Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 1 - Rahsia Mengenal Diri Sendiri (1969)


RAHSIA MENGENAL DIRI SENDIRI

OLEH

SYED HUSSIEN ALATTAS
PAK BELALANG MODEN


MENGENAL DIRI SENDIRI

Dengan nama Allah yang maha amat pemurah lagi amat pengaseh. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam kepada junjongan kita Nabi Muhammad serta kaum keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Sudahkah anda mengenali siapa diri anda yang sebenarnya? Ketahuilah oleh anda bahawa Tuhan telah berfirman didalam kitab suchi al-quran demikian bunyinya. 'Demi sesunggohnya telah aku jadikan manusia itu seelok-elok kejadian.'

Allah telah mengurniakan pengetahuan kepada sesiapa sahaja yang mengkehendakinya. Barang siapa sahaja yang telah dikurniakan pengetahuan, maka sesunggohnya ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak. Tiada siapa yang mengintai nasib itu melainkan orang yang berakal.Dengan akal, manuia dimulia dan dibezakan dari makhlok yang lain. Keelokan sesuatu kejadian itu bukanlah bergantong kepada bentok tuboh dan kebolehan anggotanya tetapi akal yang baik dan sempurna. Tanpa akal, mungkin manusia akan hidup seperti mawas. Oleh kerana akallah maka kedua makhlok ini berbeza.

Mempelajari 'Mengenal diri sendiri' bukanlah satu pelajaran yang baharu. Lebeh kurang dua puloh empat kurun yang lalu, bapa falsafah dunia yang bernama Socrates telah berfalsafah, "Gnothi Seanton" yang berma'na kenalkanlah diri mu sebelum kamu mengenal diri orang lain. Tetapi hingga hari ini tidah ada sasiapa pun yang dapat mengenal diri masing-masing

Dizaman itu juga ada saorang lagi ahli falsafah telah berjalan-jalan dibandar Greek dengan membawa sabuah lampu suloh dan ia menyuloh setiap muka yang ditemuinya untok mengenal sifat-sifat mereka.

Saya bukanlah saorang ahli falsafah, tetapi saya menulis dari sudut firasatkerana saya berpendapat bahawa mengenal diri sendiri adalah mustahak dalah hidup sehari-hari. Andainya anda tidak dapat memahaminya pada keselurohan, saya rasa tentulah anda akan faham sebahagian daripadanya.

Bagaimana manusia akan mengenal Tuhan dengan sempurna kiranya ia maseh belum mengenal diri sendiri?

Selain daripada buku kechil ini, saya harap anda akan menchari dan mempelajari lebeh mendalam lagi berkenaan dengan maksud 'MENGENAL DIRI SENDIRI' dari segi ketuhanan pula.


PENGENALAN ILMU FIRASAT

Sudahkah anda mengenali siapa diri anda yang sebenarnya? Apakah anda termasom dalam gulongan manusia yang berkaliber besar atau pun anda hanya seorang manusia biasa? Dan kiranya anda ada kelebehan atau keistimewaan dimana pula letaknya? kerana mengikut sabda Rasullah s.a.w., tiap-tiap saorang itu dimudahkan untuk menghasilkan apa yang telah dijadikan untoknya.

Siapa tahu telinga anda yang besar dan selalu menjadi bahan usekan dan membuat kawan-kawan anda tertawa itu adalah telinga yang bertuah dan mempunyai seribu hikmat. Begitu juga dengan kepala atau hidong yang besar dan tinggi. Oleh kerana anda tidah tahu disebalek kelebehan yang Tuhan beri pada tempat-tempat yang luar biasa itu mempunyai hikmat-hikmat, maka anda terasa malu dan terhina. Ini akan merugikan diri anda sendiri.

Pengajian ini ada pada setengah orang tua-tua kita. Juga ia terdapat didalam buku-buku tua yang tersembunyi disana sini dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Ada pula diantaranta ditulis dalam tulisan jawi dengan gaya bahasa yang sukar difahami oleh orang-orang muda dewasa ini.

Ada dua sebab yang penting mengapa ilmu ini hampir luput dari ingatan orang-orang sekarang. Pertama, kerana sifat orang-orang tua kita yang sengaja tidak mahu menurunkan segala rahsia-rahsia ilmu ini kepada anak chuchu mereka. Kedua, ialah kerana anak-orang muda kekarang kurang berminat untok mempelajari ilmu tersebut.

Walau bagaimana pun masa maseh belum terlambat. Menyesali masa yang telah berlalu itu adalah perbuatan yang sia-sia. Oleh itu marilah sama-sama kita menchari dan menokok tambah di mana yang kurang.

Tujuan saya menyusun buku ini bukanlah kerana hendak menambahkan bilangan ahli-ahli nujum atau tukang telek dinegeri kita ini, dan dijauhkan Allah dari menggalakkan anda mempelajari ilmu shirik.

Firasat adalah perkataan arab, ilmu ini datangnya dari sana. Erti firasat ialah ilmu menganalisa sifat-sifat manusia dari memandang muka, tuboh badan dan suara.

Ilmu firasat telah pun berkembang di-tanah ayer kita berkurun-kurun lamanya. Tetapi oleh kerana pengajian ini adalah satu pelajaran yang berat dan berkehendakan masa yang panjang serta ketekunan hati untok mempelajarinya, tambahan pula tidak ada orang yang mahu menulis dan mengajarnya, maka ilmu ini dianggap sebagai ilmu yang sudah lapok oleh anak-anak muda kita hari ini.

Sebenarnya firasat adalah satu ilmu yang tak lapok deh hujan dan tak lekang dek panas. Kerana ilmu ini sanagat menarek jika benar-benar dipelajari.

Firasat boleh digunakan dimana2 sahaja dan pada bila-bila masa pun sebagai satu panduan dan pelajaran yang menguntongkan. Sebab itulah orang tua-tua kita dahulu menggunakan firasat manakala mereka hendak memileh jodoh untok anak-anak mereka supaya mereka dapat mengenal keturunan dan bakal menantunya. Dan sesekali apabila hendak menchari sahabat atau untok mengenal orang yang baru datang kekampong mereka.

Tidak ada pengajian didalam ilmu mrnganalisa sifat manusia yang lebeh menarek dari firasat. Anda tidak perlu menggunakan pena dan kertas untok bertanyakan nama ibu bapa saorang yang hendak anda analisakan, tarikh lahirnya atau membelek-belek dan membacha urat tangan untok menentukan perwatakannya. Wajah dan ayer mukanya sahaja dapat mencheritakan segala kesahnya tanpa disoal.

Dengan demikan anda akan menjadi sa-orang yang menarek dan disukai ramai kerana anda mempunyai kebolehan untok memahami sifat-sifat manusiadan dengan sendirinya anda akan menjadi seorang pema'af dan suka bertolak ansor.

Dengan mempelajari ilmu firasat, anda bukan sajaha dapat menganalisa sifat-sifat orang lain, malah anda akan mengetahui kelemahan, kelebehan dan keistimewaan yang ada pada diri anda sendiritanpa berserah terus kepada takdir. Sebaleknya anda juga boleh berusaha untuk memperbaiki naseb anda.

Tuah ayan boleh dilihat pada tajinya, tuah burong boleh dilihat pada sisek-nya, mengapa tidak tuah anda dan manusia lain yang dekat dengan anda? Kenalilah diri anda dari semua sudut untok mencapai kemajuan, kerana anak kunchi kejayaan akan menjelma ditangan anda sesudah anda mengenali diri anda sendiri.

Tetapi diharap janganlah ashik Menchari dan mempelajari tuah orang hingga anda lupa pula untuk berikhtiar demi menjaga tuah anda sendiri supaya tidak lari.

Raja-raja dan pembesarzaman dahulu menggunakan firasat untuk mengenal manusia, kerana mereka tidak mahu perchaya pada pandangan mata kasar tanpa firasat. Sebab tidak semua insan mempunyai kelebehan semula jadi untuk membezakan yang mana musoh dan yang mana kawan dengan hanya memandangmuka tanpa bergaul lebeh rapat lagi.

Maka itulah sebabnya saya menulis buku ini dengan bahasa yang senang difahami berserta dengan rajahnya sekali, untok memberi perlindongan kepada gadis-gadis dan pemuda-pemuda yang hidopnya bersendirian di bandar-bandar yang besar tanpa teman dan sahabat yang setia.

Bandar-bandar yang besar adalah merupakan tempat yang asing bagi mereka yang datang dari kampong. Hidop di kota bukanlah satu perkara yang senang seperti di kampong sendiri.Sementara hendak mengenal perwatakan saorang teman yang baharu melalui pergaulan hari-hari, ilmu firasat memainkan peranan bagi mengelakkan dari terpedaya oleh putar belit masharakat kota yang penoh dengan penipuan dan pura-pura.

Jika menchari pasangan hidop dengan berdasarkan chinta pandang pertama sahaja belum tentu dapat menjamin kebahagian dan kerukunan rumah tangga. Anda perlu tahu perangai bakal suami atau isteri anda itu saorang yang chemburu, kejam, bertimbang rasa dan sebagai-nya.

Bagaimana denagn pendiriannya? Adakah dia saorang yang bijak dan berchita-chita tinggi? Adakah dia saorang yang keras atau baik hati atau seorang yang lokek dan berfikiran sempit? Dan adakah masa depannya juga sempit dan tidak ada tanda kejayaan pada dirinya?

Untok mendirikan sebuah mahligai yang bahagia aman sentosa, anda perlu menchari teman hidop yang sehati dan sejiwa, serta sefahaman untok menjadikan jodoh pertemuan itu kekal dan abadi buat selamanya.

Sebab itulah orang tua-tua dahulu menggunakan firasat untuk menchari jodoh anak-anak mereka. Orang tua-tua tahu apa yang baik untok mereka, Tetapi sayangnya mereka tidak mahu mengajarkan kepada anak-anak mereka, sedangkan yang akan berkahwin bukanlah dirinya tetapi anak-anaknya. Dari itu pergunakanlah buku ini untok kesenangan dan kesempurnaan hidup anda.

Wassalam.
Pengarang.


SYED HUSSIEN ALATTAS
(PAK BELALANG MODEN)

Pengarang Buku
Firasat












Serba rengkas berkenaan diri Pengarang
Nama penoh beliau ialah Syed Hussien Bin Syed Alwee Alattas, Beliau dilahirkan pada 21hb September 1941, di Johor Bahru.

Pengalaman beliau

1. Salesman Shroffs Malaya Ltd. Di-JB
2. Pelakun tambahan di-Merdeka Studio K.L
3. Pengurus Bunga Raya Service Station JB, kepunyaan orang tua sendiri.
4. Wakil Nazir Madeasah Alattas, Johor Bahru, kepunyaan datok sendiri.
5. Pegawai temu ramah Sharikat Who's Who in Malaysia dan Educational Directory Kuala Lumpur, Bahagian Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan.
6. Pengurus dan Pegawai Penerangan Grolier International, bahagian negeri Johore
7. Pengurus dan Guru solek Sharikat Holiday MagicEast Bahagian Johore.
8. Penasehat Biasiswa Universiti Scholarship Of Canada
9. Penyelia bahagian utara di-Preston Corporation (M) Sdn. Bhd, Petaling Jaya West Malaysia.
10. Pekerjaan sekarang ialah sebagai Pengurus Agong san Pengarang Karyawan International Corporation, Johore Bahru


Pak Belalang diapit oleh Normah Kassim dan Suraya semasa meremalkan nasib mereka pada tahun 1963
















"Mengikut firasat saya, semakin tua Che Sarimah semakin senang," kata Pak Belalang Moden kepada seniwati Sarimah ketika ia minta Pak Belalang meramalkan nasibnya.









"Saudari tidak prlu bimbang selagi saudari tidak berputus asa dan tidak merasa jemu. Apa yang saudari idamkan lambat laun akan dapat juga." Demikian kata Pak Belalang kepada seniwati Salina. Berita Filem 1963

















"Tuan mempunyai 1001 macham hekmat yang menolong tuan menjadi seorang terkenal dilapangan filem"

"..Dan kalau ada orang yang berkenan pada Saudari, berarti tangan saudarilah yang bakal memutuskannya"






" Saudara seorang yang berchita-chita tunggi dan mempunyai keazaman dan kesunggohan. Walau bagaimanpun saudara memerlukan waktu untok mendapatkan kejayaan itu." Kata PPak Belalang kepada Seniman Ed Osmera. Berita Filem 1963












"Sudah tersurat yabg saudari akan menjadi saorang yang mashor," demikian ramalan Pak Belalangkepada Seniwati Saloma. Berita Filem 1963






Mengikut Ramalan PAK BELALANG MODEN






"Chuba Saudari pereksa di-bahu sebelah kanan ada tahi lalat tak?" Kata Ahlinujum.









ROSYATIMAH DAN NASIB-NYA

Nujum - kalau saudari terus berusaha dengan sharat tidak boleh megah diri dan sombong, atas keizinan Tuhan saudari, akan menjadi seniwati yang paling terkemuka sekali ditanah ayer kita.

Rosyatimah - Mudahan-mudahan, terima kaseh

Nujum - Betuk tak saudari ini pernah putus chinta dengan seorang pemuda? Kerana pemuda itu lah maka saudari pernah diserang penyakit "menong"? Chakap betul-betul..

Rosyatimah - (Dengan malu-malu) Betul....!

Nujum - Tapi sekarang menongan sudah hilang dan bukan saorang itu saja, bahkan dua orang kemudiannya menyusul pemuda yang choba mengganggu fikiran sdri tapi perkara itu tidak pula saudari indahkan. Betul tak begitu?

Rosyatimah - Memang betul...kena betul...

Nujum - Sekarang hati sdri begitu aman dan tak alam lagi sdri akan kahwin dengan saorang pemuda yang tak pernah saudari sangka-sangka

Rosyatimah - Hai!!! (seniwati terperanjat mendengar nujum pak belalang moden itu) Bila dan berapa lama agaknya?

Nujum - Saya tahu hati sdri belum pernah sampai kearah itu, tapi sdri tak dapat mengelak bahwa perkahwinan itu akan datang kira-kira dua atau tiga tahun lagi. Dan bakal suami saudari itu orangnya tak pernah saudari sangka yang saudari berkenan padanya. Saya tahu sdri belum ingin kawin, betul tak?

Rosyatimah - Betul! Hati saya belum kesitu lagi.

Nujum - Saya harap begitu juga, sebab akibat perkahwinan yang belum tiba waktunya, dalam nujum saya kurang menyenangkan rumahtangga saudari

Rosyatimah - Saya harap begitu hendak-nya.


Nujum - Saudari ni orang-nya peramah, tak lokek dan menpunyai perangai pemarah, tapi marah-marah saudari itu bukanlah lahir dari lubok hati-nya, dan lekas pula hilang dengan tak meninggalkan bekas. Betul tak nujum saya.

Rosyatimah - Saudara Nujum, itu saya akui betul

Nujum - Choba saudari. pereksa dibahu sebelah kanan ada satu tahi lalat.

Rosyatimah - (Ros pun menyuruh ibunya Nengyatimah melihat-nya. Sabentar kemudian diapun keluar dengan perasaan gumbira). Apa yang saudara. katakan itu adalah benar ada.

Nujum - Tahi lalat itu sabenar-nya tanda tuah yang ada pada dirisaudari.

Rosyatimah - la...te..terima kaseh

Nujum - Saudari selalu berasa leteh dan tidak bersemangat untok berbuat sesuatu, saya nasihatkan banyak-kan berehat.

Rosyatimah - Nasihat saudari itu akan saya pegang dan saya uchapkan banyak-banyak terima kaseh lagi.

(Berita Filem 1963)

FIRASAT
12 Perkara bagaimana buku ini dapat menolong anda:

1. Anda akan mengenal diri anda sendiri.
2. Anda akan mengetahui kelemahan, keistimewaan dan bakat anda.
3. Anda boleh menganalisa sifat-sifat orang lain.
4. Anda dapat mengubah nasib anda.
5. Anda akan berjaya dalam perjuangan hidup.
6. Anda akan menjadi saorang yang optimis, dinamik dan berchita-chita tinggi.
7. Anda dapat memperbaiki diri anda.
8. Anda akan mengetahui sifat-sifat bakal suami atau isteri anda.
9. Anda dapat menyelamatkan diri anda dari segala godaan dan penipuan
10. Anda boleh menjadi saorang ahli Nujum.
11. Anda boleh menjadi saorang yang terkenal dan dihormati serta diminati oleh sahabat anda.
12. Anda akan memenangi hati orang lain dengan mudah dan mempunyai banyak kenalan

Di-terbitkan oleh
KARYAWAN INTERNATIONAL CORPORATION
JOHORE BAHRU
PETI SURAT 238

SATU PRAKTIS MENGENAI PENGKAJIAN ILMU FIRASAT
PANDUAN DAN PEDOMAN YANG JITU UNTUK MENGANALISA SIFAT SIFAT MANUSIA DENGAN HANYA MEMANDANG MUKA

Mengajar anda menelek semua muka yang anda tengok setiap hari. Anda boleh tahu, buruk baik tuah sial, untung malang lokek murah hati dengan hanya memandang muka sahaja, itulah FIRASAT (Rahsia Mengenal diri Sendiri) Jadikan diri anda saorang Ahli Firasat dan ketahwilah Rahsia Manusia.

Bacalah buku ini dan minta pada Allah yang amat pemurah lagi amat mengasehani.

Guru dan teman yang paling baik ialah "Buku", jangan sayang duit untuk menambah pengetahuan yang berguna, orang yang berilmu percaya pada dirinya sendirii, akan merasa senang kemana saja ia pergi.

Demi masa manusia sentiasa didalam kerugian. melainkan mereka yang mengenal diri dan mengenal tuhan.


ISI-NYA

Sekapor Sireh dari Penerbit
1.Mengenal diri sendiri.
2.Pengenalan Ilmu Firasat.
3.Pelajaran Pertama.
4.Yang mana satu mata anda.
5.Melihat Mata Dari Tiga
Penjuru Dan Bentok2-nya.
6.Hidong.
7.Bibir.
8.Dagu.
9.Bentok Muka.
10.Dahi.
11.Kening.
12.Telinga.
13.Kepala.
14.Rambut.
15.Leher.
16.Janggot.
17.Suara.
18.Tahi Lalat.

No comments:

Get your Tickets now!