Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 41 - Mereka Yang Hilang Akal - 2002

SHALATTAS - 41 - Mereka Yang Hilang Akal - 2002



Apakah anda sudah bersedia tangan anda dipotong sedemikian rupa semata-mata kerana mencuri?

Siapakah pencuri yang pertama yang tangannya akan dipotong oleh Haji Hadi di Terengganu nanti?

Pencuri dipotong tangannya, pembohong bagaimana?








Haji Hadi, Menteri Besar Terengganu, Timbalan Presiden PAS kata "hukum gantung sampai mati adalah amalan peninggalan penjajah. Mati cara macam itu menyakitkan. Mana ada mati yang tak sakit. Paling ringan sakit hendak mati, seperti kuku tercabut dari jari. Itu ikut cerita Rasullullah saw. Sebab itu sampai hari ini, belum ada manusia biasa yang mati hidup balik. Menceritakan betapa azabnya ketika 'sakaratul Maut' bila Roh mahu berpisah dengan badan."

Haji Hadi ada cara baru supaya pencuri yang akan dipotong tangannya. Kata Tok Guru PAS, mereka akan dibius dulu, supaya bila tangan dipotong tak terasa sakit. Cuba tanya budak-budak yang baru disunatkan. Lepas hilang bius sakit tak? Macam mana pula dengan mereka yang ditahan kerana berzina akan dibius juga ke? Mengikut Hudud Islam, yang dipotong hujung jari kelingking saja untuk kesalahan pertama. Kalau tangan dipotong, dia menimbulkan masalah sosoal. Itulah susahnya bila hukum Allah swt dipolitikkan

Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham.
Kalau mahu fotong orang punya tangan..ini ujun jari cukuplah. Jangan libih-libihlah..lesianlah. Tuhan marahlah.
Kalau tak fercaya tengok ana punya filem Ahmad Albab atau Ali Baba Bujang lapoklah.












Tok Guru : Tunjuk pakai ini jari pun mencarut ke? Ini jari telunjuk. Kalau tunjuk pakai jari hantu barulah mencarut. Apalah orang suratkhabar ini. Apa saja Tok Guru buat, semuanya salah. Kalau akal sepanjang jari telunjuk, jangan hendak dijadikan penjolok.





PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION)
No pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan)

KETUA PENERANGAN

UMNO/PEN/19/52
21 Mei 2002

YBhg Tuan Syed Hussien Alattas
Jaharah Enterprise
6-2, Wisma Kah Siong
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Ybhg Tuan Syed
JAWATANKUASA BIRO PENERANGAN UMNO MALAYSIA

Dengan sukacitanya saya bersetuju untuk melantik Tuan bagi menduduki Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia

Saya berkeyakinan Tuan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada parti demi agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
Yang Ikhlas

(TAN SRI DATO' SERI MEGAT JUNID MEGAT AYOB)



DENGAN FAX
23hb Julai 2002

YBHG DATO BADARIAH BINTI ARSHAD
KETUA SETIAUSAHA SULIT
PERDANA MENTERI MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

TEMUJANJI DENGAN YAB DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMMAD
PERDANA MENTERI MALAYSIA - Perihal UMNO

Percakapan diantara pegawai puan, Puan laila Jaafar dengan penandatangan surat ini pada 22hb Julai 2002 (isnin) berhubung perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk perhatian Dato' saya dan AJK Penerangan UMNO Malaysia (Media) akan bertemu YAB Perdana Menteri pada 31hb Julai akan datang ini.

3. Memandangkan pertemuan tersebut sesi beramai, sedangkan YAB Dato' Seri mahu saya menulis mengenai UMNO dari sudut pandangannya supaya saya bukukan akan memakan masa yang mungkin panjang, dengan ini saya memohon jasa baik Dato' agar dapat mengaturkan dengan YAB Perdana Menteri seperti berikut:

Tarikh : Pejabat Dato' aturkan
Masa : Pajabat Dato; aturkan
Jangkamasa : 60 minit

Sila hubungi saya Fax No 03 90748724 atau Tel bimbit 019 2230640

Kesungguhan Dato' merealisasikan pertemuan ini didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian

Yang benar
S.H.Alattas
(Pak Habib)

Bayangkan punya tak ada bahasanya Dato Badariah, Ketua Setiausaha sulit Dr Mahathir. Faks yang dikirimkan kepadanya sikit pun tak dibalas. Ada ke patut. Tapi bila ada orang bisnes nak jumpa No problem. tentu ada 'mashuk' punya. Inilah yang membuat ramai tokoh korporat Melayu dan orang yang nak jumpa PM marah. Mentang-mentanglah dia dan Dr Mahathir dah nak pencen boleh suka-suka hati ke buat orang macam ni.

Mcam ini punya manusialah bila pencen nanti sapa pun tak tegur melainkan anjing saja yang akan menyalak bila berjumpa dengannya



'Hilang akal' bukan perkara baru dalam sejarah hidup manusia. Nabi Adam a.s. terkeluar dari syurga akibat 'hilang akal'. Ular dan pujuk rayu Hawa yang disalahkan. Ramai V.I.P ke penjara menjadi hina dina bila terlupa dirinya siapa.

Lelaki sanggup merogol, melakukan sumbang mahram, zina, seks luar tabii, membunuh dengan kejam, rasuah, memfitnah, menipu, berdusta, bila 'hilang akal'.

Bagaimana hendak mengenal mereka yang 'hilang akal'? 'Hilang akal' bukannya gila. Ramai ulama dan cendikiawan yang 'hilang akal' berjaya memperdaya mereka yang tidak ada akal. Orang 'hilang akal' tak boleh dimasukkan ke Tampoi atau Tanjung Rambutan. 'Hilang akal' satu wabak yang sangat merbahaya yang sedang melanda negara kita terutama golongan mereka yang tergila-gilakan kerusi Perdana Menteri.

Politik menyebabkan ramai manusia 'hilang akal'? Burung kakak tua adalah golongan ahli politik tang tak 'berakal'? Tidak beragama mereka yang tidak berakal. Orang mabuk, nyanyuk, belum cukup umur, tiga suku, gila, tidak berakal tapi masih merasakan akulah paling layak jadi Perdana Menteri.

Apakah nasib Tok Guru Nik Aziz nanti seperti nasib Hamzah Fansuri yang berperang dengan Nuruddin Ar-raniri atau seperti Mansur ALHaj dengan konsep Ana Alhak (Akulah tuhan)

Siapakah TPM bila PAKLAH jadi Perdana Menteri, Tok Mat atau Mat Taib dan siapakah pengganti Rafidah Aziz, Azalina atau...?


ISI KANDUNGAN

1. 'Bila Tok Guru Hilang Akal'
2. Akal Itu Apa Benda
3. Tok Guru Oh Tok Guru
4. Jom Tengok Pusat Islam
5. Azalina Jangan Merajuk
6. Rafidah Vs Azalina
7. Mujahid Era Globalisasi
8. Pak Sheikh, Pak Lah Dan Pak Guru
9. Tok Mat Timbalan Perdana Menteri
10. Ilmu Tanpa Akal 'Macam Kereta Tanpa Brake'
11. Betul Ke Kita Pengikut Imam Shafie
12. Benci PAS Belum Sayang UMNO
13. PAS Anak Mat Salleh
14. Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu
15. Terengganu Siapa Punya
16. Antara Salina Dan Shit
17. Hikayat Tok Guru Dan Tiga Abdul
18. Akal Dan Hati Dalam Politik
19. Akai Ada Ka?
20. Surat Pak Lah Tak Laku Di Pahang
21. Mufti Terengganu Ahlul Bait
22. Bolehkan UMNO Diselamatkan
23. Siapa Perdana Menteri Malaysia Tahun 2008?
24. Mahsuri, Dang Anum, Azalina
25. Dolah Kok Lanas, Kadir Jasin Dan Zainudin Maidin
26. 'Dua Gerhana Di Bulan Ramadhan 2003'
27. Tiga Kesukaan Nabi Muhammad S.A.W
28. Penutup

ISBN : 983 - 40962 - 1 - 6

No comments:

Get your Tickets now!