Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 8 - Bahtera Lama Nakhoda Baru - 1979

SHALATTAS - 8 - Bahtera Lama Nakhoda Baru - 1979




KEMANA KITA AKAN DIBAWA OLEH MEREKA?
SAMAKAH HALUAN YANG DITUJU ANTARA SATU NAKHODA DENGAN YANG LAIN?
ASAL KAN BAHTERA ADA KOMPASSNYA, SUKURLAH!!!










S.H. Alattas bersama Datuk Musa Hitam Menteri Pelajaran. Di Majlis Makan Malam di rumah Datuk Musa, semasa meraikan anggota 'Pena' turut serta ialah Ajikik dan Mahmood Kitom terlindung di belakang.


Tiba-tiba saja S.H. Alattas menjadi amat terkenal di Melaka. Bukanya ‘PERANG DI KUALA LINGGI 1978’ bukan saja menyelar pemimpin-pemimpin UMNO tetapi telah menggempar dan menggoncangkan arena politik Melaka sendiri. Tokoh-tokoh veteran UMNO bukan saja cemas dan terancam melahan tergugut dan terdedah ke pengadilan rakyat. Ramai daripada mereka kehilangan kerusi Yang Berhormat di Dewan Negeri dan Parlimen. Cawangan-cawangan UMNO telah membawakan usul di Persidangan Agungnya meminta Kerajaan mengharamkan buku ‘PERANG DI KUALA LINGGI 1978’.

Kali ini S.H. Alattas menulis sejarah perjuangan umat Melayu pula. Penulis veteran yang kontravesi ini mendedahkan pula suasana politik tanah air sebelum dan selepas merdeka. S.H. Alattas terus mengupas, menyelar dan mencabar kepimpinan Perdana Menteri, Lim Kit Siang, para pemimpin MCA dan lain-lain tokoh politik. Dapatkah “BAHTERA LAMA NAKHODA BARU” menggemparkan Malaysia dan menandingi “The Time Bom” dan “Malay Delimma”?

Mula menulis cerpen dan rencana sejak tahun 1960. Telah menghasilkan 8 buku yang sudah beberapa kali diulang cetak.

ISI KANDUNGAN

1. Isi kandungan
2. Pendahuluan kata
3. Muqaddimah
4. Tradisi Lawan Taukeh
5. Mengenang Pejuang Hak Asasi Melayu
6. Arab Yaman di Rantau Orang
7. Bapa Perpaduan Malaysia
8. Kemana Kita
9. Semangat Tahun 1946
10. Makam Pahlawan Umno
11. Malayan Union
12. Perjuangan Wartawan
13. Anak Gabenor Jadi Menteri
14. Hang Jebat Moden
15. Mangsa Politik
16. Kuala Lumpur Ada Malay Town 1
17. Kuala lumpur Ada Malay Town 2
18. Raja Setinggan Wilayah
19. Arak Sudah Dihalalkan 1
20. Arak Sudah Dihalalkan 2
21. Akhirnya Jadi Burung Layang-layang
22. Susur Galur Sejarah Orang-orang Cina di Melaka
23. Aspek Politik Masyarakat Cina
24. M.C.A Menjadi Juara
25. Issue-issue Sensitif M.C.A
26. Salahnya Orang Melayu Tidak Suka Membaca
27. Malaysia Siapa Punya?
28. Politik Dalam Negara Hang Tuah
29. Orang Baru Jadi Kapten
30. Cakap Tak Seruoa Bikin
31. Lain Ulu Lain Parang
32. Siapa Salah?
33. Pena Beracun
34. "Lita" Kalau Jadi Raja Melaka
35. Ghani Ali Belum Mati
36. Datuk Wan Bukan Orang Politik
37. Kata Penutup

ARAB YAMAN DI RANTAU ORANG

Kenapa Sheikh Abdullah bin Abdul Kadir Al Othmani anak Arab dari Yaman yang mempunyai darah campuran India yang dibesarkan di negeri Melaka menjadi seorang pengarang?
Datuknya seorang ahli perniagaan, sambil berniaga sambil mengembangkan ajaran Islam. Begitu juga dengan ayahnya. Sesudah belajar membaca, ilmu kira-kira, beliau memulakan hidupnya dengan berniaga membawa barang-barang ke Ulu Melaka.

Begitulah halnya dengan orang-orang Arab yang sezaman dengannya. Selain berniaga mereka menjadi mubaligh, berdakwah mengajar orang Melayu mengaji, hukum sembahyang dan ajaran agama Islam.

Kerana peribadinya, kerana jasa baktinya kepada orang-orang kampung di Ulu Melaka, beliau diambil menjadi menantu dan diangkat menjadi Khatib.

Sheikh Abdul Kadir Al Othmani seorang yang praktik, kuat berusaha dan beribadat. Dia mencari dunia macam hendak hidup seribu tahun dan beribadat seolah-olah akan mati esok. Berniaga mengikut sabda Rasulullah, ‘jadikanlah 9/10 pendapatan kamu dari perniagaan’. Hadith dan firman menjadi pegangan hidup beliau. Beliau berniaga, mengembara dan tidak berhenti-henti menambahkan ilmu pengetahuan.

Kadir Al Othmani Arab Yaman menjadi guru bahasa Melayu kepada seorang pegawai Inggeris bernama Marsden. Waktu itu beliau tinggal di Sungai Baru. Sebab itu agaknya hari ini kita perhatikan ramai intelek-intelek dan pembesar-pembesar Melaka yang berasal dari Sungai Baru dan kampung-kampung berdekatan kerana di kampung itulah orang Melayu giat belajar menambahkan ilmu pengetahuan. Beliaulah anak Melaka yang pertama mendapat sepucuk surat pujian dari pegawai Inggeris kerana pandai mengajar bahasa Melayu.

Kadir Al Othmani ayah Abdullah selain pandai dalam Ilmu Kira-kira, beliau pandai berbahasa Arab dan boleh bertutur dan menulis bahasa Tamil(Keling) dan bahasa Melayu. Begitu ramai umat Melayu di Melaka, beliau yang dipilih untuk menulis surat kepada Raja-raja Melayu. Beliau berusaha memahirkan diri dalam bahasa Melayu sedangkan orang Melayu sendiri tidak ambil tahu.

Semasa Farquhar menjadi Raja Melaka, Kadir Al Othmani berhenti bekerja sebagai kakitangan Shah Bandar Melaka walaupun hidupnya mewah, makmur serta disegani orang ketika itu. Untuk kembali berniaga beliau menjadi seorang saudagar yang berulang-alik ke Siak. Melaka ketika itu menjadi pusat perdagangan dan mengikut cerita Munshi, kebanyakan orang Melaka pada ketika itu kaya-raya belaka.

Kadir Al Othmani dilantik pula oleh Adriaan Cook, Raja Muda Melaka menjadi Nakhoda dalam sebuah perahu layar yang besar bernama Layar Street berulang alik ke Kedah, kerana Raja Putih ini bersahabat baik dengan Raja Kedah.

Sheikh Kadir telah dilantik menjadi Duta mewakili orang Inggeris berunding dengan Raja-raja Melayu. Antara negeri-negeri yang telah dilawatinya ialah negeri Pahang, Trengganu dan Kelantan.

Dari itu tidak hairanlah kita sekiranya Abdullah boleh menulis hal Raja-raja dalam karangannya. Lagi pula ayahnya adalah tergolong dari kalangan orang-orang istana. Mungkin buku "Kisah Pelayaran Abdullah ke Trengganu dan Kelantan" itu adalah pengalaman ayahnya, selain pandangannya sendiri.

Ayahnya pernah ditugaskan oleh orang Belanda semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda mencari buku dan hikayat-hikayat Melayu. Buku tersebut ada yang dibelinya, ada juga yang dihadiahkan sahaja oleh Raja-raja kepada beliau untuk diberikan kepada orang Belanda.
Sungguhpun begitu bijak, pintar dan mahir dalam bahasa Melayu ayahnya tidak boleh menjadi seorang pengarang. Beliau tidak mempunyai bakat walaupun mempunyai kemahiran dan pengalaman. Tetapi ada sesuatu yang dilakukan oleh Kadir Al Othmani. Kalau bukan kerana Kadir Al Othmani tidak siapa yang akan mengetahui Sejarah Melayu hingga ke hari ini. Mungkin beliau akan mati seperti Arab-arab yang lain. Ilmu pengetahuannya tidak dapat dikembangkan, sebagai seorang saudagar atau guru agama dan Khatib serta Imam yang hanya dikenali semasa hidupnya.

Tidak adalah manusia di dunia ini yang lebih dibenci oleh Abdullah semasa kecilnya selain Kadir Al Othmani. Seorang ayah yang terlalu garang. Hingga Abdullah tidak ada masa sama sekali untuk bermain-main seperti kanak-kanak lain. Ada-ada saja pelajarannya yang disuruhnya. Membaca Quran, menulis nama orang-orang yang ke masjid, menyalin kitab, Quran, kalau salah akan dipukul, serta dibelasah seteruk-teruknya cuma belum patah riuk saja.

Hanya Abdullah itulah anaknya yang lain semuanya mati. Itupun macam-macam penyakit yang menimpa Abdullah, kurus kering namun tidak dipedulikan, masa belajar mesti belajar sampai pandai.

Satu hari ketika beliau tidak ada dirumah datang seorang Nakhoda kerumahnya minta tolong membuatkan suatu surat perjanjian berhutang. Abdullah telah membuatkan surat tersebut. Nakhoda itu sangat berpuashati dan memberikan Abdullah wang sebagai upahnya.
Mungkinkah ayahnya mahu anaknya ini menjadi seorang pengarang? Kalau kita selidik dari perkataannya ada kemungkinan yang beliau mahu Abdullah menjadi seorang penulis. Ikutilah perbualan Ayah Ibu Abdullah bila Nakhoda itu sudah berlalu dan surat yang ditulis oleh Abdullah itu sudah pun dibacanya. Secara kebetulan waktu itu Nakhoda itu mahu berangkat pulang beliau pun sampai ke rumah.

"Bertuah benar hari ini, jika mendapat $1,000/= pun tidaklah sebegini suka hatiku, kerana anakku sudah boleh menolong pekerjaanku"
kata Pa’ Sheikh.

"Barang ditambahkan jugalah akal fikiran anakku. Jika ia tidak tahu menulis dan membaca aku anggap ia tidak ada di dalam dunia ini atau sudah mati saja".

Perbualan Ibu dan Bapanya itu didengar oleh Abdullah.

Begitulah kuat kemahuan Kadir Al Othmani supaya anaknya menjadi seorang penulis, pengarang yang masyhur mungkin anak yang salleh, anak yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair. Anak yang tidak akan memutuskannya dari akhirat seperti yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Ini semua diceritakan oleh Abdullah dalam Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munshi untuk apa? Tidak sia-sia dia disiksa sedemikian rupa demi untuk menjadi seorang ank yang pandai dan berguna dunia dan akhirat. Berapa ramai dari kita yang telah membaca riwayat hidup Abdullah yang sanggup menjalankan disiplin ke atas anak-anak seperti yang telah dilakukan oleh Kadir Al Othmani?

Kalau orang lain ada seorang sahaja anak, sudah barang tentu anak itu dijadikan macam anak emas. Ditatang macam minyak yang penuh, diikutkan sahaja segala kemahuannya. Kalau tidak kerana didikan dan disiplin dari ayahnya mungkinkah Abdullah boleh menjadi seorang Musuh..
Abdullah didik dan dibesarkan oleh ayahnya yang sentiasa bekerja dan menyuruh beliau menjadi sama sepertinya. Tidak hairanlah kita kalau Abdullah mengatakan orang Melayu malas. Dia tidak pernah dapat peluang bermain-main apa juga jenis permainan yang menjadi kesukaan budak-budak dan orang-orang tua pada zamannya. Sebab itulah Abdullah mengecam orang Melayu supaya bertukar menjadi sepertinya. Hidup bekerja macam lebah.

Pada ketika itu tidak ada seorang pengarang Melayu, jangankan hendak mencari seorang pengkritik. Bukankah penulis itu adalah lidah masyarakat. Abdullah adalah lidah orang Melayu ketika itu. Orang Melayu kita ketika itu bisu, tiada siapa pun berani bersuara. Hidup mereka terkongkong dalam masyarakat yang kucar kacir. Orang Melayu tidak ada pemimpin. Raja-raja Melayu ketika itu zalim, kejam ramai yang tidak berperikemanusiaan, tidak mahu ambil tahu masalah rakyat. Mementingkan diri sendiri sahaja. Berpoya-poya dan berseronok-seronok dalam istana. Kalau sudah kehendak Raja jangan dikatakan anak dara orang , isteri orang pun dirampas. Rakyat tidak boleh berbuat apa-apa. Membantah kehendak Raja bererti menderhaka.
Hukuman orang yang menderhaka dibunuh sampai mati, ditikam, disula atau digantung. Hukuman-hukuman yang dijatuhkan kepada rakyat mengikut hawa nafsu sendiri saja. Tidak berpandukan undang-undang negeri yang adil dan saksama..

Orang Melayu ketika itu cuma meminta perlindungan dari Allah. Pengaruh kezaliman Raja membuat rakyat menjadi terbiar dan tidak teratur. Rakyat tidak berusaha kerana rakyat tidak ada kebebasan sama sekali. Raja-raja dan orang-orang Istana boleh merampas apa saja hasil dari usaha rakyat.

Abdullah menulis dengan niat untuk memberi kesedaran kepada umat Melayu. Memberi pandangan kepada Raja-raja atas sifat kezaliman mereka. Memberi kesedaran dan membangkitkan semangat yang menusia ini dijadikan sama sahaja. Itulah tujuannya, cara penyampaiannya membuat orang-orang benci macam mana bencinya kepada ayahnya yang sentiasa kasar dan ganas. Mendidik menggunakan kekerasan dan tanpa pertimbangan perasaan. Abdullah mengkritik orang Melayu dan Raja-raja dipengaruhi oleh sentimen psikologi kanak-kanak yang mempengaruhi jiwanya.

Penawar tidak semestinya manis. Apakah yang ditulis oleh Abdullah itu benar tetapi terlalu drastik. Siapa sebelum beliau yang berani menegur Raja-raja Melayu. Orang-orang besar dalam istana semuanya pengampu besar. Merekalah yang menjadi alat memeras rakyat. Orang istana berlagak lebih dari raja.

Keberanian Abdullah menegur dengan cara drastik dianggap sebagai penghinaan oleh mereka yang tidak menyelidik dan mengkaji sedalamnya tekanan perasaan Abdullah semasa kanak-kanak. Abdullah memuji Inggeris bukan kerana beliau sukakan Inggeris. Beliau terpaksa berbuat demikian, bukankah ketika itu Raja-raja dan orang Melayu takut pada orang Inggeris. Beliau menyelam sambil minum air. Beliau terpaksa berpura-pura mengampu Inggeris disamping memberi ingatan dan kesedaran.

Abdullah menjadi pengarang besar kerana orang Inggeris. Kalau tidak kerana orang Inggeris yang berminat dalam buku-buku Melayu, Abdullah tidak dapat berkembang sebesar ini. Usahasama Abdullah dan orang Inggerislah lahirnya Bahasa Melayu.

Abdullah Al Othmani bukan seorang emosi bukan juga seorang pengampu. Kalau beliau tidak memberi contoh tentang kebaikan tuan orang putih yang menjadi bossnya ketika itu, siapa lagi? Ada orang Cina atau India yang macam orang Inggeris? Ada Datuk-datuk Pembesar Melayu atau Raja-raja yang berperangai orang putih?

Pada masa itu orang putihlah sebaik-baik contoh pemimpin kalau hendak dibandingkan dengan Raja-raja Melayu. Apa faedah raja Melayu ketika itu kepada rakyat? Biarpun Inggeris menyamun dan merompak tapi semuanya dibuat dengan cara tipu muslihat yang patut kita pelajari untuk mengubah nasib bangsa kita. Sekurang-kurangnya kita dapat kenal yang mana satu harimau, yang mana satu buaya.

Lagipun kalau Abdullah tidak berselindung dengan orang putih tentulah beliau telah disula, digantung dan dicincang.

Untunglah orang putih yang menjadi tuannya tidak sedar akan semangat kebangsaan yang ditanamnya. Serangannya terhadap Raja-raja Melayu tidak mendapat reaksi dan tindakan dari orang Melayu ketika itu. Kalau tidak sudah barang tentu semua Raja yang zalim sudah disanggah, termasuk juga orang putih yang menipu Raja-raja untuk kepentingan mereka.
Kerana Abdullah dianggap orang luar, bangsa mendatang, keturunan Arab Yaman bercampur India, kemudian bertuankan orang putih pula. Silapnya Abdullah, beliau cuma menulis tetapi tidak turun bergaul dengan orang-orang kampung

Kalaulah orang Melayu ketika itu tahu peribahasa "Jangan ditanya siapa yang berkata, berfikir dan menungkan apa yang dikata", dan kalaulah ada pemimpin Melayu ketika itu yang mahu menyalahkan semangat kebangsaan dan revolusi serta bersatu padu, nescaya dengan sendirinya pengaruh Inggeris hampus.

Yang membuat orang Melayu menganggap segala tulisan beliau sebagai satu penghinaan ialah kerana sudah tertanam dalam fikiran orang Melayu perasaan benci, dengki, irihati dan dendam kepada beliau. Masakan orang Arab Yaman tali barut orang putih ini lebih tahu, lebih arif dalam bahasa Melayu sedangkan bahasa itu kepunyaan orang Melayu sendiri. Perasaan bodoh sombong, segelintir ketua-ketua kampung yang cerdik tidak dapat diikut, dan bodoh tidak dapat diajar, menjadikan perasaan benci dan memusuhi beliau tambah mendalam.

Keberanian dan ketegasan Abdullah dalam mempertahankan bahasa Melayu, hingga beliau sanggup kehilangan kawan dan pendapatan sebagai contoh; beliau tidak mahu mengajar Thomasan kerana orang putih tersebut cuba menghina bahasa Melayu. Ada saja yang tidak kena di hati Thomasan. Beliau memprotes, tidak mahu mengajar.

Dan bila Thomasan meminta ia mengajar semula selain memberi syarat-syarat bahawa Thomasan tidak boleh memandai-mandai dalam bahasa Melayu dia tidak dibenarkan meminda-minda. Akhirnya orang putih yang sombong dan berlagak pandai itu tunduk pada syarat yang telah ditetapkan oleh Munshi Abdullah.

Kalaulah tidak kerana latihan yang diterima semasa kecil tentulah beliau sudah dewasa akan jadi anak muda yang akan menghabiskan masa dengan berpoya-poya atau bersenang-senang. Dengan kepandaian yang ada dan ayah yang berpengaruh beliau tidak menggunakan ilmu pengetahuan untuk melonggok wang bagi kepentingan diri. Beliau semata mengabdikan diri untuk memperkayakan dunia persuratan menterjemahkan buku-buku karyanya sendiri.
Beliau tidak pernah berehat dan bercuti untuk berpoya-poya. Kerja tetapnya mengajar selain membuat huruf tambahan dan mengecap. Kalau tidak kerana Padri Milue mungkin beliau akan membujang sampai ke mati kerana terlalu sibuk dengan tugas persuratan. Beliau sehingga terlupa tentang pertunangannya yang sudah berlangsung selama 3 tahun. Pertama yang melengahkan perkahwinan ialah kerana beliau merasa diri beliau miskin, rumah beliau buruk.
Padri Milue memberi beliau $50.00 menolong membaiki rumahnya yang sudah buruk. Sambil memberikan kerusi meja yang sudah dipakai. Sesudah itu memberi cuti satu bulan untuk berbulan madu. Beliau ketika itu cuma mempunyai $200/=. Begini punya pengorbanan tidak dapat dinilai juga. Kalau beliau pengampu Inggeris tentu beliau sudah menjadi kaya raya.

Dalam tulisannya beliau ada juga menerangkan tipu helah Inggeris, kejahatan Inggeris yang dilakukan secara diplomasi. Beliau mengikut diplomasi Inggeris untuk menjatuhkan Inggeris melalui penulisan, supaya orang Melayu membenci Inggeris. Ulangkajilah semua buku Munshi Abdullah pejuang kemerdekaan hak asasi orang Melayu yang telah menannamkan banyak semangat kebangsaan.

Saya percaya seandainya kita dapat menerima beliau sebagai orang Melayu, pandangan kita terhadap beliau akan berubah. Yang pertama kita perlu memahami akan apa yang dimaksudkan dengan istilah Melayu.

Mengikut konsep "Kebangsaan yang dipakai pada "Kebangsaan Melayu" menurut Dr. Burhanuddin Al Helmi:

Kebangsaan Melayu, bukan dibina kerana semata-mata seorang itu bangsa Melayu atau bapanya Melayu, datuknya Melayu, neneknya Melayu, keturunan nya Melayu, bakanya Melayu, jika ia belum mengisi erti dan tujuan kebangsaan Melayu ..., iaitu kebangsaan yang mengikut tabiat semulajadi kedudukan bumi keturunan pusaka, kebudayaan baka dan penduduk hak mutlak bumi pertiwi ini, yang bersatu hasrat dan azamnya. Bersatu padu dalam idealogi kebangsaannya…… sebagai asas kebangsaan yang lebih luas……. kerana orang yang telah salah faham dan idealoginya dalam kebangsaan tiadalah kepada lain negeri lagi ia menumpahkan taat setianya, kerana itu di Malaya ini kebangsaan Melayu itulah saja asas idelogi kebangsaan yang sihat dan tulen. Maka diatas asas kebangsaan inilah siapa saja yang telah memutuskan taat setianya daripada negeri-negeri yang lain, ia berkait dengan kelayakan dan menumpahkan taat setianya kepada idealogi kebangsaan Melayu. Maka samalah ia daripada suatu bahagian anggota untuk semua dan semua untuk hak ramai bagi hak bersama dan sama berhak".perkara yang dinyatakan dapat disimpulkan seperti berikut:

(i)Isi kebangsaan itu, iaitu cita-cita orang Melayu terhadap tanah airnya. Anggotanya, iaitu pribumi rantau Alam Melayu.

(ii)Kebudayaan Melayu yang mengikut kedudukan geografinya yang semulajadi-iaitu Alam Melayu

(iii)Perkara perpaduan amat penting.

(iv)Konsep kebangsaan yang luas di mana orang-orang lain boleh menganggotainya jika memenuhi syarat yang dinyatakan diantaranya ialah seperti memutuskan taat setianya kepada kebangsaan Melayu…… menjadi orang Melayu

Kebangsaan Melayu bukan matlamat bangsa Melayu tetapi adalah alat untuk mencapai cita-cita kemerdekaan tanahair dan kandungan kemerdekaan. Wujudnya bukanlah satu perkara baru tetapi sama dengan wujudnya bangsa Melayu itu sendiri di alam Melayu ini.

No comments:

Get your Tickets now!