Sekiranya Si Bongol ini menjadi calon pilihanraya,
Apakah dia akan menang atau hilang kelapa yang digalangnya?
Apakah dia akan menang atau hilang kelapa yang digalangnya?
Setiap kali pilihanraya, rakyat Sabah menukar kerajaan macam menukar baju baru pada Hari Raya.
Pilihanraya tak sama dengan Hari Raya tapi dalam kedua-duanya ada banyak Hantu Raya.
Jika trend ini tidak diberi perhatian serius, apakah tidak mungkin sindrom wabak ini boleh berjangkit ke seluruh Malaysia? Ramai yang menyimpan misai, janggut dan serban asalkan dapat jadi calon pilihanraya. Malah ada yang sanggup jadi ahli Pas hanya kerana nak beli Harakah. Tak mungkinkah rakyat akan menukar kerajaan kerana mahukan perubahan? Atau tak mungkinkah mereka yang taksub kepada mahathir akan beralih kepada Tok Guru Nik Aziz?
Ramalan serta kajian Musli Oli sebagai 'post mortem' kepada pilihanraya Sabah serta mukadimamah oleh S.H.Alattas yang dimuatkan dalam buku ini, mengajak rakyat berfikir yang mana lebih baik, tukar pemimpin, tukar parti politik atau tukar sikap? Mahukah kita membawa bersama pusaka delima Melayu yang tidak Islamik ke abad yang ke-21?
Siapa yang berani memisahkan kembar siam antara Mahathir UMNO atau Mahathir dan Kerajaan? Siapa yang sanggup menjadi pakar bedahnya? Dan sesudah Mahathir dan UMNO dipisahkan, berjayakah Pak Lah menduduki kerusi Perdana Menteri yang kelima? Isu penyerahan ini penting. Rakyat hendak tahu sebelum Pilihanraya Umum. Biarpun begitu, peristiwa pembedahan kembar siam ini ibarat menarik rambut dalam tepung. Namun itulah yang menjadi tanggungjawab pucuk pimpinan UMNO. Siapakah yang mereka takut, Mahathir atau Rakyat? Tuhan atau Hantu? Kita tak mahu dengar kata-kata ditelan mati emak, diluah mati bapak. Sendiri punya diri, sendiri mahu ingatlah! Terpulanglah pada anda untuk menetukan Sabah kepada siapa hendak diserahkan? Dan Malaysia kepada siapa hendak diamanahkan?
ISI KANDUNGAN
1. MUKADIMAH
2. BENARKAH UMNO KHIANATI MELAYU?
3. YANG BENAR, YANG TULUS, YANG MULUS
4. KENAPA SABAH MAHU KELUAR DARI MALAYSIA?
5. SOKONGAN ORANG ISLAM JADI REBUTAN
6. PBS TUMBANG KALI TERAKHIR
7. BILA ORANG CINA MAIN KUNG FU
8. BENARKAH KAUM CINA MAIN KUNG FU
9. UMNO JATUH KERANA MELAYU
10. APA SAYA DAPAT?
11. HARRIS SALLEH - PEJUANG ATAU PENGKHIANAT?
12. ANTARA DONALD STEPHENS DAN PAIRIN KITINGAN
13. HUGUAN SIOU VS HUGUAN SIOU
14. SISTEM GILIR-GILIR KETUA MENTERI SABAH
15. IMPIAN KITA: SABAH YANG AMAN DAN MAKMUR
16. KEDUDUKAN KERUSI PARTI-PARTI POLITIK YANG BERTANDING DALAM PILIHANRAYA DEWAN
UNDANGAN NEGERI SABAH
ISBN : 983 - 9438 - 07 - 7
No comments:
Post a Comment