Chat With Us LIVE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 20, 2009

SHALATTAS - 29 - Surat Khabar Lama - 1995

SHALATTAS - 29 - Surat Khabar Lama - 1995





















Gambar kenang-kenangan bersam-sama Datuk Izat Emir, Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputra Wilayah, Datuk Izat adalah seorang sahabat juga guru yang telah memperkenalkan S.H.Alattas kepada Penerbit Berita Filem. Ketika itu Pak Habib cuma menulis cerpen di Majalah Utusan Filem dan Sport dan mempunyai ruang kecil saja di majalah Filem Di Malaysia. Tanpa perkenalan dan ruangan yang diberikan dengan memperkenalkan Pak Habib pada Haji Salleh mungkin ruangan Nujum Pak Belalang tak akan dapat dicipta di majalah Berita Filem, ketika itu majalah hiburan yang paling top di Malaysia dan mungkin bakat penulisan Pak Habib tak berkembang seperti hari ini. Selain dari Berita Filem, majalah Masa serta lain-lain majalah hiburan di Singapura turut memuatkan tulisan Pak Habib.





Gambar kenangan bersama Tuan Haji Salleh, penerbit dan pencetak Majalah Berita Filem dipercetakan di Geylang, Singapura. Tuan Haji Salleh adalah penerbit dan pencetak buku Pak Habib yang pertama 'Firasat' Rahsia Mengenal Diri Sendiri dan bermula dari situlah Pak Habib menjadi seorang pengarang dan penerbit hingga ke hari ini.















Ramalan PAK BELALANG MODEN Khas Untok S.M.SALIM
YANG PATAH AKAN TUMBOH YANG HILANG AKAN BERGANTI
PANDANGAN 4 BULAN DULU...RAMALAN PAK BELALANG TERBUKTI

Turut menyaksikan kesungguhan Pak Habib membaca urat tangan Datuk S.M.Salim ialah Saudara Ibrahim Din, Jamal Muhamad. Mengikut kata S.M.Salim, hampir semua ramalan yang dibuat telah menjadi kenyataan









Diambil dari majalah Berita Filem tahun 1963. Ketika itu Pak Habib ada ruangan khas untuk membuat ramalan.

















Semasa Yassin Salleh, penyair dan pengarah filem "DIA IBUKU' membantu kerja menterjemahkan buku terbaru S.H. Alattas 'Melayu' The Overseas American. , dia telah memberi saya idea supaya antologi sajak-sajak pak habib dibukukan sempena menyambut kelahiran bukunya yang ke-30 untuk menguji sejauh mana S.H Alattas penulis politik yang kontrolversi diterima sebagai penyair?

Diawal tahun empat puluhan Pak Belalang Moden dikagumi oleh mereka yang pernah mengikuti tulisannya di bidang astroloji dan pulmastri serta ramalannya di majalah-majalah hiburan di Singapura mengenai artis popular ketika itu. Biarpun beliau pernah menulis cerpen dan rencana namum beliau tak diterima sebagai manusia sastera.

Pertengahan tahun 1993 S.H Alattas turun gelanggan membaca sajak beberapa kali di Pasar Budaya, di Johor Bharu dan di Alor Setar. Namun sajak-sajaknya cuma dianggap untuk didilimasasikan ditempat terbuka saja.

Pak Habibtelah dipilih sebagai Presiden Kelab Penulis Politik Malaysia, biarpun dia diminati ramai sebagai seniman jalanandengan sajak-sajak politik yang berunsurkan kesufian dengan cara pembacaan yang tersendiri. Tapi kehadiran buku ini masih meletakkan beliau dipersimpangan jalan.

Surat Khabar Lamabukanlahsajak S.H Alattas yang pertama, namun kepedasan dan ketajaman penanya mengkritik gagasan Melayu Baru, menarik perhatian peminat puisi tanahair sekaligus memberikan beliau galakan untuk kembali semula sebagai penyair.

Surat Khabar Lama mengandungi 40 sajak dari tahun 1978-1995, kebanyakkan membara dan menyengat. Ada diantaranya pernah dibacakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Abad Century Hotel bersama penyair veteran dan lain-lain tempat

Selaku co-ordinator kumpulan Teater Elit bersama Dinsman dan Sutung Umar R.s Tongkat Warant Teater Elit adalah group teater yang pertama di Malaysia yang berjaya mengkormesilkan pembacaan sajak sambil membawa Tuanku Sultan Ahmad Shah ketika itu menjadi Yang Dipertua Agung serta Dr. Mahathir dan lain-lain menteri untuk mendeklimasasikan sajak bersama rakyat.

Mampukah buku ini memberikan kepuasan kepada peminat-peminat S.H Alattas seperti 29 bukunya yang lain?


ISI KANDUNGAN

1. SEKAPUR SIRIH
2. DARI KO-ORDINATOR
3. WANG
4. MALAM PUISI TANAH AIR
5. UNTUK KAWANKU MM
6. SEULAS PINANG
7. SECEBIS BAHASA
8. PESAN AYAH
9. BAPA KASI
10. CATATAN 1
11. CATATAN 2
12. KATA PENGATAR 1
13. DARI GAPENA
14. TAK ADA, TAK ADA, TAK ADA
15. SURAT KHABAR LAMA (MELAYU BARU)
16. AYAH DENGAN ORANG TUA
17. KETUA PEMUDA
18. DULU LAIN SEKARANG LAIN
19. MONYET TUA
20. DIA DATANG LAGI
21. USTAZ MURSHID USTAZ BULLSHIT
22. PULANG
23. LEPAK-LEPAK
24. MANISKU
25. DALAM DADA ADA PELITA
26. JANGAN KAU HINA
27. MALAM SYAHDU
28. ULAR..MAK ULAR... MAK ULARDALAMSEMAK
29. HABIL DAN KABIL DI BOSNIA HERZEGOVINA
30. KATAK TELAN ULAR
31. TELEFON, HANDFON. MIKROFON HELLO..HELLO..
32. PASTI DAPAT
33. KENAPA KAU BERSAJAK
34. DALAM DUNIA DI BUTA
35. AKU YANG BERHORMAT
36. CHOW KIT ROAD
37. MACAM-MACAM BOLEH JADI
38. MEMILIH PEMIMPIN
39. MASJID DALAM NEGERI
40. KAWANKU DENGAN KERTAS
41. JALANRAYA, HANTU RAYA, HARIRAYA, PILIHANRAYA
42. ANTARA CICAK, ULAR DAN KATAK
43. KULIT ULAR KULIT MUKA MANUSIA
44. BILA SEMUA ANJING DIBUNUH
45. MR. 10 PERSEN
46. BIARKAN ... BIAR..BIARKAN
47. MAKHLUK ISTIMEWA
48. PENYAIR YANG DILUPAKAN
49. AS SAHAM MUALAIKUM
50. RINTIHAN KALBU
51. MALAM PUISI PANJANG UNTUK MAHATHIR 1982
52. PENUTUP

ISBN : 983 - 99792 - 7 - 2

No comments:

Get your Tickets now!