Friday, December 25, 2009
S.H.ALATTAS - 48 - Kalau Jodoh Tak Kemana (2006)
Jodoh pertemuan, rezki dan maut, tanah kubur, TUHAN yang tentukan. Siapa Kita Mahu Mempertikaikan?
SYED Hussien Alwee Alattas atau Pak Habib adalah seorang penulis Politik yang kontroversial, prolific, berani dan efektif. Beliau telah menghasilkan 50 buah buku dan berates-ratus artikel. Semuanya tajam, panas, sensasi dan mempersona. Beliau pernah diseret ke mahkamah kerana sebuah bukunya mengenai mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam, Challanger : Siapa Lawan Siapa?,terbitan 1987.
Biarpun begitu, tulisan Pak Habib seolah-olah sentiasa dipandang ringan oleh sesetengah pihak. Beliau pula sering disifatkan sebagai penulis picisan dan penulis upahan. Ini menyebabkan peranan belaiu sebagai pengkritik plotik, pengkritik Melayu dan pengkritik Islam jarang dihargai.
Pak Habib lebih banyak menerima cemuhan dan sindiran. Dan lebih banyak dilabelkan sebagai busy body daripada dikatogerikan sebagai seorang nasionalis yang cinta kepada agama, bangsa dan negaranya.
Datuk Rohanie Ahmad
Mantan Setiausaha Poitik
Tan Sri Musa Hitam
Dagu Siti menunjukkan dagu lebah bergantung. Apakah yang dimaksudkan dengan dagu lebah tergantung? Terlebih dahulu saya ingin bertanya adakah anda pernah melihat lebah tergantung? Kalau suda, tentulah anda tahu ada sesuatu yang sangat berharga terkandung didalamnya.
Orang-orang tua yang membuat pepatah ini, tentunya sudah lama menyelidiki segala rahsia yang ada di sebalik perempuan yang diberinya gelaran yang semahal itu.
Sebenarnya dagu lebah tergantung adalah bentuk dagu yang sangat cantik dan istimewa bagi orang perempuan.
Perempuan bertuah yang memiliki dagu ini sentiasa haus kepada cinta, kasih dan saying yang tidak boleh berbelah bagi. Orangnya sangat memilih apabila mencari pasangan hidup dan agak sukar baginya untuk mencari lelaki yang di idam-idamkan. Kalau ia tidak mendapat idaman hatinya, ia tidak akan memberikan kesayangan yang penuh kepada suaminya, kerana jiwanya terlalu sentiment dan romantik.
Dahi Siti menunjukkan dahi yang luas dan tinggi dibahagian ubun-ubunnya. Dahi begini dipunyai oleh orang yang cerdik dan berakal. Ia mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa, tinggi hemah dan pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Biasanya dahi ini dimiliki oleh para intelek, politikus dan orang-orang yang tinggi kedudukannya dalam masyarakat harian, tetapi selalu kelihatan lebih tua dari umurnya.
Tarikan pada Datuk K pula banyak terletak pada matanya. Pernahkah anda membaca buku “Firasat” saya. Terlebih dahulu saya ingin terangkan bentuk mata yang dimiliki oleh Datuk K.
Apakah kuasa yang ada padanya? Mata hipnotis atau mata yang mempunyai tarikan besi berani yang yang ada pada matanya mudah memikat dan mencuri hati mana-mana gadis, janda atau isteri orang pun yang kurang beriman kerana senyum dimata serentak dengan senyuman di bibir. Kaum wanita akan merasa seolah-olah berada di duniaa lain dan tidak sedar apakah yang berlaku di sekelililing bila sudah kehilangan akal.
KALI pertama saya mengenali S.H.Alattas ialah melalui gambarnya memakai serban orang Sikh yang tersiar di dalam ruang PAK BELALANG MODEN yang dikendalikannya dalam Majalah Filem. Masa itu saya baru menjadi penuntut Maktab Perguruan Kuantan, awal 60an.
Masa itu tak banyak majalah yang ada. Jadi kehadiran PAK BELALANG MODEN bersama bintang-bintang filem yang top dalam setiap keluaran majalah itu, telah menjadikan Syed Hussien Alattas yang bergelar PAK BELALANG MODEN “a celebrity by his own right”
Begitu ramai yang mengenali S.H.ALATTAS sebagai penulis dan penganalisa politik yang karyanya sentiasa dinanti-nantikan, dikagumi dan diperkatakan. “Buku apa yang S.H.ALATTAS tulis kali ini, siapa yang dilanyak dan kena lanyak?” Antara perbualan yang sering didengari apabila mereka membicara tentang S.H.ALATTAS.
Yassin Salleh
Pengarah Filem Dia Ibuku
Benarkah gossip percintaan Datuk dan Siti macam gunung berapi?
SELAIN dari sikap lemah lembut Siti, aura suaranya serta moral dan akhlak, apakah ada sifat tersembunyinya yang membuatkan Datuk K tertarik?
Jika ditakdirkan ada jodoh, apakah Datuk K akan membenarkan Siti terlibat dalam bidang nyanyian?
Sejak timbul cerita Datuk K dan Siti, seolah-olah Datuk K cuba menjauhkan diri dari memperkatakan tentang percintaan ini padahal wanita yang Datuk sanjungi itu masih belum berpunya.
Mengapa Datuk K masih mahu mengelak dari memperkatakan hubungan istimewa dengan Siti?
Datuk Khalid dan Siti Nurhaliza ibarat cincin dengan permata, seperti bunga dan kelopaknya..Ikan di alut, asam di darat…dalam periuk akhirnya mufakat.
Selamat pengantin baru untuk Datuk K dan Siti..
Isi Kandungan
1. Datuk ‘K’ Dan Isteri Bercerai, Kenapa Siti Dislahkan?
2. Anak Cikgu, Anak Polis Jadi Jutawan
3. Akhirnya Siti Mengaku
4. Cinta Bermula di Atas Tangga Ibu Mertua
5. Antara Pak Lah, Datuk K Dan Tuanku Sharafudin
6. Tidak Kenal Maka Tak Cinta
7. Kalau Jodoh Tak Ke mana
ISBN : 983 - 43170 - 1- 8
Kalau Jodoh Takkan Lari Kemana..
Versi Indonesia
Cinta memang tak memandang usia, status atau pertimbangan rasionalitas apapun, ia hanya bisa difahami sebagai anugerah terindah dari tuhan bagi sesiapapun yang pernah merasakannya.
Best Seller in Asia
Dilengkapi foto-foto eksklusive
Di era Metrosexual sebagai selebritis ia justru tampil santun dan memikat seperti layaknya tradisi perempuan Melayu dulu. Image sebagai 'gadis baik-baik' itulah yang diusung penyanyi asal Kuala Lipis ini, hingga mampu menakluki hati para fansnya yang terserak di kawasan Asia. Tak pelak lagi saat ia dinikahi oleh seorang duda jutawan, Datuk Khalid, banyak penggemarnya yang protes dan menyesali. Mereka seakan tak rela penyanyi jelita yang dijuluki gadis paling suci se Malysia itu dipersunting oleh seorang duda yang lebih tua 20 tahun usianya...
Selain kaya raya, magnet apa sebenarnya yang dimiliki oleh sosok Datuk Khalid hingga ia mampu memikat hati seorang Siti Nurhaliza. Sebagai ikon industri hiburan yang sudah memiliki segalanya, Siti seharusnya bisa mendapatkan pria ideal manapun yang dinginkan. Love is blind atau ini hanya sekedar trik untuk mengatrol popularitas sang Datuk yang kabarnya berambisi masuk jajaran elite pemerintahan di Malaysia!!!
Syed Hussien Alwee Alattas atau akrab dipanggil Pak Habib dikenal sebagai penulis buku-buku politik yang cukup kontroversial di negeri jiran, Malaysia. Tak kurang 50 karyanya telah dibukukan sejak tahun 1969. Soal bukunya kali ini yang justru mengulas tentang selebritis, ia menyebutnya sebagai selingan yang menyegarkan. Keturunan Arab asli kawasan kampung ampel, Surabaya, yang selalu berpenampilan elegan ini, memang dikenal unik. Tak heran bila salah satu bukunya hingga kini masih menjadi kasus persidangan di pengadilan Malaysia.
ISI KANDUNGAN
1. Kasus Penceraian Datuk "K" : Kenapa Harus Siti Yang Dipersalahkan?
2. Kisah Anak Polisi Jadi Jutawan
3. Akhirnya Sitipun Mengaku
4. Cinta Berawal Dari Pertemuan Di Rumah Siti
5. Antara Pak Lah, Datuk K Dan Tuanku Sharafudin
6. Tak Kenal Maka Tak Cinta
7. Kalau Sudah Jodoh Takkan Lari Kemana
Penerbit
PT JAVA PUSTAKA GROUP
Gedung Graha Bentul
Jl, Bentul IV/4-5 Surabaya
Telp 031-8494379, 8416653, Fax 031-8494379
Email : javapustaka_sby@yahoo.co.id
ISBN : 979 - 11211 - 07 - 9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
buku versi indo tu ada jual kat sini ke?cantik lak cover dia..cam nk je bt koleksi..
Post a Comment