Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 7 - Sarawak Pada Siapa Hendak Diserahkan - 1979

SHALATTAS - 7 - Sarawak Pada Siapa Hendak Diserahkan - 1979





















S. H ALATTAS memang sudah terkenal di seluruh Sabah dan Sarawak. Sejak tahun 1972 lagi beliau sudah mula menarik perhatian pemerhati politik dan peminat buku dengan tulisan beliau dalam Utusan Bumiputera dan Kinabalu Sabah Times, 'Temanku Pemimpin-pemimpin' pernah menggemparkan Sabah. Itulah buku politik yang pertama ditulis oleh penulis Melayu berkenaan politik Sabah.

1975 S. H. ALATTAS mengemparkan Sarawak pula dengan bukunya yang berjodol 'Kenapa Rosli Dhoby dan Tiga Hero Sarawak Dihukum Bunuh?' Buku yang paling berani mendedahkan terang-terang rahsia yang sedang disembunyikan oleh segolongan pemimpin. Buku tersebut diharamkan percetakannya. S. H. ALATTAS dihalau keluar dari Bumi Kenyalang yang diperintah oleh Datuk Patinggi Rahman Yaakub.

Dalam tahun 1979, entah macam mana penulis kontrovesi yang degil, berani dan tidak pandai serik dapat masuk semula ke Sarawak. Mengumpul segala bahan yang beliau mahu berkenaan sejarah politik Sarawak sebelum Merdeka hingga ke hari ini. Beliau ditangkap oleh pihak imigrasi dan diberi masa untuk keluar dari Sarawak dalam tempoh 24 jam. Beliau keluar dengan senyum riang. Cerita Rahman Yaakub, Taib Mahmud, Tun Mustapha, Ghaffar baba, Tengku Razaleigh, Harris Salleh, Alli Kawi, Senwi Sulaiman dan lain-lain peimipin menjadikan buku ini suatu kisah yang sangat menarik kepada peminat buku, tidak kira di mana saja.


ISI KANDUNGAN

1. Introduksi
2. Latarbelakang Sejarah dan Kemerdekaan Sarawak
3. Politik: Perjuangan Dan Kemajuan
4. Bercantum Dalam Malaysia
5. Pertarungan Awal Parti-parti Politik
6. Hubungan Datuk Rahman Dengan Ghaffar Baba Hendak Menjatuhkan Tun Mustaphar?
7. Siapa Yang Hendak Menjatuhkan Rahman?
8. Kenapa Haji Alli Kawi Menubuhkan Parti Baru?
9. Benarkah Ada Uru-ura Mahu Bawa Sarawak Keluar Dari Malaysia?
10. Apa Yang Telah Datuk Rahman Yaakub Buat Sejak Jadi Ketua Menteri?
11. Anak Nelayan Jadi Menteri
12. A. R Hamzah Cuba jadi Hero
13. Siapa Penasihat Rahman?
14. Siapa Ganti Rahman Yaakub?
15. Pemimpin Yang Dinanti-nanti Oleh Rakyat Sarawak

1 comment:

Len said...

assalam,saya org baru..macamana nak dapatkan buku2 lama tuan?

Get your Tickets now!