Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 3 - Rahsia mimpi anda - 1969

SHALATTAS - 3 - Rahsia mimpi anda - 1969


"MIMPI satu gambaran yang menjelma ketika anda sedang terlena. Segala yang mustahil berlaku ketika anda terjaga boleh berlaku didalam MIMPI anda.

Pendeknya apa saja yang anda boleh terfikir dan terlihat oleh mata kasar boleh berlaku didalam MIMPI. Dan ada kalanya memberikan alamat kepada anda.

Sebab itulah maka anda patut mengambil tahu 'RAHSIA MIMPI ANDA'.



Ingatan, Telek-menelek mainan dunia. Allah yang maha Besar sahaja yang dapat menetukan nasib manusia.

Gambar diatas menunjukkan pengarang sedang membaca urat tangan Sarimah yang ingin tahu masa depannya. Pengarang telah menengok ribuan tapak tangan Pembesar Negara, Kerabat-kerabat diraja dan telah meramalkan dengan tepat hampir semua kejadian-kejadian berkenaan dengan nasib bintang film dn pengarah-pengarah film tempatan




Pesanan Penyusun buku ini kepada IBRAHIM PENDEK, pelawak terkenal sebelum membaca urat tangan dan memfirasatkannya, "Awak jangan terlalu percaya pada Nujum, hukumnya murtad. Sebab, menurut setengah ulamak pendapat Ahli Nujum itu adalah bisikan dari Syaitan. Tetapi menurut kajian saya dari segi ilmu firasat dan garis-garis tapak tangan, saya berpendapat Incik Ibrahim...tidak akan begitu lama hidup membujang, paling lama dua tahun dan boleh jadi dalam tempoh satu tahun sahaja. Mungkin seorang wanita ebagi gantinya sudah pun tersemat dalam hati Incik Ibrahim sekarang."
Ramalan ini dibuat sebelum Ibrahim Pendik Bercerai.




Syed Hussien Alattas, lebeh dikenali sebagai seorang ahli firasat dengan nama jolokan 'Pak Belalang Modern' diseluruh Malaysia, Sabah, Serawak, Brunei, Singapura dan Indonesia.

S.H.ALATTAS adalah seorang pakar dalam ilmu nujum telah banyak membuat ramalan dengan tepat berkenaan dengan ilmu Palmastri (rahsia urat tangan manusia), Firasat rahsia menganalisa sifat manusia dengan hanya memandang muka. Berkenaan dengan ilmu newmoloji (ilmu perangkaan) dan lain hal yang berkaitan dengan saikoloji peri hidup, manusia.

Antara buku-buku S.H.Alattas yang paling laris ialah:-
1) Firasat (rahsia mengenal diri sendiri)
2) Melangkah dan Berjaya
3) Rahsia Mimpi Anda
4) Temanku Pemimpin (Sabah)
5) Mengapa Rosli Dhoby & 3 Hero Serawak dihukum Bunuh

Mula menulis cerpen dan rencana sejak tahun 1960 di majalah Utusan Filem dan Sport, majalah Filem Malaysia, Berita Filem, Masa, Seni, Mastika (terbitan Utusan Melayu) Utusan Bumiputra dan Kinabalu Sabah Times

No comments:

Get your Tickets now!