Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 39 - Diam Diam Daim - 2001

SHALATTAS - 39 - Diam Diam Daim - 2001


Betul ke Tun Daim Zainuddin, Raja Duit Malaysia, tidak terlibat di dalam skandal TIME dotCom yang menggunakan duit orang pencen tanpa mendapat restu dahulu daripada didang Kabinet?

















Cuba tengok mata Anwar, mata apa namanya ini kalau bukan mata flirt. Renungan yang melirik, renungan menggoda (miang) dengan senyuman senget. Macam inikah manusia yang dipertahankan oleh ribuan pengikutnya sebagai 'innocent', orang baik-baik?

Kalau saja Anwar berani di atas mimbar masjid atau di Perhimpunan Agung UMNO, berani junjung Al-Quran sambil bersumpah, 'Wallah hi wabillahi watallai' saya tidak pernah melakukan dosa-dosa yang dilemparkan kepada saya bahawa hubungan saya selain dari isteri saya Wan Azizah adalah fitnah, apa lagi saya pernah melakukan liwat, pasti pada hari tersebut Mahathir jatuh rebah tapi di hati orang yang berakal masih tertanya-tanya betul ke Anwar ini 'innocent', bersih, tak berdosa hingga ramai yang terpaksa menggadai maruah bangsa dan negara untuknya.



Nampaknya konsep payung tinggal konsep sahaja. Siapa yang berisi dan siapa yang diisi? Siapa yang menikmati habuan daripada projek penswastaan? Kenapa hinggakan kerja-kerja sampingan yang kecil-kecil pun untuk beberapa kerat manusia yang menjadi kuncu-kuncu Daim sahaja? Balik-balik orang yang sama juga yang sapu bersih. Bila tidak ada keadilan tentu timbul kemarahan. Kemarahan dan kebencian rakyat ditujukan kepada Mahathir dan UMNO, padahal salah laku ini timbul daripada orang yang mahukan kerusi Mahathir. Mereka yang pandai lempar batu sembunyi tangan. Apakah tidak ada Lawrence OF Arabia dan Dr. Jackyll and Mr Hyde di dalam UMNO?

Emosi dan sentimen kemarahan ini dimainkan oleh orang dalam oporturnis politik yang mahu menjatuhkan Mahathir. Antara Daim dan Mahathir pun sudah mula adanya tanda-tanda perang. Siapa akan menang?

Apa bezanya pembelian saham MAS yang bernilai RM4.00 dibeli oleh kerajaan dengan harga RM8.00 dengan mee Maggi yang dijual kepada Kementerian Pertahanan dengan harga RM4.00 padahal harga mee hanya 0.40 sen saja? Atau apa bezanya skandal MAS, TIME dotCom dengan Perwaja dan kes BMF yang melibatkan Bank Bumiputra dulu atau kes KUB?

Kenapa semasa menjual saham MAS dulu Daim tak cakap pasal maruah negara? Kenapa bila beli MAS yang sudah jadi besi karat, ia untuk menjaga maruah negara? Siapa yang punya negara? Rakyat tahu siapa Firaun, tahukah mereka siapa Hamman dan Qarun dalam politik Malaysia? Sesudah Arqam diharamkan siapakah yang boleh menjadi 'moderator' di anatara Islam PAS dan Islam UMNO? Apakah harapan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Daim selaku Menteri Kewangan yang baru?

ISI KANDUNGAN
MUKADIMMAH
1. TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA
2. AKU RAKYAT AKULAH RAJA
3. SIAPA 'THE UGLY MALAYS' - Ulama Duit Atau Ulama Politik
4. DIMANA SALAHNYA MAHATHIR?
5. AKHIRNYA ANAK RAJA JADI MENTERI
6. SECAWAN KOPI DI 'WEST END'
7. MELAYU UMNO, MELAYU PAS, MELAYU ANWAR
8. DIAM-DIAM DAIM
9. FITNAH, SAMAN MALU MEGA MENDUNG
10. SIAPAKAH PENYELAMAT MELAYU?
11. DAIM LETAK JAWATAN..! APA KATA PM?
PENUTUP : SIAPA DAIM?


ISBN : 983 - 9438 - 16 - 6

No comments:

Get your Tickets now!