SHALATTAS - 31 - Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Vs Sunnah Mahathir Muhammad - 1998
ISI KANDUNGAN
1. Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Vs. Sunnah Mahathir Mohammad D.K
2. Sabar Itu Subur, Tak Sabar Masuk Kubur
3. Cek Det Nak Marah, Marahlah
4. Antara Model Proton & Model Islam
5. Antara Kirar, iqra
6. Prime Minister Lawan Prime Mover
7. Mana Satu Tuhan? Mana Satu Hantu?
8. Isteri, Bini-bini Dan..
9. Harga Mati Rm400
10. Bulan Sabit & Palang Salib
11. Mahathir 'Sweet 17'
12. Madani atau More Money
13. Bapa Surat Layang
14. Sepuluh Minit Dapat Janda
15. The Five Hundred Million Dollar Woman
16. Jalan Ke Syurga
Susah-susah orang senang, Mahathir dan Hasmah pasangan bahagia, dibelakangnya pula ada Ananda yang disayangi. Dua sejoli semasa shopping di Paris. Masa tengah mewah dulu ada ke pernah bawa balik buah tangan untuk rakyat yang miskin? Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Hari ini masa dilanda ekonomi, rakyat diingatkan supaya berjimat cermat.
Datuk Zahid, Pak Habib adalah pemimpin pelapis yang tidak diberikan peluang yang sewajarnya oleh Dr. Mahathir. Beliau membawa mandat yang jitu dari ahli UMNO. Zahid menang dengan kelebihan yang selesa kerusi Ketua Pemuda di dalam pertandingan empat penjuru di mana dua daripadanya adalah orang kuat yang dipilih oleh Dr. mahathir.
Beliau mempunyai latar belakang dan pengurusan kewangan yang boleh dibanggakan. Tengok sahaja kejayaan Zahid menerajui Bank Simpanan Nasional sehingga menjadi setanding dengan bank perdagangan yang lain. Siapa sangka BSN yang dulunya macam Pejabat Pos, hanya ada "money order" tetapi sekarang dah ada macam-macam. Kalau dulu BSN hanya bank malap kini persembahan dan imjnya secerah bangunan ibu pejabatnya.
Awal tahun 1988 apabila puluhan ribu kereta proton tersadai tidak terjual, Zahid melalui BSN adalah satu-satunya Bank yang menawarkan pertolongan kepada EON.
Kejayaan dan keberanian Zahid yang sebginilah tidak wajar dipandang rendah. Pak Habib akan sentiasa mendoakan Zahid selagi Zahid tidak terbabas dari landasan yang sebenar.
Allah sahaja Yang maha Mengetahui nawaitu kamu. Buku ini akan menjadi sejarah kalau Pak Habib tiada lagi di muka bumi ini.
Allahyarham Mr Mohamad bin Iskandar
Bapa kepada Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mudah-mudahan Allah menempatkan roh Allahyarham bersama-sama para aulia Allah. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa-dosanya.
Alfatihah
Gambar Che Det semasa kecil-kecil dulu. Hebat no! Adakah orang di Kedah ketika itu terfikir bahawa anak guru sekolah boleh jadi Perdana Menteri.
Ketika remaja dulu, Mahathir pun berniaga juga, jual cendol, kuih muih dizaman Jepun.
Dulu lain sekarang lain.
KUALA LUMPUR 16 APRIL - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Musa Hitam hari ini berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di sini menghalang seorang penulis, S. A Alattas dan dua lafi defendan daripada mencetak, mengedar dan menjual buku bertajuk "Challenger Siapa Lawan Siapa?" yang beliau dakwa memalukannya.
Datuk Musa Hitam yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri diwakili oleh Peguam Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam permohonan sebelah pihak di kamar Hakim Datuk Ajaib Singh pagi ini.
Selain daripada penulis buku itu, S. A Alattas atau nama penuhnya, Syed Hussien Alattas, dua lagi defendan yang dinamakan dalam tuntutan beliau ialah penerbit dan pengedar buku tersebut, Alnujum Sd. Bhd, dan pencetaknya, Percetakkan dan Perniagaan Berlian Sdn. Bhd.
Dalam kenyataan tuntutan yang turut dikemukakan hari ini, Datuk Musa mendakwa bahawa ketiga-tiga defendan telah dengan tidak benar dan jahat mencetak dan menerbitkan perkataan-perkataan mengenai beliau yang boleh memburukkan nama baik serta memalukannya.
Timbalan Presiden UMNO itu juga mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang terkandung di dalam buku tersebut boleh membawa makna bahawa beliau:
- Seorang penipu, pembohong, penjahat, pemutar belit, perasuah, tidak bertanggungjawab dan tidak ikhlas.
-Seorang pembunuh dan atau seorang yang berkemungkinan melakukan pembunuhan yang bersedia melakukanna untuk mencapai cita-citanya.
- Seorang pembunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak.
- Seorang penderhaka dan atau seorang yang bersifat pengkhianat kepada bangsa Melayu dan negara.
- Seorang yang bekerja kepada dan terikat dengan badan-badan perisik luar negari dan sedia berkorban demi kedaulatan dan kepentingan kuasa-kuasa dan atau negara-negara luar.
- Seorang komunis dan tidak beragama yang berlindung di sebalik jubah perjuangan UMNO untuk bangsa Melayu dan agama Islam untuk meneruskan tindak-tansuk komunisnya.
- Seorang yang kejam, tidak adil, tidak berperikemanusiaan, merbahaya yang berupaya melakukan keganasan dan mencetuskan keadaan masyarakat yang kucar-kacir semata-mata untuk mencapai cita-citanya.
- Seorang yang hilang akal, pengecut dan melarikan diri dari kenyataan.
- Seorang yang tidak taat dan bijak melakukan sesuatu serta tidak boleh dipercayai.
- Seorang yang tidak berupaya menguruskan hal-hal kewangan sendiri.
- Seorang pendendam dan pendengki yang memperolehi kekayaan secara haram dan
Dalam kenyataan tuntutannya itu, Datuk Musa juga mendakwa kandungan di dalam buku tersebut bertujuan merendah-rendahkan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Datuk Musa yang akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dalam perhimpunan Agung UMNo 24 April ini, berkata, tujuan dan tuduhan utama buku tersebut adalah serangan yang tidak berasas dan tidak adil dan sarat dengan fitnah dan kenyataan-kenyataan yang memalukan yang keseluruhannya mencemarkan nama baik beliau sebagai ahli politik kebangsaan dan antarabangsa.
Datuk Musa juga menuntut gantirugi bagi fitnah yang dilakukan oleh ketiga-tiga defendan terhadapnya.
KUALA LUMPUR, Khamis - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Musa Hitam, memperolehi perintah Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk menghalang pengarang buku Siapa Lawan Siapa, S. H. Alattas, dan dua orang lagi daripada mencetak dan mengedar buku itu yang didakwanya mengandungi perkataan-perkataan memfitnahnya.
Hakim Ajaib Singh membuat keputusan itu dalam kamarnya berikutan permohonan ex-porte yang dikemukakan oleh Datuk Musa melalui peguamnya. Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.
Mahkamah juga menghalang S. H Alattas, penerbit dan pengedar buku itu iaitu Alnujum Sdn. Bhd dan pencetaknya, Pencetakkan dan Perniagaan Berlian Sdn. Bhd atau ejen mereka daripada mempamer, mengedar serta menerbitkan dalam sebarang bentuk buku itu atau bahan lain berhubung dengannya atau mempunyai hubungan dengan buku itu sehingga perintah selanjutnya.
Ketiga-tiga defendan mempunyai tempoh 14 hari untuk meminta mengetepikan perintah itu. Sebelum itu, Datuk Musa mengemukakan saman malu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mendakwa beberapa perenggan mengenainya dalam buku itu dicetak dan disebarkan secara palsu serta berniat jahat.
Dalam kenyataan tuntutannya, beliau berkata perkataan-perkataan yang dikatakan berbentuk fitnah itu bermaksud menghinanya dan berikutan penyiaran perkataan-perkataan itu, nama baik, perwatakan dan reputasinya telah dipertikaikan oleh orang ramai dan mendedahkannya kepada kebencian orang ramai serta menhinanya.
Datuk Musa berkata, perkataan-perkataan dalam buku itu bermaksud mengkritik dan memalukannya serta mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah yang merosakkan nama baik serta reputasi baliau atas sifatnya sebagai tokoh politik.
Katanya, perkataan-perkataan itu mengikut pengertian biasa antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang penipu, pendusta, menerima rasuah, tidak bertanggungjawab dan tidak jujur dan seorang pembunuh dan atau seorang yang mempunyai niat untuk membunuh dan sangguo melakukan pembunuhan demi memenuhi cita-citanya.
Datuk Musa mendakwa bahawa perkataan itu juga membawa maksud beliau seorang komunis dan bertindak bertentangan dengan hukum agama serta berlindung disebalik perjuangan UMNO demi mencapai perjuangan komunisnya dan beliau gilakan kuasa, tidak sabar, tamak dan seorang yang tidak berprinsip yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana merebut politik.
Menurutnya, ketiga-tiga defendan menyiarkan perkataan-perkataan itu dengan tujuan meningkatkan pengedaran buku itu serta memperolehi keuntungan daripada penjualnya.
Datuk Musa berkata, kecuali mahkamah menghalanginya, defendan-defendan berkenaan mengancam dan berhasrat untuk meneruskan penerbitan buku itu yang sama terhadap beliau.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menuntut ganti rugi, kos serta pelepasan lain yang mahkamah fikirkan perlu
-Bernama
Sunnah bermaksud tradisi atau apa yang menjadi ikutan. Di zaman Nabi Muhammad SAW, segala tingkah laku nabi menjadi tradisi dan ikutan umat Islam. Begitupun, masa dan zaman yang beredar mengakibatkan banyak sunnah-sunnah ini telah dilupakan ataupun sengaja diberikan tafsiran baru menurut citarasa mereka yang memimpin satu-satu zaman itu.
Hari ini UMNO parti yang dikatakan antara lainturut memperjuangkan kesucian agama Islam juga tidak dapat lari dari gejala penyelewengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia semakin ketara sejak akhir-akhir ini, atau lebih tepat lagi sejak UMNO dipimpin oleh Datuk Seri. Dr. Mahathir Mohamad selaku Presiden.
Di zaman Rasulullah SAW dahulu, baginda membelanjakan sebahagian besar harta isteri pertamanya, Siti Khadijah janda kaya dan tokoh korporat terkenal di zaman itu dengan rela hati demi berjuang ke jalan Allah dan malah Muhammad SAW memilih untuk hidup dalam keadaan paling miskin yang termungkin.
Bagi Rasulullah SAW, kepimpinan adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Maka itulah sebabnya beliau menolak segala tawaran termasuk wanita, harta dan kuasa. Baginda yang dihormati, dipercayai dan disegani oleh kawan atau lawan siang-siang lagi sudah menolak dengan mengatakan bahawa andaikata bulan diletakkan di tangan kirinya dan matahari di tangan kanannya, baginda Rasullah SAW tidak akan berganjak dari keputusannya.
Itulah yang dikatakan prinsip perjuangan. Hari ini prinsip perjuangan yang diamal kan oleh Baginda Rasulullah SAW sudah dilupakan terus.
Buku terbaru S.H. Alattas ini padat dengan fakta, analisis, komen dan pendedahan demi pendedahan yang selama ini tidak berani disiarkan oleh akhbar perdana.
Dalam buku ini S.H. Alattas mempersoalkan permainan silat mata politik Mahathir yang sukar dibaca oleh ahli UMNO dan rakyat Malaysia.
Berjayakah hasrat Mahathir untuk mengakhiri hayatnya memegang jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri? Apakah Anwar akan dilantik untuk menduduki kerusi sebelum menjelang Pernimpunan Agung UMNO 1999? Datuk Zahid Hamidi, Ketua Pemuda yang paling berani dan lantang selepas Jaafar Albar dalam menyuarakan kebenaran dan mengimbangi arus politik Mahathir diramalkan sebagai bakal Menteri Kewangan menggantikan Anwar.
ISBN : 983 -9438 -02 - 6
No comments:
Post a Comment