yang berlaku tapi masih ‘Rahsia’ walaupun dia kata sidang media ‘telus’. Ia melibatkan Kapten Zaharie Ahmad Shah berumur 53 tahun. Pilot yang sudah terbang 18,000 jam, sudah bekerja selama 33 tahun tiba – tiba menjadi terkenal diseluruh dunia dan co – pilotnya Fariq Abdul Hamid 27 tahun. Kata terakhir darinya kepada Air Traffic Control “All right good night”. Siapa juga yang mempunyai pemikiran kritikal sukar nak telan bulat – bulat cerita yang kami tonton di Astro Awani.

Macam-macam peristiwa yang saya alami  selaku pengembara yang telah terbang hampir ke  4 penjuru alam, dan macam – macam jenis pesawat dan airline yang saya naiki sejak dulu, bermula dengan MSA Malaysian Singapore Airlines yang bergabung dengan Singapura, kemudian ianya bertukar jadi MAS Malaysia Airlines bila Singapura berpisah dengan Malaysia, satu jadi Singapore Airlines SIA, dan satu jadi Malaysia Airlines MAS, satu-satunya pesawat yang lambangnya Wau Bulan, layang-layang yang lebih banyak rugi dari untung, kebanyakan pesawat di dunia lambangnya burung, maka kita tak terkejut bila MH370 hilang kerana Pesawat MH653 terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977 dari Penang ke Kuala Lumpur kena hijack 100 terbunuh bila bangkai pesawat dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Ia terjadi seperti ibarat layang-layang putus talinya. Amat sedih dan mengerikan.

Kejadian di Tanjung Kupang.
Dulu dari Kota Kinabalu ke Subang, ketika hujan sangat lebat, pesawat yang turun di landasan di Subang Kuala Lumpur kemudian naik balik berlegar, susah nak mendarat, pernah terjadi di Johor, pesawat terpaksa berlegar hingga minyak tinggal sikit, baru mendarat, dan cerita pasal kokpit MAS saya biasa duduk dalam kokpit dalam penerbangan dari K.L. ke Johannesburg beberapa kali. No big deal.

Bukan mudah jadi penulis untuk mendokumentasi dan mengesahkan pada pembaca bahawa memang benar MH370 jatuh terhempas dilaut Hindi dan semua penumpang mati, selagi saya belum melihat serpihan dan tanda – tanda pesawat itu memang terhempas dilautan Hindi. Cakap Perdana Menteri Australia yang ternampak konon ada tanda – tanda, sekadar cakap orang politik Australia akan buat apa saja yang Amerika suruh buat. Apakah ianya bukan satu sandiwara untuk memperbodohkan kita? 

Saya berumur 73 tahun sudah tulis 65 buah buku, kenapa mesti dengar cakap para pemimpin yang dengan mudah jadi budak suruhan Amerika. yang boleh menjejaskan kredibiliti saya. Apa jadi jika pembaca hilang kepercayaan kepada tulisan saya? Saya akan tulis yang benar. “Allah suka kebenaran hanya bila timbul kebenaran yang batil akan gugur dengan sendirinya” kerana cerita tanpa bukti bahawa semua penumpang sudah mati terutama keluarga dari China tidak mahu menerimanya. You can cheat everybody one time somebody some time but not everybody every time. Setiap pembaca mahu cerita yang benar. The truth and nothing but the truth. Nama Najib Abdul Razak sudah buruk di dalam dan luar negara berkaitan dengan kes kematian Altantuya.

Dari buku ‘Questioning Arms Spending in Malaysia: From Altantuya to Zikorsky.’ 

It took the brutal murder of a Mongolian national, Altantuya Shaaribuu in 2006 to shock the nation and for questions surrounding the purchase of two Scorpene submarines to be asked in this country and in France. Altantuya, a Mongolian translator was shot in the head on October 19, 2006, and the blown up with C4 explosives which are available only from Malaysia’s military.

According to testimony in the trial, Altantuya accompanied her then – lover Abdul Razak Baginda to Paris at a time when Malaysia’s Defence Ministry was negotiating through a Kuala Lumpur – based company, Perimaker Sdn Bhd, to buy two Scorpene submarines and a used Agosta submarine produced by the French government under a French – Spanish joint venture, Armaris, Perimeker at the time was owned by a company called Ombak Laut, which was wholly owned by Abdul Razak. The contract was not competitive. 


Ombak laut bermain dikepala saya. Syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak di luar negara. Najib dipanggil dengan nama bapak Abdul Razak. Altantuya mati antara sebab perniagaan Submarine di miliki sepenuhnya oleh Abdul Razak. Cerita Altantuya boleh tutup macam tu saja siapa pun tak berani mempersoalkan. Mahkamah setuju Altantuya mati serupa tak ada pembunuhnya. Apakah cerita 239 penumpang MH370 nya ini kita hendak matikan di lautan yang berombak yang namanya Lautan Hindi? Think?

Allah Maha Kuasa, langit tidak selalu cerah. Pusingan roda hidup, sekali di atas ada masanya berpusing ke bawah. Ingat peribahasa Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga, datang ayam berak atas kepala, aduhai sedihnya, siapa agaknnya yang akan kasihan melihat nasib yang menimpa Perdana Menteri kita ketika menemui krisis yang amat dahsyat yang melibatkan nyawa? Bagi mereka percaya pada hukum karma “ Dimana juga kita berada maut pasti mencari kita”. 

Di akhir zaman segalanya ‘instance’ pembalasan pada dosa – dosa kita tak tunggu hingga ke anak cucu. Ia terpaksa menerima dengan cepat sebab segalanya berlaku dengan pantas sebab itu selaku seorang Ahli Firasat yang pernah menasihatkan Najib berhenti sebelum terlambat. Baca buku saya KONSPIRASI PAK LAH & SUSILO tahun 2011. Kemudian MEMO UNTUK NAJIB, 2012. Kedua tahun itu saya bukukan semula dalam buku ini.

BERSAMBUNG..



Buku - buku yang mesti dibaca oleh mereka yang cintakan keadilan yang tidak ingin melihat ramainya manusia hilang dan mati, pembunuhnya di rahsiakan.

Boleh dapatkan buku secara online.
Hubungi/ Whatapps : 0172350422
atau email alxsunilife@gmail.com



No comments:

Get your Tickets now!