Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 17 - Talqin Untuk Umno - 1988

SHALATTAS - 17 - Talqin Untuk Umno - 1988






















Inilah gambar yang telah membawa tuah kepada Datuk Mohammad Rahmat. Bukan mudah hendak menyanyi dengan raja. Tiga buku berturut-turut saya gunakan gambar ini. Musa Derhaka, Musa a Traitor dan Challenger. Ada orang yang menyatakan gambar ini sebagai 'Image Builders' untuk Tok Mat













"Hidung saya gatal" Begitulah agaknya kata Tok Musa. Hidung gatal perkara biasa. Yang berbahaya ialah setiap kali kita bercakap dengan orang kita pegang hidung. Mengikut ramalan body language, memegang hidung bila bercakap dengan orang menunjukkan sikap cuba menyembunyikan sesuatu.














"Hidung saya pun gatal juga" Begitulah agaknya kata Ku Li. "Cuba tengok jari Musa, dia sudah tarik trigger tembak saya. Saya belum tembak dia. Peluru saya masih belum saya gunakan unuk Musa. kalau dia berani marilah bermain Russian Roulette."

















Allahyarham Datuk Onn Jaafar, Presiden UMNO yang pertama berkempen ke sana ke mari dengan basikal. Orang Melayu pun ketika itu kena berbaikal atau berjalan kaki untuk mendengar ceramah politik daripada Pemimpin mereka















KUALA LUMPUR 23 APRIL - Pengarang buku " Challenger - Siapa Lawan Siapa", Syed Hussein Alattas dan dua lagi defendan hari ini menegaskan bawa bekas Timbalan Perdana Menteri ........ bahawa kandungan buku tersebut bertujuan merendah-rendahkan dan memalukan beliau selaku Timbalan Presiden UMNO....... kandungan buku itu yang beliau dakwa memalukannya. Pada 16 April lalu, Datuk Musa telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah menghalang ketiga-tiga defendan daripada mencetak, mengedar dan menjual buku tersebut. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Hakim Datuk Ajaib Singh setelah mendengar permohonan sebelah pihak yang.... menerbitkan perkataan-perkataan mengenai beliau yang boleh memburukkan nama baik serta memalukannya. Beliau juga mendakwa perkataan-perkataan itu boleh menbawa beliau seorang penipu, penjahat, tidak bertanggungjawab serta sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk memenuhi cita-citanya... Musa itu juga menyebut bahawa kandungan buku itu bermaksud beliau seorang egen bagi badan-badan perisik luar negeri, seorang komunis yang tidak beragama yang berlindung disebalik jubah UMNO. Syed Hussein ALattas dan dua defendan itu pula dalam kenyataan bela diri mereka hari ini menafikan perkataan-perkataan yang terkandung di dalam buku itu membawa pengertian sedemikian. Mereka juga menafikan bahaw buku itu diterbitkan dengan tujuan memalukan atau...


















Ku Li mahu seronok-seronok macam ini kena jadi macam saya, jadi pelakon filem. Pelakon filem buat apa pun orang tak marah, cuma banyak digossip oleh wartawan hiburan saja. Orang ramai tonton juga filem kita. Orang politik kalau selalu kena gossip boleh merosot dan rosak imej, boleh terjejas undi akhirnya sendiri yang rugi.





"Alangkah enak si mangga udang, pohonnya tinggi, buahnya jarang. Alangkah enaknya jadi orang bujang, sayang. Kemana-mana tiada yang larang." Itu serangkap pantun untuk Ku Li. Tapi Ku Li kena ingat nak jadi Perdana Menteri dalam sebuah negara Islam tak boleh macam itu. Malaysia belum boleh terima Perdana Menterinya seorang yang bujang.




"Berani kalu..pukul..tak ada kalu saya pukul. Saya..sapa pun saya tarak takut. Saya ketua pemuda sudah jadi." Lain macam pulak Najib ini bercakap sejak pulang dari Libya. Ini mesti sudah terikut semangat Gadafi. Kalau Datuk Najib boleh kalahkan bekas Godfather UMNO, pasti nanti Najib akan jadi hero














Special Pass yang dikurniakan kepada saya sewaktu menulis buku Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan di Sarawak. Selepas itu saya terpaksa keluar dari bumi Kenyalang dengan hati yang terguris dan perasaan yang hampa.
















TALQIN UNTUK UMNO
Ekoran daripada kekalahan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam pemilihan agung 24 April 1987, Geng 11 telah mengheret UMNO ke mahkamah. Siapakah Geng 11 sebenarnya? Kalau mereka hanya alat, siapakah yang memperalatkan mereka?

Pada 4 Februari 1988 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan tidak sah. Matikah UMNO? Kalau mati siapakah pembunuhnya?
Anda telah membaca buku-buku S.H. ALATTAS sebelum ini? Siapa lagi kalau bukan S.H. ALATTAS yang berani membongkar dan mendedahkan petualang, pengkhianat dan pembunuh di dalam UMNO?

Kali ini S.H. ALATTAS mengesan kembali rahsia-rahsia dalam sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, dan mendedahkan siapakah Bapak Kucing Malaysia dan siapakah Tunku Abdul Rahman Putra yang sebenarnya.

S.H. ALATTAS telah menjelajah ke Amerika, Yaman Selatan, Indonesia dan Filipina untuk melihat politik UMNO dalam permainan politik dunia. Bacalah apa yang dimaksudkanya dengan TEORI BERKAT, dan apakah dia sebenarnya DEMOKRASI ALA KU LI?

Siapakah yang telah mati sebenarnya, dan kepada siapakah TALQIN dibacakan oleh S.H. ALATTAS? Dan siapakah pula yang akan mengambil tindakan mahkamah untuk menahan penjualan, penerbitan dan percetakan buku ini? Mungkinkah Datuk Musa Hitam Lagi? Tun Hussein Onn? Tunku Abdul Rahman? Tengku Razaleigh? Atau mungkinkah Geng 11?
Buku ini lebih hebat, lebih berani dan lebih dahsyat daripada “Challenger” Siapa Lawan Siapa?.

ISI KANDUNGAN

1. Mukadimah
2. Siapa Pembunuh UMNO
3. Pembunuh Yang Mati
4. Saya Dan Musa Hitam
5. Surat Tunku kepada S.H Alattas
6. Bapak Kucing
7. Sepatah Kata Tunku Yang Dipertua
8. Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Malaya
9. Demokrasi Ala Ku Li
10. Geng 11
11. Tau Makan Tau Simpan
12. Teori Berkat
13. Bulan Dikelilingi Awan Hitam
14. Patah Tumbuh Hilang Berganti
15. Jambatan Malaysia - Libya
16. Pembunuh Gergasi
17. Talqin
18. Imej Seorang Hero
19. Faktor Cina
20. Bakal Perdana Menteri
21. Post Skrip

No comments:

Get your Tickets now!