S.H.ALATTAS - 34 - Firasat 'Rahsia Mengenal Diri Sendiri' (Cetakan Semula) - 1999
Firasat merupakan buku yang berbau mistik tanpa menyentuh pentas politik.Asas dan persoalan mengenai kulit, sarung dan topeng manusia merupakan pojok utama mengenal soal-soal serius dalaman sebagai tapak untuk memulakan karya penulisan Pak Habib
Atas permintaan ramai maka muncul semula buku ""Firasat Ilmu mengenal Diri Sendiri" yang diterbitkan pada tahun 1969 walaupun menghidangkan resipi yang serupa tetapi tidak boleh dipisahkan dari nama S. H. Alattas, penulis politik kontroversial.
Buku ini mempunyai dua karektor, Bahagian 1: Ilmu yang perlu bagi membongkar rahsia bagaimana membaca perwatakan manusia dan Bahagian 2: Tulisan yang diambil dari beberapa buah buku politik semasa yang kini tinggal sejarah tapi masih evergreenseperti filem-filem P. Ramlee
Bagi mereka yang berminat dengan ramalan, boleh mendalami atau mempelajari Firasat Ilmu Mengenal Diri Sendiri yang selama ini menjadi rahsia Syed Hussien Alattas membuat ramalan-ramalan politik di samping mengetahui kelemahan pemimpin politik yang menjadi musuh utama rakyat.
Sejarah pasti berulang kembali cuma manusia yang menjadi pelakon di pentas sandiwara bertukar karektor mengikut corak pemikiran, masa dan keadaan.
Dengan menggunakan mata kasar tanpa ilmu, anda pasti tertipu dan terpedaya akhirnya. Firasat selain memberi informasi tentang gabungan ilmu mengenai tahun kelahiran, mempelajar abdaj, juga rupa bentuk sebelum dapat menggunakan mistik mata hati. Berdoa tanpa usaha mempelajari di mana rahsia letaknya 'TUAH'.. Sama ada,TUAH di wajah, di kepala atau pada tahi lalat. Ilmu tinggal ilmu. Namun tanpa ilmu mustahil anda dapat mengubah minda. Jika minda tidak berubah, sikap juga tak dapat diubah. Untuk menuju ke jalan yang lurus, akhlak perlu berubah maka barulah air muka manusia pun akan berubah.
Sudahkah anda mengenal diri dan mengenal mereka yang menjadi pujaan anda? Sekiranya sudah, anda tidak perlu membaca buku ini.
ISI KANDUNGAN
1. Mengenal Diri Sendiri
2. Pengenalan Ilmu Firasat
3. Pelajaran Pertama
4. Yang Mana Satu Mata Anda
5. Melihat Mata Dari Tiga Penjuru Dan Bentuk-Bentuknya
6. Hidung
7. Bibir
8. Dagu
9. Bentuk Muka
10. Dahi
11. Kening
12. Telinga
13. Kepala
14. Rambut
15. Leher
16. Janggut
17. Suara
18. Tahi Lalat
ISBN : 983 - 9438 - 06 - 9
No comments:
Post a Comment