SHALATTAS - 28 - Melayu "The Overseas American" - 1995
Inikah dia gadis sunti yang telah mencetuskan kontroversi yang telah mengugat kerusi politik Perdana Menteri? Apakah Dr. Mahathir akan jatuh ditelan oleh anak katak yang telah merosakkan nama Rahim, nama Pemuda UMNO dan nama Kerajaan kerana pemimpin Pemuda terlibat dalam mengadakan hubungan sulit dengan gadis Islam berumur 15 tahun. Tanpa pembicaraan di Mahkamah, Rahim telah dibebaskan oleh AG. Kononnya tak ada kes dan rakyat tak tahu bagaimana rupa siasatan polis yang senyap hingga hari ini. Yang kena tahan cuba 16 lelaki yang kononnya ada hubungan dengan gadis tersebut. Biar bagaimanapun masih belum dibicarakan lagi, bila agaknya dan bilakah gadis yang bawah umur yang teraniaya ini akan dilepaskan dari tahanan?
Februari 1992, S.H. Alattas menghantar MEMO KEPADA PERDANA MENTERI menasihatkan Dr. Mahathir supaya beliau berundur sebelum dibenci oleh rakyat seperti yang berlaku hari ini. Akibatnya buku itu diharamkan biarpun terdapat banyak kebenaran didalamnya.
Tahun ini S. H Alattas goes international dengan menghantar Memo kepada Bill Clintonmenyeru supaya Presiden USA itu menerima islam mengubati penyakit kronik yang menyerang warga Amerika disebabkan 'evil yang telah mempengaruhi mereka-atau meletakkan jawatan sekiranya beliau gagall untuk menjaga kepentingan 80% rakyat USA yang berada di bawah taraf kemiskinan akibat ideologi kapitalis liberalisma Yahudi yang mengutamakan yang kaya menjadi tambah kaya seperti yang berlaku di Malaysia di bawah kepimpinan Dr. Mahathir.
S.H.Alattas menuntut supaya Clintonturut bertanggung jawap kepada warga dunia terutama umat islam yang telah dirosakkan akidah mereka oleh media cetak dan elektronik, yang menyebabkan rakyat dari dunia ketiga terutamanya generasi muda di Malaysia mewarisi kebudayaan, politik, cara hidup dan berpakaian hingga memakan makanan "junk food" ala Amerika.
Apakah ahli UMNO hari ini mengikut "sunnah" Nabi Muhammad S.A.W. atau "sunnah" Mahathir Mohammad yang telah menjadikan apa saja fatwasan sabdanya sebagai "sunnah yang mesti ditaati.
S.H. Alattas merasa kesal atas sikap pemimpin Malaysia yang tidak membuat "homework" sebelum membuat "paperwork" untuk Sidang Puncak Pembangunan Sosial Dunia di Copenhagen dan pergi membawa tempurung bercat untuk meminta sedekah. Sepatutnya pemimpin mesti tahu apakah kaum Yhaudi yang menguasai ekonomi dunia hari ini mahu menolong umat islam yang tidak mahu tunduk kepada cara hidup mereka?
Syukurlah mereka tak mendapat bantuan, kalau tidak umat islam akan berterusan menjadi hamba abdi kepada Yahudi yang telah pun menakluki dunia kebendaan hari ini. Siapakah yang menjadi alat Yahudi di kalangan "The Overseas American" di Malaysia.
ISI KANDUNGAN
1. MEMO UNTUK BILL CLINTON
2. PRESIDEN LAWAN PRESIDEN
3. 'MELAYU', THE OVERSEAS AMERICAN
4. RAJA YANG TAK MATI-MATI
5. NONA-NONA ZAMAN SEKARANG (AMERICAN WOMEN)
6. MATINYA SEEKOR KATAK (KATAK BENTONG)
7. SURAT KHABAR LAMA ' MELAYU BARU'
ISBN : 983 - 99792 - 7 - 2
No comments:
Post a Comment