Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 24 - Joker- Joker Politik - 1992

SHALATTAS - 24 - Joker- Joker Politik - 1992


MEMANG TIDAK MENJADI KESALAHAN MEMILIH YANG TERPILIH DI KALANGAN TERBUANG, TAPI JIKA BOLEH MEMILIH YANG TERPILIH DI KALANGAN YANG TERBILANG kenapa tidak berbuat demikian?
















POLITIK SERING DIKOTORI oleh tipu helah, hasad dengki, jatuh menjatuhkan, pelbagai bentuk skandal yang berkaitan dengan pemimpin dan wanita. Politik selalu dihubung kaitkan dengan 'kekotoran' dan kedurjanaan akibat kuasa biarpun ramai orang politik mempertahankan diri dengan mengatakan: "Yang kotor bukannya orang politik, tetapi joker-joker dan bandut politik"

Sejak zaman dahulu lagi rekod sejarah mendedahkan tentang pelbagai kelemahan dalam kepimpinan Melayu dan dunia Islam secara global terutama dalam perubatan jawatan, fitnah menfitnah dan penyalahgunaan kuasa telah menghancurkan keagungan dan kegemilangan empayar Melayu dan Islam di zaman silam.

JOKER-JOKER POLITIK mendedahkan siapakah petualang dan joker-joker yang sedang bermain api politik di sana sini hingga bahang api itu mungkin membakar UMNO di tahun 1993 seterusnya akan memusnahkan budaya dan masyarakat Melayu dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Berjayakah impian dan cita-cita Perdana Menteri untuk membangunkan sebuah negara dan bangsa yang maju ke arah mencapai Wawasan 2020 kiranya bakal pengganti Dr. mahathir itu nanti hanya seorang Bandut Politik (Political Jocker)?

Sekiranya terdapat kekosongan di kerusi Timbalan Perdana Menteri siapakah penggantinya dan apakah masalah UMNO akan selesai?


ISI KANDUNGAN

1. Joker-Joker Politik
2. Bila Joker Memimpin Dunia
3. Perang Salib Sudah Bermula
4. Kain Kapan Terbesar Di Dunia
5. Kemana Pemimpin Ahlul Sunnah Nak Bawa Kita?
6. Presiden Mahathir Melayu Oh Melayu
7. Bila Raja Berebut Takhta Hakim Beruk Pun Ketawa
8. Antara Sasterawan, Koperat Dan Keparat
9. Bila Ulama Pukul Hulamak Allahmak Sakitnya...









ISBN : 983 - 99792 - 1 - 3

No comments:

Get your Tickets now!