Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 26, 2009

SHALATTAS - 51 - Firasat - 2007




FIRASAT
RAHSIA MENGENAL DIRI
Untuk memperbaiki untung nasib, anda perlu kenal siapa diri anda. Siapa yang anda akan pilih sebagai pemimpin anda. Buku ini akan membuka rahsia manusia yang bersembunyi disebalik topeng.













SYED HUSSIEN ALATTAS
‘Jika saya boleh memfirasatkan anda, anda juga boleh memfirasatkan saya. Muka manusia ibarat sebuah buku.
Bacalah…’















Mata yang tertera di atas dinamakan mata yang mempunyai kuasa besi berani.

Mata ini walaupun kelihatan besar, tetapi cantik dan menarik kerana mata hitamnya berkaca dan berkilat-kilat. Menggambarkan kedamaian jiwanya. Tambahan pula bulu matanya panjang dan melentik.

Orang yang mempunyai mata ini selalunya berjiwa romantic dan fikirannya sentiasa tenang apabila berhadapan dengan sesuatu. Oleh kerana itu jika ditentang matanya lama-lama segala perasaan batinnya dapat dilahirkan melalui matanya yang merenung manja dan memberahikan itu. Selalunya mata ini dipadankan pula dengan hidung yang mancung dan kening yang lebat. Lelaki yang mempunyai mata ini selalunya mempunyai banyak teman wanita dan lekas terpengaruh kepada kecantikannya.


Gambar yang tertera di atas menunjukkan mata yang terlalu kecil,tetapi mata hitamnya bercahaya yang mana menandakan kecerdikan.

Mata yang seumpama ini adalah mata yang penuh dengan rahsia-rahsia yang sulit dan tersembunyi. Ia tidak banyak bercakap tetapi banyak bertindak. Ia tidak Nampak penderitaan dan kesulitan orang lain melainkan dirinya sendiri. Orang ini selalu Berjaya melepaskan dirinya dari bahaya, lebih-lebih lagi jika telinganya seperti telinga tikus, dan mulutnya kecil dan nipis. Tetapi ia adalah seorang yang tegas dan bersungguh untuk mencapai cita-citanya. Selagi belum dapat ia tidak akan berhenti.



KEDU-DUA gambar di atas ini menunjukkan dua pasang mata yang menggambarkan sifat-sifat yang curang, kejam dan tidak bertimbang rasa. Tetapi pandai berpura-pura. Mata ini juga boleh dikatakan seperti mata ular
Perhatikan dengan teliti. Air mukanya keruh dan kering sahaja. Niat jahat dan perasaan iri hati sentiasa mempengaruhi dirinya. Tambahan pula hidungnya tinggi dan bengkok. Matanya kecil dan rapat antara satu sama lain.



Mata yang tertera di atas itu adalah mata dipunyai oleh orang yang pintar. Perhatikan mata hitamnya, merenung dengan tepat dan tajam. Orang yang berpengetahuan. Keningnya rapat pada mata. Perhatikan kedut di antara dua mata, cerdik dan cepat belajar melalui penglihatan.

Berbeza dengan mata besar, renungan matanya menggambarkan kekejaman akibat keras hati dan suka menyimpan dendam. Ia memnerima sesuatu berita dan perkhabaran, tanpa berfikir ia bertindak dengan melulu yang mana boleh mengakibatkan keburukan dan penyesalan.


TOH PUAN SUHAILA
KEJELITAAN wanita di zaman dulu digambarkan seperti ‘bulan purnama’. Wanita muka bulat menjadi utama dianggap wanita bertuah. Toh Puan Suhaila, isteri Allahyarham Tun Hussien Onn mempunyai kejelitaan semula jadi. Dahi, kening, mata bulat, bibir, tak perlu make up tebal dan pakai botok untuk kelihatan menarik dan menawan.








TOH PUAN RAHA
TOH Puan Raha anak kepada Tan Sri Noah, isteri Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua, ibu kepada Datuk Seri Najib, mempunyai muka bulat dan kecantikan semula jadi. Anak keturunan pembesar dan orang kenamaan, adiknya Toh Puan Suhaila juga jadi Wanita Pertama Malaysia. Jarang terjumpa dua beradik boleh jadi ‘first lady’ sebuah Negara.





AL-FATIHAH
ALLAHYARHAM DATUK SYED HASSAN BIN AHMAD ALATTAS
Datuk kepada penulis adalah pengasas Kolej Islam pertama di Malaysia. Mendiri dan mewakafkan dua sekolah agama, madrasah Alattas al-Arabia di Pekan dan di Johor Bahru.



GAMBAR hiasan : Dua wanita Tibet dari buku ‘The Chinese Portrait Of A People’ oleh John Fraser

Sukar menemui para intelek, pemikir dan pemimpin dunia yang hidungnya ‘peset’ kemek. Ini tidak bererti mereka tidak boleh Berjaya dalam kehidupan. Selalunya orang begini jarang mahu ke tengah apa lagi mahu ke hadapan. Sebab itu orang yang perangai ‘introvet’ penyegan, pemalu, dikatakan macam tidak ada hidung dan jika hidung kemek tak sedar diri.

Orang kata ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’.

Memang sukar untuk memuaskan hati setiap orang, sendiri punya diri sendiri mau ingatlah.



Bukan senang mahu duduk dikerusi Menteri Besar di negeri yang ‘besar’. Kalau tidak kuat semangat dengan perangai orang keliling boleh mati berangan. Ramai yang tidak senang hati dengan Tok Nan yang mulutnya celupar. Bentuk muka empat persegi jenis manusia yang berani berdepan dengan jerung, naga, buaya, berani mengata, berani menerima kata nista. Apa yang penulis tidak kata pada Tok Nan? Tetapi bila jumpa masih boleh bergurau ketawa, makan semeja. Itulah istimewanya dia.





Adibah Noor, penyanyi lagu ‘Yang teristimewa’. Seorang yang periang dan berdahi luas. Matanya menunjukkan kepintaran disebabkan pipi yang sangat berisi ia menunjukkan seolah-olah mempunyai dua dagu, murah rezki.













Dagu yang tersembunyi ialah dagu yang terpersuk ke dalam seperti dagu yang kelihatan di dalam gambar di atas. Dagu ini menunjukkan bahawa orangnya tidak ada sifat-sifat pertimbangan, hatinya keras seperti kedudukan dagunya. Segala keputusan yang diambilnya terlalu tegas. Tidak boleh bertolak ansur walaupun keputusan yang diambilnya itu boleh membahayakan orang lain dan dirinya sendiri. Dia sanggup berhabisan kepada orang yang digemarinya, tetapi terlalu lokek kepada orang lain.

Orang ini tidak ada perasaan kasih terhadap orang lain melainkan dirinya sendiri. Sebagai pemimpin bersikap dictator, tidak ada tolak ansur. Dia tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman ke atas orang yang didapatinya bersalah atau menentang kehendaknya.


JEREMY CLARKSON
GAMBAR menunjukkan dagu yang terkeluar dari garisan dagu biasa atau dagu yang melentik keluar. Orang ini mempunyai cara pengadilan yang saksama dan daya pemikiran yang luas.











PERHATIKAN wajah Salamiah Hassan, penyanyi veteran yang disebut sebagai mempunyai hati yang suci dan murni, suka menolong siapa yang dalam kesulitan yang termampu olehnya. Kelembutan wajahnya tercermin di muka.

Watak yang digambarkan oleh seorang pelakon wanita keras hati, pendendam dan berani tempuh apa saja sekalipun bahaya. Renungan mata dan air muka mempunyai peranan selain bentuk muka.






Selain kepalanya yang besar, dahi yang luas, hidungnya yang besar dan mancung, menjadi tumpuan orang bila melihat wajah Mahathir. Mata Mahathir ‘tajam’. Bentuk mukanya, kedudukan dagu, mulut, telinga, menambah lagi wajah yang tampan. Merenung mata Mahathir menunjukkan kekuatan dalam yang luar biasa yang ada di dalam dirinya.

Bila bergaduh dengan Anwar ibarat menang jadi abu, kalah jadi arang. Dua harimau tak boleh duduk di atas satu bukit













PerhatiKan wajah dan air muka Perdana Menteri Israel Ehud Olmet, semua lengkap, dahi yang luas, kepala besar, hidung mancung, telinga tebal jenis tadah angin. Orangnya ramah, tengok mulutnya, ‘besar kepala’, hidung tinggi. Ego yang berlebihan merugikan jutaan manusia yang tidak berdosa.















DYMM TUANKU MIZAN, Yang DiPertuan Agong yang kesebelas mempunyai wajah yang sedap dipandang, menarik minat orang yang memandang, tunduk kasih, hormat dengan rasa kasih sayang akhirnya menjadi raja yang mulia yang benar-benar disayangi.














DATUK LIOW TIONG LAI
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Ahli politik yang mempunyai masa depan yang cerah
















Muka raja binatang ini muka angkuh dan sombong. Suaranya menakutkan. Hidungnya besar, mata kecil, dahi sempit. Dia kira siapa yang lemah menjadi mangsa binatang di hutan rimba.

Raja tanpa takhta tidak hidup dalam istana, masakan binatang ada rasa kemanusiaan. Binatang mana ada akal, mana ada rasa ikhsan.















AMY SEARCH
PENYANYI rock yang mempunyai suara dan gaya yang tersendiri. Sukar mencari ganti. Rezekinya macam ‘ikan cencaru’, tidak putus rezki biar pun di hari tua, dia kekal berharga.


ALLAHYARHAM Naquib Mahfouz, novelis Mesir yang telah menerima hadiah Nobel, meninggal di ketika usia lanjut, perhatikan telinga Allahyarham.











TELINGA RENGGANG
Bila ada peluang, pergilah melawat kebun binatang, cuba perhatikan bentuk telinga harimau. Bila balik ke rumah, cuba bandingkan telinga kelawar dengan telinga keluang yang masing-masing mempunyai pendengaran yang luar biasa. Telinga adalah alat yang dijadikan Tuhan untuk mendengar. Orang yang paling rugi adalah mereka yang tidak mahu mendengar perintah Allah dan pesuruhnya.

Wanita ini didakwa paling tua di Jepun
Perhatikan copeng telinga yang panjang, hidung yang besar, panjangnya ruang dari lubang hidung ke bibir, tanda –tanda umur panjang.







Air muka yang jernih, senyuman yang manis mesra. Walaupun sudah lanjut usia, wajah wanita ini masih jelita, pemilik telinga panjang umur.

Orang yang bertelinga demikian biasanya mempunyai garisan bibir sebelah atas panjang dan mulutnya pula luas. Tandanya dia panjang umur. Cuba perhatikan telinga orang yang sudah berusia lebih dari 80 tahun.












LEHER JINJANG
LEHER jinjang adalah bentuk leher yang menonjolkan kecantikan wajah. Sama ada dipunyai lelaki mahupun perempuan. Lelaki yang mempunyai leher jinjang tidak boleh jadi kaki gaduh seperti ahli gusti atau ‘street fighter’.















SENIMAN Afdlin Shauki. Dahinya luas, matanya menunjukkan sifat kepintaran, kecerdikan, sikapnya lemah lembut. Muka bentuk empat persegi menggambarkan orangnya tegas dan bersungguh-sungguh jika membuat sesuatu kerja.















MICHAEL SCHUMACHERS
ADA juga garis-garis yang memanjang, di atas dahi. Perhatikan kedut diatas kening. Garisan-garisannya lurus tidak lebih daripada tiga atau empat dan letaknya berdekatan antara satu dengan yang lain.

Orang yang mempunyai garis-garis serupa ini bersifaat tegas, optimis terhadap segala pekerjaannya. Selain daripada itu dia sentiasa berhati-hati dan beringat-ingat. Lihat juga kedudukan hidung dan matanya yang tajam melambangkan kepintaran dan kejayaan dalam penghidupannya.










Setelah menulis 50 buah buku, menfirasatkan ribuan manusia dari semua lapisan masyarakat S.H.ALATTAS yang dahulunya dikenali sebagai Pak Belalang Moden yang telah meramalkan beberapa kejadian mengenai pemimpin dengan tepat, menyusun semula buku Firasat yang pernah diterbitkan pada tahun 1969 untuk mengajar anda yang ingin membaca watak manusia.

Bagaimana mahu membaca perwatakan manusia dengan memandang muka adalah satu pengetahuan yang sangat popular di kalangan orang Cina, Arab, Jepun dan India. Firasat boleh menambahkan penegtahuan anda di bidang kemanusiaan terutama mereka yang ingin tahu nasib masa depan dirinya dan keluarganya.

Mampukah firasat mendidik dan membuka minda masyarakat? Selama ini bila disebut firasat kebanyakan orang fikir 'menelek nasib' sesuatu yang syirik dan sesat. Betulkah ia tidak boleh mengubah keadaan masyarakat? Salahkah jika ianya untuk hiburan yang boleh membezakan 'haiwan' dengan 'kawan'? Sudahkah anda tahu apa erti 'kashaf'? Mahu baca perangai, watak, wajah manusia macam baca buku?


ISI KANDUNGAN

Sekapur Sirih
Mukadimmah
Mukadimmah 2
1. Mengenal Diri Sendiri
2. Asas Firasat
3. Mencari Kawan Menerusi Firasat
4. Antara Ahli Nujum Dan Tukang Tilik
5. Pelajaran Pertama
6. Ingatan
7. Yang Mana Satu Mata Anda
8. Mata
9. Melihat Mata Dari Tiga Penjuru
10. Bahasa Menunjukkan Bangsa
11. Hidung
12. Bentuk-Bentuk Hidung
13. Wajah Yang Menarik
14. Bibir
15. Dagu
16. Rahsia Terselindung Di Sebalik Air Muka
17. Dahi
18. Kening
19. Telinga
20. Rambut
21. Leher
22. janggut
23. Rahsia Di Sebalik Suara
24. Tahi Lalat
25. Membaca Bentuk Muka
26. Kepala Besar, Besar Kepala
27. Firasat Rasulullah Habibbullah Nabi Muhammad S.A.W
28. Gambaran Manusia




ISBN : 978 - 983 - 43170 - 2 - 7

No comments:

Get your Tickets now!