Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 12 - Perdana Menteri Ke Lima - 1984

SHALATTAS - 12 - Perdana Menteri Ke Lima - 1984



DAFTAR ISI

1. MUKADIMAH
2. MUKADIMAH SATU
3. DAULAT TUANKU
4. KING OF KINGS (RAJA SEGALA RAJA)
5. SIAPA SELEPAS MAHATHIR
6. PERDANA MENTERI YANG KELIMA
7. BILA NASIB SEDANG BAIK
8. NAK PI MANA NI CHE DAT
9. PERTANDA TANG TIDAK BAIK
10. TANDA-TANDA KEMENANGAN
11. JAMBATAN INDONESIA MALAYSIA
12. GERHANA POLITIK MUSA
13. SHAHRIR MENUJU KE KEMUNCAK
14. TAHUN BERTUAH
15. BAKAL NAIK PRESIDEN UMNO
16. KETUA WANITA 1984
17. WANITA PILIHAN WANITA
18. PEMAIN SILAP MATA
19. MAHATHIR OH MAHATHIR
20. PEMUDA HARAPAN BANGSA
21. TEPUK DADA TANYA SELERA
22. KATA PENUTUP
23. INDEX









Apo kono eh jang? Kenapa sembunyi di belakang mahathir? Bermesralah dengan raja sendiri, kata orang Johor. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung yang kelapan pun orang Johor juga.












Sedih nampaknya Ku Li. Apakah yang hendak disedihkan sangat? "Ini hari orang besok hari kita", Tengku ada timbalan yang baik disebelah, dan DATUK SABBARUDIN jangan bimbang masa depan datuk cerah (Insyaallah)








S.H. ALATTAS adalah penulis controversial yang paling berani sejak zaman ABDULLAH MUNSHI. Dia mengupas, menganalisa dan mendedahkan apa yang sedang berlaku di dalam UMNO sambil membuat ramalan. PUAN RAHMAH OSMAN menang Naib Ketua Wanita. ABDULLAH BADAWI menang Naib Presiden. ANWAR menang Ketua Pemuda. SUHAIMI TENGKU RITHAUDDEEN dan ramai lagi yang kalah menjadi kenyataan.
Ramalan mengenai DATUK HARUN meleset, DATUK MUSA yang menang. DATIN PADUKA ZALEHA ISMAIL yang diramalkan menang, RAFIDAH yang jadi ketua wanita. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH yang diramalkan akan jadi Timbalan Perdana Menteri tidak mengikut nasihatnya supaya bertanding NAIB PRESIDEN, macam mana nak jadi Timbalan Perdana Menteri?.
Walaupun kali ini ramalannya tidak tepat seperti dimasa-masa lalu, namun 80% darinya benar, jelas menunjukkan pemimpin yang ada kaitan dengan Istana semuanya kalah. Buku ini padat, pedas, panas, bermutu dan berfaedah, nak tahu pedas dan panasnya bacalah. Baca dengan nama ALLAH. Ada ramalan mengenai dirinya sendiri? Baca muka surat 137, PERDANA MENTERI KELIMA.

GERHANA POLITIK MUSA

Tanda-tanda malang Musa yang pertama ialah gambar yang digantungkan bersama-sama dengan Perdana Menteri nampaknya songsang. Kedua-duanya memandang le arah yang tidak sama, bukan itu saja gambar Musa nampaknya tidak menarik

Pemerhati politik bertanya mana pernah berlaku dalam sejarah gambar Timbalan Perdana Menteri digantungkan bersama-sama dengan gambar Perdana Menteri? Melainkan gambar Presiden dan gambar Timbalan Presiden di sebuah Republik.

Kedudukan gambar Musa dan Mahathir di semua pejabat-pejabat kerajaan dan kedai-kedai kopi menunjukkan seolah-olah kedua-dua mereka mempunyai kedudukan dan kuasa yang sama. Benarkah Malaysia ini diperintah oleh Mahathir dan Musa? Jawab Mahathir dalam satu temuramah dengan saya tempoh hari ialah tidak. Tak perlulah saya panjangkan perkara ini kerana sudah tertulis dalan buku Tuah Nasib Pemimpin Malaysia.

Orang ramai bukannya bodoh. Kedudukan Perdana Menteri tentulah lebih tinggi daripada Timbalan Menteri. Kuasa Perdana Menteri pun tentulah lebih besar daripada kuasa Timbalan Perdana Menteri. Walaupun Mahathir mahu beregu dengan Musa tapi kenapa gambar Musa disamakan dengan gambar Perdana Menteri? Inilah menyebabkan setiap orang bila tengok gambar mereka berdua jadi marah.

Musa orang Johor. Sepatutnya bila dia jadi Timbalan Perdana Menteri, semua orang Johor mesti sayangkan die, tapi yang terjadi adalah sebaliknya. Belum pernah UMNO negeri Johor menjadi seteruk sekarang. Orang-orang UMNO mula berpecah belah, benci membenci, khianat mengkhianati antara saru sama lain, tekan menekan dan bermacam hal lagi. Dulu Johorlah menjadi kubu kekuatan UMNO. Kubu UMNO Johor sudah hendak meletup. Kalau UMNO Johor pecah, alamat UMNO Malaysia juga akan pecah. Air yang keruh di hulu pasti akan mengeruhkan air di hilir.

Orang-orang Johor bercakap sesama sendiri. Mereka sokong Musa di pemilihan 1981 dulu dengan harapan Musa menjadi payung kepada UMNO Johor. Tun Sardon dan Tun Dr.Ismail membimbing dan mengasuh Musa untuk jadi pemimpin yang baik. Mereka berdua tidak meminta balasan. Cuba kita bertanya berapa ramai pelapis dari Johor yang diasuh dan dididik oleh Musa? Padahal orang-orang Johor telah membuat banyak jasa terhadap perjuangannya.

Saya tahu benar tentang apa yang telah berlaku di Johor sejak Musa menjadi Ketua Perhubungannya. Semua orang tahu. Sultan Johor pun tahu sebab itu agaknya baginda marah dengan Musa. Pada hari jadinya, dia tak panggil pun Musa. Lee Kuan Yew dan seorang Menteri Singapura diberikan gelaran Datuk, bukankah ini memalukan Musa?

Kata kawan saya, yang sebenarnya Sultan Johor nak turunkan gambar Musa saja tapi dia terpaksa turunkan kedua-duanya sekali, sebab Mahathir yang pilih Musa. Biar Mahathir sedar sikit. Sultan Johor tidak marahkan Mahathir, dia sedia berbaik-baik dengan Mahathir kerana Agung dengan Perdana Menteri mestilah berbaik-baik. Kalau tidak apa akan jadi pada Negara.

Inilah yang sya suka dengan Sultan Johor, yang telah dilantik menjadi Agung. Dia gentleman orangnya, apa hendak buat dia berdarah panas orangnya, tapi dia adalah pemimpin Melayu yang disegani. Dalam keadaan sekarang, dengan Mahathir yang mula hendak menunjukkan belang diktaturnya, Malaysia memang memerlukan orang seperti Sultan Johor untuk menjadi Agung. Orang tak berani nak kritik Mahathir, kita tengok bagaimana Agung baru ini mengkritik Mahathir. Ini baru benar-benar raja. Dan kalau Agung pulak tidak betul saya nanti kritik dia pulak. Negeri ini kita punya. Raja itu Rakyat, Rakyat itu Raja. Perdana Menteri kena jaga-jaga jangan buat apa yang dia suka saja.

Dalam perhimpunan Agung yang lalu, Mahathir dengan terang-terang mengucapkan terima kasih kepada perwakilan yang telah memilih Musa. Ini satu kerja yng tidak betul. Sepatutnya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Mahathir tidak boleh berkata begitu dalam ucapan dasarnya di depan para perwakilan kerana itu boleh mengugatnya. Dia cakap die juga mahu beregu dengan Musa. Mungkin die telah melihat tanda-tanda Musa sedang menuju kejatuhan. Sebagai seorang sahabat yang setia Mahathir cuba menyelamatkan Musa seperti die juga terpaksa cuba menyelamatkan Adib Adam. Itu sifat Mahathir yang luar biasa, berani mati kerana kawan. Akibatnya ramai perwakilan UMNO yang marah. Mereka sendiri telah melihat belang Musa. Kenapakah seorang Presiden UMNI mesti meminta para perwakilan memberikan sokongan kepada orang yang telahterbukti tidak layak disokong lagi? Apakah semata-mata kerana Musa telah menjadi regu Mahathir? Mahathir telah membuat salah besar sekiranya dia fikir, dia boleh menyelamatkan Musa,

Mahathir ni terlalu sangat nak sokong Musa. Dan oleh nafsunya itu, dia membuat salah lagi, baca Utusan Malaysia, Jumaat 20 April 1984 di muka depan, berita seperti berikutnya :

No comments:

Get your Tickets now!