Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 15, 2014

MH 370 HILANG KE MANA NAJIB NAK MENGHILANG? BAHAGIAN KEDUA DARI TIGA BAHAGIAN.


Kita faham bukan mudah bagi Najib, selaku orang yang diberi kepercayaan umum Ketua Executive Negara, kuasa Autoriti untuk membuktikan intergriti dan kapabiliti beliau selaku seorang Perdana Menteri yang berkuasa. Maka apa jadi bila anda menyalahgunakan kuasa? Apakah Najib fikir adik sepupunya Hishamuddin layak selaku pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan ketika orang ramai sudah mula hilang penghormatan dan kepercayaan disebabkan kenyataan Najib semua penumpang MH370 sudah mati. Dia boleh ke menutup bangkai gajah?

Nor Jazlan anak Tok Mat pun seorang pemimpin yang hebat,
dia juga mewarisi legasi ayahnya
UMNO bukan seperti Syarikat Ombak Laut atau Perimaker Sdn. Bhd. Jangan semua Kementerian penting menjadi milik kronis dan keluarga. Di Johor ada anak Tan Sri Mohd Rahmat. Jasanya pada UMNO jauh lebih besar dari Hussein Onn. Kenapa tak bagi jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan kepada Nor Jazlan, Timbalan Menteri Pertahanan Keselamatan semua kuncu Najib.

Berbalik pada cerita ‘sukar’ nak percaya cakap orang politik, saya petik kata Dato Rahim  Bakri selaku Timbalan Menteri Pertahanan. Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan di dalam Dewan Rakyat pada Rabu lalu itu adalah ‘andaiannya’ sahaja. Apa punya Menteri, ada ke menjawab soalan dalam dewan ikut suka hati dia saja. Kata ‘stupid’ marah. Bebal agaknya.

Dari buku
MEMO UNTUK NAJIB, 2013
Rahim Bakri dalam sessi penggulungan titah di Raja memberitahu Dewan Rakyat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak mengambil tindakan terhadap pesawat MH370 yang membuat ‘air turn back’ ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka tidak ada arahan daripada menara kawalan udara ATC Subang. Timbalan Menteri menjawab soalan daripda Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud yang memaklumkan ada ‘Air Turn Back’ sehari selepas kehilangan pesawat MH370 pada 8 March 2014. Lu Fikir la Bro, THINK. Macam mana orang ramai mahu menghormati Kementerian Pertahanan dibawah pimpinan Dato Hishamuddin biarpun dia anak mantan Perdana Menteri Tun Hussein Onn bayangkan muka hendak letak dekat mana selaku Menteri Pertahanan apabila Timbalan Menterinya boleh merepek menjawab soalan dalam dewan yang mulia? 

Sebelum ini dua enjin pesawat hilang macam hilang ‘handphone’ aje. Bayangkan jika terbongkar business di Ministry of Defence yang ramai tahu Rosmah The First Lady yang sebenarnya Perdana Menteri dan mempunyai imuniti. Apakah bila terbongkar tunggu masa meletup? Sebab itu dari awal lagi orang ramai dah kata Kabinet Menteri Najib macam ‘kitchen cabinet’ Wanita Pertama yang menjadi Perdana Menterinya. Ada ke selain memegang jawatan Menteri Pertahanan Hishamuddin diberi jawatan Pemangku Menteri Pengangkutan. Tanpa meritokrasi. Orang UMNO akan berdiam diri untuk selama – lamanya?

Muka depan Berita Harian 30 March “Tiga minggu tak balik rumah sejak kehilangan MH370 tiga minggu lalu” kata Hishamuddin. Rakyat bayar dia gaji menjaga dua kementerian dia boleh sibuk dengan kehilangan MH370. Apa jadi jika negara diserang musuh? Berikan satu jawatan pada bukan ahlinya, tunggulah akan kehancurannya - Hadith.

Apa yang berlaku ke atas MH370 ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia, hanya Allah Yang Maha Kuasa, betul ke teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah? Bila timbul kebenaran dunia akan tahu cerita sebenarnya. Bukankah apa yang terjadi ini, penyebabnya manusia sendiri juga? Seperti K.J. kata "Siapa kalau bukan beruk yang goyang pokok" peribahasa baru oleh Khairy Jamaluddin yang hendak kena tampar dengan bomoh Ibrahim Mohd Zain yang terkenal di seluruh dunia dengan adegan para normal di KLIA.


Pengumuman Dato Seri Najib Razak memang amat sukar diterima oleh pelbagai pihak, kenapa kita hendak bersubahat dengan dia kerana kita tahu ada rahsia. Apakah tidak mustahil MH370 yang sebenarnya berada di Heathrow London atau di Tel Aviv? Ini zaman teknologi canggih bila tembelangnya pecah? Apakah tidak mustahil yang sebenar mendarat di Maldive atau lain pulau milik puak yang tidak mahu MH370 selamat mendarat di Beijing? Najib tak dengar amanat Tun Razak “jangan simpan sampah di bawah tikar” inikan pula sampah itu bangkai pesawat Boeing 777 panjang 209 kaki berat 272 ton dan di dalamnya ada 239 penumpang tak termasuk buah manggis sebagai cargo. Sebab itu ia menimbulkan seribu satu kekeliruan dan soalan serta ‘spekulasi’ berhubung kejadian sebenar yang menimpa nasib 239 penumpang dalam pesawat itu, sama ada benar terhempas di laut atau sebaliknya. Seperti hingga hari ini kematian Altantuya masih misteri biarpun mahkamah telah melepaskan dua anggota polis. Bererti Altantuya mati tanpa pembunuh. Siapa yang hendak percaya.

Pelik tapi benar, pada persidangan Parlimen  (25 Mac), Najib mendakwa kerajaan masih lagi mencari pesawat itu kerana ia belum dapat dikesan sehingga sekarang dan imejnya juga tidak dapat dirakam. Yang mana satu cakap Najib yang kita nak pegang? Najib pernah bohongkan saya, dia kata dia bersedia duduk dengan saya selama dua jam untuk menceritakan yang dia tak terlibat dan dia berani sumpah Al – Quran di depan anak angkatnya di Sri Perdana. Apakah kita hendak dijadikan seperti mereka yang sedang mencari jarum yang tersembunyi dalam perigi, seperti menanti bukti kotak hitam yang amat sukar untuk dijumpai, seperti peristiwa MH653 Boeing 737-200, 37 tahun yang lalu satu tragedi yang amat dahsyat dalam sejarah penerbangan, dan masih dalam ingatan mereka yang pernah ke tempat pesawat terbang dan tanah perkuburannya di Johor Bahru, termasuk saya sendiri kerana yang mati itu Dato Ali Haji Ahmad Menteri Belia dan Sukan. Pernahkah kita dengar orang yang disangka mati, kemudian dia pulang ke rumah semula? Kalau belum baca terus?

Di Malaysia telah banyak terjadi kejadian seperti itu, kejadian di mana nelayan-nelayan yang karam botnya di lautan, tidak ditemui kemudian beberapa hari ditemui semula ada isteri yang sangka suami mati, berkahwin lagi tiba – tiba suami muncul di depan pintu. Pernah tonton filem Sangam? Ada yang hilang ghaib di lautan, dipergunungan, di banjaran, di dalam hutan tanpa meninggalkan sebarang tanda kematian, belum boleh dianggap mati. Mati ini satu benda yang kita tak boleh buat main – main. Sebab setiap yang yang hidup mesti mati. Tapi Tuhan boleh menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup dan boleh menghidupkan semula dalam keadaan yang ghaib seperti para Syuhada dan Awlia Allah. Nabi Allah Khidir as. dan Nabi Isa as. hidup di alam ghaib tapi Nabi Musa as. dapat bertemu dengan Nabi Khidir a.s. 

Arwah Tan Sri Ghazalie Shafie 
Kalau betul MH370 terhempas di Lautan Hindi, kalau tidak semua pun, seorang dua pasti ada yang hidup. Di dalam negara kita satu masa dulu kapal terbang yang dinaiki Menteri Dalam Negeri kita iaitu Arwah Tan Sri Ghazalie Shafie telah terhempas di banjaran titiwangsa dekat Janda Baik, juruterbang dan pengawal peribadinya mati di tempat kejadian tetapi Tan Sri Ghazalie terselamat.  Tragedi Gunung Andes, satu kejadian kapal terbang terhempas yang cukup terkenal di seluruh dunia sekali sehingga difilemkan kejadian di mana ‘keajaiban Allah SWT terhadap makluknya’. Ia menjadi terkenal kerana pemimpin negara dan para anggota mencari dan menyelamat mereka, telah berputus asa mencari selama sebulan, tetapi tiada sebarang tanda, malah bangkai pesawat itu pun tidak ditemui lalu pemimpin isytiharkan mereka semua mati, gerakan mencari dan menyelamat dihentikan. Tiba-tiba pada hari yang ke 72 beberapa orang dari penumpang pesawat yang terhempas itu terhoyong-hayang berjalan keluar dari kawasan pergunungan tempat pesawat itu terhempas. Jika Allah mahu, yang ‘impossible’ itu pun boleh jadi ‘possible’. Yang tak masuk di akal itu akan menjadi kenyataan. Kita baca kisah-kisah nabi Yunus as. yang hidup dalam perut ikan ‘Nun’ paus, kejadian keajaiban seperti ini cukup banyak, jika rajin dan percaya kisah para wali Allah. Apakah tak mustahil ada diantara penumpang MH370 yang dikatakan terhempas di Lautan Hindi itu masih hidup?  Kerana MH 370 itu mendarat di tempat lain. Bolehkah kita percaya apa yang ada dalam Kotak Hitam? Musuh negara sanggup buat apa saja untuk merosakkan hubungan baik dengan China. THINK.

Pesawat  Uruguayan Air Force Flight 571 yang membawa 45 orang penumpang termasuk satu pasukan bola ragbi, bersama keluarga dan rakan-rakan mereka telah terhempas di Banjaran Andes pada 13 Oktober 1972.  Semasa terhempas, 12 penumpang mati serta etmerta di tempat kejadian, 5 orang lagi mati pada keesokan harinya dan seorang lagi mati pada hari kelapan.

 Uruguayan Air Force Flight 571 
Tiga negara sekitar banjaran Andes itu telah melakukan gerakan mencari dan menyelamat tetapi gagal menjumpai sebarang serpihan atau bangkai pesawat.

27 penumpang telah terselamat, beberapa hari kemudian 8 orang daripada mereka mati kerana ditimpa ribut salji. 16 orang daripada mereka di selamatkan pada 23 Disember 1972, setelah dua bulan dari kejadian terhempas. Berada di ketinggian  11, 800 kaki, mereka kelaparan sehingga terpaksa memakan daging rakan-rakannya yang mati untuk mereka meneruskan hidup. Setelah 72 hari berada di pergunungan, dua orang daripada penumpang telah mengambil jalan nekad berjalan kaki mengharungi hutan dan salji mencari jalan keluar selama 10 hari. 

Semua orang terkejut, termasuk pemimpin negara, kerana mereka telah mengisytiharkan tiada yang selamat. Sebab itu ada waris – waris penumpang pesawat MH370, khususnya dari China dan Indonesia tidak berpuas hati dan marah apabila Najib isytiharkan ‘tiada penumpang yang selamat’ tanpa sesiapa pun sampai ke tempat kejadian macam mana Najib tahu, malahan tempat terhempasnya MH370 pun mereka tidak tahu, sentiasa beralih saja dari satu masa ke satu masa Seumpama filem ‘Mengelilingi dunia dalam masa 80 hari’. Dan paling ironik sekali, secebis serpihan pun tidak dijumpai Najib sudah mengumumkannya. Saya rasa kepala Najib ini masuk air agaknya! Ini satu andaian. Hasil dari pengumuman yang tidak diterima oleh akal inilah, berbagai cerita yang Najib label sebagai ‘spekulasi’ tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Besar kemungkinan, Najib membuat pengumuman ini, setelah dia yakin dan pasti dengan bukti – bukti ‘rahsia’ yang dia miliki, tetapi tidak boleh diperkongsikan bersama dengan orang ramai,  kerana memang banyak rahsia yang disembunyikan. Kargo rahsia yang mahu dikirim ke China. Betul ke Kargo yang dikatakan berisi buah manggis itu sebenarnya buah manggis.

Apakah tidak mustahil ianya berisi berpuluh billion Euro wang milik Iran yang sudah terlalu lama tersimpan dalam simpanan MAS untuk membayar hutang Iran kepada China dan rahsia  yang disamun oleh lanun canggih “The New Age of Crony Capitalism” yang kisahnya terdapat dalam majalah ‘The Economist’ 15-21 March 2014.

Apakah permintaan dari perampas MH370,  nyawa Najib dan Rosmah atau minta Najib letak jawatan? Apakah kerana dia ‘positif’ dan dia tahu yang semua penumpang mati kerana dia tak ikut permintaan perampas atau ada pakatan dengan perampas? Maka dia berani membuat kenyataan sedemikian? Bagi kita orang awam ‘lay man’ pengumuman Najib itu berbentuk satu kenyataan bodoh bagi seorang pemimpin sama seperti senjata makan tuan, you swallow your own medicine.

Akhirnya pengumuman itu bukan saja menyusahkan diri dan keluarganya tapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Ibarat “seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit”,  “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”. Keluarga China yang terlibat menuduh Malaysia pembunuh, ‘Malaysia Murderer’ dan rakyat merasa tidak selamat, tak bolehkah kita mengadakan ‘Citizen Arrest’ terhadap mereka yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya?

Mengikut cerita, yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya hanyalah Najib Rosmah dan kuncu – kuncunya. Kenapa heret seluruh rakyat Malaysia? Mungkin kenyataan Najib bukan mahu memperbodohkan orang ramai, supaya dia dan keluarganya selamat ini urusan ratusan nyawa dari seluruh dunia mungkin dia tidak tahan lagi menerima tekanan dari dalam dan luar negara. Berapa orang yang tahu Najib telah didesak untuk meletak jawatan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim kerana ahli UMNO sendiri takut dan yang paling takut melepaskan jawatan adalah Najib, apa akan  jadi pada dirinya bila dia bukan lagi seorang Perdana Menteri? Masih ada ke tempat di dunia ini yang dia boleh selamat.

Untuk pengetahuan Najib dan para pemimpin sekelian, zaman dan era rakyat boleh kena  bodoh sudah berlalu, rakyat sekarang ini di zaman langit terbuka. Ramai yang tahu Najib perlu ‘Image building’ supaya dia menjadi ‘Hero’. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman. Anwar akan dipenjarakan selama 5 tahun, dia takut dengan ‘Gelombang Rakyat’

Parti pembangkang sudah hampir menguasai politik negara. Wan Azizah telah mengalahkan calon MCA ini bererti dia tidak lagi mendapat kepercayaan dari orang China Malaysia, ini akhir zaman di mana anak sudah tidak takut pada ibu bapa, murid tak takut dengan cikgu, rakyat sudah tidak takut dengan Polis dan kerajaan. Sebenarnya lebih ramai rakyat yang pandai dari Menteri dan Perdana Menteri, cuma mereka tidak berpeluang menunjukkan kepandaian dalam gelanggang politik di mana yang berkuasa mempunyai imuniti.


  

 Sampai bila Najib dan sepupunya nak memperbodohkan kita semua dan jadikan rakyat Malaysia ‘kambing hitam’ sedangkan dialah kambing hitam yang sebenarnya. Saya teringat bila seorang pemimpin UMNO bertanya, kenapa muka depan buku saya LAGENDA tak ada gambar Najib? Saya bertanya pada dia layakkah Najib digambarkan sebagai seorang lagenda? Melainkan dia ikut serta dan pergi ke Lautan Hindi yang bergelora begitu juga Hishamuddin bukan duduk dengan keluraga penumpang di Hotel bersama mereka, baru kita percaya apa yang dia katakan kerana dia selaku Ulil Amri sanggup sabung nyawa untuk terus mencari dari satu tempat ke tempat yang lain serupa juga dengan Hishamuddin bukan bangga dia sudah tiga minggu tak balik rumah bersama keluarga penumpang yang mati hingga hari ini. 

Hidup jangan berdolak dalik. Pesawat MH370 sudah seperti iklan biskut, ‘sekejap ada sekejap tak ada, sekejap nampak debrisnya di sana sekejap lagi di sini’. Mereka jangan lupa, ia melibatkan nyawa ratusan manusia, Siapa tak naik darah? Itu yang menyebabkan seorang kapten di facebook guna bahasa yang sangat kasar kesat terhadap Perdana Menteri dan  menyebabkan kerjanya digantung. Najib kena ingat sebagai sebuah negara yang Islam menjadi agama rasmi mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah, kita kena ingatkan pemimpin ‘adalah khalifah  apa yang dikatakan oleh Saidina Omar Ibnu Khatab “Seandainya seekor kambing mati di tepi sungai Furat dia bertanggungjawab”.

Terlanjur  saya teringat antara bala yang timbul di negara kita, jerebu, hujan tak turun, air kena catu, MH370 hilang, pemimpin dan para ulama telah mengkafirkan saudara kita yang bermazhab ‘Syiah’ sedangkan kita adakan selawat perdana, 600,000 hadir di Dataran Putrajaya tapi kita kafirkan  zuriat Rasulullah SAW yang dicintai oleh Nabi Muhammad SAW. 

Makna Syiah adalah pencinta keluarga Nabi Muhammad SAW, kalau begitu mereka yang mengadakan Majlis Cinta Rasulullah adalah kafir kerana mereka ‘Syiah’, pelik, beberapa tahun dahulu setiap tahun orang Syiah turut serta dalam musabaqah al Quran di Malaysia, di Mekkah atau Madinah, Tanah Haram bagi orang Kafir, kita solat dengan saudara kita yang bermazhab Syiah. Kerajaan Saudi tak berani mengkritik syiah begitu juga negara Islam seluruh dunia, melainkan Malaysia, Think!

Majlis Selawat Perdana dipimpin oleh
YBhg. Habib Syech Abdul Qodir As-Seggaf,
seorang tokoh agama dan Imam Masjid As Seggaf,
Pasar Kliwon Solo, Indonesia. 
Semua Ilmuan Syiah adalah zuriat Rasulullah SAW dari Saidina Ali karamulah dan puteri Rasulullah, Fatimah Azzahrah, Hasan dan Husin, ketua pemuda ahli syurga, apakah kita akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan Kerajaan UMNO – BN tidak mempunyai maklumat sahih sepanjang menangani pencarian pesawat MAS MH370. Tindakan Perdana Menteri yang tergesa – gesa memaklumkan lokasi pesawat MAS MH370 “berakhir” di Lautan Hindi, pelik tapi benar macam mana punya banyak lautan di dunia, Laut Merah, Laut Hitam, Laut Mati, Laut Cina Selatan yang terpilih Lautan Hindi? Mengikut andaian saya, membayangkan Najib seperti terdesak demi memenuhi kepentingan pihak tertentu. Siapa dia pihak tertentu itu apakah dia dan keluarga dan kuncu-kuncunya berada di dalam bahaya hingga dia ‘hilang akal’ Baca Bab Najib Hilang Akal di dalam buku MH370 HILANG KE MANA NAJIB NAK MENGHILANG.
  
Ini pun andaian saya jika Timbalan Menteri Pertahanan boleh membuat andaian kenapa tidak rakyat. Boleh jadi juga selama ini Najib dilabel sebagai bini Rosmah. Ikut kata kawan saya seorang India, otak perempuan di belakang bukan di depan. Otak Najib sudah beralih kebelakang agaknya.

Masuk hari ke – 30 (8 April) kerajaan masih gagal memperincikan data lengkap seperti yang dijanjikan. Sejak awal lagi, bermula dengan satu pembohongan kemudian tambah satu lagi bohong dan akan terus bertambah hingga tidak lagi boleh menutup pembohongan, kenyataan yang dibuat kerap bercanggah bukan saja mengaibkan Najib dan Hishamuddin dan negara ini termasuk kita semua. 

Kenapa Najib dan kuncu – kuncunya yang dapat berbillion ringgit penjualan Scorpene, kita rakyat disengat oleh kala jengking yang menjadi raksasa akibat kematian Altantuya. Akibat Syarikat Ombak Laut? Itu sebabnya saya katakan ‘kepala Najib masuk air’, seolah-olah dia sedang berenang di Lautan Hindi bermain dengan ombak laut yang luar biasa tingginya di mana MH370 terhempas. Dia cakap suka hati mak dia aje.

Najib takut bila terdengar kematian, ia menjadi mimpi ngeri ‘nightmare’. Sudah sampai masa Najib pergi keluar negara berubat seperti Tun Razak, tinggal bersama anak Rosmah di Amerika.



Kalau sudah tak larat jadi Perdana Menteri, berhenti sajalah, belajar dari Abdulah Badawi yang ikut desakan Tan Sri Muhyiddin Yassin minta dia berhenti. Mungkin cerita hilangnya pesawat MH370 akan senyap. Bila Najib sudah berhenti biar rakyat negeri China yang keluarganya mati pergi cari Najib. Kenapa Najib berhutang nyawa, rahsia dan keselamatan Rakyat Malaysia menjadi taruhan? Think.

CUKUP SAMPAI DISINI SAYANG, NAK TAHU LEBIH LANJUT BELI DAN BACALAH BUKU INI..

Hanya ada satu buku yang mendokumentasikan kehilangan MH370 serta gambar - gambar penumpang, anak kapal dan juruterbang yang patut dimiliki oleh setiap ahli keluarga MH370 yang hilang dan mereka yang bersimpati dan ada rasa kepedulian tentang nasib yang menimpa keluarga MH370 yang sehingga kini tiada cerita yang sebenarnya. Apakah mereka semua masih hidup dan di sembunyikan? Betulkah Melayu mudah lupa? Bagaimana dengan penumpang yang bukan Melayu yang telah menjadi mangsa? Apakah mereka lupa? Pelanduk lupakan jerat, jerat tak pernah melupakan pelanduk. Tunggulah pembalasan hukum karma. THINK. Buku ini ada jawapannya.

Boleh dapatkan buku secara online.
Hubungi/ Whatapps : 0172350422
atau email alxsunilife@gmail.com


No comments:

Get your Tickets now!